Wednesday, August 30, 2006

pendapat kedua




Pada zaman dahulu…rawatan pesakit diserahkan bulat-bulat kepada Dr yang merawat. apa kata Dr, dipatuhi pesakit dan biasanya pesakit tidak ada pilihan selain mengikut saranan yang diberikan. Rawatan yang diberikan tentulah yang terbaik yang ada pada masa itu….
Ini berlaku kerana, antaranya kekurangan bilangan Dr yang ada, rawatan yang ada amat terhad dan kurangnya pengetahuan pesakit tentang sesuatu penyakit.

Di era yang serba maju ini…dengan bilangan Dr yang semakin bertambah..tengok jelah bilangan hospital swasta dan klinik yang ada di setiap penjuru pekan, rawatan terbaik untuk pesakit harus dibincangkan sewajarnya dengan pesakit

Bercakap tentang berbincang dengan pesakit, semalam ada seorang pesakit yang menghidap SLE datang untuk bertanyakan tentang penyakitnya itu. Dr yang merawatnya, di hospital kerajaan, tidak menerangkannya tentang penyakit tersebut. Beliau tidak faham kenapa penyakit itu jadi sebegitu rupa, kenapa rawatan harus diambil dan kenapa temujanji untuk biopsy-(mengambil sedikit tisu untuk mengesahkan penyakit) buah pinggang perlu dibuat.
Diawal karier sebagai Dr, aku juga jarang bercakap kepada pesakit tentang penyakit setiap pesakit. Aku suka mereka bertanya dahulu..baru aku bercerita… tapi sekarang tidak lagi..aku cuba jelaskan sewajar mungkin agar pesakit faham apa yang dihadapinya..aku rasa pesakit akan lebih lega jika faham tentang penyakit beliau sebab dia tahu apa yang dihadapinya….betul tak???

Dengan IT yang semakin berkembang, pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang perubatan-penyakit,modaliti rawatan yang ada, dapat diperolehi dengan hanya menekan kekunci komputer.Zaman Dr membuat keputusan untuk pesakit telah berlalu. Ini masanya Dr membimbing pesakit untuk mendapatkan dan membuat keputusan tentang rawatan yang perlu dijalani.. pesakit boleh mendapat pandangan atau pendapat kedua dari Dr berlainan untuk mendapat perspektif yang berbeza sebelum membuat keputusan. Dan biasanya pendapat kedua itu tidak banyak bezanya dengan penerangan awal. Pada aku, pesakit perlu mengambil initiatif untuk sama -sama mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan faham tentang segala keputusan yang dibuat bersama.


marah ke???


Perlu ke Dr yang pertama merasa terancam, takut dan marah jika pesakit ingin mendapat pendapat kedua dari Dr yang lain?..Biasalahkan, Dr ni ada ego dia yang tersendiri.. tapi ego itu harus di lempar jauh…yelah apa perlu rasa terancam jika diagnosa yang diberikan tepat dan pastinya pendapat kedua itu akan bersetuju saja. Dr yang ego terlampau ni perlulah ingat bahawa…. tujuan Dr ialah untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada setiap pesakit. Ada ke Dr yang nak tengok pesakit dia menderita?...tak ada rasanya…jadi apa jua keputusan pesakit perlu dihormati

Selain mendapat pandangan kedua, ada lagi satu term yang ramai Dr tak suka termasuk le aku… “Dr shopping”…bukan Dr gi shopping…kalau tu..aku pun suka…ahak….


jom shopping



"Dr shopping" ni term untuk pesakit yang pergi jumpa beberapa orang Dr untuk mendapat rawatan penyakit yang sama.. aku bagi contoh ye…Si A ni dapat demam selsema dan batuk, pergi jumpa Dr 1, makan ubat 2 hari..gi jumpa Dr 2 sebab batuk/selsema masih tak senbuh,ambil ubat( mungkin ubat yang sama walaupun packing berlainan), tak sampai beberapa hari..pergi jumpa Dr lain pulak untuk rawatan yang sama. Kadang kadang penyakit ni memang payah sikit nak sembuh..penyakit ni nak datang sekelip mata tapi nak pergi perlahanmacam siput….bagusnya kenalah jumpa Dr yang sama untuk tengok perubahan tersebut…


.

Saturday, August 26, 2006

klinik idol

Aku dapat email ni minggu lepas..dah balas mail ni..dan dah dapat kebenaran dari pengirim untuk di publishedkan dalam blog aku..ingat nak edit sikit-sikit tapi bila edit rasa macam tak best pulak…jadi aku tak edit langsung sebab aku rasa pengirim telah menulis dengan baik…informative yet ada gak part kelakonya….harap pengunjung bilikini dapat berkongsi pengalaman….

abcde wrote:

Salam, doc bilikini..

Memula, saya nak ucap jutaan terima kasih kerana doc sanggup adakan khidmat masyarakat seperti ini di blog doc *matila ayat skema*
i ni peminat blog doc occay.. pernah buat ucapan katTB doc tu dibawah nama "abcde"..*matila doc tk kuasa nak ingat sejak dah ramai peminat nih kan..!!!

*okeh, soalan yg i nak tanya doc ni berkenaan dgn ketumbuhan dlm ovari atau dlm bahasa yg lebih pastinya doc fahami : ovarian cyst (type POC- polycysticovarian cyst.

umur i dah nak masuk 31, baru kawin 3 bulan lepas dan baru mengandung (alhamdulillah), usia kandungan lebihkrng 5 weeks. my monthly period memang tak regular,paling lama 3 bulan tk dtg haid. bila dtg mesti cramps and haid banyak keluar for first 2 days tu.. i have jerawat problems, bulu roma kat muka pun banyak, and i'm overweight..sebelum ni i pernah dapat POC nih, masa bujang dululah. i cuba buat rawatan secara ghaib, alhamdulillah hilang. rawatan cara ghaib tu, actually i pergi jumpa sorang tabib kat johor, dia kata i dibedah oleh kawannya, seekor (ke seorang) doktor jin, guna herba letak dlm cyst tu kasi kecut - doc jgn gelak pulak,semua ni kuasa Allah, kannn.. bukan jin tu...after 2weeks, baru i boleh pi scan tengok cyst tu hilang.Alhamdulillah, memang hilang after 2 weeks tu.. masa tu tahun 2003.
sekarang ni dah ada balik pulak, dan i sedang mengandung. my doc kt sini kata tk merbahaya,wait for kandungan berusia 17 weeks dulu, kalau cyst makin besar baru nk operate tp ada risks la pulakkan..
so i'm really worried lah doc.. i need your opinion on this.. rasanya nk pergi jumpa tabib & doctor jin tu,tp risau pulak kat kandungan i nih..(takot dr.jin tersilap tanam herba dlm kandungan i plak kernanti...)
thank you in advance for your advice and help.

dear abcde(bukan nama sebenar)..

cepat jawab ni..nampak sangat aku tak de kerja kan?? taip ni in betwwen tengok pesakit…. bila kau kata jgn gelak..terus aku gelak..siap main jin lagi....tak takut ke??

abcde….rasa macam ingat....tahniah kerana cepat nak dapat anak...umur 31 ni biological clock dah pendek sebab umur makin naik..makin tak subur..tahniah ye..subur....walaupun ada PCOs-ye bila ada penyakit ni biasanya tahap kesuburan akan berkurang..mujur tidak berlaku berlaku pada abcde, tahniah sekali lagi…

in summary..masalahnya ialah ovarian cyst in pregnancy…..operate? not to operate?

aku boleh bagi nasihat je..kau patut dengar Dr yang merawat sebab dia yang tahu size cyst, berapa banyak cyst dan kat mana cyst tu ada dan berapa teruk masalah yang kau hadapi......nasihat aku ni sebagai guide aje..sila dengar kata Dr merawat.......

PCOs- polycystic ovarian syndrome
Ni penyakit pada ovari-kilang telur wanita bila mana ovari menjadi tidak normal dan terdapat bengkakan yang terisi lender/air (cyst) pada ovari tersebut..ovari gagal berfungsi jika cyst terlalu banyak dan telah merosakkan sel normal ovari. Biasa pesakit akan jadi gemuk, berjerawat, banyak bulu di tempat tertentu seper ti di muka, gangguan haid dan tidak subur/mandul. Ini akibat kegagalan ovari untuk mengawal penghasilan hormone aestrogen.

kalu cyst tu kecil saiznya, boleh tak payah buat ape..just wait and see.....
kalu size kena bedah..terpaksalah bedah walaupun waktu mengandung..tu pun kena buat masa kandungan dah besar sikit dan dah kuat..week 17 tu just nice...
kekadang cyst ni boleh twisted-terputar dan ini perlukan pembedahan emegency….bila terputar/twisted..ia jadi sangat bahaya dan merbahay kepada ibu dan kandungan….kita nak elak ini dari berlaku…kalau rasa sakit perut yang teramat sangat, sila ke hospital dengan segera….

risiko pembedahan tu memang lah ada..biasanya kepada kandungan..risiko akibat ubat bius dan manipulasi masa pembedahan..takut kandungan gugur..tapi aku rasa pembedahan ni minor saja..dan risiko gugur amat kecil..lagi pun pembedahan ni kejap je..dalam 45minit-1 jam je..siap le...jgn ingat cerita aku pasal pesakit yang ada kanser yang jalani pembedahan dan gugur kandungannya..tu pembedahan sangat besar dan lama....
jadi nasihat aku..bincang ngan Dr merawat..dan ikut cadangan yang diberikan...kalau berlaku yang tak diingini..redha dan usaha lagi....segala yang berlaku tu ada hikmahnya....

aku dah dapat feedback dari abcde..beliau akan buat temujanji dengan sorang lagi pakar sakit puan untuk second opinion..yang aku rasa merupakan tindakan yang bijak….

Jadi kepada abcde..good luck dan semoga berbahagia menunggu kehadiran orang baru….

Tuesday, August 22, 2006

bloggers idol 2006: tugasan minggu empat


"BI2006 - Week 4 Assignment :
Ibubapa penentu kerjaya
dan masa depan anak² -
Perlukah amalan dahulu kala ini diteruskan? Atau, peluang harus diberikan kepada anak² untuk membuat keputusan memilih kerjaya serta mencorakkan masa depannya sendiri?"



kebesaran allah, bayi sebesar telur

Gembira dua mempelai bertaut ketap dengan kehadiran orang ketiga, orang ketiga yang membuktikan rasa cinta, kasih sayang mereka berdua…orang ketiga yang bakal menceriakan bahtera hidup mereka. Zuriat yang dikurniakan dijaga serapi mungkin sejak dalam kandungan…debar kedua mempelai menunggu kehadiran anugerah Illahi bertambah dengan kelahiran itu…persoalan mula timbul..mampukah zuriat diberikan yang terbaik? mampukah cahayamata itu mendapat kasih sayang yang cukup..dan yang penting mampukah benih cinta ini menjadi orang berjaya dan dapat berbakti kepada Agama, bangsa dan Negara….????



kasih ibubapa bawa ke syurga


Anugerah anak untuk setiap pasangan adalah amanah….janji untuk lakukan yang terbaik harus dikota..kain putih yang diberikan, patut dicorakkan dengan warna dan rekacipta yang menawan agar kain bercorak itu menjadi pakaian di raja….kalau tidak dapat menjadi pakaian diraja..jadi kain pakaian pengantin Datin Siti Nurhaliza yang berharga puluhan ribu itu pun sudah memadai,.Tiada ibubapa yang hendak mencorakkan helaian kain menjadi kain pengelap kaki…

Sebagai seorang bapa yang sedang membesarkan tiga anak dan insyaAllah mintak diramaikan lagi, aku dan juga ibubapa yang lain hanya mahukan yang terbaik untuk anak –anak …jauh lebih baik dari diri sendiri. Mungkin…ada yang sudah bercongak-congak.. apakah bidang yang sesuai diceburi anak mereka sedang anak hanya baru pandai berjalan, ada yang angankan anak berjawatan besar, padahal anak baru ke tadika, dan ada yang sudah berkira untuk menumpang senang anak yang berjaya walhal anak baru pandai membaca.

Anak juga ada tanggungjawabnya,dan sememangnya diketahui, anak akan cuba memenuhi kehendak ibubapa, pada dasarnya tidak ada anak yang mahu melukakan hati kedua ibubapa, tetapi kadang-kadang anak tidak tahu apa yang ibubapa harapkan dari dirinya dan adakah dia telah lakukan apa yang terbaik untuk memuaskan hati kedua ibubapa.

Siapakah yang patut mencorakkan masa depan, kerjaya dan cara hidup anak-anak? Anak itu sendiri atau kedua ibubapa??? Persoalan yang nampak mudah tetapi penuh dengan onak likunya.
Bila membincangkan tentang tajuk ini..aku rasa amat sesuai juga untuk membincangkan tentang corak didikan ibubapa, kerana corak didikan ini akan mempengaruhi anak-anak untuk menghadapi cabaran hidup mendatang. Mendidik anak-anak merupakan satu kerja yang tidak mudah dan bukannya datang secara semulajadi. Ada nilai –nilai tertentu yang ibubapa harus pelajari secara formal atau tidak.

Corak didikan ibubapa kalau dalam bahasa orang yang tidak bodoh ialah “parenting styles.”
Maccobby & Martin 1983 mengatakan bahawa terdapat dua elemen utama dalam corak didikan iaitu parental responsiveness dan parental demandingness. Parenting responsiveness ialah elemen ibubapa yang supportif, memahami kehendak anak-anak dan boleh dibawa berbincang manakala parental demandingness ialah elemen didikan yang memerlukan anak untuk patuh, menurut perintah ibubapa dan sentiasa dalam pemerhatian ibubapa. Berdasarkan dua elemen didikan ini, ahli psikologi telah bersetuju bahawa terdapat empat corak didikan ibubapa.(Baumrind 1991)

1.indulgent/permissive
didikan ini akan membenarkan anak-anak melakukan apa saja dengan harapan anak dapat mengawal diri mereka sendiri...kerana ibubapa bimbang anak akan membenci mereka jika mereka mengenakan had atau sekatan..ibubapa menjadi sangat lenient

2. authoritarian
corak didikan dengan memberi arahan, anak-anak tidak boleh membuat keputusan dan harus patuh kepada arahan yang diberikan..hitam katanya, legamlah jadinya. Ada yang sampai mengenakan denda yang teruk kepada anak-anak. Sepak terajang mungkin menjadi mainan ibubapa.

3. authoritatve
ibubapa akan memantau dan mengenakan langkah langkah tertentu untuk diikuti. Cara mendisiplinkan anak lebih kepada bentuk sokongan berbanding bentuk dendaan.Mereka mahukan anak lebih berdikari dan boleh membawa diri dengan baik. Anak –anak boleh membuat pilihan dengan bimbingan ibubapa.

4. neglectful
ibubapa ini mengabaikan tanggungjawab sebagai orang yang mendidik.mereka menganggap anak membebankan dan tiada hubungan dengan mereka.

Adakah corak didikan ibubapa mempengaruhi anak anak menentukan cara hidup masing-masing?

Banyak kajian telah dijalankan untuk menyelesaikan persoalan ini dan kebayakannya mendapatii bahawa perkembangan psiklogi, pencapaian akademik, kompeten sosial dan penyesuaian diri kepada persekitaran boleh dijangka dengan meneliti corak didikan ibubapa dan antara kajian tersebut:

1. kajian dalam tahun 1994 oleh Steinberg et al mendapati bahawa cara remaja bertindak dan menyesuaikan diri sangat bergantung kepada corak didikan ibubapa.
2. kajian dalam tahun 1996 oleh Weiss et al melaporkan bahawa penggunaaan arak amat tinggi di kalangan remaja dari keluarga authoritarian
3. Baumrind et al, 1991 mendapati bahawa remaja yang dididik secara authoritative lebih kompeten dan mempunyai sifat sosial yang bagus
4. Miller et al 1993 mendapati remaja dari didikan neglectful paling bermasalah

Satu kajian oleh seorang pensyarah psikologi universiti tempatan..(my wife la ni..hehehe) telah dijalankan pada tahun 2005. Kajian tersebut dijalankan dikalangan remaja sekolah berumur 16-17 tahun di tiga negeri di Pantai Timur. Kajian ini mendapati bahawa corak didikan secara authoritative menjadi pilihan kebanyakan ibubapa. Remaja yang dididik secara authoritative lebih baik pencapaian akademiknya dan lebih mudah menyesuaian diri dan mempunyai tahap resiliency yang tinggi. Resilient ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan pesekitaran, keupayaaan untuk menghindari faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan sosial dan dan berkebolehan untuk membuat keputusan yang tepat.
Aku jadi drebar dia je masa ni…bawak ke serata daerah di pantai timur…untuk buat survey….

Berbalik kepada soalan yang dilontarkan untuk tugasan ini….



susahnya nak buat keputusan


Seperti juga soalan tugasan ini..tida jawaban yang betul atau salah, benar atau tidak dan tidak semudah ya atau tidak...Apa saja pilihan yang dibuat pada dasarnya hanya untuk mencapai kesenangan dimasa depan.
Amalan ibupaba memilih dan menentukan kerjaya dan masa depan anak-anak bukanlah amalan dahulu kala.. ianya menjadi amalan hingga kehari ini..ianya bergantung kepada corak didikan ibubapa, corak didikan secara authoritarian, akan menetapkan anak –anak untuk mengikut rancangan ibubapa, anak tiada kuasa memilih..kerana anak telah dididik untuk akur kepada ketetapan yang direncanakan untuknya. Ibu bapa tetap merasakan bahawa itu yang terbaik untuk masa depan anak-anaknya, mereka lebih arif tentang masa depan ini… ibubapa mana yang inginkan keburukan kepada anak-anak mereka… ada anak-anak yang akur menerima dan merasa selamat dengan pilihan itu , ada yang memberontak dan merasakan anak harus diberikan pilihan untuk menentukan cara hidup mereka sendiri…..

Aku ada beberapa orang kawan yang terpaksa menurut rencana ibubapa untuk mengikuti jurusan perubatan, ada yang gembira dan menjadi doktor yang berjaya dan menyatakan bahawa ibubapa membuat keputusan yang tepat untuknya, ada yang terkandas di tengah jalan dan menyalahkan ibubapa kerana tidak memahami kehendaknya, ada yang berjaya mendapat segulung ijazah perubatan untuk kedua ibubapa tetapi melakukan sesuatu yang lain , sesuatu yang dia ingin lakukan…

Berupayakah remaja lulusan STPM atau SPM membuat pilihan yang tepat dan mencorakkan tentang masa depannya? Hanya berbekalkan sekelumit pengalaman yang dikutip di sekolah menengah,mereka tidak dapat melihat masa depan dari pelbagai perspektif sebagaimana kedua ibubapa mereka. Mungkin ada yang berpandangan jauh tetapi berapa ramaikah jumlahnya?. Adalah tidak adil menyerahkan tugas yang sebegitu berat di bahu remaja hingusan. Walaupun dengan didikan authoritatve, dan remaja berkebolehan untuk membuat keputusan, tugas mencorakkan masa depan harus di bimbing.

Kesimpulan

Tugas untuk memilih kerjaya dan mencorakkan masa depan bukan lah satu tugas yang mudah. Corak didikan ibubapa memainkan peranan kepada individu untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing.Kuasa untuk menentukan masa depan bukanlah terkandar di atas bahu ibubapa dan bukan juga terletak di atas individu semata-mata. Pemilihan kerjaya dan masa depan harus di tentukan secara kolektif, anak-anak cuba menentukannya dengan dibimbing dan dan dinasihati kedua ibubapa, dengan harapan masa depan yang bakal di tempuh itu cemerlang, gemilang dan terbilang.



kejayaan yang di impikan

Rujukan:
1. Parenting style and Its Correlates by Nancy Darling, PhD, Ms, www.athealth.com
2. The Easychild Encouragement Parenting Style by Leland Ancier,
www.easychild.com
3. Parenting Styles www.lifematter.com
4. What is your Parenting Styles by Nell B Mithell www.lifeway.com
5. Kajian oleh my wife..boleh??
anda suka tugasan ini? anda suka blog dari bilik ini?........undi BILIKINI di bloggers idol 2006, undian dibuka pada Khamis 12 noon hingga Ahad 12 noon.... BI UNDI BILIKINI
Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, August 21, 2006

entry khas


entry ni bertujuan untuk ucapkan selamat hari jadi kepada bigcity......
bigcity ni antara pengunjung awal blog bilikini dan kita masih lagi saling kunjung mengunjung....
beliau ni cantik..klik sini nak tengok.....sudah berpunya tapi belum terikat..dipunyai orang di kemboja...bukan orang kemboja ye..orang malaysia yang kerja kat sana.....


gi kerja naik scooter hitam....sedang order kereta baru..tak delah berhujan lagi nanti....

jadi kepada bigcity a.k.a akak a.k.a mak angkat iddin a.k.a dellin kan?.......dbi ucapkan


SELAMAT HARI JADI YANG KE 2....biarlah rahsia gitu....

dan pada rush murad..tahniah atas entry yang ke 100....

Saturday, August 19, 2006

klinik idol

NLLA: Hi doc, any chance u know anything about... NH detoxslim, Xenecal and/or Duromine..Does it really work....


jawapan... hai NLLA....Nh detoxlim, xenical dan duromin ni digunakan untuk menurunkan berat badan..tu memang dah tahu kan??.. NH detoxslim tu DBi tak tahu sebab ianya product herba/direct selling....jadi DBI nak cakap pasal Xenical dan duromine saja....

Xenical...ubat perencat serapan lemak..bila mengambil xenical lemak tidak akan di serap dan akan dikeluarkan semasa berak..bila lemak tak diserap ..kurang le risiko bertambah berat badan...tapi penggunaan xenical ni kurang di gemari pesakit....daripada pengalaman pesakit DBI..banyak komplen kata ..mereka tak selesa bila mengambil Xenical....yelah..lemak memang tak akan diserap tetapi...najis akan jadi berminyak..selalunyabila kentut pun minyak tu terkeluar...sangat tak selesa bila seluar dalam jadi berminyak selalu....

duromin...ubat penyekat selera makan...ianya perlu prescribsi Dr ye..bukan main beli kat farmasi je..sepatutnya farmasi tak leh jual kalau tak de surat dari Dr. selain menyekat selera makan, duramin juga meningkatkan kadar pembakaran kalori dengan meningkatkan kadar metabolisma....badan akan jadi kurus bila kadar metabolisma meningkat....kesan sampingan duromin ialah berdebar2, panas badan, tidak boleh tidur malam, panas baran dan kekadang personality pun jadi moody...
ada lagi yang lebih baik dari duromin ...reductil..sama tindakan dengan duromin tapi kesan sampingan kurang..harga pun mahal sikit..reductil pun perlu prescribsi dr.

Does it really work??
ya ..ia sangat berkesan...tapi...
perlu diingat..untuk kawal berat badan..pil-pil diet hanya membantu proses penurunnan berat badan..Diet dan pengambilan makanan yang sesuai perlu dikekalkan...senaman masih kena dilakukan..kalau harapkan pil saja...berat badan akan meningkat balik jika pil tidak di ambil....


jadi untuk mendapat berat badan unggul..yang penting..makan perlu dijaga, senaman perlu dilakukan..pil diet/produk menguruskan badan hanya membantu...

pssst.. BMI DBI..23...just nice...

Thursday, August 17, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

BI UNDI BILIKINI

selamat datang ke BILIKINI blog.....

sila klik sini untuk mengundi BILIKINI untuk bloggers idol 2006...

undian anda amat bermakna...terima kasih kerana mengundi BILIKINI...undian di buka sehingga Ahad dan anda boleh mengundi setiap hari...


terima kasih

kempen 2 : bilikini turun padang

Datin Siti Nurcokelat

Datin Siti… Assalamualaikum semua….siti ucapkan kepada hadirin sekelian…. Kita bersyukur kerana Dr BILIKINI dapat hadir bersama untuk menjayakan kempen ini….turun padang untuk mengendalikan klinik dan bertemu pengundi bloggers idol 2006…saya serahkan majlis ni kepada dato` tercinta sejatiku…Dato Kokoman…. Silakan abang dato`……”

Siti bergegas ke Cokelat factory untuk buat body work out….

Dato` Kokoman

Dato Kokoman: Terima kasih adik Siti abang dato`…..Kita berada di sini untuk merasmikan klinik rundingan Dr BILIKINI..Sempena Bloggers-idol 2006 ni yang juga disertai Dr BILIKINI…undian pengunjung semua amat memainkan peranan untuk mengekalkan kelancaran klinik ini….yelah..kalu undian untuk BILIKINI meningkat dengan banyak…Dr BILIKINI akan suka hati….bila dah suka hati tu..berkobar-kobarlah semangat nak beri rundingan kesihatan….makin banyaklah soalan boleh dijawab….perkara sebaliknya…tak payahlah saya terangkan…..

Apa yang perlu pengunjung buat…..lawati bloggers idol 2006.KLIK SINI..poll undian ada di blog tersebut..klik pada BILIKINI dan tekan VOTE…mudah kan..?? ianya ada di hujung jari anda sahaja….dan undian adalah percuma…sama macam klinik rundingan ini….undian hanya dibuka pada hari khamis hingga Ahad 12 tengahari….anda hanya boleh undi sekali saja sehari kecuali anda ada pelbagai IP address…
Sebelum saya panggil Dr BILIKINI untuk mulakan klinik ni..ada apa-apa soalan???

"Dato`..kenapa penting untuk tuan Dr menang Bloggers idol 2006 ni….."

Kemenangan hanya satu bonus..kekal bertanding tu lebih penting untuk mengutip pengalaman..belajar melalui tugasan, kenal pelbagai ragam manusa… jadi untuk kekalkan Dr dalam bloggers idol Undi BILIKINI….biar Dr kita sentiasa gembira dan klinik rundingan ni dapat berjalan dengan jayanya….
Tanpa berlengah..saya persilakan tuan Dr BILIKINI..untuk mulakan klinik…..
KLINIK

Terima kasih dato`…anda boleh hantar sebarang pertanyaan tentang kesihatan..apa saja boleh ditanya..apa yang saya tahu..saya akan jawab..soalan boleh di hantar melalaui email: bilikini@yahoo.com, tagboard atau komen di blog..tapi lebih bagus kalau hantar melalui email.. ….saya akan menjawab di blog atau terus kepada pengirim jika soalan peribadi…..
Kita mulakan dengan tiga soalan dulu yang di ambil dari mail..tagboard dan komen….

Dari email…
p-----e@gmail.com

Assalamualaikum doc,Maaf menganggu. Saya tertarik dengan blog yang doc tulis selama ini. Ada beberapa persoalan yang ingin ditanya mengenai STD iaitu gonorhea dan siflis. Adakah pesakit yg mendapat rawatan di peringkat awal boleh sembuh 100%? Apakah cara terbaik utk mengesan penyakit ini? Pemeriksaan darah dan air kencing? Adakah jika berjumpa dengan panel perubatan, semua maklumat adalah rahsia dan tidak akan dikongsi dgn pihak kerajaan dan majikan? Terima kasih kerana sudi menjawab dan menghilangkan kerisauan di hati ini.

Jawapan: untuk gonorrhea pesakit akan sembuh 100%, untuk sifilis..jika rawatan awal dan lengkap pesakit akan sembuh 100% tetapi ada jugak yang akan membentuk sifilis peringkat kedua dan ketiga..ianya bergantung kepada tahap penyakit sifilis pada mula pesakit mendapat rawatan…rujuk entry STD..sifilis..entry dalam bulan Mei….
Cara terbaik untuk mengesan…. Sifilis melaui ujian darah..gonorhea..lelehan nanah pada liang kencing diperiksa..kalau tak ada lelhan..tak dapatlah dikesan
Semua maklumat pesakit/Dr adalah rahsia… tetapi untuk penyakit tertentu seperti penyakit kelamin,denggi, hepatitis dan beberapa penyakit lain..adalah menjadi kesalahan jika tidak dilaporkan kepada jabatan Kesihatan Negeri….laporan perlu di buat kerana..penyakit-penyakit ini berjangkit dan bertujuan untuk melindungi masyarakat…laporan ini akan membolehkan pihak berwajib..mencari punca dan mengawal penyakit dari merebak…. ..
Majikan tak perlu tahu kecuali pekerja itu..pekerja asing..harus kena balik kampong…
Harap kerisauan di hati p------e dapat dikurangkan.
.
Dari tagboard
Re4.....alo doc..ape tuh chiropractic..cari dalam link tapi tak paham lagi..please make it simple..orang kata boleh bantu perempuan lepas bersalin kurus balik. Kaedah tu banyak tak kat Malaysia dan kat mana nak cari

Jawapan… Re4, chiropractic ni ialah salah satu cara rawatan yang percaya bahawa setiap penyakit berpunca akibat ransangan/irritasi pada sistem saraf dan rawatan dengan membuat manipulasi di kawasan tertentu di tulang belakang. Di dalam ruang tulang belakang terdapat saraf tunjang yang bersambung dengan otak,saraf tunjang akan mengeluarkan jaringan saraf yang mengawal sebahagian besar bahagian badan… Chiropractic ni tergolong dalam rawatan alternative, sama dengan akupunture dan refleksologi…tak banyak rawatan ni di Malaysia..kat KL mesti ada…pernah dengar..tilam yang bercirikan chiropractic??..tilam ni support tulang belakang supaya tak membebankan saraf tunjang..bagus untuk kesihatan katanya…tak tahu le betul ke tak….

Dari komen entry
Rush murad: nak tahu pasal imunisasi hepatitis B.

Jawapan:Imunisasi hepatitis B di perkenalkan pada tahun 1982..rasanya…di wajibkan pada semua kanak-kanak…untuk orang dewasa…jika antibodi belum ada-kena buat ujian darah..baru tahu….digalakkan untuk mengambil imunisasi ini….kerana jangkitan hepatitis B ada insiden dan prevelen yang tinggi di Malaysia..lebih tinggi daripada HIV….mereka yang terdedah kepada risiko jangkitan seperti kakitangan perubatan., pekerja seksual atau mereka yang seksuali aktif dengan pelbagai pasangan…PATUT ambil imunisasi ini…yang kerja cikgu, kerani, atau mereka yang tak terdedah dengan risiko..tak ambil pun tak ape….
Kalau nak ambil imunisasi ini..sila jumpa Dr berhampiran…ada 3 suntikan dalam tempoh 6 bulan..kena lengkap 3 suntikan barulah antibodi ni terhasil… biasanya antibody kekal untuk 10 tahun….kena periksa setiap 10 tahun… tapi kan..aku dapat imunisasi ni tahun 1989..periksa tahun lepas..antibodi ni masih tinggi…
Kalau tak ambil imunisasi ni..anda akan tededah kepada risiko jangkitan..tapi kalau anda tak mendedahkan diri kepada risiko..tak perlu le di bimbangkan….


Dato` Kokoman: Sampai di sini saja program kita ni..sehingga bertemu dilain kali…

BI undi BILIKINI

Wednesday, August 16, 2006

bloggers idol 2006:tugasan minggu tiga

Kredit: flash banner BI 2006 disumbangkan oleh NOEL losong




"BI2006 - Week 3 Assignment : Can a man love two women at the same time?And vice versa; Can a women love two man at same time?"

Cinta…..apa itu cinta..? sukar sebenarnya untuk ketahui erti sebenar cinta….gambaran cinta yang didefinasikan hanya umpama setitik air dari lautan Hindi..ehh..lautan Pasifik lah..luas sikit…ibarat sebutir pasir di gurun Sahara…seolah sekeping salji di Antartika…begitulah kecilnya nilai definasi cinta… masih berani nak mendefinasikan cinta????... Ia tak patut didefinasikan kerana cinta hanya perlu dirasa, dihayati dan dinilai mengikut pandangan individu…

Bolehkah seseorang individu menyintai dua individu pada masa yang sama????

1: lelaki menyintai dua wanita…..

Cinta di sini aku ertikan sebagai satu perkongsian…..bila bercinta, satu perkongsian akan termenterai antara dua individu….…cinta mengikat dua hati untuk berkongsi…meluangkan masa bersama…melayari kehidupan suka duka seiringan….menempuh cabaran kehidupan onak dan lara tanpa jemu….sama sama berusaha untuk menjayakan perjanjian, perkongsian cinta ini…..

Tapi…. Perlukah lelaki berkongsi cintanya hanya pada seorang wanita….. tiada perjanjian untuk menyatakan bahawa lelaki perlu berkongsi hanya pada yang satu….lelaki sememangnya boleh berkongsi cinta agongnya dengan dua wanita…..perkongsian itu masih lagi kekal…tapi nilai perkongsian ini terbahagi antara dua wanita…..kerana keupayaan lelaki untuk berkongsi cinta itulah..lelaki di bolehkan berkongsi cinta bukan dengan dua wanita tetapi empat pada masa yang sama……ehem..ehem.ehem..aku ada tiga lagi….ada sesiapa nak berkogsi cinta aku????

Lelaki yang berkogsi cinta dengan dua wanita harus merahsiakan perkongsian ini…bukan untuk kepentingan sendiri tetapi demi melindungi dua wanita ini…..jika dua wanita itu tidak mengetahui mereka berkongsi cinta…… mereka akan hidup dengan aman dan terus menerima lelaki seadanya…..

Malangnya..bila perkongsian cinta diketahui wanita….rasa hormat pada pada perkongsian cinta akan bersulam hasad….bercambah dengki…..cemburu mula timbul….wanita tidak ingin cinta lelakinya dikongsi wanita lain…..wanita akan rasakan dirinya bersaing untuk merebut cinta, ingin mendapat lebih perhatian sang lelaki dan tidak sudi mengalah dengan pesaingnya……

Keadaan sebegini…akan timbulkan konflik dalam perkongsian…masing-masing menuntut lebih daripada lelaki dan sememangnya lelaki tak akan dapat memberikan apa yang diminta kerana masing-masing telah mendapat habuan hasil perkongsian itu……perkongsian yang menimbulkan konflik akan gagal….

Aku ada saudara yang bercinta dan berkahwin dengan dua wanita selama 10 tahun….hidupnya aman dan kedua-dua isterinya dan anak-anak juga gembira…..masing-masing berkongsi dan hidup dengan berkongsi cinta…..dan dua wanita ini tidak mengetahui mereka berkongsi cinta yang sama……entah macam mana saudara aku ni.. tersilap langkah…..rahsia yang terlindung selama 10 tahun…menjadi buah mulut…kedua-dua isteri bergaduh berebutkan cinta yang boleh dikongsi…10 tahun yang bahagia…. lenyap…..perkongsian terjaga…. musnah…anya kerana wanita yang tak puashatiu dengan cinta yang dia perolehi dari seorang lelaki….tapi tak pe…saudara aku tu dah kahwin lain dah pun…ahak….

Sebagai kesimpulannya….. lelaki boleh menyintai dua wanita pada masa yang sama..tetapi ..ianya mesti dirahsiakan dan disimpan sebaik mungkin….kerana wanita sangat jarang mahu berkongsi cinta…..nak dia sorang je……

2. wanita menyintai dua lelaki…..

semalam aku bertanya tajuk ni pada seseorang yang selalu pegang k*#~k aku…seorang wanita…tulen ye…..

Aku: ayang…kalu lelaki bercinta dengan dua wanita pada masa yang sama …boleh ke????
Ayang: kenapa tanya?
Aku: saja je tanya…
Ayang: abang jangan buat haaall….tanya-tanya ni mesti ada ape-ape ni….
Aku: tanya je..tak boleh ke?
Ayang: jangan nak ngade..kalu abang buat perangai..jaga abang.. saya kerat k*#~k abang….bla..bla..blah.bla….potong k*#~k… bla..bla..bla…cincang k*#~t abang ..bagi makan hanjeng…. Puas hati….
Aku: ye ke??? sambil telan air liur…..kalu.. perempuan bercinta dengan dua lelaki plak..macamana????
Ayang: buat tebiat ke abang ni…ni….malaslah jawab….ape kes??? NEVER tau…fullstop. sambil cubit manja puting aku…..
Aku: ohhh gitu ek… jom ayang…..
Ayang: ringan-ringan aje lah malam ni….
Aku: okay..ringan pun ringanlah…….


Itulah rapuan aku untuk tugasan kali ini…..artikel ni tidak bertujuan untuk membuatkan sesiapa merasa marah dan sentap….ianya hanya untuk tujuan tugasan semata… abang DBI ni baik dan setia sebenarnya……

Jika anda suka blog daribilikini..sila BI undi BILIKINI di BI weblog bila undian dibuka pada hari Khamis 12 tgh hari sehingga Ahad 12 tgh hari…


terima kasih noel untuk flash banner yg free ni..

Tuesday, August 15, 2006

Saturday, August 12, 2006

jawapan untuk sayer

aku selalu jawap soalan kau kan sayer??.....kepada yang lain..sila rujuk soalan sayer kat tag-board tu...

mulanya... sampaikan simpati aku pada sedara kau yang ada kanser lidah dan ? kanser rahim tu...
kanser lidah ni sangat aggresif kerana cepat merebak secara lokal...dan melalui darah ( metastasis-bahasa perubatannya..)..organ yg berhampiran dgn lidah seperti tekak, lelangit..organ di leher turut di jangkiti.... kalu melalui darah.. cebisan barah-seed boleh melalui darah untuk ke paru-paru, hepar-hati. rawatan biasanya pembedahan buang lidah tersebut..ada jugak yang terpaksa buat neck clearance- buang semua organ yang berhampiran lidah...sangat sengsara dan prognosis sangat teruk......

tentang daging yang menutupi dubur..dan rahim di buang..kemungkinana dia ada barah rahim atau barah usus...bila pembedahan di buat, lubang dubur terpaksa di tutup dan terpaksalah pesakit menggunakan liang yang di buat di perut untuk keluarkan najis- stoma.

simpati pada sedara kau ni sayer..sebab tersangat jarang Allah menguji umatnya dengan pelbagai jenis barah pada masa yang sama....selalunya sejenis barah pun manusia tak dapat nak hadapi.... agar sedara kau ni mulia disisi Allah..kerana diuji sebegitu rupa....

Punca...macam-macam..makanan pun ada..cara hidup pun ade..genetik... tapi kebanyakan bila dah dapat barah ni..punca dah jadi tak penting sebab survivor untuk melawan barah menjadi paramount.....

sampaikan simpati aku sekali lagi......

Tuesday, August 08, 2006

bloggers-idol 2006: tugasan minggu dua



Bukak BI weblog hari Isnin dalam mood yang kurang bagus …ada benda yang buat aku bengang semalam….
Bila tengok topik tu terus terlintas…aiyyooo… bloggers-idol dah jadi macam AF$4 kah???…penuh dengan endorsement company yang sponsor….

Abang Bad nak promot Diddylah pulak…tahulah sapa Diddy tapi tak ikut sangat AF tahun ni….

Tetiba….terbayang kat fikiran ni…

~tugasan minggu ketiga mungkin macam ni….Nyatakan sebab Secret recipe lebih bagus dari kedai yang lain…???

~tugasan minggu keempat mungkin macam ni pulak….Mana yang lebih bagus???...Bloggers-idol anjuran Nurlea L atau Mentor anjuran Prof Imah Lenggok? Bincangkan……

tetiba je aku jadi merah dan tumbuh tanduk serta ekor bercabang tiga….batu api…api batu .…batu api…..*lariiii ke gurun Kalahari…..

cutekan setan ni....

kena gi tenangkan fikiran dulu ni…..nanti-nantilah aku buat tugasan tu…..

30 minit kemudian…….penat lari nih……

Ehhhh mati ker aku ni….duk mengutuk orang yang sponsor…sorry ah NurLL, Chef Aduka dan Abang Bad…..gurau-gurau di pagi sening….



"BI2006 - Week 2 Assignment :YOU are the new Manager for Diddy AF4. As a manager, what would you do to get Diddy to be an established singer / artist in the Malaysian Music Industry?”



Pada pandangan aku…Diddy AF4 ni tak ada sesuatu yang istimewa…..dari segi suara ..biasa je..tak ada kelainan daripada penyanyi yang sedia ada..….tak adelah suara macam suara Ridzuan-pemenang penyanyi harapan AIM 2005…tapi aku rasa Ridzuan ni nyanyi buat-buat suara jantan…pastu macam perasan bagus je masa nyanyi…mungkin suara tu terhasil dari teknik vocal kut….. Rupa Diddy AF4 pun, penyanyi lain lebih hensem…first impression pun tak de lah ahhhhh.ohhhh…. biasa je…kalau terus hilang dari dunia hiburan pun mungkin tak ada orang yang sedar…..



Sebagai manager yang akan menguruskan Diddy AF4, aku rasa tugas yang aku pikul amat berat..yelah untuk bentuk Diddy AF4 jadi established artist… dengan bakat yang biasa-biasa itu kepada penynyi yang luar biasa… yang pasti aku kena demand gaji yang mahal-mahal ni…susah tau nak naikkan artist yang biasa-biasa ni... . Diddy AF4 tak perlu bimbang sebab apa yang aku lakukan akan berbaloi.

Apa aku nak buat??
mr manager nak cakap ni...sambil posing tetek

Pertamanya….siapalah yang bagi nama Diddy ni….pada aku nama ni terlalu lembut dan feminin… sepatutnya nama nya lebih maskulin..jantan gitu....tapi apa boleh buat…dah nama macam tu.. takkanlah nak tukar nama…. Hijau lagi dalam dunia hiburan…dah sibuk tukar nama….kau ingat kau Erra fazira kah???..eh...ke Eera fazira....? satu lagi..secara beransur nama Diddy akan di pisahkan dengan AF4… tahu jelah kan AF ni dikatakan melahirkan artis mee segera….

1. Set matlamat Diddy untuk tempoh 3-5 tahun akan datang… di mana Diddy patut berada… aku akan setkan Diddy dah menguasai dunia muzik di Malaysia..sudah menembusi pasaran Indonesia dan sedang mengintai peluang untuk menembusi muzik Thailand, Filipina dan Indochina… muzik itu universal… itulah alasan pemuzik asing yang masuk ke Malaysia… jadi tak mustahil Diddy atas bimbingan Mr Bilikini menjenguk peluang yang ada. Matlamat yang di setkan akan di review secara berkala untuk pastikan Diddy berada pada landasan yang betul…selain itu diddy telah berjaya menang sekurang-kurangnya satu anugerah AIM dan satu anugerah kategori popular….


2. Tamatkan kontrak dengan MAESTRO dan cuba dapatkan kontrak dengan syarikat rakaman yang lebih bertanggung jawab macam SONY-BMG, EMI…?betul ke bertanggung jawab ni…… aku tengok selama ni MAESTRO tak lakukan promosi yang samarata..balik- balik budak botak tu diketengahkan…tengok video klip Zahid yang sangat low bajet… album yang dihasilkan untuk Bob AF2, Shahri AF1, Zarina AF2.. tak meletup pun..walaupun vocal bagus…lagu yang digunakan datang dari komposer yang tak popular dan lagu tidak menarik perhatian….MAESTRO tidak endahkan promosi… janji buat album…hampeh.. tentu nak safe bajet…Diddy akan elakkan ini dengan tamatkan kontrak dengan Meastro.

3. Hasilkan album yang bermutu dengan bekerja sama dengan komposer yang boleh hasilkan yang terbaik…dapatkan lagu-lagu yang boleh menjadi hit dan evergreen..

4. Membentuk satu base peminat setia dan fanatik yang tetap menyokong walau apa pun yang terjadi…base peminat boleh dalam bentuk kelab peminat… contoh kelab peminat yang berjaya memfanatikkan penyanyi masing-masing ialah mawi fc…ctzone—red mummy salah sorang fanatic ct..kan??. Ning klik….Diddy dah ada kelab peminat Dazzling Diddy FC… yang diketuai oleh presiden yang pushy dan garang..dan juri jemputan minggu lepas…… selaku..ape ye..? Berapa ahli sekarang???…. Sodih aku tengok..ciput je… presiden yang pushy dan garang tu kena kerahkan anak buat untuk promosi kelab peminat ni supaya dapat tarik lebih ramai ahli…tak buat kerja ke you all ni…takkan nak suruh manager gak buat yang ni…. tapi kalau ada kelab peminat yang asyik pandai buat jamuan harijadi pun tak guna gak....

5. Aku akan bentuk satu pasukan sokongan yang kukuh dan berusaha keras untuk bekerja demi Diddy . pasukan ini akan melakukan promosi, mencari peluang kerjaya daalm pelbagai bidang seni, bukannya menunggu peluang mendatang, dan memastikan Diddy AF4 dapat yang terbaik.. pasukan ini amat penting…tak ramai penyanyi Malaysia yang ada pasukan sebegini , segelintir yang ada contohnya… Ning Baizura… Siti Norhaliza dan Sheila Majid.. tengoklah di mana mereka berada sekarang…. Dipersada dunia hiburan…tengoklah macamana pasukan William Hung menjualnya serata dunia…ada pakej yang bagus ke????..team work yang sangat penting….

antara anggota pasukan terdiri:



1. publicist-Pasukan ini akan melakukan promosi untuk menjual Diddy kepada masyarakat… sidang akhbar, sessi fotografi , sessi berjumpa peminat perlu di atur secara berkala… tapi Diddy tak akan di benarkan untuk posing tetek kat kolam renang..publisiti murahan begitu sangat tak sesuai dengan pengurusan ini. .Memastikan hubungan Diddy di kalangan wartawan terjaga…yelah wartawan pun kena gak di jaga…kalau baik ngan wartawan..senang sikit nak mempromosi…

2. perunding imej- pasukan ini akan membentuk imej agar di terima masyarakat..imej boleh berubah mengikut suasana dan album yang di keluarkan..kalau nak ikutkan contoh terbaik penjagaan imej artis malaysia…aku akan jadikan Ella sebagai contoh Diddy . Ella, walaupun tetap berimej Rock.. kelainan penampilan tetap ada setiap kali album baru dilancarkan…itulah antara sebab Ella masih kekal sehingga sekarang…di puncak karier Ella…beliau adalah trend setter… Diddy akan di bentuk untuk menjadi trend setter….buat permulaan Diddy akan berimej bersih dan innocent look..sesuai dengan album yang akan dipasarkan tak lama lagi yang berkonsepkan pop rock dan sedikit balada….elakakn Diddy jadi mangsa imej YODA


3. tenaga pengajar- kelas vocal dan cabang seni seperti kelas tarian, drama, pengacaraan. dan cabang seni yang lain terus dipelajari dan diasah… proses pembelajaran akan sentiasa berterusan untuk pastikan vocal dan persembahan sentiasa mantap dan dapat dikekalkan.

4 .fitness trainer-pasukan ini akan pastikan Diddy AF4 sentiasa cergas dan bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik dari segi penyediaan fizikal..cara
bersenam yang betul.. persediaam makanan amat penting dan tidak harus dipandang ringan…

5. law-pasukan yang menjaga dari segi undang-undang agar Diddy tidak sewenangnya ditipu promoter atau syarikat rakaman… kalau kena tipu gak..saman dua juta….kalau menang..boleh bersara 5 tahun…pokcik kayo…pokcik kayo…waa..wa..waaa…


dah jadi panjang sangat dah tugasan ni..ada banyak lagi nak luahkan kan sini sebenarnya… tapi…idea-idea yang bernas ni.. kena lah disimpan dulu…..nak tahu idea-idea tu..cubalah lantik aku sebagai manager betul.betul…haahahahaha……Abang bad kena bayarlah kalu nak dapatkan idea yang lain ye…idea professional ni …memang berbaloi….


Akhirnya…. BIundi BILIKINI…undian di BI weblog bermula Khamis 12.tgh hari sampai Ahad…..

p/s::: gambar-gambar Diddy diambil dari laman badrulaftersix.blogspot.com dan mentallydisturbed.blogspot.com... Muahhh ..TQ

Thursday, August 03, 2006

kempen bilikini


Assalamualaikum semua,
Alhamdullilah Siti bersyukur kerana telah dilantik sebagai ketua untuk kempen BILIKINI untuk bloggers-idol ni...nama Siti… Datin Siti Cokelat…
Terus kita ke tujuan Siti….. UNDI BILIKINI dalam BI 2006 ini...

Tuan puan semua…yang bulat tak perlu datang bergolek, yang pipih tah usah datang melayang…yang straight tak perlu tunjukkna sasa…yang bengkok tak perlu berlenggang kangkung…. Semuanya ada di hujung jari anda..sambil tengok jari nya yg berinai itu….

Sila ke BI weblog dan terus mengundi kat situ…undian di buka dari hari khamis sampai ahad…pepandailah UNDI BILIKINI..sebabnya..tuan puan dah baca tugasan BILIKINI kan??...kita dengar kata juri dan pandangan ramai….play VT please…..

Fiebies….. FANTASTIK…..memang execution yang cantik…
Toh puan sri belle.... GREAT ENTRY (clap)..(clap)….sampai 3 kali aku baca…
Rush murad… kreatif dan bersungguh2, iwant to see you again next round
Lee juara BI2005.....very good..membuatkan we all nak baca sampai habis

Kalu diorang ni dah komen bagus2…berbaloilah kalau UNDI BILIKINI….

Dikesempatan ini jugak..Siti nak kenalkan penolong Siti merangkap suami Siti…Dato` Kokoman….sambil tersipu malu tapi bangga….Dato` sila naik pentas……kejap
ye tuan puan…dato` belum sampai..Siti call dia jap ye …..

Datin : Ayang buat ape tu tak sampai lagi….
Dato`: ala Aling ni… Ayang sedang trim misai ni… seluar pun ayang tak pakai lagi ni…boleh trim yang kat bawah ni sekali…..
Datin: alah..gatallah Ayang ni….
Dato`: Aling…. Gersanglah ni…malam ni ye…
Datin: tak sukalah ayang cakap macam ni… Biarlah rahsia…..

Mintak maaf Tuan puan ye… Dato`Kokoman tak dapat hadir hari ni….dia sedang meeting untuk sain projek juta-juta tu…..

Siti nak tanya sekali lagi…..Undi siapa???? Ya UNDI BILIKINI….

Tuesday, August 01, 2006

bloggers idol 2006: tugasan minggu satu


Tugasan pertama dah meletop tajuknya… ala-ala ice breaking pulak katanya…dah lama tak buat ice breaking ni..ketuk air batu tu adalah…peserta kena ceritakan tentang peserta lain….aku kena cerita pasal ejat… tuan punya lelaki melayu.blogspot.com… ejat ni dah pangkat macam adik akulah..melalui email tu pun aku boleh agak..baik budaknya…terus bahasakan aku abang… tak banyak yang aku nak tanya tentang dia sebab dia dah luahkan segalanya dalam blog duyong island boy tu…terbonjol mata aku habiskan membaca semua entry dia dari bulan mac…mujur bulan mac saja..kalu tak..boleh tercabut mata aku….cerita tentang ejat ni berdasarkan blog dia.. apa yang aku fahamlah…harap ejat ok je….

Hampir Semua tentang e-jat….


peta pulau duyong..pulau terbesar tu..ada jambatan lagi

Dia anak jati Terengganu…di besarkan di Pulau Duyong, pulau terbesar terletak di muara Sungai Terengganu. Zaman kanak –kanaknya penuh kedukaan….,kedukaan yang mengajar erti hidup…kedukaan yang mengenalkannya erti juang…kedukaan yang meranumkan jati dirinya….zaman itu dia tak seperti kanak-kanak yang lain…penuh dengan kasih sayang ibubapa dan adik beradik yang lain…dia tak ada semua itu.. yang ada hanyalah cebisan kasih sayang keluarga angkat…sayang keluarga angkat tidak sama…kasih keluarga sendiri jauh lebih bermakna… kadang kadang dia rasa dirinya itu terbuang..tidak dimiliki sesiapa.. apatah lagi bila ada caci nista daripada adik beradik angkatnya yang lain….Kemana arah tujunya…dia masih kanak-kanak yang belum boleh berdikari…di mana tempat mengadu? Siapa yang sudi mendengar keluhan dan luahan hatinya yang gundah ini…tiada siapa…..dia juga tidak tahu…..


pulau duyong yang tenang...

Kini dia dah berusia hampir 20 tahun… seorang lelaki melayu yang gigih berjuang di kota besar ini. Kota yang tak kenal erti kemanusian..kota yang mampu menumpaskan pejuang yang tidak bersedia..adakah dia bersedia? Adakah dia mampu membawa diri dalam arus kota metropolitan ini….adakah keputusan membawa dirinya ke kota Kuala Lumpur ini silap?


ape hal pulak ni..ke KL naik kapal...

Empat tahun dahulu…dia bulatkan tekad untuk tinggalkan Pulau Duyong.., pulau yang penuh dengan kisah duka zaman kanak-kanaknya..pulau yang terkenal dengan pembuatan bot berkualiti tinggi.. dan baru-baru ini terkenal dengan Monsoon Cup…ada hotel lima bintang di Pulau Duyung sekarang…ohh begitu jauh sekali Pulau Duyong berubah sejak dia tinggalkan…masih bugar diingatanya…tiada tangisan atas pemergiannya..mungkin hanya ibu angkat yang membenihkan air mata…yang lain ..mungkin merasa lega…tidak perlu bersusah payah menanggungnya yang gagal melanjutkan pelajaran ini…Pemergiannya berbekalkan azam untuk berjaya…bersulamkan semangat untuk membaiki diri dan bersama janji untuk membuktikan kepada keluarga angkatnya bahawa dia boleh dan akan berjaya…

Dia terpaksa berikat perut, berusaha keras dan tidak kenal jemu untuk berjaya di kota besar ini…dia lakukan apa saja kerja yang ada…kerja sambilan , lebih masa..dimana saja asal mendatang rezeki yang halal…mujur dia berkenalan dengan rakan –rakan dan abang angkat yang sedia membantu , yang begitu memahami dengan masalahnya, meringankan beban yang tak tertanggung kalau berseorangan.


bila nafsu menguasai...best ke??

Mencapai usia 20 tahun, bersendirian di kota besar, darah muda membuak-buak… nafsu dan jiwa remaja di peringkat maksima..dia tidak mampu mengawalnya…dia tewas dengan serakah berahinya…dia sedar dia menyimpang dari norma masyarakat dan dia mula menerima hakikat itu…mungkin akibat truma ketika kecil…menjadikannya begitu…dan… dia masih mencari erti sebenar kasih sayang…makna disayangi dan menyayangi…dia berharap ada yang hadir memberikan itu semua..menyuburkan kembali apa yang dia hilang semasa zaman kecilnya.

Setelah bertungkus lumus di kota ini….bertemankan si tenuk kesayangan yang membawanya ke mana-mana… dia pasti keputusan yang dibuat untuk tinggalkan Pulau Duyong tepat . walaupun hidup di kota kekadang membebankan..dia gembira, dia rasa bebas dan yang penting dia mula mengecapi rasa kasih sayang yang lama dicarinya…mungkin ada sirna menantinya nanti…..


sabar menanti...

Bilikini sudahi tentang e-jat dengan doa supaya e-jat dapat capai apa yang diingininya…dan harap apa yang bilikini tulis tidak menyinggung e-jat dan rakan-rakan yang mengenali e-jat

Kepada pengunjung blog…sila tinggalkan komen ke…kutukan ke… atau apa yang korang rasa nak buat…dan jangan tak ingat… BI UNDI BILIKINI….. cara nak undi….sila ke bloggers-idol.blogdrive.com…. undi hanya di buka pada hari kamis 12 tgh hari sampai ahad… poll undi hanya ada pada hari tu aje…jadi jangan lupa….reramai kita serang BI weblog pada hari khamis- Ahad dan….undi siapa???? Ya betul… BI UNDI BILIKINI…..

Untuk juri-juri…selamat menjuri ye…tak sabor nak dengar komen juri semua…istimewa untuk juri jemputan….Fibiessss…. suka baca blog awak…. Ingat nak buat entry 3000 patah perkataan jugak..tapi apa kan daya….saya tak sehebat awak…hehe bodek ni… aci tak ni….

UNDI SIAPA????...... YA BETUL…… BI UNDI BILIKINI