Thursday, December 28, 2006

harapan



Tentu ada yang tertanya..kenapa perlunya postkan video 9/11 tu…ketika masyarakat sedang bergembira menyambut krismas, tahun baru, raya haji dan megasale…
Errr.. tak der org tanya??..tak per DBI nak beritahu jugak …

Sedang menghilangkan bosan sebab tak ramai pesakit kat klinik ni..hujan lebat masa tu…terjumpa video tu di google video…dan terpana melihat video tersebut…saat saat akhir ajal menjemput….., saat saat menangani orang yang nak menghadapi kematian. dan saat saat kejayaan rancangan al Qaeda…*padan muka amerika…


Kejayaan al Qaeda tentu nya bertitik tolak dari rancangan yang teliti, terperinci dan kemas..apabila sesuatu dirancang dengan teliti , tentulah menghasilkan sesuatu yang hebat…tabik kepada Osama yang berjaya meruntuhkan dua bangunan yang menjadi kemegahan amerika dan yang penting membuatkan rakyat amerika berada dalam ketakutan, hati menjadi gundah dan harapan seolah musnah.

Tertarik juga kepada cara kakitangan 911 menangani panggilan…beliau bijak dan cuba menenangkan pemanggil,terutamanya beliau tetap memberi harapan kepada pemanggil yang beliau akan diselamatkan…sekurang kurangnya pemanggil mati dengan penuh harapan…bukan mati dalam kekecewaan…

Harapan perlu ada dalam setiap diri manusia.…. harapan merupakan emosi kepercayaan dalam diri manusia agar mendapat sesuatu yang positif di masa mendatang, sesuatu yang baik, sesuatu yang mengembirakan.. harapan akan meneruskan kelangsungan hidup manusia

Mengikut mitos Greek, ketika Pandora membuka kotaknya, segala kejahatan dibebaskan,tetapi harapan tidak dilepaskan.. Tanpa harapan dalam kehidupan, manusia ketika itu menjadi kecewa dan sentiasa dalam kesedihan, tidak dapat mengatasi kegagalan hidup.. akhirnya pandora membebaskan harapan..dan kesan harapan pada manusia tidak ternilai dan mengatasi kehjahatan yang ada.


Harapan membuatkan manusia menjadi lebih optimis, yakin dan dan lebih bersikap positif untuk menghadapi hidup yang penuh cabaran. Harapan memberikan sinar untuk manusia lebih berusaha mencapai apa yang di hajati. Harapan akan membakar semangat untuk melakukan yang terbaik, melaksanakan apa yang telah dirancang.

Harapan juga perlu kepada pesakit untuk melawan atau pulih dari penyakit. Pesakit yang kecewa dan putus harapan akan memburukan keadaan kerasa proses penyembuhan akan terganggu akibat kekecewaan. Walaupun untuk pesakit yang “terminally ill”, harapan masih perlu ada…menghadapi kematian dengan penuh harapan lebih bagus dari mati dengan rasa kecewa…

Apa harapan DBI???..I hope for World Peace.. sambil lambai lambai macam missworld…boleh???

Monday, December 25, 2006

World Trade Center phone call, 9/11.

Shocking phone call moments before World Trade Center collapsed on 9/11 after it was struck by a plane.


alex jones, loose change, 911, 9/11, xxx, porn, sex, hoax

DBI jawab

Minggu lepas ada pembaca bilikini nak tahu pasal endometrial polyps..maaf DBI dah lupa nama nya…maklumlah DBI ni tidak muda lagi…

Endometrial polyps.

Polyps n ialah ketumbuhan bukan kanser yang bertangkai, endometrium ni pulak ialah lapisan dalam rahim yang akan meluruh sebagai darah haid…jadi endometrial polyps bermaksud ketumbuhan bukan kanser di bahagian dalam ruang rahim…preveleance nya sekitar 14-20 % dan boleh ada pada pesakit berumur 20 tahun keatas teruatama dalam umur 50an.

Polyps boleh ada satu sahaja atau tumbuh dengan banyak…yang kecil tidak akan memberikan sebarang masalah tapi polyps boleh sebabkan gangguan haid – antaranya banyak berdarah, haid menjadi tidak teratur, haid berpanjangan , rasa cramp bahagian tundun, gangguan kencing jika terlalu besar dan menolak pundi kencing dan juga kegagalan untuk mengandung….Ada jugak polyps yang besar akan tersembul keluar di bukaan faraj.

Biasanya polyps di diagnosis secara ultrasound atau hysteroscopy-(menggunakna scope berkamera untuk teropong bahagian dalam rahim..)

Polyps bukan hanya boleh berada di endometrium saja, ia boleh juga berada di cerviks-pangkal rahim.

Rawatan hanya satu iaitu..pembedahan kecil untuk membuang polyps itu..rawaatn lain tak berkesan…janganlah gi jumpa bidan untuk menangas atau berasap kemenyan..buang karan ajer…

Wednesday, December 20, 2006

tekanan

Seminggu dua ni DBI banyak terima mail yang tak perlu dari ******@treasury.gov.my DBI tak pernah bukak pun mail mail tu sebab mail tu membawa virus aper tah…tapi sekarang ni makin kerap pulakdapat mail sebegitu…kenapa diaoarang ni nak hantar mail mail bervirus ni ke DBI yang ibarat melukut ni…DBI bukannya perisik dari Mongolia…*oppps…biarpun DBI ni taklah cerdik pasal IT ni tapi tak lah bodoh sangat sampai nak bukak mail sebegitu.. erm..korang semua ada terima dak mail sebegini….????

Kepada orang yang duk mail tu..namely..zahari, yahaya,normala dan aznizam…hantarlah ke orang lain….atau buatlah kerja yang berfaedah sikit…nanti DBI marah kang….tak tahulah..bila marah atau perasaan menguasai diri..macam macam boleh jadi..tak takut ker???

Ni nak cerita pasal pesakit sorang ni..yang hilang pertimbangan diri sebab nak marahkan laki dia….

“Dr..boleh bagi saya MC 2 hari??”
“Pasal aper plak???”..
nada marah ni sebab tak suker sangat pada pesakit yang masuk masuk terus mintak MC….tak tentu hujung pangkal…..
“Saya sakit kepala Dr…tak boleh nak bukak mata kekadang”
“ Biar saya check awak dulu…..eh,..tu kenapa lebam ngan bengkak kat dahi awak tu??..
“ Saya hantuk kepala saya ke dinding….”
“Biar betul….ke laki awak yang hantuk awak??..ni tengok lebam lebam kat pergelangan tangan lagi….”
“Ni laki saya pegang ..tarik saya masa saya hantuk kepala tu….”
“kenapa awak ni…cederakan diri sendiri….mujur tak ada perdarahan otak..kalau tak saje je cari penyakit…”
“Saya tension Dr..tak tahu nak buat aper..laki saya tu gatal… ada perempuan lain…”
“ Nak hilangkan tension awak tu, bukan begini caranya..kalu jadi apa apa kat awak..laki awak tu senang senang kawin lain…awak gak yang rugi…
“Saya geram sangat..tak tahu nak buat ape…sekurangnya dia cakna ke saya masa saya hantuk kepala saya tu….”
“Lepas hantuk kepala tu..awak rasa lega ker?? ..kalau macam tu bolehlah wak hantuk kepala tu selalu erk???”
“ Sakitlah Dr…lepas ni saya tak buat dah….boleh tak saya nak MC ni???

Sebab kesian kan dia ni..DBi pun bagilah MC tu dua hari….

Bila tertekan..manusia sanggup lakukan apa saja yang tak terfikir oleh akal yang waras, kelakuan berubah, fikiran bercelaru dan mainan perasaan menguasai diri…..banyak cara nak kawal rasa tertekan ni dan ramai punya kaedah tersendiri untuk atasi masalah tekanan ni…bila dah terdesak dan gagal menangani masalah yang muncul wujudlah acara bom mengebom sehingga hanya cebisan daging di kutip…heee ngeri betul……

Yang datang jumpa DBI tu hanya menghantuk kepala ke dinding..dan tak ada kesan yang memudaratkan sangat. tapi.tahun lepas di sebelah kampong DBI ada budak perempuan ni tingkatan 5…gatal p*k* lalu terkena buatan lelaki…buah….lepas tu usung perutlah sembilan bulan..bayangkan perasaan dua ibu bapa dan sanak saudara…bayangkan jugak tekanan yang terpaksa di tanggung budak ni disamping menanggung perut yang makin besar itu…lepas bersalin..dia meroyan dan di jumpai mati tergantung dalam bilik….bunuh diri….bila dah tak tahan menanggung bebanan..jalan yang nampak mudah menjadi alternative untuk selesaikan masalah..?..



Kesian mak ayah dan keluarga budak ni…bukan lagi diconteng arang ke muka tapi dah macam tahi vavi di lumur seluruh tubuh….…Bunuh diri dikalangan orang melayu????

Benda ni tak masuk surat kabar tapi heboh jugaklah kat kawasan kuala terengganu ni…


Cerita ni tak habis di situ..budak perempuan ni jadi hantu…bila malam balik rumah..ketuk pintu nak tengok anak dia…pengsan sokmo nenek budak ni dek takut…pak guard kat sekolah pun takut sebab hantu ni pun berkeliaran di kawasan sekolah…banyak lah cerita lain yang DBI dengar..nampak hantu ni duk nangis tepi jalan la…duduk kacau orang kampung kat jambatan la..gi cari lelaki yang bunting kan dia lah..macam-macam versi..nak berbulan bulan jugak cerita hantu ni merebak..pastu reda macam tu aje…. Misteri nusantara sangat….

Agak agak lah kan…orang yang kena bom hari tu…jadi hantu ke tak???

Saturday, December 16, 2006

lelaki atau perempuan: bahagian lima dan terakhir

Ni bahagian terakhir pasal ni…lega rasanya sebab dah nak habis….


Petua mendapatkan anak lelaki


1. sebelum bersetubuh, perempuan perlu lakukan douching menggunakan cecair beralkali..di cadangkan guna baking soda yang dilarutkan air..larutkan secair mungkin…kang rasa pedih pulak….yang lelaki tak payahlah letak ais kat zakar tu..kebas plak nanti..…cukuplah sekadar minum kopi sementara pasangan kat tandas sedang douching tu…kopi atau bahan berkafein ni..akan aktifkan sperma Y…teruja gitu…

2. kena buat foreplay lama sikit supaya perempuan mencapai orgasm…perempuan kan susah nak orgasm…kan???..kalau dapat multiple orgasm lagi bagus…orgasm akan menyebabkan rembesan bersifat alkali yang akan menyediakan suasana yang sesuai untuk sperma Y…

3. lelaki mesti kawal ejakulasi sepaya memancutkan mani ketika ‘deep penetration’…masukkan konek anda yang panjang itu sedalam mungkin..kawasan dalam /berhampiran pangkal rahim tu..beralkali…menurut kajian orangputih le yg kaji kaji ni…posisi secara doggy style memberikan kemasukan konek yang maksima…nak DBI terang ke doggy style ni???..….panas muka aku ni wei…!!!



anjing malu nak jadi model....



4. bersetubuh pada hari yang paling subur iaitu pada hari telur di keluarkan…dah tahu cara nak agak bila bertelur..kan???

5. kedua-dua kena makan banyak bende masin/bergaram, dan juga daging merah..

6. baca doa untuk dapatkan anak lelaki dan lakukan routine yang sama untuk dapatkan anak perempuan

setelah lakukan semua petua tu..pandai pandai lah tawakal yer..kalau tak berjaya boleh cuba lagi….

Ada juga kaedah gunakan calendar cina…berdasarkan umur bakal ibu dan bilakan bulanberlakunya persenyawaan..macam ni…katakan umur bakal ibu 25 tahun..jika dia bersetubuh pada bulan jun..dan persenyawaan berlaku….bayinya mungkin lelaki…calendar tu boleh jangka…cubalah cari calendar tu kat internet…Chinese calendar-sex prediction-google ler ni…atau pepandailah cari..sayangDBi dah buang calendar ni sebab sedikit frust….
DBi dah study calendar ni masa kerja kat wad bersalin kat sabah hari tu….buat retrospektif check up dengan ibu yang dah bersalin…accurate gila….dalam 95%...

Ada beberapa centre di KL yang buat prediction untuk dapatkan jantina anak yang menjadi pilihan..diorang ni ambil data tentang pasangan..hantar data data ni ke oversea..diaorang prosess dan predict bila boleh bersetubuh untuk dapatkan anak yang diingini… selain tu dioarang buat rundingan dan beberapa bende lain lagi…kena charge dalam RM2000…money back garenti katanya…daorang bagi duit balik kut kalau dapat anak yang bukan yang dihajati…DBI tahu satu centre..tapi tak boleh beritahu kat sini..bukan DBI dapat komisyen pun…hish…..Saper yang nak tahu centre tu boleh e mail DBI…

Tu sajerlah berakhirnya lima bahagian tentang pilihan untuk dapatkan anak lelaki atau perempuan…DBI rasa ni je satu satunya petua dalam bahasa Melayu yang ada di alam maya ini…..baik sesiapa yang berminat tu save betul betul..manalah tahu nanti DBI ter delete ker….nangis pulak…


miss coco chanel: ehh doc nak tanye sikit....apa kaitan warna dan air mani kita?? ye la sesetengah org ade yg air mani die kaler putih jernih ade pulak yang kaler seakan2 kuning..ada yg cair ade yg pekat...apa makna??

Ko kan selalu tanya soalan cepu mas….payah nak jawab…hehehehe
Tak der maknanya semua tu….memang air mani boleh jernih, warna kelabu, putih dan juga kekuningan…kalau ar mani kaler pink…jangan ingat cantik plak..bahaya…merasa gi jumpa Dr sebab tu tandanya ada darah dalam air mani…banyak lah sebab perdarahan tu…
Air mani ni 5% datangnya dari testes, kebanyakannya mengandungi sperma,46-80% dari kalenjar seminal yang mengandungi protein dan enzim untuk kehidupan sperma dalam perjalanan mencari ovum, 13-33% dari kalenjar prostate yang mengandungi protein dan enzim dan 1-5% dari kalenjar bulbourethral dan urethral yang mengandungi pelincir dan antibody…
Cair atau pekatnya mani tidak gambarkan kesuburan seseorang…mungkin le kalau orang tu tak aktif berseksual dan mani dah penuh sampai ke kepala..sekali keluar tentulah pekat …berbanding dengan orang yang hari hari keluarkan mani dengan pelbagai cara yang ada…tentulah maninya lebih cair….
Yang penting mani seharusnya memekat macam gam dan melekit selepas dikeluarkan…kalau dalam faraj,mani ni akan liquelified semula selepas 5 minit….

Thursday, December 14, 2006

lelaki atau perempuan:bahagian empat

Kenapa lah aku gatal sangat nak buat entry berjela-jela ni… ….penat rasanya selagi tak habis pasal ni….patutnya boleh habiskan dalam satu entry straight forward cerita tapi ni dah meleret leret..tapi sebab dah janji …kena lah buat jugak….

Pemilihan dan petua nak beritahu ni adalah melalui kaedah semula jadi…insyaAllah..kejayaannya lebih kurang 75%....tapi ada kaedah yang lebih baik dengan bantuan teknologi perubatan terkini..kita panggil gender selection technique…

Gender selection technique

Ni untuk pengetahuan saje…menggunakan teknologi yang ada.. sperma X dan sperma Y di pisahkan secara laser, dye atau flow cytometer..sperma yang di kehendaki di masukan semula secara pemanian beradas untuk mendapatkan jantina anak yang di kehendaki..keberkesanan mencapai 90%..

Antara teknik yang lain ialah preimplant gender diagnostic PGD- embrio didiagnos dulu secara genetic..bila dah tahu jantinanya ..barulah jantina yang di kehendaki di masukkan ke rahim ibu…
Chorionic villus sampling CVS – sample kantung bayi di awal kandungan dikaji untuk tentukan jantina bayi…jika lain dari yang diingini…bayi digugurkan

Jangan nak cuba kaedah kaedah ni sebab kaedah ni HARAM..kata majlis fatwa..pepandai nak ubah kejadian tuhan…kena panah petir kang…ramai saintis barat pun tak bersetuju dengan kaedah kaedah ni…begitu jugalah dengan The American Society for Reproductive Medicine…





Petua mendapatkan anak perempuan- kaedah shettles

Ni DBI ikut 100% semasa mencuba untuk dapatkan anak ketiga..tapi yang keluar tetaplah si iddin tu……mauahhhh muahhh untuk iddin…

1.Sebelum bersetubuh..perempuan kena buat douching dulu, gunakan bahan beracid…DBI cadangkan LACTACYD feminine wash..pakai jenis lain pun tak per..janji berasid….ni untuk menyediakan suasana berasid dalam faraj.lelaki kena gi berendam dalam air suam dulu selama 30 minit…jangan lama sangat nanti kecut plak…kalau ade water heater ..boleh je pancurkan ke zakar tu..jangan guna air panas pulak..melecur sapa yang susah???....ni untuk melemahkan sperma Y yang kurang daya tahan tu….

2. elakkan foreplay yang lama…nanti orgasm plak…perempuan tidak boleh orgasm sebab rembesan akan beralkali jika ada orgasm…orgasm juga mempercepatkan perjalanan sperma ke ovum…..lelaki… lantaklah nak orgasm berapa kali pun…kalau larat la…






3. bersetubuh posisi mana pun tak per..tapi masa nak pancutkan mani tu….lelaki kena tarik keluar konek supaya pancutan tu hanya di sekitar bukaan faraj…sebab kawasan ni lebih berasid dan akan lemahkan sperma Y….jangan melepaskan mani ketika deep penetration seba kawasan dalam/dekat pangkal rahim tu beralkali…hidup segarlah sperma Y…kalau konek sangat pendek tak der hal kut….heheehe..

4.bila nak bersetubuh??…bila dah agak agak telur di keluarkan…lakukan nya seberapa kerap d hari hari tersebut..katakan jika telur dikeluarkan pada hari ke 14-(dari hari haid yang pertama)…lakukan bersungguh –sungguh dan sekerap mungkin pada hari ke 10,11, 12,…sperma X hidup sehngga 3-4 hari,, sperma Y hidup 1-2 hari je…jadi bila telur di keluarkan..hanya sperma X yang tinggal….yang Y semua dah mati….ovum hidup 24 jam jer….Jangan bersetubuh pada hari 13,14,15……lepas tu ikut sedap empunya dirilah kan….





5.dua dua kena makan banyak bende manis macam cokelat,makan banyak ikan dan sayur sayuran..lelaki kena elakkan mengambil kola atau bahan berkafien sebelum bersetubuh…

6.ada doa gak kena baca…tak tahu nak post camna doa ni kat blog..tapi tak per…. gi je cari buku doa harian ..tentu ada..nak lebih afdal..si suami perlu baca doa ni setiap malam berulang ulang sambil menggosok gosok perut isteri mengikut arah lawan jam…sepanjang masa mengandung..sambil tu boleh le beromantik2 kan???....ni petua daripada ustaz..bukan si shettles tu…




tu jer petuanya..selamat mencuba….tunggu bahagian ke lima pulak…terakhir lah kut…..

Wednesday, December 13, 2006

lelaki atau perempuan: bahagian tiga

perjalanan yang jauh....
Macamana nak tahu waktu subur atau tidak???...bagi perempuan, waktu subur adalah waktu ketika ovum dikeluarkan ovari…kalau kitaran haid adalah tetap antara 28-35 hari..biasanya telur dikeluarkan pada hari ke 14 dari hari pertama datang haid, tapi kalau haid tidak teratur..sekejap sebulan..sekejap tiga bulan sekali..susah sikit nak tentukan waktu suburnya….
sayangDBi ada waktu had yang tetap, jadi senang kami nak jangka waktu subur itu….

Selain pada tu, waktu subur boleh dijangka dengan melihat cairan faraj/pangkal rahim/cerviks.. setiap hari cairan dilihat..pepandailah ambil cairan tu…cairan tu akan berupa cairan jernih yang melekit-sticky..dan bila dibiarkan pada kaca..akan kering membentuk seperti daun pakis,cairan tu lebih kurang macam putih telur…..erm DBI pun tak pernah tengok ni…

Boleh juga buat catatan suhu badan-basal body temperature…. ada thermometer khas untuk suhu badan ni… ketika telur di keluarkan biasanya ada peningkatan suhu badan sebanyak1/2- 1 darjah selsius. setiap pagi dan petang suhu basal badan dicatat...

Nak senang.. ada ovulation predictor kit yang di jual di farmasi untuk kesan kehadiran telur dan waktu subur…tapi harga nya mahal dan kena buat banyak kali….yelah..kalu buat hari yang tak bertelur..negatiflah jawabnya….cuba lagi esok dan esok dan esok sampai postif…

pencarian yang panjang


Ketiga tiga ni…kami tak buat sebab kami membilang hari sahaja….

Bila suburnya lelaki???..lelaki macam DBI subur sepanjang masa…ahak….lelaki tidak subur jika kandungan sperma dalan air mani sedikit atau tidak normal atau tidak aktif…ada jugak lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dalam air mani ...
ada sperma yang tak normal -ada yang ekor pendek..ekor bercabang, kepala dua atau tak ada ekor.
Sesiapa nak buat seminal analisis ni boleh jumpa Dr atau pergi terus ke makmal yang buat ujian ni….tapi sebelum ujian…. jangan keluarkan mani dengan sebarang cara untuk sekurangnya 3 hari…pastu gi ke makmal….deposit mani secara melancap..dan mani akan diproses secepat mungkin….



sperma tak normal


DBI tak pernah buat ni…..sebab DBI dah tahu tahap kesuburan…lalalalaaa.
Jika air mani di bawah tahap kesuburan ada ubat yang boleh diambil….tapi kalau tak ada sperma/benih langsung kena disiasat lebih lanjut…tapi untuk pastikan sentiasa subur..jangan/kurangkan merokok atau minum arak, jagan pakai seluar dalam yang ketat..nanti testis rasa panas…testis sentiasa rendah suhunya berbanding suhu badan…,makan makanan yang berkhasiat yang tinggi kandungan zink…macam tiram ker..ambil supplement zink ker, ambil herbal yang ada tongkat ali atau terristeris...

Jadi bila dah dua dua berada dalam kedaaan yang subur lagi menyuburkan..bolehlan mulakan dan amalkan petua untuk mendapatkan anak yang menjadi pilihan….usaha tangga kejayaan…


jom mulakan....

Petua tu di bahagian empat….tunggu la ek…

Tuesday, December 12, 2006

entry khas: archmal





bila sampai hari ini....12 disember 2006

bila sampai hari ini..
kau seakan terhenti.... berfikir....
dan menoleh seketika, apa yangtelah berlaku sepanjang usia yang ada......

bila sampai hari ini ..
kau seolah merenung....
gembira dengan kematangan yang ada, sedih dengan kesilapan yang lalu....

bila sampai hari ni ...
kau seumpama menerima anugerah....
mengharungi cabaran mendatang, mengharapkan yang terbaik tercapai.....

bila sampai hari ini....
apa aku melalut ni????
selamat hari jadi Archmal...sorry..jangan pepandai nak claim hadiah....


nah ambik kek ko.....

Monday, December 11, 2006

lelaki atau perempuan: bahagian dua



Adakah tidak bersyukur dengan anugerah tuhan dengan tiga anak lelaki itu???..manusia memang ingin semua…. kalau dapatlah…..bila dah ramai anak lelaki, teringin pulak anak perempuan…bila dah banyak kuntuman bunga di taman…teringin pulak menangkap sang kumbang….lumrah alam….
Ini bukan tentang bersyukur atau tidak..ini tentang usaha yang harus di lakukan untuk mendapatkan apa yang di hajati…

DBI dah lama nak buat entry tentang petua mendapatkan anak lelaki atau perempuan in..tapi entah macamana , idea tu hilang di bawa lara…hanyut entah kemana….tapi mail dari seorang pembaca bilikini menyegarkan kembali ingatan itu,,,,over plk DBI ni..kan????


A*** A. R888" <********@tm.com.my> wrote:
assalamualaikum DR .....
saya kenali Dr melalui blog Dr. Biasalah kalau dah femes nie, ramai lah peminat.. walau apa pun, saya suka dengan segala penulisan Dr.Di harap Dr akan terus menulis.
Terbuka hati saya nak menulis email ni selepas membaca karangan Dr mengenai 'zink'. terima kasih diatas segala info tentang hal berkenaan. antara yang Dr tulis disitu ialah kandungan zink dpt menambahkan kandungan air mani dan juga dapat men'cergas'kan pergerakan sperma.
Itu baru intro tu....(dah rasa macam melalut la pulak)... Yang sebenarnya saya nak bertanya, bagaimanakah caranya untuk memperluaskan peluang untuk mendapat anak lelaki....? Adakah sisuami perlu mengambil makanan yang banyak mengandungi zat zink ini? Dan adakah ada waktu yang sesuai....?
Dr mesti lah berpengalaman kan...sebab Dr sudah punyai 3 anak lelaki (kalau tak silap saya).
Segala nasihat saya dahului dengan ucapan terima kasih...

psttt....adolah susoh weh nulih guno bhaso standard nie..... kirim sale ko isteri Dr tu....





Tugas sperma untuk mensenyawakan ovum-telur wanita yang dikeluarkan ovari setiap bulan~ bukanlah satu kerja yang mudah…sperma terpaksa melalui satu perjalanan yang jauh…dari faraj..melalui pangkal rahim, berenang di dalam ruang rahim untuk sampai ke fallopian tiub , tempat di mana ovum sedang menunggu… selain perjalanan yang jauh. Sperma terpaksa hadapi suasana yang menyukarkan…cairan beracid, cairan beralkali bersilih ganti… terdapat jugak antibodi yang membunuh…ini semua untuk memastikan hanya sperma yang terbaik dan sihat dapat sampai dan mensenyawakan ovum untuk memastikan kelansungan hidup… dengan lahrnya generasi yang sentiasa lebih baik….


Ketentuan untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh gen yang di bawa sperma dalam bentuk kromosom X atau koromsom Y..bila sperma X bergabung dengan ovum yang sentiasa berkromosom X..lahirlah bayi XX-perempuan..bila sperma Y yang bergabung ..lahirlah XY-lelaki....sperma Y ni cergas, bergerak dengan laju tetapi kurang ketahan diri dan cepat mati, ia lebih cergas dalam suasana beralkali dan lemah dalam suasana berasid…sperma X ada lebih daya tahan, hidup lebih lama..maxima tempoh hayat 4 hari,bergerak dengan perlahan dan tidak sukakan suasana yang beralkali…

Berdasarkan kepada itu…Dr. Landrum Shettles and David Rorvik berjaya mengolah satu kaedah untuk diamalkan untuk mendapatakan jantina anak yang dihajati…ia di kenali sebagai Shettles method… DBI amalkan kaedah ini semasa mencuba untuk dapatkan anak ketiga itu….
Mengikut kajian 75% pasangan yang mengamalkan kaedah ini berjaya mendapat apa yang diingini…tapi seperti biasa ..ada ramai saintis lain yang tidak bersetuju dengan kaedah ini… …mana ada sesuatu tu ada penyokong 100%..ada lah saja yang nak jadi pembangkang…sebab tu ada lagi kaedah lain seperti Whelan method dan Ericsson method…DBI rasa Shettles method yang lebih mudah dan senang diterima akal…jadi apa yang DBI nak cerita ni berdasarkan pengalaman DBi mengamalkan Shettles method..nak guna kaedah lain..terpulang lah…

Berdasarkan Shettles method, ketentuan mendapatkan jantina anak yang dihajati bergantung kepada tempoh dan bila ibu tu subur iaitu bila ovari mengeluarkan telur.,posisi ketika bersetubuh, acid atau alkalinya cairan faraj ketika bersetubuh dan kekerapan dan waktu untuk bersetubuh…

Bersambung ke bahagian tiga..nak gi bersunat jap….

Thursday, December 07, 2006

lelaki ke perempuan: bahagian satu



DBI kawin pada usia yang agak lewat..sikit lagi nak masuk kategori bujang telajak…kawin atas permintaan orang tua..kalau ikutkan hati mau membujang setahun dua lagi…sebabkan calon pun DBI tak ade..terpaksalah pilih ikut katalog yang Mak sediakan…..

Bila pilihan dah di buat..kenal dia sekejap…tunang sebentar dan terus kawin….bila dah kawin ni..terus berusaha nak dapat anak..ingatkan boleh dapat bunting pengantin..tapi payah jugak nak dapat anak ni….ya..susah..bukan nya senang macam orang tu yang kawin dua tahun dah nak dapat tiga anak..kan? aril …kan???

Setelah 6 bulan berhempas berpulas, bertonggang tonggeng dan berpenat lelah tapi sedapppppp tu..berjayalah jugak….gembiralah kami berdua..begitulah jugak mak mertua sebab ni bakal cucu nombor satu…selepas 40 minggu sayangDBI mengusung perut..lahirlah penyeri perkahwinan ini….anak lelaki……Kasih sayang tertumpah melimpah limpah…..

Beberapa tahun kemudian..secara tak sengaja…terbabas…sayangDBI mengandung lagi….yang ni kami tak rancang sebab sayangDBI sedang belajar masa ni…tapi gembira sebab tak payah bersusah payah berusaha untuk dapat rezeki ni….yelah..bende yang kita nak tak semesti nya dapat….dan apa yang kita tak nak tak semestinya tak dapat…berharap agar berselang bunga..tapi bila scan….DBI buat sendiri ni..bukannya mintak tolong orang yang ada master in sonography yang buat…seperti dalam scan tu…yang lahir tetaplah lelaki….gembira sebab abang dia ada kawan….kasih sayang tertumpah melimpah limpah….

Setelah dua dua jantan ni besar…dah sampai masa untuk berusaha mendapatkan lagi satu…tapi kami perlu berhati hati dan berwaspada…sayangDBI bagi syarat….mesti mencuba untuk dapatkan anak perempuan….nah…disuruhnya DBI baca sefail petua dan kaedah mendapatkan anak perempuan yang dicarinya dari internet..petua petua yang ada tu perlu diikuti 100%.....DBI okay jer…kita ikut rentak sayangDBI……

Berbagai teknik dan petua yang ada diikuti….ada masa dan ketika nya untuk bersenggama…tidak boleh main bubuh sajer….ada ritual yang perlu di laksana sebelum berusaha itu..ada doa yang perlu dibaca…..sembahyang hajat tidak di lupa…..akhirnya setelah tiga bulan…. sayangDBI tak datang period…lega….tapi beberapa minggu kemudian, kandungan tu gugur……

Berusaha lagilah kami….bulan berikutnya…..hampa setiap kali sayangDBI datang uzur….setelah berpenat-penat tu tak datangkan hasil……satu subuh yang hening .DBi dikejutkan dengan bisikan lembut di telinga…. ”positif dah ni” …..terus stim dengan bisikan tu..lalala…

Kandungan terus membesar kali ni scan di buat tapi jantina anak tidak di lihat…nak surprise katanya..pada hal tak nak rasa kecewa awal..kalu tak dapat perempuan…..lebih kurang 280 hari kemudian….lahirlah budak itu…..kasih sayang tetap tertumpah melimpah limpah….




kami namakan dia.......xxx xxxxx iddin…..kami tak kecewa sebab mungkin bukan rezeki kami lagi nak dapatkan anak perempuan…boleh cuba lagi tahun depan….. erk???

SayangDBI cakap..dia nak sekali try lagi..kalau dapat lelaki jugak…kami tutup kedai macam orang yang kreatf ker??? ni…..kalau nanti dapat anak perempuan…boleh cuba dapatkan lagi seorang……..

Wish me luck….

Tuesday, December 05, 2006

DBI jawab


menjawab saje aku sekarang ni kan...nampak sangat duduk klinik goyang kaki....sambil layan blog sajer..hish,,,


salem: Dr, boleh tak tolong camana nak hilangkan lemak yang banyak kat bhg dada saya ni. Ia buatkan saya rasa malu & rendah diri. Lagi satu saya ada masalah kulit urticaria. Ada tak cara nak atasinya? Makasi


salem,
lemak berkumpul di bahagian dada???…bahagian mana tu???.ada satu keadaan di panggil gynecomastia-keadaan di mana tisu buah dada lelaki membesar, terbonjol dan kelihatan seperti buah buah dada perempuan. Biasanya ia berlaku akibat perubahan fisiologi ketika lelaki meningkat remaja..bila dah dewasa ia akan mengecil semula..tapi jika ia terus membesar atau tidak mengecil..jalan terbaik ialah dengan melakukan pembedahan untuk membuang tisu buah dada yang berlebihan itu….selain perubahan fisiologi remaja..pengambilan hormone eostrogen, pengambilan pil perancang, kerosakan hati boleh juga menyebabkan gynecomastia…..

gynecomastia--tetek nasi lemak 50sen???


bercakap pasal nasi lemak 50 sen ni…ada satu gerai kat pasar chow kit yang best sangat nasi lemak dia..sambai bilis petai..huh mengancam…akak-akak yang jual pun mengancam-set hadek hadek…selalu tapau kalau balik malam masa study dulu…gerai tu kat kopasar, sebelah hotel brisdale/hotel city …ada lagi ke tak..tatau..gilah try kalau ada lagi…

kalu lemak lemak itu bukan di kawasan tetek atau dibahagian lain, perlulah diet-kurangkan makanan berkanji/lemak, mengambil banyak fiber..dan melakukan senaman untuk membakar lemak…amalkan ke gym untuk dapatkan otot pectoral-dada yang bidang macam DBI…ahak….

Sebaiknya jangan lah rasa rendah diri dan malu dengan apa yang kita ada….semua orang ada rasa tak puas hati pada tubuh sendiri…top model macam tyra bank pun ada rasa tak puas hati…sure sekali sekala dia kata kenapalah aku dilahirkan hitam…putih macam heidi klum kan bagus….lalallaaalala….

Kita kena terima dan sayangi tubuh dan penampilan kita..kekadang orang tak kata dan tak kisah pun dengan penampilan fizikal kita ..Cuma kita je perasan orang duk mengutuk….biarpun ada orang yang suka mengata….apa kebaikan yang dia dapat dan apa kesan keburukannya pada kita…taka de apa apa pun…tapi kita ni suka sangat mendengar pendapat yang tak perlu….kalau kita rasa huduh ..ada lagi orang yang huduh...kalau kita rasa perasan hensem...sure nampak orang lain huduh belaka..ni semua mainan minda ajer...
Sebaiknya gunakan tenaga untuk rasa malu dan rendah diri tu untuk berubah mencapai apa yang dihajati…. hish..ape aku membebel ni..

urticaria…
merah di kulit akibat allergi

urticaria ni merah merah di kulit akibat allergi/hypersenstivty kepada rangsangan luar ..tak kiralah habuk ker..ubat ubat..makanan ker..bahan kimia,..banyakk sebenarnya yang meyebabkan reaksi allergi ni…dan iannya bergantung kepada pesakit tersebut..setiap pesakit ada rangsangan yang berlainan… klau kat ganu ..orang kata kena ludah dek hantu...mungkin hantu meluat dengan perangai manusia yang lebih hantu dari hantu...kut....terus dia tuih..tuih kat orang...

cara nak atasi tu..kita kena pastikan apa yang menyebabkan urticaria tu..kalau allergi kepada makanan laut..elakkan daripada mengambilnya….kalau ada allergi kepada ubat tertentu..beritahu Dr untuk mengelakkan Dr bagi ubat yang tu….

lagi satu…boleh jugak ambil ubat pencegah allergi….

Monday, December 04, 2006

ketegaq

Ingat lagi makcik ketegaq yang ada uncontrolled darah tinggi dan stroke lite lite tu…?? sila rujuk entry bertajuk keliru....semalam dia datang jumpa DBI balik…nampak lebih ceria dan lebih mesra….dia datang sebab nak sambung ubat darah tinggi dan buat follow up….

Bila makcik ni ambil ubat???..ari tu beria ria tak nak makan ubat…..rupa rupanya…dua hari lepas tu, dia datang ke klinik tapi DBI tak der..so dia jumpalah DR yang buat locum kat sini…Dr ni dah mulakan ubat darah tinggi..masa tu tekanan darah masih tinggi…

Makcik ni bila balik tu..terus berfikir…., apa yang DBi cakap tu ade benarnya…yelah kan..takkan aku nak tipu plak…setelah berbincang ngan anak beranak..orang kampong bagai….makcik ni pun pasrah dan takut dapat stroke yang lebih teruk….tu terus datang balik ambil ubat…..ermmm tahu pun takut….berjaya jugak teknik menakut nakutkan pesakit ni…

Bukan setakat tu saja…dia dah beli mesin tekanan darah elektronik untuk memantau tekanan darah di rumah….sekarang ni dia hanya makan makanan berebus dan stim sajer..semua makanan berlemak..berminyak dia dah tinggalkan untuk sementara ni…

Semalam tu..cakap dia dah jelas sebutannya, mukanya masih herot tapi yang ni ambil masa lah untuk pulih…pemeriksaan tekanan darah masih lagi tidak dalam nilai yang normal tapi dah semakin rendah berbanding hari tu….pantauan tekanan darah di rumah..kekadang normal..kata anaknya yang cun tu….

Apa yang penting..makcik ni kelihatan gembira dan bersifat positif untuk pulih..tu merupakan petunjuk yang jelas untuk prognosis yang lebih baik…sikap positif untuk melawan apa saja penyakit amat penting….kalau sakit sikit terus depress..lagi lah lambat nak sembuh….siap tanya macamana nak pulihkan muka dia yang herot tu….kenalah dia buat fisioterapi…facial massage, blow exercise…. "buat blow job ker dr?".....laju je mak cik ni tanya...mau koma aku kat situ kalu mak cik ni tanya macam tu....….opps tak de la makcik ni daring macam tu....blow macam tup belon tu ler...
Dalam duk rasa makcik ni degil..bagus plak tindakan dia anak beranak….walaupun memang masa tu.... rawatan terbaik adalah di masukan ke hospital untuk stabilkan darah tinggi tu…..sekurang kurangnya dia ambillah jugak ubat yang disarankan….

DBI suker sangat… sebab sudah dapat kepercayaan daripada pesakit…pesakit mesti lah percaya sepenuhnya dengan perawat yang dia jumpa..kalau main was was…susah ler..skit skit tanya..betul ke Dr ni bagi ubat…?? Berkesan ke ubat ni..?..hampeh….