Thursday, November 30, 2006

DBI jawab






sila pose begini jika rasa ada kelucahan terlampau di sini




Kan?? Taik palat pun boleh buat citer….tu dia komen dari orang labuan yang terpecah lubang…hahaaha…sebenarnya tak terniat pun nak cerita pasal tu..entry masuk jawi tu nak beritahu tentang musim berkhatan jer..tapi bila dah menaip tu….ikut terfikir akal yang singkat ini saja…

Kebetulan pulak la kan..…tertengok dalam email..ada soalan tentang itu daripada seorang pembaca bilikini..beliau ni remaja non muslim..DBI dah jawab lama dah tapi ringkas je..ni versi untuk blog.....mari le kita berkongsi…..merasalah kau PAP…



p***** t*** <***880++5@hotmail.com> wrote
minta maaf kerana menganggu. saya ingin menanyakan beberapa soalan.


1. saya mendapati terdapat butiran putih(ada sikit kuning) pada kepala zakar di bawah kulit zakar saya. apakah benda itu? adakah ia perlu dibersihkan?





yakkkk!!!



Apa yang P~bukan nama sebenar~ nampak…. butiran putih/kuning tu dinamakan smegma…smegma terhasil dari bahagian dalam kulit kulup/foreskin/lebihan kulit yang menutupi kepala konek, ia terhasil sepanjang masa akibat degenerasi lemak sel dan lapisan dalam kulup yang mati..smegma ni bertindak sebagai lubricant atau pelincir kepada kulit untuk senang di rectract ke bawah…jika smegma ini tiada., kulup mungkin akan melekat di kepala konek dan proses menegang akan terganggu dengan rasa sakit atau tak selesa…dan tentunya hubungan kelamin atau masturbation atau yang seumpamanya tidak dapat dilakukan dengan rasa yang menyeronokan…...
Smegma fresh tidak memberikan sebarang bau..tetapi jika tidak di cuci selalu..dengan tindakan bakteria, tercampur dengan lelehan air kencing atau mani akan memberikan bau yang tdak menyenangkan…ni baru panggil taik palat kau....oleh tu ia perlu dibersihkan setiap hari atau setiap kali kencing…

Smegma terhasil dengan banyak pada usia 20-40 tahun sebab pada usia begini lelaki sedang aktif berseksual…dan kehadirannya dapat melincirkan dan mengurangkan geseran antara kulup dan kepala konek…

Ada jugak keadaan di mana hujung kulup/lebihan kulit terlalu kecil…keadaan ni dinamakan phimosis..biasa pada kanak-kanak dan jarang jarang berlaku ketika dewasa…bila hujung nya sempit..kulup tidak dapat di tarik kebawah sepenuhnya dan smegma akan berkumpul dan tidak dapat di bersihkan…

phimosis-hujung tu sempit dan tersumbat..

Teringat masa kerja kat Sabah dulu..ada pakcik dari kaum Dusun ni datang ke hospital sebab tak boleh kencing..ingatkan sebab bengkak kalenjar prostate tapi rupanya..phimosis….lubang pada kulup dah tertutup langsung…terus buat skin slit dan hajat dihati nak sunat terus..tapi tak boleh sebab smegma dah sekeras batu….memenuhi ruang lekuk itu dan kulup tu terlekat pada smegma keras itu…..terpaksa lah usung pak cik ni ke dalam dewan bedah…untuk membuang dan mengikis smegma itu..pastu baru boleh sunatkan pakcik ni….. rasa macam keji tapi menarik dan jarang jumpa.....

Dulu dulu smegma ni dikatakan carcinogenic-agen yang boleh sebabkan kanser konek tetapi..kajian sains tidak lagi menyokong pendapat tersebut…

Smegma tidak ada pada orang yang bersunat sebab kilang menghasilkan smegma ini telah di buang….…kulup dah kena potong lah tu….


2. apakah cara untuk menjaga kebersihan zakar?

Sebenarnya bukan kebersihan zakar aje yang penting..kawasan sekitar zakar…pun harus diambil kira….termasuklah bulu ari2, kerandut zakar dan perineum-ruang antara kerandut dan lubang jubur –LJ..dan LJ itu sendiri….


Bayangkan scenario ini..sedang hangat bercumbu rayu….melepaskan pakaian sehelai demi sehelai…masng masing dah tak ada seurat benang dan berada di posisi yang sesuai…tetiba ternampak tompokan tompokan kurap di celah kangkang dan bahagian dalam peha…terus terbantut apa yang dihajati..potong stim betul lah…..

Itulah pentingnya menjaga kebersihan kawasan tersebut….nak jaga kebersihan tu bukannya susah pun..tak perlulah pakai deodorant ker…pencuci khas ker…Cuma cuci ngan air biasa..lakukan ketika mandi, selepas kencing atau berak..pastikan juga kawasan tersebut di lap sehingga kering kerana kelembapan boleh mengundang jangkitan kulat..ini terutamanya kepada orang yang ada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, orang yang mengambil ubat steroid yang berpanjangan, orang tua dan sesiapa saja yang ada sistem pertahanan badan yang lemah...

Bulu bulu di sekitar tu jangan lah dibiarkan setebal hutan hujan khatulistiwa…sesekali kenalah tebas….bulu bulu yang panjang tu menyebabkan kawasan sukar di cuci, mengumpul daki…dan boleh menjadi tempat membiak binatang buas-phthirius pubis atau pediculosis pubis…. selain memberikan aroma yang menyesakkan...




kutu pubic



Ni ada cerita lagi ni…pakcik home alone..kaum rungus ker..kaum sungei ker..lupa lah pulak…kat sabah gak….masuk hospital sebab pucat kekurangan darah…dia mengadu juga gatal gatal di bahagian ari ari yang macam hutan kat banjaran kroker tu…
Bila di periksa..jumpalah binatang binatang buas itu ..menghisap darah dengan lahapnya….terus kakak misi mencukur segala bulu bulu yang ada….pakcik ni kurang darah sebab kurang gizi makanan…bukan sebab kutu tu pun..cuma gatal je….





kutu di antara bulu



Awas…kutu kutu ni pun boleh berjangkit ketika proses kopulasi….jadi sila periksa bulu ari ari pasangan anda sebelum bersenggama….ahak…


"you buat aper tu....yang?"

" i sedang check you punya bulu ari-ari..ada kutu ke tak..."

" what???"..sambil terajang dua das....


terbantut lagi usaha bersedapan-sedapan....

ermmmm....ada sesiapa nak bagi tip nak jaga kebersihan ni?.....jangan le malu sila....sila....


3. saya perlu memanggil anda saudara ke saudari?


sabor je lah..

Tuesday, November 28, 2006

masuk jawi

Salam sayang untuk semua kawan kawan bloggers semua….rindu nak buat cerita baru tapi tak ada masa sesuai untuk nak menulis….cerita banyak dlm kepala ni..nak buat draf pun tak dan….harap tak amnesia kalau tak…. tak de cerita lah nanti….

Sekarang ni cuti sekolah..setiap kali cuti sekolah hujung tahun..DBI sibuklah jugak memotong dan menjahit…sibuk bermain ngan konek bebudak sekolah…*matilah pedophilia…berbagai saiz dan bentuk ..berbagai bau yang tidak harum sehingga melekat sampai rumah..terpaksa mandi hadas besor untuk hilangkan bau…

Cakap pasal bau-bauan tu…semenjak dua menjak ni…banyak betul bebudak yang datang menyerah diri ni.. belum lepas lebihan kulit/kulup/foreskin…masih lagi terlekat di kepala/glans konek itu…ayah diaoarang ni ajar gamak nya….?????

Teringat masa DBI kecik kecik dulu..nak menyerah diri pada tok mudim yang jahat itu…ayah siap ajar lagi cara nak retract kulup kebawah supaya lepas..kepala boleh keluar…

“abang kena rectract macam ni…bila kepala keluar..biar boleh cuci taik palat ni…baru bersih…” gitulah lebih kurang kata ayah DBI…..jadi masa potong tu tak ade lah bau taik palat yang harum semerbak itu…lagi satu tak adelah rasa sengal sangat lepas potong itu….

Budak budak sekarang..datang dengan dengan penuh taik palat..dah le DBI yang terpaksa tolong lepaskan kulup tu..taik palat yang banyak tu pun terpaksa di bersihkan….ish….berbau….bau macam mana??? ……bau macam air kencing yang dah tersimpan dua hari….stingy menusuk hidung…….cubalah simpan ar kencing tu kalau nak tahu sangat bau dia….hampeh….

Selalu gak DBI tanya ayah diorang ni..terutama yang tak lepas langsung tu…. tak ajar ke anak cara nak bersih ni……kebanyakan nya jawab..tak ….ada gak yang jawab..lama dah tak tengok….ingat anak dah tahu buat…..???macamna nak tahu kalau tak di ajar…???

Yang bagusnya lani..ramai yang dah tak tunggu umur 12 tahun macam dulu-dulu..average umur yang datang masuk jawi antara 9-10 tahun…. Kaedah sekarang pun cepat dan sembuh pun tak sampai seminggu…..tak macam dulu yang kena duduk atas batang pisang….tanpa ubat bius….bersenjatakan bilah buluh tajam….tetiba sappp…tok mudim jahat tu melibas…darah terpercik merata-rata….mengangkang lah ko 2 minggu ..kekadang sampai sebulan…

Walau pun DBI dah tua….tua ke aku?? ..DBI tak zaman batang pisang tu…zaman DBI dah pakai ubat bius…. noel yang kreatif ker?? kena duk atas batang pisang kut…sebab dia lagi tua….lalalaalalaaa……

Okay stop dulu sini..dah datang budak budak yang nak menyerahkan konek masing masing….

Tuesday, November 21, 2006

keliru...

Kadang kadang DBI tak tahu apa yang pesakit nak bila datang ke klinik. Nak ubat?...nak tanya masalah kesihatan?..atau saje nak buang masa DBI yang macam banyak ni…

Kadang kadang DBI keliru dengan tindakan yang pesakit ambil bila jumpa di klinik…nak buat keputusan sendiri??..nak dapatkan pendapat saudara mara dan orang orang kampong atau nak dengar cakap DBI

Kadang kadang DBI terasa malas nak layan pesakit yang banyak songel begini..kita cakap begini dia bagi hujah begitu..kita bagi penerangan betul..olahan dia pulak tak betul…

Kadang kadang DBI teringin je buat kerja lain….berenti terus dari jadi pengamal perubatan ni..tapi nak buat apa dengan kebolehan lain yang tak ada ni…..

Selingan jap…..

Dr..ada saleman ubat nak jumpa ni…”…… “okay, masuk lah..”

Cina ni pulak cakap bukan main banyak…pot pet..pot pet…osteophorosis ni..bla bla bla..

"Dr tengok study yang diaorang buat ni….pot pet pot pet pot pet……."

Hish..bila lah cina ni nak habis cakap ni….

Bla bla bla bla…. “Dr nak order dak ni…?..”. “tak nak lah ..stok banyak lagi ni…”

"Tak nak order tak per….Dr tengok jurnal ni pulak…” pot pet pot pet lagi….

“Hish awak, saya nak kluar lunch lah…kul 1 dah ni…”

“ye ker..sorry lah Dr…kalau ada nak order ..Dr call lah ye..”

Sebenarnya bukan nak g lunch pun..saja nak take a nap kejap....Cina ni pun satu..cakap macam dia sorang je tahu….DBI yang tak tahu sangat ni..kena lah buat-buat tahu.sambil mengiyakan apa yang cina ni cakap…

Semalam ada sorang makcik ni…ke kakak.? Umur 52 tahun dengan sorang anak perempuannya yang cun melecun…

“ Dr, saya nak check tekanan darah je”

“Kenapa makcik”

“Saya rasa sakit kepala hari ni..saya dah lama ada darah tinggi..makan ubat kampong”…
dengan tak berapa betul sebutannya….

“Makcik perasan dok…muka makcik ni senget sebelah ni..”
“Betullah Dr..saya pun perasan”
sampuk anak cun makcik ni…

“Darah makcik tinggi sangat 220/130, pastu muka dah herot ni.... macam kena angin ahmar ni… bahaya ni..saya rujuk makck ke hospital sekarang…”

“Alah tak apalah Dr..dulu lagi teruk..saya makan ubat kampong je…okay je..”

“Tu dulu..ni sekarang ni bahaya..boleh pecah salur darah dalam otak…kena angin…boleh mati sebelah badan…boleh lumpuh….. susah kalau dah jadi macam tu…muka herot ni pun sebab angin lah ni….makcik pun berisiko nak dapat serangan jantung ni…takut saya dengan keadaan makcik ni…”

“Tak pe Dr..saya nak mari check tekanan darah jer….saya tak m`boh gi ke hospital tu…”

“ Awak nak biar mak awak macam ni ke”

“ Saya ikut kata mak je..kalu dia tak`mboh gi..saya tak boleh paksa..”

Lama jugaklah DBI pujuk makcik ni untuk ke hospital..macam macam tektik…cerita mende yang menakutkan pasal darah tinggi …cerita pasal mati…cerita pasal susah nak menjaga kalau dah kena angin ahmar..cerita pasal kos rawatan yang tinggi jika lebih teruk jadinya…tapi makcik tetap maintain keras kepala….sampai ubat pun dia tak nak ambik..nak makan ubat kampong katanya…..

Memanglah pesakit ada hak untuk memilih atau menerima rawatan..tapi kalau sudah buat keputusan yang jelas salah…DBI perlu jugak memperbetulkannya…Lagi pun pesakit datang jumpa Dr untuk dapatkan rawatan atau nasihat…kebanyakannya mendengar cakap..ikut apa yang dicadangkan….
Kenapa makcik sorang ni begitu tetap dengan pendiriannya…tak berganjak…mungkin dia tak percayakan DBI…mungkin dia taksub dengan ubat-ubat kampong ni…tapi kenapa datang ke klinik semata mata untuk periksa tekanan darah….apa makcik ni dapat dengan hanya tahu tekanan darah ….sepatutnya bila dah tahu tekanna darah dah tak terkawal….segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya…ni tidak….

Kauselling terhenti secara mendadak bila makcik ni melaser…. “Dr bukannya tuhan…”.

DBI kalau terima kes-kes sebegini akan rasa risau dan takut sangat….takut tak sempat mencegah kesan yang lebih buruk……lagilah kecut kalau dapat pesakit yang tak sedar tentang bahaya menanti macam makcik ni....tapi nak buat macamana dah begitu pilihan makcik….berdoa dan tawakal sajalah nampaknya...usaha tak ade..jadi ker???….

Sunday, November 19, 2006

DBI jawab

heavenvshell: hi doc..sorry lama tak jenguk...i nak tanye sikit...ape kesan yang kita akan alami kalau kekurangan kandungan zink dalam badan kita?

Zink ni merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan. Ia ada berkaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrate dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink-antaranya…
1. pentng untuk sistem pertahanan badan-sistem imun
2. bertindak sebagai anti oksidant
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti copper, magnesium, kalsium dan beberapa trace mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu pegnhantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia

Keperluan seharian ialah 15mg dan zink boleh didapati dalam kebanyakan makanan. Biasanya pengambilan makanan seharian telah mencukupi…
Makanan yang ada kandungan yang tinggi:

Ø Oyster dan kerang-16mg
Ø Daging merah-8.9mg
Ø Daging putih (ayam/arnab)-2.7
Ø Cereal diperkaya- 15mg
Ø Kekacang- 1-2mg
Ø Yogurt-2mg

Kekurangan zink berlaku bila pengambilan nya kurang..penyerapan terganggu atau penggunaaan nya melebihi pengambilan…simptom kurang mineral zink ini tidak spesifik dan boleh ada pada penyakit-penyakit yang lain…antaranya tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh, rabun malam, hilang deria rasa dan bau, ?kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani..banyak lagi sebenarnya..tapi cukuplah sebab simptom terlalu general…
Dalam badan ..zink banyak terdapat pada:

v Prostate-400mg/kg
v Otot-220mg/kg
v Hati-210mg/kg
v Air mani- 150mg/kg
v Otak-70mg/kg

Zink banyak terdapat dalam sistem reproduktif lelaki…ramai percaya pengambilan banyak zink akan membantu untuk memulihkan nafsu syahwat….sebab tu lah bila ada romantic dinner, oyster menjadi hidangan utama…kan???..lepas dinner tu terus ghairah tu ada mari…..hishh…

Banyak kajian tidak tunjukan pengambilan zink boleh naikkan nafsu…tapi pengambilan zink memang akan menambahkan jumlah air mani dan mengaktifkan pergerakan sperma..

Bila nak ambil pil zink sebagai supplement pastikan pengambilannya tidak berlebihan kerana ia boleh mengganggu penyerapan mineral yang lain….

Bagi DBi..kalau kita ni sihat dan tak ada penyakit kronik…insyaAllah bekalan mineral tubuh boleh didapati dengan cukup melalui makanan yang dinikmati…

Wednesday, November 15, 2006

mood

Hari ni tetiba DBi rasa nak ber romantic romantic sikit dengan the better and beautiful half of DBI…isteri…teman dan kekasih..gituuu…maklum lah kan..esok malam jumaat..kena timbulkan mood dari sekarang…ceewwwah….

DBI pun bukak blog dari bilikini dan bukak volume kuat kuat….dengar lah lagu Dealova ni….

DBI pun call si dia kat tempat kerja dia…..

“ Sayang…dengar lagu ni yer…di tujukan khas untuk sayang…lirik dia sama macam isi hati abang”- dengan kontrol suara macho dan letakkan gagang telefon kat mic. laptop ni….

“sayang dah dengar…?”..kontrol suara ni…

“heee….gelinya..saya dok berahi lagu ni..lembek..pastu teringat pulak faizal AF nyanyi lagu ni duduk tepi dinding…macam budak hisap dadah….hish..dok berahi…dok berahi…saya dok dengor habih pung.”.... katanya

“laa….dok berahi sudah lah…”

“okay..saya sibuk ni...”….terus dia letak telefon.


Malang sungguh….gigih.... tapi tak menjadi lah pulak…potong stim betullah…..
tu lah perempuan..bila kita nak beromantik...dia buat tak layan..bila kita buat bo layan....dia pulak cakap kita ni tak romantik...macam maner tu????


p/s: berahi = suka


Tuesday, November 14, 2006

DBI jawab

J*** <****_888@yahoo.com> wrote:
hai dbi....saya ada sedikit masalah yang nak ditanya pada dbi...saya harapkan dbi dpt beri some explanation about my condition. masalah saya berkaitan dengan kawasan sekitar bahagian sulit saya (zakar, kerandut)...sejak kebelakangan ini kerandut zakar saya ditumbuhi dengan bintil seperti jerawat...ia berwarna kemerahan dan terdapat juga sedikit warna keputih-putihan, seperti jerawat, selain itu, saya juga mengalami kegatalan yang amat serius di bahagian tersebut terutama selepas mandi....keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila saya memakai triangulars underwear...menyebabkan saya merasa kurang selesa sepanjang hari....apakah yang sebenarnya berlaku?..for your information..i'm not sexually active person but i do frequently masturbate...so what should i do ?....should i go to clinic?

sakit kulit lebih senang dikenal pasti dengan tengok dan periksa tapi DBI rasa J*** sedang alami scrotal folliculitis... apakah itu..??

scrotal folliculitis ialah jangkitan di kulit/pangkal bulu-bulu di kerandut. Jangkitan sebabkan kulit tu berbintil bintil merah dan bengkak sedikit, yang warna keputihan putih tu nanah..kekadang ia menyakitkan/rasa tak selesa..dan memang akan gatal esp.bila kawasan tu lembab/berpeluh.

Folliculitis ni terjadi jika kawasan kerandut zakar dan celah kangkang tu sentiasa lembab dengan peluh. pakai underwear ketat,pun boleh sebabkan folliculitis...Mencukur bulu bulu di bawah tu pun kekadang boleh sebabkan folliculitis terutama jika pisau cukur yang tak bersih atau ada luka-luka kecil selepas bercukur…yang bagusnya…trim aje bulu bulu supaya sentiasa pendek dan kemas..aiyoo..

since J*** tak sexually active, ia bukanlah penyakit kelamin...melancap tak sebabkan folliculitis tapi kalau sambil melancap tu, kerandut tu digosok dengan kuat ngan bantal ke, di gosok ke tilam ke..kulit kerandut boleh tercedera dan boleh sebabkan folliculitis.

rawatannya dengan ambil antibiotik dan sapu tempat merah2 tu ngan antibiotik cream..nak dapat ubat kenalah jumpa DR kan???..kalau malu cubalah beli ubat kat farmasi...
having said that...kekadang jangkitan kulat di kerandut pun boleh kelihatan macam follicilitis.


p/s : pengirim telah bagi kebenaran untuk DBI published dlm blog..

Sunday, November 12, 2006

iklan

DBI Selalu terima brochure dari kompeni yang nak promot ubat ubat dia orang….nak promo mestilah dengan saintifik evidence..tak ada lah cakap kosong je…kalu kompeni besar…boleh dapat sample…

Ni DBI nak kongsi maklumat lah sikit…tentang promosi PDE-5 inhibitor….mende tu???

Promosi Viagra/Cialis/Livitra dan ubat ubat seangkatan dengannya…

Tahun lepas… Global Better Sex Survey-GBSS yang datanya di kutip di seluruh dunia termasuklah Malaysia..mendapati bahawa 1 in 2 pasangan tidak mencapai kepuasan sex sepenuhnya…..hishh tak puas-puas….

Bagi perempuan dan lelaki…untuk mencapai kepuasan sex yang sihat dan tinggi,amat penting untuk si lelaki…(takkan lah perempuan pulak) mendapat dan mengekalkan ketegangan konek selama hubungan berlangsung..
Kekerasan konek ketika sedang tegang amat mempengaruhi sexual relationship,sexual life satisfaction dan sexual intercourse satisfaction….

Macamana nak tahu kekerasan konek ni….? Ada mesin mengukur ker>>>

Dia orang ni pakai scale: Erection Hardness Grading Scale

• Grade 1 : penis is larger but not hard
• Grade 2 : penis is hard but not hard enough for penetration
• Grade 3: penis is hard enough for penetration but not completely hard
• Grade 4: penis is completely hard and fully rigid

Grade 4 ni memang skala optimum ketegangan konek untuk mencapai kepuasan maksima….

Bagi sesiapa yang di grade 1,2,3…dicadangkan ambil PDE-5 inhibtor ini…kalau tak ada masalah jantung la…

Bagi DBI..selain grade 4 erection hardness ni….banyak faktor lain untuk capai kepuasan maksima ni...contohnya cara foreplay...art of making love...size konek-???penting ke-...penting la kot untuk boost ego...kerjasama pasangan...banyak lagi..lah

Thursday, November 09, 2006

cabul

Pagi tadi terima email dari seorang pembaca bilikini..dengan message>>>>>>Dr saya baca ni pagi tadi……Dr kenal tak Dr ni..gitulah lebih kurang….

Doktor cabul pesakit

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita tidak menyangka tindakan bertemu doktor bagi mendapat rawatan demam membawa padah apabila dicabul pengamal perubatan itu, kelmarin.
Mangsa, 23, seorang kerani, terkejut apabila doktor di sebuah klinik di sini, dikatakan meraba payu daranya ketika dirawat dalam bilik rawatan klinik itu.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri I, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku ketika mangsa ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan, kira-kira jam 9.10 malam, Ahad lalu.Menurutnya, ketika duduk di kerusi berhampiran doktor itu, lelaki terbabit tiba-tiba menyelak baju mangsa sehingga menampakkan payu daranya.“Mangsa yang curiga dengan tindakan doktor itu, semakin cemas apabila doktor terbabit menyelak pakaian dan meraba payu dara mangsa yang kemudian meninggalkan klinik itu.“Mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan doktor itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini kira-kira jam 2.10 petang, kelmarin,” katanya.Khairi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul dan polis sudah mengenal pasti doktor terbabit.


Obviously…Dr ni bukan DBI la..mati ler aku kalau main raba –raba pesakit ni….saja je nak tanya ni….cantik sangat ke sampai kena raba tu….gersang sangat ker Dr ni sampai tak ade orang lain dia nak raba….bini tengah bendera merah ker???....sajer je nak tabor pasir dalam periuk nasik sendiri …….

Chabang tiga ni dekat je dengan rumah DBI…. ada 4 klinik di situ….yang mana satu ek….nanti DBI siasat..mesti dah menderu angin membawa berita tak baik tu…..


Pada pandangan DBI….semua ni mungkin salah faham je..mungkin DR ni nak periksa dada/paru-paru pesakit dengan stestoskop tu..pastu terselak dan tersentuhlah buah-buah didada yang besar itu….terkejut dengan itu..terus dituduh sang Dr meraba dan mencabul nya…….

Walaupun gitu..DBI rasa DR nilah yang bersalah sebenarnya sebab tak ada ‘bed side manner’ ketika memeriksa pesakit….dahlah pesakit kan takut-takut bila nak jumpa Dr.. tetiba diramas pulak….kalau suka boleh mintak Dr tu teruskan….ahak….!!

Bed side manner ni ialah cara Dr memerilsa pesakit…kena hormat pesakit dan dilayan seperti manusia seadanya yang mempunyai hak untuk menolak dan membantah, bukannya hanya seorang pesakit yang terpaksa menurut kata……
Sebelum memeriksa, Dr sepatutnya meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan dan macam mana pemeriksaan tu nak di lakukuan…kena selak baju ke…bukak kain ke..baring ke… duduk ke.. mengangkang ke…bukannya terus terjah dan selak baju orang…

Pesakit pulak berhak menolak kalau rasa tak selesa..dan untuk pesakit wanita ..sila bawa seorang kawan/sedara wanita atau suami masuk bersama untuk berjumpa Dr…kekasih/tunang tak payahlah gatal bawak masuk gak….kalau datang seorangan..mintak staf klinik temankan….

Bed side manner ni memang di tekankan sangat ketika sekolah perubatan dulu tapi hanya pengalaman mengajar bagaimana nak kekalkan good bed side manner….

Dbi selalu berjaga-jaga bila pesakit wanita yang masuk terutama yang seksi-seksi dan kelihatan menggoda..bergegar gak iman yang nipis ni…..tapi ada gak pesakit yang duk gatal gatal nak goda DBI….bukan sekarang lah..dulu-dulu masa tengah muda remaja…tapi tu cerita lain lah….sekarang dah tua tua keladi ni..tak ade lah pulak orang nak goda..

nasihat DBI...berhati hati....untuk pesakit, bakal Dr dan Dr jugak...kalau ada pesakit yang marahkan DR...cara tuduhan mencabul ni pun boleh digunakan pesakit untuk balas dendam....

Wednesday, November 08, 2006

mati 2

Apa perasaan kita jika kita diberitahu ada penyakit berbahaya yang boleh bawa maut….tambah lagi dengan berita kita tak boleh hidup lama..kalau ikut urutan psikologi nya kita akan rasa terkejut..takut..marah….sedih….kesal dan akhirnya menerima hakikat….tapi urutan tu hanya pada teori….hanya mereka yang mengalami saja yang tahu...perasaan sebenarnya….

Dengan masa yang tidak lama..apakah mampu dilakukan?? Cuba memenuhi impian??..kembali ke padaNya dengan beramal ibadat?? Bersama orang tersayang??? Banyak yang hendak dilakukan pada masa yang singkat itu….ketika banyak masa ..tak terfikir pulak apa yang di buat…

Menyampaikan berita buruk kepada pesakit amat berat….lebih sukar kalau kita tak kenal pesakit tersebut…tapi biasanya tugas sebegeni specialistlah yang kena buat….sebab tu diaorang ni jadi pakar???takkkan nak serahkan tugas berat ni pada DBI yang tidak pakar ini….

Masa bertugas kat sabah dulu di sebuah hospital daerah yang kecil…ada seorang pesakit ni….DBI tak akan lupa pada dia…sampai bila2…sedih sangat terasa masa tu….

Dia telah di sahkan menghidapi kanser ovari…sudah di bedah dan menjalani kemoterapi di Hospital Queen Elizabeth (QE), KK setahun yang lalu ..dia datang ke hospital kecik DBI ni sebab muntah muntah, sakit pinggang dah sudah dua hari tidak kencing…

Apa yang dia hadapi masa itu ialah saluran ureter-saluran yang sambungkan buah pinggang/ginjal dengan pundi kencing tersumbat…menyebabkan air kencing backflow ke buah pinggang dan kedua buahpinggangnya membengkak dengan air kencing.. hasil akhirnya dia sedang mengalami kegagalan buah pingggang secara mendadak (acute—betul dak translaton ni

The CULPRITnya ialah kanser ovari itu muncul semula dan menyumbat laluan ureter. Benda macam ni selalu berlaku, sebab kanser ovari ni biasanya sangat aggressive..agak mustahil untuk ubatibuang semua sel sel kanser tu….

Bila dah ada kegagalan ginjal akut ni..rawatan terbaik hanyalah dialysis- cuci darah daripada bahan kumuhan kencing yang berkumpul dalam darah…kalau tak buat dialysis…pesakit boleh mati bila-bla masa sahaja….

Pihak hospital QE tak nak menerima pesakit ni sebab telah di kategorikan sebagai terminally ill..tunggu masa saja…dialysis pun hanya panjangkan hayat sekejap saja…sebab sel kanser yang menyumbat tu tak dapat di buang lagi...jadi duduklah pesakit ni kat hospital DBI itu..menunggu ajal….tu lah dia hukuman kematian di percepatkan..dari dua tiga tahun ke bila-bila masa sahaja….

Walau pun terminally ill..pesakit ni kelihatan masih bermaya..….setiap pagi dia bersyukur kerana dipanjangkan hayat untuk melihat anak anaknya yang 5 orang itu…. masih ada sekelumit harapan…mengharapan keajaiban illahi meyembuhkannya….

DBI sebenarnya tak sanggup berada di saat kematiannya…tak sanggup menyampaikan berita kematian itu kepada suami dan anak anak nya..rasa kecewa juga sebab rujukan ke QE tidak diterima…morphin yang diberikan hanya dapat kurangkan kesakitan fizikal …tidak pada perasaannya…tidak pada ketakutan..kerisauan..kehilangan dan anak-anaknya….

Akhirnya dia meninggal di tengah malam..masa DBI yang on-Call…..selepas berada di wad selama tujuh malam..hampir menitis air mata jugak DBI bila memaklumkan kematian itu…mujurlah suami dan anak-anak berada di sisi ketika kematian itu….

Saturday, November 04, 2006

mati


Tan Sri P Ramlee, Mustaffa Noor-suka sangat lakonan dia, Sudirman, Syed Anaz, Moon (Dee & Moon), Hani Mohsein dan terbaru Seha….apa persamaan diaorang ni??? Ya..mereka ni artis yang dah meninggal dunia…apa lagi persamaannya?....

Perasan tak mereka ni meninggal pada usia yang masih muda..bawah 50 tahun, usia yag tengah rancak membina kerjaya, usia yang belum puas menikmati hidup dan mungkin umur yang belum bersedia untuk menghadap illahi… kematian mereka ni pun datang secara mengejut dan tidak tersangka-sangka..mungkin Seha terkecuali sebab kematian di sebabkan kanser yang telah lama dihidapinya…..

Tapi siapakah kita untuk terkejut atau merasakan kematian itu tidak harus berlaku atau kematian itu merugikan masyarakat..semua itu telah di tentukan oleh Nya..kita sebagai yang hidup perlulah mengambil iktibar dan menginsafi apa yang berlaku….kata orang…hanya orang –orang yang baik saja di panggil pulang awal….wallalhualam….Al Fatihah untuk mereka….

Dulu masa mula mula masuk jadi doktor, DBI terlalu teruja dan teransang untuk buat CPR pada pesakit yang dah nak mati….bukannya sebab boleh buat bantuan pernafasan mulut ke mulut..giler ke ape mouth to mouth kat ward…tapi mati hidup balik kemudian mati lagi..DBI takkan sanggup buat mouth to mouth tu….lainlah kalau dengan rakan sepejuangan sekatil yang suka pegang lemang hangus DBI ini…bukan saje mouth to mouth…gigit-gigitan pun DBi sanggup..opps… over teransang lah pulak….
DBI lah yang berkejar-kejar untuk buat CPR dan merasakan DBI perlu selamatkan semua orang yang nak meninggal….ramai yang mati sebab memang tak boleh diselamatkan, ada yang berjaya dipanjangkan umurnya untuk bebrapa hari lagi sebelum mati….tu dengan bantuan mesin pernafasanlah… dan adalah jugak yang dapat diselamatkan ..ni biasanya pesakit muda yang kemalangan…
Terasalah DBI ni macam bagus je dapat selamatkan nyawa….

Bila dah lama dan faham situasi sebenar…CPR untuk pesakit yang nazak bukan menjadi keutamaan…kita menjadi lebih memilih..siapa yang nak di tolong dan siapa yang nak dibiarkan mati…bukannya nak jadi tuhan pulak tapi perlu ke nak buat CPR pada makcik tua yang koma sebulan sebab kena angin ahmar yang nak mati….atau pada pesakit yang terminally ill sebab kanser???..mungkin mati lebih baik untuk hilangkan kesakitan pada mereka dan keluarga mereka….tapi kekadang CPR ni pun kena mintak kebenaran saudara mara terdekat jugak….ramai jugak sedara mara terdekat tak benarkan buat CPR..menyeksa pesakit…. “Nok mati pung kena nyek lagi..”…sebab takut kena nyek ( tekan dada=CPR) nil ah ramai pesakit tak nak mati di hospital…

Berurusan dengan kematian ni kena ada skill sebenarnya…terutama bila nak sampaikan berita sedih ini kepada saudara mara, bukan macam kat drama tv tu….beritahu macam baca skrip….tak ada emosi dan empathy….benda ni bukan ada diajar kat sekolah..dan bukannya boleh belajar gitu-gitu aje..ia datang dengan pengalaman….supaya kita boleh sampaikan berita sedih dengan penuh hormat dan rasa empathy yang betul…kalau tidak mesti ada yang tak puas hati dan boleh jadi marah-marah…. "Dr tak buat kerja…. datang spital terus mati….spital mende gini…".

Sampai sekarang DBI masih tak selesa bila nak sampaikan berita kematian ini…tapi mujurlah DBI dah ada klinik sendiri ..berurusan dengan pesakit nazak dan kematian hanya jarang jarang sahaja….

Sebenarnya DBI nak cerita mende lain ni..tapi intro nya dah jadi panjang sangat..so..DBI post intro dulu…..cerita dia nanti kanlah kemunculan nya….mati lah taktik suspense nak suruh orang selalu datang sini….menjadi tak????

Wednesday, November 01, 2006

rumah terbuka



sedang bukak cover sofa baru...sape tatau???

Kelmarin pergi bank…bayar hutang kad credit….berlambak hutang sebab masa buat hutang..tak ingat dunia..almaklumlah.. beli perabut dan renovate rumah yg baru didiami tu…sebenarnya bukanlah mahal sangat tapi sebab beli tu sikit, buat ni sikit, tambah situ…buang sini.. ..banyak lah pulak habis duit…tapi sesuailah dengan rumah yang sekangkang bella kera itu… bukannya banglo Rm10 juta macam kat kelang itu...
Pastu datang pulak musim raya…..laju lagilah duit habis….tapi kalau cakap pasal duit ni memang tak pernah cukup punya… boleh gugur segala bulu..


berasak-asak nak tinggalkan KT..depan klinik ni..

Lega..bandar KT dah tak jam..dah balik seperti sedia kala..masa musim raya hari tu….masa orang KL balik kampong..bandar KT ni jam teruk..terkezut dengan kereta yang banyak mendadak…tambah pulak dengan perangai orang ganu yang suka double /triple park, campur lagi dengan akak-akak dan pakcik makcik yang berangan cuti cuti malaysia dengan bawak 40 km/h di lorong kanan….sedapnya mengata...DBI pun sama sebenarnya...hehehe....di tokok dengan jalan di KT yang macam tak ada sistem-hari ni dua hala..esok dah jadi sehala, hari ni boleh buat u turn..sesedap tukar tak leh u turn pulak esoknya…

Bila orang orang KL ni dah balik..lega…jalan dah lengang semula…senang aku nak jalan ….hidup pun kembali seperti biasa..slow n steady…

Sebab sekarang ni musim orang buat rumah terbuka..DBI pun nak buka jugaklah…best buka-buka ni…. Pada suasana raya dan rumah terbuka ni.. DBI nak buka bilikini dan apa yang ada di dalamnya….lite-lite cukuplah…


meja rundingan yang berjasa....tertumpah gak air liur kat situ kalau DBI tertidur...



ruang menunggu..cantikkan??? cantikkan??

Bilikini ni sempit je..kekadang pening jugak sebab terkurung dalam bilikini…kalau rasa pening tu..DBI pergi lunch tepi laut….boleh tengok saujana laut yang luas……sambil makan makan keropok….


sambil menjamu mata tengok orang bersidai...
nun di kejauhan..pulau kapas

Jemputlah beraya…*matilah alamat tak beri tapi jemput orang…nampak sangat macam ayam yang mengajak...