Thursday, January 11, 2007

DBI jawab

INI ADALAH ENTRY KE101..YEY......

Bukak blog tadi terjua bila tengok ada 28 komen kat entry bertajuk buatan orang tu…biar betul…baguslah uol ni..jadikannya ruang untuk lepaskan pendapat dan berdebat..dan yang paling gigih tentulah loyer Leqiu daripada firma guaman LeQbella and Associates..hujah dan gulungan yang bernas sekali..dan haizataul islamiah dari Yayasan Anak Ikan Malaysia..hehehe...yang lain pun bagus jugak…bestlah uoll ni…

Secara peribadinya..DBI rasa tak perlu ada persaingan antara perubatan moden dan tok bomoh ni.. masyarakat masih perlukan bomoh sebagai pilihan rawatan..dan dalam semua budaya,bomoh memang ada peranan yang tersendiri..mat saleh yang perasan moden pun takut kena voodoo..

DBI sebenarnya tak berapa percayakan bomoh ni sebab sebagai pengamal perubatan, DBI terlatih untuk amalkan “Evidence Base Medicine”..amalkan apa yang telah terbukti berkesan melalui kajian dan peyelidikan sains..Cuma yang agak malang..kebanyakan evidence tu hasilkerja orang putih….bukan orang kita tak mampu berfikir tapi sesuatu penyelidikan tu memakan belanja yang sanyat besar..manalah ada modal kan…

Walaupun begitu masih banyak yang tidak di ketahui sains,..yang tidak mudah di jelaskan dengan akal..penyakit penyakit baru pun makain berlambak…kalau dah berubat secara moden tak berjaya… banyak rawatan alternative lain yang boleh dicuba…bak kata ustazah lela….ubat ubat tu hanya sebagai alat dan usaha..yang menyembuhkan hanya Dia yang satu…

Dalam apa jua kerja pun mesti ada yang nak jadi nila yang merosakkan susu..ada yang jadi tahi lalat besar yang huduhkan muka dan ada yang jadi jeragat yang cemarkan kain putih…jadi jangan kita generalisedkan semua perkara..kalau ada Dr yang tercuai…ramai lagi yang cekap dan mampu berikan yang terbaik….kalau ada bomoh yang buat onar, masih ramai yang ikhlas…

Tapi yang pastinya..bomoh sangat bangga kalau ada Dr yang datang berubat dengan diorang..bomoh bomoh yang datang jumpa DBI mesti akan beritahu….Dr ni datang berubat..DR tu datang jumpa nak air tawar….




deena: hi dbi..saya selalu jenguk blog nih tp baca jerk..hehe..nk tanyer ade petua nk buangkn angin dlm bdn tak? kadang2 tuh mcm ade taufan pusing dlm bdn nih..perut pn buncit jadinyerr...huhuhu

hai deena..terima kasih kerana bertanya…hahaha sopan sangat kan..?..apa yang deena alami ni kita panggil Dyspepsia..orang ganu kata medu..atau bahasa mudahnya angin di dalam sistem percernaan/usus. Angin ni terbentuk oleh pelbagai sebab..yelahkan usus manusia ni kan panjang..usus kecil sepanjang 7 meter dan usus besar sepanjang 1.5 meter…tergulung gulung di ruang abdomen…sebarang kelainan di usus antaranya penyakit gastik, masalah pencernaan dan penghadaman, masalah sembelit, gangguan gerak peristalsis usus akan sebabkan angin berkumpul di usus dan ganggu fungsi tubuh yang lain….pesakit akan merasa mual,sebu, kembung, kurang perut, sendawa dan 'burping'..sakit perut…tercirit atau sembelit..kalau dah terganggu sistem lain..boleh rasa pening, berdebar debar dan sakit sakit seluruh tubuh…..yang tok bomoh cakap angin dalam urat..angin dalam salur darah..darah kotor….hish…tak betul tu….

petua?..tak der lah tapi panduan nak elakkan dyspepsia ni ada antaranya..

~Berhenti merokok atau elakakan dari jadi perokok pasif
~Elakan mengambil makanan yang diketahui boleh sebabkan angin di usus..makanan ni bergantung pada individu..ada yang tak boleh makan pisang..ada yang tak boleh ambil makan panas dan pedas..ada yang tak boleh makan kari..semuanya terpulang pada pesakit..bila dah tahu tu, pandai pandailah elak…
~Jika ada gastric..dapatkan rawatan untuk sakit gastric..
~Makan banyak sayuran atau makanan berfiber
~Elakkan mengambil ubat penahan sakit/analgesic..kesan sampingan ubat ubat sebegini ialah gastrik ..



miss coco chanel: doc...ade soklan cepu mas lagi nih..ada tak ubat utk kurangkan kentot?? bukan apa..i nih asek kentot je...setiap minit nak kentot...camne tuh??

Kah..kah..kah..soalan berlian ni…tak derlah miss coco….Cuma ambil nasihat ni…"kentut yang berbunyi kuat adalah lebih baik daripada kentut tak berbunyi tapi berbau…"
Soalan miss coco diakhiri dengan pertanyaan jugak…*ko dah lohong ker???? *lariiikkkkk..gi booking tiket free AirASia ke Mongolia…


p/s: kepada semua yang selalu tanya..anda boleh tanya DBI melalui email jugak..dapatkan email kat ruangan profile tu…..jangan takut untuk mengganggu DBI sebab DBI sukerr diganggu..tu dia promo…

12 comments:

The Soul said...

yeke bomoh vangga kalo dr dtg berubat.. chihihi bapak ako kalo org setakat demam sakit mata bagai, dia kata g lew klinik dulu, amek obat, kalo dah x baek, nk try cr len, br jmpa dia...hihi

nevertheless, me and my dad still believe with 'evidence base medicine'..

afterall, its up to the public which one to choose..

Azhar Ahmad said...

Hummm, tak tahan tang ubat kentot tu. Uols bisa terkentut ker bila tgh cikcur? *larikkk

DBI, nak tanya, Autism tu kecacatan atau penyakit ek? Hiks, terongat Drew Barrybore dlm 50 1st date, dan Dato Rahim Razali dalam Cinta...

lekiu said...

Doc,

I hear ringing sound in my ears. Cause for concern ?

noel said...

leQ meh sini aku nak bagi pragnosis.....taik telinga hang keras la...pi beli solution tuk telinga hang tuh...muahahahahaha!

meh kit aberym kat comment box dic...pecah rekod 100 komenwoi...larikkk

Goddess Selene said...

Haiyooo.. Miss Coco Chanel!! sampai kesini persoalan pasal kentot diajukan!! bleyy?? hehehehehe

silentguy said...

ringing dlm telinga tuh biasa kot. i pun selalu kena. dbi i nyer telinga sakit la. cam ader ketulan tumbuh kat external acoustic meatus nih. boleh ke acne dalam telinga? bukan cancer kan?

pakteh said...

Pertamanya nak ucapkan tahniah pada DBI kerana posting ke 101... he he.

Kedua, bukan nak komen... cuma nak menyebuk jer. Iaitu berkenaan pengambilan ubat "penahan sakit". Sebelum ini dan hingga sekarang pun saya masih mengambil ubat tahan sakit ini (cuma dikurangkan kekerapannya) dah.

Memang kesannya boleh menyebabkan gastrik & medu. Saya mengalaminya sekarang.

Dan untuk buang angin... saya ambil ubat gastrik, gingko plus (edaran Mayfirst). Gingko tu mahal harganya, tapi nampak berkesan.

Belladonna said...

Doc, kenapa kentut 'silent but deadly' lebih merbahaya dari kentut 'power puff' yang bunyi bising ittew? Care to elaborate anybody?

miss coco chanel said...

my lobang dah lohong?? kejiii la doc nih...nak merajuk la......

Aina said...

Bella, I nak bg opinion pasal soalan u, boleh tak? I rasa maksud 'bahaya' tu effect bagi org sekiling. Kentut 'power puff' tu tak bahaya sebab bunyi dia paling lama pun 2 seconds. Tapi kentut 'silent but deadly'effect dia can be few minutes...tak tahan hidung eh!...bleyy gitu.

DBI said...

the soul- DBI setuju sangat...

azhar-autism tu penyakit-developmental disorder-bayak faktor penyebabnya dan banyak orang terlibat untuk rawatan..DBI tak tengok CINTA..

leQ n noel- pandai noel..betul tu most common cause-taik telinga kersa sampai sumbat lubang telinga...sebab lain-jangkitan, gegendang bocor..kena jumpa DR lol..

goddess S n miss coco- hehehe..jgn sentap yer...gurau ma..

silentguy- acne boleh muncul kat sini..painful sgt...mungkn u dapat otitis externa-jamgkitan di salauran telinga..jumpa Dr kalua berlarutan...

pakteh-promo mayfirst ke pakteh..hehehe...gingko mayfirst mahal sebab dosenya tinggi...banyak lagi produk lain yang lebih murah...

bella n aina-bella ..DBi setuju ngan penjelasan aina..

abangnaktu said...

Saya ingin bertanya, apa benda yang tumbuh seketul kat belakang telinga ni..Dulu kecik, dah 10 tahun berlalu, dia dah besar..Takde pun sakit..Orang kata darah kotor terkumpul kat situ..Ada orang kata lak, buang je melalui pembedahan..

Benda ni takdelah menyakitkan..Tapi memburukkan pemandangan je..Modon Doc diagnos sikit, mekasih..