Wednesday, September 27, 2006

bloggers idol 2006: tugasan minggu sembilan

"BI2006 - 1st Final Assignment (WEEK 9):Isu 'MAT REMPIT' kini kian menjadi² di negara kita. Yang lebih menyedihkan adalah penglibatan anak² Melayu serta pelajar² sekolah. Apakah yang menyebabkan remaja² ini terjebak dalam kemelut sosial ini; dan apakah penyelesaian yang sewajarnya dilaksanakan bagi menangani isu ini dari terus berleluasa"

PROLOG…….

tut..tut..tut…pager yang dia bawa untuk kesekian kalinya berbunyi lagi…suapan pertama makan malam pada pukul 2.00 am itu terus terganggu,…arrhhhhh….

“hallo, Dr dbi sini… tak habis lagi ke???”
“Belumlah doc..ade tiga kes lagi ni..semua teruk..cepatlah datang…”
“Okaylah…” dengan langkan deras dan kepenatan dia menuju ke ER.

Hari ini saja ER telah menyaksikan 2 kematian., 3 ke ICU..yang ke wad orthopedic dan surgery tidak terkira,
Itulah selalunya berlaku bila malam minggu.. dia kadang tak ingin membuat tugasan on- call bila malam minggu tapi dia tidak dapat memilih….

“Mat rempit ni tak sudah-sudah menyusahkan aku hari ni….kalu mati terus senang cerita..ni tak datang dengan nyawa2 ikan dan perlukan perhatian segera…menyusahkan orang saja….”..kata2 jahat itu bermain di benak

“Hei..ade orang tak mandi ke hari ni??? Esok gi mandi bunga please”…itulah teguran awal pagi pada kakitangan ER….dan tugas menyelamat nyawa terus berjalan sampai dia nak tercabut nyawa kepenatan….

Eh pakcik pun merempit jugak ke?sambil menghampiri pesakit terakhirnya yang terbaring kesakitan itu….
Pak cik kena langgar mat rempitlah Dr…

Itulah hari on-callnya yang hectic, cuba menyelamatkan orang-orang yang sengaja mencari nahas….

Malam minggu ….malam yang dinantikan , malam yang akan menjadi saksi kejaguhan …..malam yang memberi kepuasan … silap langkah…malam minggu menjadi malam sial yang menyeksakan, malam yang dikesalkan dan malam yang mengharukan…..

Itu on-callnya 5 tahun dulu…. Setelah lima tahun, isu rempit tidak pernah pudar malah bertambah subur sehingga menjadi hangat daripada biasa…...

~~~~~~~00000~~~~~~~

Sejak isu mat rempit ini menjadi lebih panas dengan paparan di kaca TV tentang skill mat rempit beraksi dengan aksi berdiri, terbaring terlentang selagak superman, dan berbagai aksi skill yang merbahaya tapi mengkagumkan, isu ini mula mendapat perhatian sewajarnya. Di tambah pula isu mat rempit merosakkan harta penduduk di Bangsar hanya kerana kerana di tegur supaya lebih berhemah…

Apakah mat rempit sudah semakin berani untuk melanggar undang-undang?...gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung gejala rempit ini? Kenapakah gejala sosial di kalangan remaja tidak pernah putus?... selepas reda dengan isu bohsia, bohjan, gejala buli membuli, meledak pula isu mat rempit ini…belum lagi bercerita tentang isu penyalah gunaan dadah, pil khayal, rogol, dan gangsterisma.. Remaja sekarang begitu terdedah dengan pelbagai isu yang akan merosakkan masa depan, memudarkan sinar wawasan 2020…..

Kenapa ini berlaku? Siapa yang harus dijadikan kambing hitam dan memikul beban untuk dipersalahkan. Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangai.Sebagaimana isu sosial yang lain, mencari kesalahan dan meletakan kesilapan itu pada individu tertentu tidak dapat mengatasi masalah, isu sosial remaja timbul akibat tekanan dan permasalahan yang wujud di persekitaran. Punca-punca kemelut sosial ini saling berkait dan dan sukar untuk memastikan punca sebenar yang menjadi dalang kepada isu ini.

Individu
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup.Mengecapi bentuk hiburan yang murah ..berbekalkan RM 4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi..ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dikalangan mereka, menyuburkanlagi gejala ini.
Kemalangan jiwa bukanlah menjadi galang untuk merempit, tidak sedikit rakan telah cedera atau maut, tapi kerana seronok, itu bukanlah menjadi masalah. Malah ada yang berbangga dengan parut dan berapa kerat tulang yang patah..
Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan untuk remaja terlibat sama. Kenapa tidak terpengaruh kepada rakan sebaya yang baik? Kajian oleh Dr Hassan Ali 1977 mendapati remaja mudah terpengaruh dengan gejala yang membunuh sahsiah.

Modenisasi
Perubahan gaya hidup,ekonomi, institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah kemodenan. Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk bertindak. Dunia yang makin hilang sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur negative diserap ke jiwa remaja. Kesibukan ibubapa mengejar kemodenan ada sehingga mengabaikan anak di rumah. Kasih sayang yang hilang, jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di luar menawan remaja untuk bertindak. Merempit salah satu alternatif yang ada untuk hilangkan kebosanan dan ketegangan di rumah.Merempit juga menjadi alat untuk mendapat perhatian ibu bapa.

“Abang, tidakkah abang ketahui? Anak kita terlibat dengan budak budak kacang hantu.,merempit tak kira malam siang…”.
“Awak pun..kenapa tidak dilarang budak tu…”
“ Abang ..saya dah ambil keputusan untuk menghantar anak kita tu keluar negeri, biar dia belajar di sana dalam jurusan perniagaan, jauh dari kawan-kawannya”

Itu lah antara dialog biasa dalam drama atau filem Melayu..mudah sunguh penyelesaiannya bukan???....lebih senang jika ada rumah banglo bertingkat tingkat di lereng bukit… tapi ini realiti kehidupan dan bukannya lakonan kaku artis Malaysia…..

Amat sukar sebenarnya untuk menangani gejala mat rempit yang menjadi satu isu sosial yang membebankan. Seperti isu sosial yang lain, isu mat rempit tidak harus dipandang ringan dan pendekatan mestilah dengan penuh rasa empati, mengambil pendekatan untuk mencegah dan membimbing. Memang diakui kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk membendung masalah ini antaranya:

~memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedran sivik antara programyang sedang berjalan ialah Program Khidmat Negara, Kursus bina Insan dan program rakan muda.

~menggalakn amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani, antara program yang dilakukan ialh program cara hidup sihat

~memperbanyakkan program komuniti yang melibatkan remaja untuk turut serta seperti Jiran muda rukun tetangga

~memperkukuhkan program sukarelawan yang membutuhkan remaja untuk sama-sama melibatkan diri. Program sebegini mampu menanamkan rasa tanggungjawab dan membina sahsiah diri yang murni.

~penguatkuasaan undang undang, sekatan jalanaraya dan rondaan polis trafik merupakan langkah jangkapendek untuk mengurangkan gejala ini

Beban untuk mengawal masalah ini dari terus menular, bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Pihak lain seperti NGO, parti- parti politik dan ahli masyarakat, ibubapa harus berganding bahu dan patut memainkan peranan masing masing.

Langkah terbaru sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit harus tidak dipandang ringan. Ia bertujuan untuk mendekati golongan mat rempit, cuba mengenalpasti masalah mereka dan menyediakan satu platform aktiviti berfaedah yang menyeronokkan. Dengan pelbagai aktiviti yang di cadangkan, diharapkan gejala mat rempit dapat dikurangkan. Nampak elok dan berkesan ketika di kertas cadangan tapi mampukah ia menarik minat mat rempit?....., berjayakah program ini….kita tunggulah November ini…..tapi menamakan mat rempit sebagai mat cemerlang berbunyi agak kelakar……kannn???


~~~~~~~00000~~~~~~~


EPILOG……..

Beberapa hari kemudian ,ketika ward round…..

“Okaylah MR1, awak boleh balik hari ni….lepas baik patah tangan awak ni merempitlah lagi ye…..”
“Saya ikut nasihat Dr tu….tak sabar nak merempit ni…..hahaaha..”

kurang asam!.....

“MR2, awak pun saya benarkan balik….datang balik 6 minggu lagi untuk fitting kaki palsu ya…sementara tu terpaksa lah awak bertongkat….dah pandai belum ni??”
“Pandai dah Dr….nanti bila dapat kaki palsu tu …. Boleh ke saya bawak motor semula Dr….?”
“kenapa…. nak merempit lagi ke?”…

“Makcik.. MR3 macamana hari ni….dah ingat dan kenal makcik?
“Macam tu jugaklah Dr..masih lagi bengong tak ingat apa….macam budak budak jadinya….”
“Beginilah makcik..makcik boleh bawak balik MR3 ni, makan ubat yang saya bagi, rangsang minda dia di rumah….biasanya ambil masa nak pulih ni..tapi kalu selepas 6 bulan tak pulih jugak…tak tahulah saya”
“Boleh jumpa bomoh tak Dr…”
“Jumpalah sesiapa pun makcik…cuba semua yang ada”

“Dah 2 bulan lebih MR4 ni kat sini ye mak cik….makcik pun dah tahu macamana nak jaga MR4 yang koma ni..okay ke kalau makcik buat balik dia hari ni…”
“Makcik pun rasa nak mintak balik Dr..tapi ada harapan pulih tak ni Dr..”
“Dia ni cedera di kepala teruk…operate pun sampai 3 kali, saya rasa harapan untuk sedar dari koma ni tipis sangat ..mungkin tak ada harapan… tapi siapa tahu kuasa Allah kan makcik?”


“Yeah..kak misi dah kosong wad saya hari ni….”
“ Doc..jangan suka sangat, esok weekendlah..merasalah mat rempit berduyun-duyun masuk..”
“Hish dah tension balik aku..esok on-call lagi ni…..resignlah aku kalu macam ni….

Lima tahun kemudian..dia berada di sini…berkurung di bilikini…. Tak tensionkah sekarang???
Oohhh …. Tidakkkk….rupanya....tension itu ada di mana-mana……..

~~~~~~~00000~~~~~~~


sudi sudikanlah mengundi bilikini di BI WEBLOG pada hari khamis 12 noon hingga Ahad 12 noon…poll vote ada di BI WEBLOG






Saturday, September 23, 2006

karnival

Jawapan untuk badruddin—future Dr ni..insyaAllah

badruddin: sy ada kawan, br 18, lelaki, dia ni main ragbi wakil negri 9, badan cantik, tp semalam doc kate die kene hypertension.remaja pn kene hypertension ke?ape faktor2 die?

Darah tinggi terbahagi dua:
1. essential hypertension-penyebab tidak diketahui dan biasa terjadi pada pesakit berumur 35 tahun ke atas. Tak payah sesibuk nak cari punca darah tinggi…

2. Secondary hypertension- darah tinggi berpunca dari sebab penyakit lain. Keadaan kawan badruddin itu 18 tahun fit dan berbadan cantik…. *perlu ke mention badan cantik ni…jeles aku…* tergolong di categori ini dan dipanggil Young Hypertension..
antara penyebab secondary hypertension ialah: penyakit berkaitan buah pinggang- macam2 penyakit ada berkaitan buah pinggang ni…
dan penyakit endocrine(kalenjar yang mengawal penghasilan hormon2 dalam tubuh…
jadi kawan badaruddin tu terpaksa menjalani bebrapa ujian untuk menentukan punca darah tinggi tersebut…sila jumpa DR anda untuk ujian tersebut….



Tertengok notis ni kat bus stop……..

KARNIVAL JOM SURE IBADAH
TARIKH: 1-30 RAMADHAN 1427
TEMPAT: SELURUH DUNIA

ACARA MENARIK:

BERAMAL IBADAT
MAJLIS BERBUKA PUASA
TADDARUS AL QURAN
SEMBAHYANG TERAWIH
QIAMUILLAIL

Datang beramai untuk dapatkan…….

PAHALA 1000 BULAN
LAILATUL QADAR
KESIHATAN TUBUH BADAN
KESIHATAN JIWA
KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

DATANGLAH BERAMAI- RAMAI SEMENTARA STOK UMUR ANDA MASIH ADA

p/s: anda akan dihiburkan dengan nyanyian lagu bertajuk: berhenti mengumpat oleh So7-11

~SELAMAT BERPUASA DARIPADA DBI~

Wednesday, September 20, 2006

bloggers idol 2006:tugasan minggu lapan




"BI2006 - Week 8 Assignment :Wajarkah KICKBOXING dijadikan senaman harian selain dari persediaan keselamatan diri bagi kaum wanita?"
p/s:kenapa tak leh upload logo BI ye..problem kat photobucket kah..sorry x de logo lagi...

Kickboxing sebagai senaman harian dan persediaan keselamatan untuk wanita? Biar betul. Bukankah kickboxing ni contact sport yang ganas ganas gitu…. kenapa kickboxing? Kenapa tidak silat ke..tae kwan do..karate do ke..? best sangat kah kickboxing ni sampai jadi tajuk BI ni..dan buruk sangatkah yang lain???.....atau adakah THE ORGANISER ni…(speku kejap ye..jangan marah..)

1.ada kekasih/suggar daddy/anak ikan org siam yang handal berkickboxing
2. selau gi gym buat kickboxing untuk dapatkan pinggang seramping kerengga-matilah pinggang 35- dan punggung sepejal daging batang pinang???

Kena check internetlah ..google info jap…oooo..arrrrhhh……hah??..pardon me THE ORGANISER….sungguh aku tidak mengetahuinya……




Mari belajar ilmu tawarikh jab…

Kickboxing ni merupakan salah satu ilmu mempertahankan diri yang yang menggunakan lutut, kaki, siku dan tangan untuk menumbuk, menyiku dan sepak terajang..….kickboxing ni telah wujud di asia ni lebih 2000 tahun yang lalu dan bevolosi dari susur galur Krabi Krabong atau sword and baton bagi angkatan tentera siam dahulu kala …mereka gunakan segala anggota badan untuk bertarung mempertahankan diri dan tanahair….Sekarang terkenal dengan nama Muay Thai. Pada tahun 1950, seorang promoter Jepun telah memperkenalkan Muay thai ini dengan menggabungkannya dengan boxing dan karate. Ia menjadi kegilaaan ramai di Jepun…kayalah si pomoter itu…. Sekitar 70 an… Muay Thai ini yng di kenali sebagai kickboxing mula terkenal di Amerika..bila dah terkenal itu….ia mula diminati ramai di seluruh dunia….glamer..glamerr…adalah variasinya mengikut geografi setempat…

Kita tinggalkan tawarikh..kembali ke masa kini….

Jangan buat tak tahu… kick boxing juga boleh di gunakan sebagai salah satu cara untuk bersenam dan membuat fitness. Apa yang popular sekarang ialah aerobik /cardiovascular kickboxing yang menggabungkan unsur kickboxing dengan aerobik untuk mencapai tone dan keaadaan fizikal yang memuaskan. Di USA, aerobik kickboxing menjadi kegilaan dan mendapat sambutan yang begitu galak. Kajian oleh International Health, Racquet and Sportsclub Association (IHRSA), pada tahun1998 mendapati 78 % kelab fitness di USA menawarkan program ini… kat Malaysia … kajian non ado..tapi rasanya adalah kelab fitness Bandar Bandar besar yang menawarkan aerobic Kickboxing…

Aerobik Kickboxing ini memberikan latihan `high impact` ke atas jantung dan sistem badan dengan mengabungkan gerakan ketika kick boxing seperti sepak terajang, menyiku, melutut dan gerakan pertahan diri yang lain dengan rutin gerakan aerobik dan biasanya satu sesi berjalan untuk 30- 60 minit dan membakar sebanyak 350- 450 kalori.




Walaupun aerobik kickboxing ini memerlukan seseoang itu benar-benar cergas/fit untuk mencuba,ia boleh disesuaikan mengikut tahap kecergasan individu, dan ketika melakukan nya dinasihatkan untuk mencuba mengikut tahap dan pace individu dan janga terikut-ikutdengan yang sudah advance. Gerakan aerobik kickboxing ini boleh disesuaikan untuk dilakukan di rumah…. Selain memberikan kelebihan kepada jantung, aerobik kickboxing juga dapat membantu untuk meningkatkan kekuatan dan flexibity, membaiki koordinasi dan keseimbangan individu serta dapat mempertajamkan tindakbalas refleks..

Bagi individu yang membuat senaman `high impact` memadi melakukan nya tiga kali seminggu untuk mengelak kecederaan dan memberi masa untuk tubuh berehat. Bagi mereka yang melakukannya dengan pace santai…melakukan senman ini setiap hari tidak menjadi kesalahan..

Dengan itu jawapan untuk separuh pertama soalan : WAJAR.

Kenapa kickboxing dijadikan pilihan untuk persediaan keselamatan wanita…adakah kerana silat hanya penuh dengan bunga-bunga silat saja, atau karate-do hanya bersenjatakan tangan dan wushu amat sukar???....ehhh…perlu ke nak burukkan sesuatu untuk menunjukan apa yang dicadangkan itu lebih baik??..jangan kita sesekali memburukkan orang lain untuk menunjukan kita ini baik…kita hanya perlu tunjukan nilai nilai kebaikan yang kita ada tanpa melibatakan orang lain…..tu dia pendidikan moral untuk hari ini……


Kickboxing amat sesuai untuk persediaan keselamatan diri kerana kickboxing ini agak mudah dipelajari, gerakan pertahanan diri lebih praktikal kepada individu dan tidak terlalu sukar untuk diikuti. Kickboxing juga meninitikberatkan tumbukan atau serangan di tempat-tempat lemah penyerang seperti di celah kangkang…aduisshhh…muka, leher dan perut. Kickboxing juga mengajar tentang semangat juang, keyakinan diri dan rasa mampu melahirkan kekuatan dalaman.
Harus dingat…pandai mempertahankan diri tidak menjadikan seseorang itu Jean Claudde van Damme atau Jet Li…eh…Jet Li kung Fu kan???. Tidak dinafikan bila seseorang itu tahu menjaga keselamatan diri sendiri beliau akan lebih yakin pada diri, berani menghadapi risiko dan menjadi lebih berwaspada, tetapi ramai juga yang tidak dapat mempraktikkan apa yang dipelajarinya apabila berdepan dengan suasana sebenar. Contoh terdekat ialah kakak aku yang diragut beg duitnya oleh penagih dadah yang kurus cekeding dan kecik tubuhnya…apa yang mampu dia lakukna hanyalah menjerit sambil hentak-hentak kaki….dia ada tali pinggang biru dalam tae kwan do….

Untuk mempertahanan diri atau persediaan keselamatan diri, tahu gerak seni mempertahankan diri tidak memadai…ia memerlukan lebih dari itu…dan harus dingat keselamatan diri bertujuan untuk memberhentikan penyerang/pemangsa secara cepat dan berkesan dengan tidak merbahayakan diri.
Justin Kocher, seorang penyelia terkenal untuk program keselamatan diri mengatakan bahawa terdapat empat ciri utama yang perlu untuk menjaga keselamatan diri…dan tahu seni mempertahankan diri/kick boxing merupakan bonus penting.

1. common sense- gunakan akal fikiran yang waras untuk tahu sesuatu tempat itu berbahaya atau tidak.janganlah pula bercatwalk berseorangan di lorong gelap yang sememangnya mengundang bahaya.
2. diplomatik-jangan panik dan cuba bercakap dengan pemangsa, tunjukkan kita tidak lemah dan bukannya mangsa yang mudah
3. strategik- bertenang dan sentiasa berfikir untuk melepaskan diri, tunggu sehingga pemangsa alpa atau masa yang sesuai untuk bertindak..atau alihkan tumpuan pemangsa
4. taktikal-disini pengetahuan ilmu pertahan diri penting, dimana untuk melepasjkan tumbukan atau tendangan harus dilakukan untuk mendapat kesan maksimum.

Keempat ciri ini harus digunakan untuk menyelamatkan diri…tahu kickboxing atau seni mempertahankan diri yang lain semata-mata tanpa mempertimbangkan ciri-ciri ini mungkin akan menggagalkan usaha menyelamatjkan diri. Biasanya pemangsa kan lebih kuat dan bertenaga dari mangsa…seorang wanita petite yang lemah… sepakan dan tumbukan lemah mungkin hanya meningkatkan lagi ghairah kemarahan pemangsa…

Dengan itu jawapan untuk separuh kedua soalan: WAJAR

~Wallahu`alam~

~yang sudi mengundi sila ke BI WEBLOG pada hari Khamis 12 noon sehingga Ahad 12 noon
~terima kasih pada juri dan pengundi kerana jadikan DBI no 1 untuk minggu ke tujuh...





Saturday, September 16, 2006

andropause



Hari jumaat kelmarin..pergi kedai nak upah baju melayu untuk hari raya…sejak kahwin ni setiap tahun buat baju melayu raya..yelahkan nak sedondon satu famili. selalunya, makcik ni yang tolong buatkan tapi tahun ni dia kata aku dah lewat hantar….dah tak menang tangan…terpaksalah aku gi ke beberapa kedai..akhirnya adalah tukang jahit ni nak ambil tempahan..lega…kalau tak pakai baju lama lah aku tahun ni….

Sampailah acara ukur mengukur…

“pinggang 35 ½ inci ye”
“hahhh…betul ke..tahun lepas 33 je..muat lagi saya pakai tu..”
“itu tahun lepas..ini sikarang lo”
“tak..tak… mung buat 33 je tauke..nanti puasa sempatlah.pinggang ni kecik balik…”
“kitat nanti lo….aku buat 33 ½ inci hah…”

tu dia dah 35 ½ katanya..bila tengok betul-betul..logiklah jugak….kat depan dah boroi lite-lite, kat sisi pun dah melabuh makin banyak….aiyoo…tidakk..tidak…


sejak kawin,ada klinik sendiri ni memang jarang dah buat exersice…kalau dulu main tennis 2 jam sehari,hari-hari…sekarang ni hampeh..makan pulak ada orang jaga… melantak je kerja bila kat rumah… macamana lah tak naik perut itu..aduih…

Itulah dia ..kalu tak dijaga….bila dah umur macam dbi ni….perut naik tak lah membimbangkan sangat.. tapi kalau bende tu tak naik..tak ke haru…..adakah dbi dah mula nak andropause….??

Andropouse ni lebih kurang putus haid lah kalu pada perempuan..tapi lelaki tak de datang bulan kan..jadi tak ada clear cut..macamana nak dikatakan andropause ini….kedua-dua disebabkan penurunan hormone oestrogen pada perempuan dan testosterone pada lelaki.

Testosterone ni hormone lelaki yang dihasilkan testes dan kalenjar adrenal (kalenjar di atas buah pinggang). Testosterone memuncak dalam usia 20-30 tahun dan mula menurun sebanyak 1% setahun bermula usia 30. Ia berfungsi untuk membina protein dan penting untuk kelakuan seks manusia dengan mempengaruhi nafsu, ereksi dan qualiti mani. Ia juga penting penting untuk metabolisma lipid/lemak dan karbohidrate, mempengaruhi fungsi hati dan prostate.pembentukan darah merah di sum-sum dan pembentukan tulang juga dipengaruhi testosterone.

Ketika berumur antara 40-55 tahun.kesan pengurangan testosterone akan mula terasa tetapi kekadang kita tak akan endah sehingga konek tu dah kurang berfungsi lemah syahwat …barulah nak gelabah cari ubat…simptomnya berdasarkan perkara dibawah.

penat ker bang??

Kurang nafsu seks---yeah..masih okay lagii
Perubahan emosi.psikologi dan perangai-jadi baran, kurang mood—belum lagi
muscle mass berkurang—ada lagi ketul-ketul sikit
kekuatan otot mengurang- cepat penat dan letih.-kuat lagi ni..boleh lagi buat push up….
lemak di perut dan sisi badan mula berkumpul..boroi.buncit.tayar spare dan seumpamanya- uwaa..uwaa..tak berdaya aku menahannya…
Osteoporosis atau tulang menjadi lemah dan selalu sakit belakang – belum reput lagi tulang aku ni
Risiko dapat sakit jantung, kolesterol meningkat semakin tinggi—tak lagi kut…

Simptom andropause ni datang perlahan-lahan..kekadang kita tak sedar pun kita dah dalam peringkat andropuase.

Bolehkah kita melawan andropause ini…mungkin tidak kerana itu adalah proses penuaan manusia.kita boleh melambatkan proses itu saja…..bagaimana? untuk kekalkan paras testosterone seperti biasalah..amalkan cara hidup sihat, makan makanan yang sesuai dan seimbang, lakukan senaman secara berkala, tidak merokok atau minum alcohol, elakkan acara hidup yang stress dan dapatkan rehat yang cukup..

Paras testosterone boleh disukat dengan memeriksa darah..sikit je darah diambil 5 ml aje…pastu tahulah berapa paras yang ada…kalu ada paras yang rendah atau bersimptom..bolehlah ambil hormone terapi…hormone testosterone lah tu….
Kalu tak nak ambil hormone, ambil lah tongkat ali ke…herba terristeris ke…atau apa2 aje herba yang boleh ransang penghasilan testosterone…

Berbalik pasal boroi tadi…camana nak buat ye??? Nak turun sampai 33 inci dlm masa sebulan ni….mujur le puasa, tgh hari boleh pergi gym-buat sit up sikit,angkat besi sikit…gi tidur kat restroom dia banyak2….masa berbuka..kita makan banyak2.. pastu kita makan ubat sikit….adalah ubatnya…nak tahu ubat ape?? hehehehe.....sahur tak makan…ambil segelas air suam bercampur madu iran….walla…berjaya tak ni…..??? kalu tak muat seluar tu…pakai kain pelikatlah aku raya nanti….

Wednesday, September 13, 2006

bloggers idol 2006: tugasan minggu tujuh

"BI2006 - Week 7 Assignment :5 things he/ she (your partner/ spouse) doesn't need to know about you..."


p/s: masalah bloggspot: tak boleh upload logo BI06...logo datang kemudian ok....

SCENARIO 1…….kisah benar
Lokasi..di sebuah restoren tak berbintang
Masa: waktu makan tengahari..199….

Akhirnya, tengahari yang di tunggu tiba juga…saat yang akan merubah hidup aku dari teruna bujang kepada menantu kepada seorang ibu…temujanji pertama..bukan blind date tapi rabun punya date sebab aku dah tengok gambar dan bertelefon beberapa kali….gadis ini..hasil usaha kedua ibubapa…pilihan orang tua kan lebih berkat…pandailah..padahal memang tak tahu memikat….
Masa ni aku masih bekerja di sabah dan bercuti ke terenggnau semata-mata nak berdating….sebabkan dia gubra nak jumpa aku..dia termasuk toilet lelaki..katanya….aku?? control macho le…
Beberapa hati kemudian…. Hallo..boleh kita dinner?..kat hotel 4 bintang malam ni??
Itulah permulaan nya..sampai sekarang dengan tiga anak dan counting..masih tersangat bahagia….eh.. sekali tu ajelah aku ajak dia makan kat hotel..lepas tu kat warung-warung je….

Sepanjang ikatan ini…tidak sekali kami membincangkan kisah silam masing masing atau cuba mengorek rahsia hidup sebelum kami berjumpa..dia sesekali bercerita juga tentang kisah cinta monyet dia…dan aku memang tak ambil pot tentang itu…
Aku tidak pernah menceritakan kisah cinta aku sebelum bertemunya..adalah cerita sikit tapi bukannya hebat pun..bukan aku berahsia….tiada rahsia tentang itu tapi dia tak pernah bertanya dan aku rasa ianya tidak menarik untuk bercerita…
bukankah kisah lalu hanya untuk dikenang? Dan kenangan silam tak sepatutnya mempengaruhi hidup…? Apa yang penting ialah masa depan bersama, dibina atas tugu kepercayaan untuk mengharungi hari bahagia mendatang..

Rahsia ialah maklumat atau sesuatu yang harus disimpan agar tiada siapa yang tahu,ia bukannya ilmu pengetahuan yang harus disebarkan kepada khalayak….lagi rahsia sesuatu perkara..lagi sukar untuk menyimpannya dan lagi ramai orang sibuk nak ambil tahu….Rahsia,berahsia,merahsiakan sesuatu memang tidak dapat dielak dan memang wujud dalam masyarakat, kalau tidak masakan wujud peribahasa sebegini….biar pecah di perut, jangan pecah di mulut….mulut tempayan masakan boleh ditutup..dan bangkai gajah mana boleh di tutup pelepah nyior…. William penn…orang putih mana tatau…berkata "It is wise not to seek a secret; and honest, not to reveal one."

Kenapa kita tak mahu bercerita kepada pasangan kita tentang sesuatu perkara? Apakah ianya tidak penting atau ianya menjadi rahsia? Kenapa sesuatu perkara itu menjadi rahsia?..Adakah kerana kita telah melakukan kesalahan.dan tidak ingin diketahui ramai…atau kita melakukan perkara memalukan yang tidak harus dikongsi….apakah kesan rahsia kepada kehidupan orang yang berahsia dan orang yang dirahsiakan itu? Tu dia…..matilah aku…soalan dijawab dengan soalan….

Kita berahsia kerana kita telah melakukan perkara yang tidak betul, perkara yang mungkin dirasakan tidak elok atau melanggar norma masyarakat dan dirasakan akan mengguris hati, menimbulkan rasa marah atau mengganggu perasaan orang yang ingin kita rahsiakan maklumat itu…ia juga mungkin memalukan kita atau mempengaruhi kita…Yelah kan..kalau perkara tu elok..dan-dan tu jugak nak beritahu orang..kita berahsia untuk melindungi dan melindungi…pendek kata takut ~ `pecah lubang`~lah…bila dah pecah lubang..macam macam boleh berlaku, bergantung kepada penerimaan orang yang kita berahsia itu….rahsia juga bertujuan untuk mengelak konflik…tetapi..kekadang apa yang cuba di simpan,telah diketahui pihak ketiga dan mungkin digunakan sebagai senjata untuk mengugut…

Dua scenario untuk tunjukkan penerimaan dan kesan bila rahsia terbongkar…..


SCENARIO 2drama saje
Lokasi…bilik pengantn
Masa.. malam pertama

Dara: abang sebelum kita bersatu..saya rasa terpaksa beritahu rahsia yang dah tak dapat saya tanggung ini..saya rasa berdosa kepada abang….
Teruna: apa dia sayang..abang akan terima apa yang dara nak cakapkan…
Dara: abang..maafkan dara…dara tidak dara lagi.. dara telah dinodai bekas tunang dara…dara menyesal..maafkan daar..
Teruna: dara…terima kasih kerana tidak berahsia…tak ape abang maafkan..jom kita…
Dara: oooh abang….

Esoknya…..
Teruna: dara..aku ceraikan kau dengan talak satu..
Dara:abanggggg..kenapa..??? yang empat round semalam tu tak ade apa-apa ke?
Teruna:..ahhh aku tak nak menebuk kelapa yang sudah ditebuk…
Dara: uwaa..uwaaa…menyesal saya beritahu rahsia itu..saya ingat abang lain…uwaa..uwaa

SCENARIO 3..drama juga
Lokasi…bilik pengantin lagi
Masa: pagi malam pertama

Lelaki: hebatlah sayang malam tadi…tak tertahan abang….
Perempuan: ala..abang ni macam tak biasa pulak…
Lelaki: abang nak beritahu sayang satu perkara ni..ia dah jadi rahsia abang bertahun lamanya..abang rasa sangat bersalah….malam tadi..mengingatkan abang pada kejadian tu…..dulu abang telah merogol gadis dibawah umur…abang tak dapat kawal nafsu abang…abang rasa sangat menyesal sekarang..
Perempuan: saya pun ada rahsia….saya lah budak yang abang rogol itu.. sejak itu saya ketagihkan seks tapi masih tak puas bila teringatkan aksi abang..saya mesti cari abang….baru nafsu saya puas…saya dah jumpa abang sekarang..merasalah abang jadi hamba seks saya….hahaha…
Lelaki: hah…!!!glup…


Nampak tak impact rahsia dan tindakbalas??? Satu bertindakbalas dengan menghukum, satu lagi dengan membalas dendam…yang lelain tu boleh fikir sendiri…

Itulah saja..tugasan kali ini….habis….
.
.
.
.
.aloo DBI… soalan belum dijawab.mana nak lari tu.. 5 perkara tu belum di beritahu…….

Sorry ah..ingat korang tak ingat….macamana ni ye…nak bersiti nurhaliza ke…nak bermadonna ni…. Bila dah ada kat sini kenalah ikut rentak pertandingan….okaylah
Pasang lagu coffession on the dance floor tu cepat…..dengan rasa tak malunya….

Satu: “powerlah abang malam ni..ada apa-apa ke ni?”
“biasa je abang rasa..abang kan exercise selalu..mestilah power….”
Dia tak tahu dan tak perlu tahu… bila terlebih power tu….aku telan Viagra pil biru 50mg….
Sesekali telan pil…untuk memantapkan tak perlu lah nak bercerita….

Dua: blog ini..tak ade siapa orang yang dekat tahu….aku rasa ia patut dirahsiakan..untuk aku bebas menulis apa saja…tanpa rasa terhad….

Tiga: fantasi seksual aku…semua orang ada fantasi kan..tapi biarlah ia terus menjadi fantasi….nak tahu??? Boleh buat spekulasi sendiri ye…matilah fantasi seks NIng Baizura…

Empat: bila dia telefon dan aku malas nak layan…sebab sedang asyik melayari laman ehem…ehem… aku kata je kat dia….ada pesakit kat depan ni…cakap nanti le….

Lima: cinta dan sayang aku makin mendalam setiap hari….tanpanya cintaku hanyut di lautan sepi…..jiwang karatlah pulak…dia tak perlu tahu..nanti over pulak….


~THE END~

Wednesday, September 06, 2006

bloggers idol 2006: tugasan minggu enam






"BI2006 - Week 6 Assignment :'5 syarikat lebuh raya minta kerajaan naikkan tol tahun depan'; Wajarkah Kerajaan naikkan lagi harga tol? A simple YES or a NO, dan huraikan..."

Apakah lima syarikat itu???..lebuhraya mana yang diorang ni..nak naikkan tol….naik…naik..naikk..tak pernah lah nak turun…eh…mati ke aku ni…..tak tahu menahu pun….maklumlah, mana ada tol kat Terengganu ni…Kampung Atas Tol adalah… tol yang ada dulu kat jambatan Sultan Mahmud tu pun dah dihapuskan..ehh..tol tu telah menumbangkan kerajaan BN di terengganu..salah satu sebab lah…dan kerajaan BN yang ada sekarang pun trauma je nak kenakan tol balik kat situ… sure tak berani punya….

kena buat demo ke ni???

Kisahkah aku dengan semua ni…? Hidup aku yang hanya berulang alik di rumah,klinik,rumah, klinik dan sekitar Kuala Terengganu…nak pergi Kuala Lumpur pun sekali sekala aje ….aku boleh tak ambil peduli…tapi bila ada kenaikan sesuatu…,minyak naik ke, tariff elektrik naik ke, tariff air nak naik ke..ia mesti merentet mempengaruhi kehidupan seharian secara sedar atau tidak..kesannya umpama api dalam sekam..perlahan tapi tetap membakar tanpa disedari.. dulu…sebelum kenaikan minyak..bila sarapan, sebiji roti canai kosong, aku dah kenyang…bila minyak naik…makan 2 biji baru kenyang..tapi sekarang aku dah melantak dengan tiga biji roti canai…ni roti canai makin kecil dan nipis ke.. atau nafsu makan aku yang makin besar…???

Untuk setiap soalan, jawapan tidaklah sesimple YES or No…ianya ada pro dan kontra, buruk dan baik kerana setiap sesuatu ada perspektifnya yang tersendiri
Sebagai pengguna.yang berada di rantaian paling akhir…,.tentulah jawapan telah jelas..tidak wajarlah kerajaan nak membebankan rakyat dengan melayan permintaan 5 syarikat itu..sanggupakah kerajaan nak menyusahkan rakyat.. Lebuhraya yang dibina tu pun bertujuan untuk menyenangkan rakyat…


Jangan tak tahu, lebuhraya di Malaysia merupakan rangkaian lebuh raya yang terbaik di Asia Tenggara dan ketiga di Asia di belakang Jepun dan China..dan merupakan sebahagian dari rangkaian Asian Highway Network…tapi bila dibandingkan dengan dengan autobahn( Jerman), autobane (Denmark), US Exspressway, UK motoway, autoroute(Perancis)..kedudukan lebuhraya di Malaysia merundun ke tempat terbawah..itu menujukan kualiti lebuhraya, kemudahan yang disediakan dan selenggaraan lebuhraya kita masih jauh ketinggalan.

Kerajaan selalu berhujah, rakyat jangan selalu mengharapkan subsidi kerajaan, tu hujah basi bila harga petrol nak dinaikkan, bila nak sesuatu yang bermutu, bersedialah untuk membayar harga kemudahan tersebut…Membayar tol di lebuhraya memang tak dapat di elakan, kerana lebuh raya di Malaysia, di bina dan diselenggarakan oleh pihak swasta di bawah seliaan dan kawalan Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM).. tapi wajarkah tol dinaikkan sebanyak 10 % bagi setiap tiga tahun? Itu lah perjanjian yang dimenterai kerajaan dengan pihak swasta. Jika kenaikkan tidak dilaksanakan, kerajaan terpaksa membayar jutaan ringgit sebagai pampasan.Berapa lamakah perjanjian itu akan terlaksana?...selama 50 tahun untuk Lebuhraya Utara Selatan….Perjanjian yang dimenterai ini nampak seperti berat sebelah dan tidak telus…kerajaan terikat dengan perjanjian itu dan terpaksa membenarkan tol dinaikkan untuk mengelak membayar pampasan..jadi beban itu tersandung kepada pengguna..penggunalah yang menanggung kenaikkan itu…alah… ambil konsep berat sama di pikul, ringan boleh jinjing sorang-sorang….
Aku sebagai rakyat biasa yang tak ada latar belakang ekonomi ni rasakan perjanjian ni macam tak betul je… Di negara maju, kos pembinaan lebuhraya yang berbillion tu dapat dipungut semula dalam tempoh hanya 10-12 tahun sahaja, selepas itu tol akan dihapuskan atau dikurangkan untuk kerja-kerja selengaraan lebuhraya. Kenapa perjanjian tu memakan masa sampai 50 tahun..Tidakkah kerajaan memikirkan beban yang akan pengguna dan rakyat tanggung.? Arhhh..aku lupa lah pulak, menteri kewangan tu pun tak ada kelulusan dalam bidang ekonomi juga…hish..hish..hish…

Kenaikan tol sebanyak 10% setiap 3 tahun tu pun agak janggal..kenapa perlu ada perjanjian sebegini, ada kenaikan yang berkala…itu pun nampak menguntungkan pihak pengendali lebuhraya…wajar ke..tak wajar ke..kenaikan tetap akan berlaku….

Adakah pihak pengendali lebuhraya ini mengalami kerugian, akibat beban hutang dan interest pinjaman pembinaan lebuhraya? Adakah kos penyelenggaraan terlau tinggi sehingga tol terpaksa dinaikkan untuk menampung kos?... aku tak rasa begitu…
Lebuhraya Utara Selatan di bina untuk menampung 160 ribu kenderaan sehari, tetapi statistik pada tahun 2002 menunjukkan sebanyak 1.2 juta kenderaan menggunakannya sehari…tidakkah ini menguntukkan PLUS?? Budak tadika pun tahu keuntungan itu sebanyak 7.5 kali ganda…belum cukupkah lagi laba terpijak ini?...keuntungan yang seberapa banyak lagi hendak dikaut?...


Berbalaoikah bayaran tol yang dikenakan yang di kenakan dengan perkhidmataan yang diperolehi?

Pengguna lebuhraya tentu banyak mengalami pengalaman yang tak seperti yang diharapkan ketika di lebuhraya….memanglah ianya lebih selesa dan cepat berbanding jalan persekutuan ….lebuhraya menjadi sesak akibat lorong di tutup, tanah runtuh
atau kemalangan, penyelengara lebuhraya ambil sikap sambil lewa untuk selesaikan masalah…jadi berjam-jam terperangkap di dalam kesesakkan, bila sampai di tol..bayaran tol tetap perlu dibayar,… tak ada discount, …tidak dikenakan tol..jauh sekali…keselesaan pengguna tidak diambil kira..sepatutnya pampasan harus diberikan kepada pengguna, tapi siapa yang mahu rugi….kan???

Penyelengggaraan lebuhraya tidak dijaga elok, kekadang telefon kecemasan tidak berfungsi, apabila pihak penyelenggara di hubungi untuk menghantar bantuan untuk kereta yang rosak, yang muncul ialah pihak ketiga yang datang untuk keuntungan mudah…bagaimana dengan tempat rehat dan makan?..adakah ia selesa.?.ada tempat yang tidak diselenggarakan dengan baik…contohnya…satu hentian rehat di lebuhraya pantai timur..tempat rehat tersebut dipenuhi/di kerumuni lalat…..mati le aku..ni je tempat rehat yang aku tahu…hehehe….

Bagaimana dengan keadaaan lebuhraya itu sendiri, walaupun antara yang terbaik di Asia, masih banyak selekoh tajam yang merbahaya, tidak sedikit lebuhraya yang bercerun tinggi dan masih terdapat muka lebuhraya yang tidak rata.
Adalah malang bagi pengguna lebuhraya terpaksa membayar tol yang tinggi tapi mendapat pulangan yang tidak setimpal atau perjalanan yang tidak selesa.

Seperti biasa, jika ada kenaikkan sesuatu barang atau perkhidmatan perbandingan dengan Negara luar akan dibuat oleh ahli politik yang kelihatan pendek akalnya..Ada yang akan berkata kadar tol, di Malaysia antara yang paling murah,…ini tanpa mengambil kira taraf hidup, tukaran wang dan pendapatan perkapita negara…tapi di Jerman, kenderaan penumpang tidak dikenakan tol bila menggunakan Autobahn, tol hanya dikenakan untuk kenderaan berat sahaja…di UK motorway, hampir semua lebuhraya tidak mengenakan tol. Di autobahn, Jerman, tiada had halaju di kenakan di beberapa segmen lebuhraya tersebut…masa ni le Porsche, Ferrari dan kereta setaraf nak memecut tanpa had….Dengan kenaikan tol..mampukah pengendali lebuhraya di Malaysia menyediakan lebuh yang lurus tanpa selekoh untuk halaju tanpa had?... merasalah kancil terbang memecut 200km/jam.


Ni cakap orang ketika borak-borak kosong kedai kopi..apalah nak di hairankan dengan kenaikan tol, minyak pun nak naik lagi tahun depan…buatlah demo bantahan, petisyen merayu pihak kerajaan atau forum untuk memperdebatkan isu ini…kenaikan tak dapat di elakkan ..menangislah sampai keluar air mata darah pun…kontrak tetap berjalan…
Ini semua hadiah dari kerajaan BN untuk pengundi yang memberi mandat dengan majoriti besar pada pilihanraya lalu sehingga pembangkang tidak bersuara. Bila pembangkang tak berkuasa…pihak pemerintah boleh dengan mudah melulusakan sesuatu usul…jadi apa yang perlu dimarahkan..itu pilihan majoriti rakyat kan???

Pemerintahan barisan nasional>>BN….Barang Naik….? Boleh Naik… Bila Naik?... Baruuu Naik….


Dan….
Jangan lupa untuk mengundi Dari Bilik Ini di sini- BI2006 Weblog…..undian dibuka pada Khamis 12 noon sehingga Ahad 12 noon….