Tuesday, November 21, 2006

keliru...

Kadang kadang DBI tak tahu apa yang pesakit nak bila datang ke klinik. Nak ubat?...nak tanya masalah kesihatan?..atau saje nak buang masa DBI yang macam banyak ni…

Kadang kadang DBI keliru dengan tindakan yang pesakit ambil bila jumpa di klinik…nak buat keputusan sendiri??..nak dapatkan pendapat saudara mara dan orang orang kampong atau nak dengar cakap DBI

Kadang kadang DBI terasa malas nak layan pesakit yang banyak songel begini..kita cakap begini dia bagi hujah begitu..kita bagi penerangan betul..olahan dia pulak tak betul…

Kadang kadang DBI teringin je buat kerja lain….berenti terus dari jadi pengamal perubatan ni..tapi nak buat apa dengan kebolehan lain yang tak ada ni…..

Selingan jap…..

Dr..ada saleman ubat nak jumpa ni…”…… “okay, masuk lah..”

Cina ni pulak cakap bukan main banyak…pot pet..pot pet…osteophorosis ni..bla bla bla..

"Dr tengok study yang diaorang buat ni….pot pet pot pet pot pet……."

Hish..bila lah cina ni nak habis cakap ni….

Bla bla bla bla…. “Dr nak order dak ni…?..”. “tak nak lah ..stok banyak lagi ni…”

"Tak nak order tak per….Dr tengok jurnal ni pulak…” pot pet pot pet lagi….

“Hish awak, saya nak kluar lunch lah…kul 1 dah ni…”

“ye ker..sorry lah Dr…kalau ada nak order ..Dr call lah ye..”

Sebenarnya bukan nak g lunch pun..saja nak take a nap kejap....Cina ni pun satu..cakap macam dia sorang je tahu….DBI yang tak tahu sangat ni..kena lah buat-buat tahu.sambil mengiyakan apa yang cina ni cakap…

Semalam ada sorang makcik ni…ke kakak.? Umur 52 tahun dengan sorang anak perempuannya yang cun melecun…

“ Dr, saya nak check tekanan darah je”

“Kenapa makcik”

“Saya rasa sakit kepala hari ni..saya dah lama ada darah tinggi..makan ubat kampong”…
dengan tak berapa betul sebutannya….

“Makcik perasan dok…muka makcik ni senget sebelah ni..”
“Betullah Dr..saya pun perasan”
sampuk anak cun makcik ni…

“Darah makcik tinggi sangat 220/130, pastu muka dah herot ni.... macam kena angin ahmar ni… bahaya ni..saya rujuk makck ke hospital sekarang…”

“Alah tak apalah Dr..dulu lagi teruk..saya makan ubat kampong je…okay je..”

“Tu dulu..ni sekarang ni bahaya..boleh pecah salur darah dalam otak…kena angin…boleh mati sebelah badan…boleh lumpuh….. susah kalau dah jadi macam tu…muka herot ni pun sebab angin lah ni….makcik pun berisiko nak dapat serangan jantung ni…takut saya dengan keadaan makcik ni…”

“Tak pe Dr..saya nak mari check tekanan darah jer….saya tak m`boh gi ke hospital tu…”

“ Awak nak biar mak awak macam ni ke”

“ Saya ikut kata mak je..kalu dia tak`mboh gi..saya tak boleh paksa..”

Lama jugaklah DBI pujuk makcik ni untuk ke hospital..macam macam tektik…cerita mende yang menakutkan pasal darah tinggi …cerita pasal mati…cerita pasal susah nak menjaga kalau dah kena angin ahmar..cerita pasal kos rawatan yang tinggi jika lebih teruk jadinya…tapi makcik tetap maintain keras kepala….sampai ubat pun dia tak nak ambik..nak makan ubat kampong katanya…..

Memanglah pesakit ada hak untuk memilih atau menerima rawatan..tapi kalau sudah buat keputusan yang jelas salah…DBI perlu jugak memperbetulkannya…Lagi pun pesakit datang jumpa Dr untuk dapatkan rawatan atau nasihat…kebanyakannya mendengar cakap..ikut apa yang dicadangkan….
Kenapa makcik sorang ni begitu tetap dengan pendiriannya…tak berganjak…mungkin dia tak percayakan DBI…mungkin dia taksub dengan ubat-ubat kampong ni…tapi kenapa datang ke klinik semata mata untuk periksa tekanan darah….apa makcik ni dapat dengan hanya tahu tekanan darah ….sepatutnya bila dah tahu tekanna darah dah tak terkawal….segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya…ni tidak….

Kauselling terhenti secara mendadak bila makcik ni melaser…. “Dr bukannya tuhan…”.

DBI kalau terima kes-kes sebegini akan rasa risau dan takut sangat….takut tak sempat mencegah kesan yang lebih buruk……lagilah kecut kalau dapat pesakit yang tak sedar tentang bahaya menanti macam makcik ni....tapi nak buat macamana dah begitu pilihan makcik….berdoa dan tawakal sajalah nampaknya...usaha tak ade..jadi ker???….

13 comments:

Belladonna said...

Susah gak kalau dapat patient degil camni and lucky for her DBI tak putus asa nak persuade her to go to the hospital. Kalau dia tak nak, takpelah DBI. What to do.. at least you tried :)

Lee Novotny said...

eee degilnya makcik ni... anak makcik tu pun dua kali lima jugak..cun melecun tapi otak tadak!

Hmm cian u ols, last last kena laser jugak...sabar u ols..profession yg baik camni, insyaAllah dirahmati Allah :)

Dari Ustazah Leeah al-Cambridgiah

odja said...

hi,
aku pembaca baru blog ko.
i've been working in few hospitals for 2 years as a biomedical engineer... rasa mcm faham je keadaan yang ko alami walaupun aku tak diagnosis patients..

hehehe.. aku pun satu, suka 'bersoaljawab' dgn doktor kalu pi klinik... heheh.. agaknyer derang meluat ye tak?

keep up!

dbi said...

lee & bella-kadang kadang kecewa gak bila patient tak nak dengar nashat kita sebab kita tahu the worst is abaout to come....patient relek je sebab tak tahu atau buat2 tak tahu...
odja- welcomlah..tak der lah meluat tapi bila dah tunjuk dia lebih pandai drpd kita...rasa gak bengang..

perjalanan hidup said...

Tuuu diaaa! Doktor dah start meroyan. Sabo nok. Adat la tu dapat pesakit macam-macam kerenah. Kita cuma bley tolong apa yang terdaya tapi terpulang pada pesakit menerimanya. Dah lupa 1st hippocratic oath?

~bigcity~ said...

"makcik... nape makcik nih degil sgt? ada batu besar dlm kepala makcik yee? klau takde apa2 makcik dgn anak makcik yg 3 suku nih, sila laa merambus skrg sbb sy pun dah terlambat nk gi shopping kat mydin nih... opppsss, silap... kat star hill nih..."

itew laa ucapan i pada makcik itew klau i doktor... ;p agak2 mesti ramai pesakit balik umah bunuh diri kan... skernyeee!! *ke ramai2 datang nak bunuh cek??*

*sorry DBI, cek ting tong kepenatan arini... ;D

badruddin said...

makan dalam syel makcik ni... mmgla dr. bkn Tuhan.
Abes, yg Tuhan kate dlm surah R-Ra'du, ayat 13 tu ape?

nak buat cenggane, org kampung, x cukup exposure ngan dunia luar, x bole salahkan die jugak. mebi enviroment, pendidikan setempat dah bentuk die jd cenggitu.keras kepale, xnak dengar cakap org... ikut kepalesendiri jerrh.

doa jela makcik tu srh dibukakan minda...

bicaraskrip said...

"Life is rather like a tin of sardines - we're all of us looking for the key." ~ Alan Bennett

>> doc, quotation utk posting ini about 'keliru'.. (matilah main boh jer!)

Kian Jauh said...

Pak sedara KJ baru meninggal sebulan lepas. Dulu dia Mat Pit, jadi bila dah tua terbaring tu mertua dia ingat tulang dia kot reput kerana bendealah tu. Pak sedara nangis nak gi spital tapi tak ada siapa yang nak bawak...suma takut kalau2 dia ada HIV ke AIDs ke. Hingga ninggal dia dok terbaring tinggal tulang dan kulit saja. Dah ninggal, bawak gak ke spital sebab nak mandikan, di spital doktor kata dia ninggal sebab gout, sakit sendi bagai....eh..betul ke bang DBI? Ada gak org sakit nak gi spital tapi yang idup tak bagi....al-fatihah kepada arwah Bak.

dbi said...

ajami-tn sardin?? cari kunci? ndak paham lol...

KJ-macam2 perangai..tu sebab stgma HiV kuat sangat sampai semua takut... alfatihah untuk arwah...

bad- tak senang nak educate orang ni...

bigcity-habislah kereta kelisa ko kena calar..

dirtypap- kecewa sebaba penyakit boleh di cegah tapi pesakit ignorance...

S a m u e L said...

Biasa la doc....i pun pernah jugak melaser dan dilaser patient esp malay la. diorg ni tak concern sgt pasal kesihatan ni. abah dgn mak i yg skolah smpi darjah 6 tu pun tau nak jumpa specialist kalau ada masalah kesihatan....siap demand lagi taak pegi hospital gov. sbb ervis tak tiptop katanyerr.

ada patient i ari tu...fibroid dah palpable kat pelvic..besar yaamat, tapi still tanak buang dgn alasan benda tu tak bothering dia...tipu la. dah besar bola sepak takkan tak rasa aap2 kot....at least ada bleeding kan??

itu belum lagi kes patient datang ada stone. sambil i dok scan tu, dia dok cerita pasal bomoh yg tolong buang stone kat buah pinggang dia tu secara mistik. elleh, ye kerr?? aku tgk makin besar jerr stone tu!!

Satu lagi kes ni masa i dgn sorg pakar gynea kat pantai medic, ada patient tu ectopis pregnancy. Dr dgn I dah advice suruh buang. dr wong tu siap kata bole buat surgery next 2 hour. tapi patient tanak....ha lantak kau. pastu the next week patient masuk emergency sbb bleeding. hambik kau!! pastu dr wong pergi lawat dia..tahu dia kata apa "dr, why you didn't bang the table and tell mee how dangerous that thing"...tengok..nak salahkan org jugak. takan la nak suruh doc tu tarik rambut ko baru nak tahu pasal benda tu bahaya!!

appalalu naidu!! ( ~_')/

dbi said...

izuan...
kalau nak cerita banyak lagi patient yang bodoh sombong macam ni..biasanya diaorang ni educated lite2 aje tapi memnadai lebih...sabor je lah...

yanz said...

fuhhh.. makcik tu siot jer.. dah la sakit, sempat lagi nk melazer doktor...

kalau yanz lar jd doktor, ntah la ape nk ckp.. ilang sabar jdnya..