Sunday, July 28, 2013

update


  

artikel pasal telur dan luka bernanah yang saya pos kat blog telah di masukkan dalam majalah I-SIHAT edisi Julai 2013...
tapi bila masuk majalah ni..rasa macam tak sesuai sangat sebab bahasa yang saya gunakan dalam blog tak ada tatabahasa yang betul..kalau pihak editor edit dan betulkan tata bahasa lagilah bagus.

terima kasih editor dan team I-SIHAT



Friday, March 01, 2013

Gangguan Emosi






Saya nak cerita ni….

Ada satu keluarga yang nampak bahagia, selalu datang ke klinik saya..datang sebab masalah biasa, anak anak  demam batuk selsema, mak senguggut, sakit sakit badan   dan ayah lenguh lenguh tubuh..Umur pasangan tersebut hampir sebaya dengan saya.

Mereka sekeluarga nampak bahagia, cakap sopan santun suami isteri dan anak anak.Anak anak pun berjuruh saja kelakuannya. Kalau sakit sorang, satu keluarga masuk dalam bilik saya..Mereka dah biasa dan kira agak rapat dan kurang segan dengan saya.. dah selesa dan ada kepercayaan antara satu sama lain

Rasa selesa bertemu Dr ni penting, bila dah selesa barulah boleh meluahkan dan bercerita tentang apa saja..Dok gitu…Suami pegawai kerajaan dan isteri seorang pegawai di syarikat swasta.

Pada suatu hari , si isteri telah di hantar oleh syarikat tempat dia bekerja ke kem motivasi..dalam hutan jugak lah kem ni..Beberapa hari selepas balik dari kem ni, beliau mula sakit pedih perut,  se‘eh, rasa macam kembung , sebu dan muntah muntah. Makan ubat pun tak jalan sehingga masuk hospital. Keluar masuk hospital beberapa kali sebab masalah yang sama, di hospital simptom tak hilang cuma reda sedikit, sehari dua di rumah..sakit datang balik..OGDS pun dah buat..dan memang normal..

OGDS ialah prosedur teropong ke dalam perut , boleh sahkan sakit gastric, ada ulcer dalam perut atau sebarang ketumbuhan dalam perut yang boleh sebabkan symptom di atas..

Agak kecewakan…..bila penyakit tak dapat disahkan..kita sakit macam nak mati tapi Dr dan ujian moden kata normal dan tak ada apa apa yang perlu di risaukan..macamana boleh muntah hijau sampai tak bermaya kalau tak ada penyakit…mesti lagi risau jadinya

Beliau ada jugak berubat alternatif lain, jumpa pengamal perubatan islam dan di beritahu, ada Jin yang ikut dia balik ketika dia di kem motivasi .  Sakit sakit akan pulih sekiranya Jin tu keluar dari badan nya…Berualng kali jugak jumpa ustaz ni….Banyak jugak doa doa yang harus di baca tapi belum diberi keizinan untuk pulih.

Bila dah dua tiga bulan keluar masuk hospital ..beliau jadi seorang yang sensitif dan mudah menangis..sikit sikit menangis..Suami cakap sikit, terguris hati..bila di ofis,,bos tegur sikit terasa hati dan menangis sampai dua tiga jam…Dia pun jadi cepat penat..Kerja rumah memang dah lama tak buat..nasib suami banyak membantu..

Sampai ketika nya beliau tak pergi kerja, hilang minat pada semua…Cuma belum ada nampak atau dengar yang bukan bukan aje lagi..

Beliau  saya rujuk berjumpa psychiatrist..mujur beliau ada insight yang bagus..terus setuju berjumpa  psychiatrist.. Agak ramai yang saya jumpa..bila nak dirujuk jumpa psychiatrist..terus tak setuju..dan kata saya bukan sakit jiwa..pastu terus hilang tak datang …jumpa lagi sekali memang gila pung…ehhhh…

Psychiatrist diagnos  beliau ada  gangguan emosi.

Beliau dalam rawatan psychiatrist sekarang dan Alhamdulillah dengan izin Allah, nampak dah sihat benar,, tak ada lagi sedih sedih dah boleh bekerja macam biasa dan muka pun dah ceria semula macam dulu dulu…. 


Abih cerita…


Moral nya….

1.       Gangguan emosi boleh sebabkan kemurungan dan bukan lah menganggu minda dan jiwa sahaja…gangguan dan penyakit fizikal seperti di atas..boleh juga di akibatkan oleh gangguan emosi..

2.       Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa saja, bila bila masa sahaja tanpa perlu ada event yang menyedihkan..boleh berlaku kepada mereka yang kelihatan happy go lucky dan periang juga.

3.       Kemurungan boleh di rawat dan perlu rawatan susulan seperti rawatan penyakit fizikal yang lain

4.       Masalah kemurungan tidak dapat di atasi dengan bercerita dan meminta pendapat kawan kawan. Kawan yang bagus ialah yang menggalakan untuk dapat kan rawatan dan member sokongan seadanya.

5.       Kemurungan boleh dirawat sepenuhnya,insyaAllah

Sunday, February 17, 2013

luka lama berdarah kembali



Makan telur selepas pembedahan akan menyebabakan luka pembedahan bernanah dan lambat baik...mitos atau fakta?

Setelah saya buat entry pasal telur, saya pun update status kat facebook saya yang berbunyi seperti di atas..terkejut? saya pun ada Fb jugak yer..haruslah ikut pekembangan IT..twitter saya tak ada sebab saya rasa tak ada orang nak follow saya.
Ini antara respond yang saya terima…



payah nak cakap. Medically takde pantang larang... Tapi kalau tanya orang-orang tua, memang kena berpantang....


mitos. takde kena mengena dgn luka pembedahan. Confirm


Fakta.., coz i bru jer operate... D sebabkn luka dlaman x nmpak... Lpas sminggu mkn telur... Rasa cam dh sihat punya pasal... Hasilnya tmpt operate berdenyut n bleeding kembali


Abg ad bt operation apendiks, dia mkn telur n xmau ikut ckp mak hbs bernanah..


aku buat operation alhamdulillah takdak apa-apa effect..... Tapi rasanya mungkin ada betul orang tua suruh berpantang, berdasarkan pengalaman diaorang, bukan sekadar cakap kosong rasanya....


Telur tu protein kan. protein digunakan untuk membentuk tisu dan ototkan. saya pernah dibedah appendix n gall bladder stone. doktor galakkan makan telur sebab sumber protein tapi cuma PUTIH sahaja. sekali tu sengaja saya hentam makan dengan kuning ... tu dia kooo ... gatal yang amat kat tempat bedah tu. ingat ye. PUTIH sahaja


mmg betol pun..mkn la sup belut..bru cepat sembuh..pastu mkn telur byk2 bler da sembuh..

Fakta...nk cpt elok,jgn mkn.


Banyak pendapat, tapi pada saya..jangkitan pada luka atau luka bernanah atau jahitan terbuka sebelum masanya tak ada kaitan dengan makan telur atau tidak.. kenapa telur selalu di salahkan saya tak tahu.
Manusia makhluk tuhan yang indah… tubuh badan kita ada sistem untuk baiki apa yang rosak, proses apa yang tak baik agar tubuh sentaisa berada dalam kesimbangan.Banyak faktor mempengaruhi  luka untuk sembuh dan makan telur bukan salah satu yang melambatkan proses untuk sembuh.


Saya bagi 5 faktor yang mempengaruhi  luka sembuh cepat atau lambat atau dijangkiti kuman dan bernanah


Gemuk
Bukan nak kutuk orang gemuk, tapi begitulah realitinya.. kegemukan  sebabkan perdarahan lebih banyak semasa pembedahan, lebih banyak manipulasi berlaku, gangguan kepada aliran darah ke tempat luka semas a proses nak baik, mengurangkan pergerakan pesakit selepas pembedahan, risiko untuk jahitan terbuka tinggi. Semua tu sebabkan luka lambat baik



Jenis luka
Ada banyak jenis luka pembedahan atau luka akibat cedera..ada luka yang kotor, ada luka yang bersih.. Luka pembedahan di abdomen dan usus kotor berbanding luka pembedahan di tangan..jadi lebih terdedah untuk jangkitan dan bernanah.Luka kemalangan jalan raya lepas tu masuk longkang lebih terdedah kepada jangkitan dan lambat baik berbanding luka terhiris jari di dapur. Luka pembedahan bersalin kurang risiko bernanah berbanding luka pembedahan apendik yang dah pecah bernanah. Pembedahan yang lama berjam jam lebih berisiko untuk lambat baik berbanding pembedahan yang makan masa pendek.



Penyakit


Orang yang ada penyakit kronik, seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang, kanser  ada risiko untuk lambat baik lukanya..tak kira lah dia makan telur ke tidak. Banyak Faktor mempegaruhi antaranya, sistem pertahanan badan, pengaliran darah yang terganggu, tahap pemakanan bagi pesakit kronik, ubat ubat yang di ambil.



Ubat


Orang yang ambil ubat chemoterapi, steroid akan berisiko untuk luka lambat baik..begitu juga dengan perokok dan peminum arak..kalau dah ada luka besar besar tu..sila lah berenti merokok atau berenti minum sekejap.



Tahap pemakanan

Proses untuk sembuh perlukan pelbagai nutrisi, protein, karbohidrate, lemak, mineral dan vitamin. Jika sebelum pembedahan dah memang kurus kering kurang nutrisi, macam mana luka nak baik cepat..nak bina sel tak ada bahan, lambat lah baik.
Semasa penyembuhan tu, patut makan semua makanan yang ada zat , kalau asyik mkn nasi dengan kicap..dari mana nutrisi nak mari..? dok gitu..ikan haruan makang pulak..padahal, kandungan ikan haruan tu sama je dengan ikan ikan lain..ikan ayer memang dok makang kang?..samapiakna buah buahan yang tak bersalah pun tak di makannya.


Walaupun begitu, cepat sembuh atau tidak nya luka tu bergantung kepada banyak faktor yang saling berhubung kait..jadi pandai pandai lah lakukan yang terbaik untuk sentiasa sihat dan segar.