Tuesday, April 03, 2007

kanser ovari

Dah pukul 1.30 petang….DBI terpaksa lewat keluar untuk makan tengah hari ..di klinik sekarang ada sorang pesakit yang dari pagi duk kat klinik….DBI terpaksa masuk air (infusion of fluid tru her vein/blood vessel).kan dia ni…dia ada muntah yang teruk, tak lalu dan tak boleh makan langsung..menyebabkan dia tak bermaya, kelihatan kekeringan air….
Belum lagi keadaan nya yang hampir botak, pucat, kurus kering dengan perut yang macam orang mengandung 8 bulan….sekarang ni dah botol yang ketiga…..

Mungkin air yang DBI masukkan ni tak cukup…sebab dia perlukan lebih daripada cecair…dia perlukan makanan yang berzat….rawatan dan gentian cecair dan makanan harus di berikan di hospital….tapi pesakit ni dah tak larat nak pergi hospital…dah bosan….katanya

Dia ni ada kanser ovari peringkat advance….dah jalani pembedahan, dah habis kemoterapi peringkat pertama..tapi kanser ni tumbuh balik dan macam tak respon dengan kemoterapi…..dan bulan lepas dia diberi dos pertama kemoterapi peringkat kedua yang pasti begitu menyakitkan…sejak tu dia rasa sangat tak bermaya, muntah sampai muntah hijau sebab tak dapat nak makan langsung, rambut gugur, dan rasa sakit perut yang membusung dan sakit sakit badan…..

Dia sepatutnya dimasukan ke wad, 2-3 hari lepas tapi dia rasa dah tak larat nak terima kesakitan tu lagi…..jadi ke hospital buat masa ni mungkin tidak padanya….dan dia baru jer berumur 24 tahun….ada anak kecil dua orang….

Kanser ovari ni kiranya antara kanser yang sangat merbahaya..ianya menjadi pembunuh wanita selepas barah buah dada..dan tidak seperti barah buah dada yang lebih glamer dan selalu dibincangkan di media..kanser ovari jarang menjadi tajuk utama…Mengikut statistic 2007..terdapat 20000 pengidap kanser ovari di USA dan 15 000 daripadanya sudah mati…jangan tanya statistik di Malaysia yer..payah betul nak cari….

Tidak seperti barah buah dada yang mudah dikesan dengan hanya lakukan pemeriksaan buah dada sendiri, kanser ovari amat sukar untuk dikesan pada peringkat awal…dan kebanyakannya hanya dapat di kesan dan mendapat rawatan bila kanser ovari dah capai peringkat III atau IV.
Ermmm…ada buat pemeriksaan buah dada sendiri tak????..jangan terperanjat jika ramai yang tak pernah buat….sila jadikan amalan..manalah tahu kan…rawatan awal amat membantu…

Kegagalan untuk pesakit atau Dr untuk kesan kanser ovari kerana size ovari yang kecil lebih kurang 1 x 2 x 3 saja..dan kedudukannya nun jauh di bahgian pinggul/pelvic. Selain tu simptom penyakit pun tidak spesifik..antara simptom awalnya ialah rasa sakit atau tak selesa dibahagian ari-ari atau pinggul, gangguan haid, hilang selera makan atau hilang berat badan…banyak lagi penyakit yang tidak bahaya ada simptom-simptom sebegitu….

Siapa yang berisiko????.. sesiapa saja yang ada ovari terdedah tapi risikonya tinggi pada:
wanita yang ada sejarah keluarga yang ada kanser ovari. ,
berusia 50 tahun ke atas
tidak pernah mengandung….
Dicadangkan mereka yang berisiko tinggi ini untuk buat screening untuk kanser ovari…walaupun screening ni tak sebaik macam PAP smear untuk screening barah pangkal rahim….kira boleh lah…Dua screening yang di cadangkan ialah ujian darah untuk paras CA125, atau transvagina ultrasoundCA125 ni akan tinggi jika ada kanser ovari..selain tu dia juga tinggi pada pesakit hati-liver cirrhosis dan endometriosis. Pasal transvaginal ultrasound tu..baik tanya klinikal sonographer yang terlampau ni…camner nak buat…

Err..dah buat PAP smear belum ni…???....sila lah buat di klinik berhampiran..jangan datang jumpa DBI sudah ler….DBI dah tak buat tu…

Selalu rawatan terbaik ialah pembedahan diikuti dengan ubat kemoterapi…tapi walaupun dengan rawatan terbaik…..5 year survival rate sangatlah rendah…ikut pengalaman DBI yang sedikit ni..biasanya kebanyakan pesakit meningggal dalam tahun pertama atau kedua selepas di kesan..

20 comments:

wahdi said...

Hi Doc, 1st time singgah blog nih..baguslah blog ni banyak info...

-kEn- said...

patut tercalon utk informative blog of the year dlm GBA blog ni tau

gina marna said...

tak penah wat pap smear...mcm2 ade, malu, takut, seram..hmm tapi dah dpt info mcm nih rs kene cepat2 p check ahh. sib baik kat klinik DBI x wat dah...hehehe sempat lg meroyanz kan

Lee Novotny said...

Betul u ols, everybody should check-up if there's any lumps in their breast/ chest.... termasuk yang jantan jantan nih....

Ngeri laa kanser kanser nih.. semoga tak dapat laaa...

-kEn- said...

kalu serius kena buang kan ovari tu

-kEn- said...

btw, kesianla tgk anak2 wanita tu kalau die *tutttttttt*

kujie said...

Sy buat pap smear tiap 3 thn dan buat full medical check up tahun lepas....tp sy nk tanya doc...ikut sejarah keluarga suami sy...3 org dah meninggal sbb kanser..ade kanser tulang ( baru berumur 20thn masa tu ) dah breast kanser ( semua yg terlibat ni perempuan ).

Soalan sy...adakah anak-anak saya berisiko tinggi??
Saya ada 3 org anak berusia 15thn - 8thn ( yg bongsu perempuan).

Kalau anak2 sy berisiko tinggi..apa langkah² awal/ pencegahan yg sepatutnya sy lakukan?

Terimakasih doc...slmt mlm

wan said...

2tahun lepas buat pap smear, result alhamdulillah.

so far takde family history yg berkanser eh jap.. maklong ada kanser perut. :|

DBI said...

wahdi-blog ni mmg bagus..hehehehpantang dipuji..nanti dbi gi blog awak..

gina-tak pernah???..kenalah buat...meh dbi tulun buat...

ken-gitu....sian tengok canser patient ni...

lee- ye betul..not to forget-self testicular exam.

kujie- kena amalkan hidup sihat, jgn isap rokok, cepat2 gi jumpa Dr kalau ada lump n bump,doa dan tawakal...risisko tinggi kalau 1st degree relative mcm adik beradik,mak/bapak saudara.. yg ada

wan-mintak dijauhkan lah kan???

-kEn- said...

AbgDBI,

lagi kesian yg sedut asap rokok berbanding dg yg isap rokok

sapela nak ade penyakit2 ni xkirala kanser etc

skrg bkn sbb genetik family, sbb persekitaran juga main peranan

gina marna said...

dbi...tulunnnnnnnlahh..hehe

makcik belah ayah meninggal psl breast canser & mak mertua pun meninggal psl breast canser gak...seram weh.

fibroid tu camner pulok?? ade org kate x bahaye...betul ker?? konfius kejap

Lee Novotny said...

Ooopsss.lupalaa nak check testis sendiri...mak duiyenn dulu naaa?? **sambil berlari alri anak ke toilet..buat apa taaw???:P

ku_zie2k said...

terimakasih doc....hari ni dpt sms lagi ttg seorg lagi blogger sdg menderita kanser usus.....dh dekat2 nk tua nie ( opppsss...! ) dlm seminggu dua ni byk sgt berita sedih mcm tu...i've been feeling really really down!

It was like a wake up call......do u guys appreciate ur frens?

dbi said...

ken-pandai pung..

gina-merasa godek2 entry lama DBI..dah buat pun pasal fibroid ni...

lee-heheheh..kan???..mintak avang cek pun dakper..

kujie-appreciate sementara ada.

Sayer said...

assalamualaikum Doc.Selalu singgah tapi tak sempat nak tinggal komen apa2,lama dah kan tak bertanya pada Doc ni.Ingat kan Sayer yang ada prob remaja tu hehe.Satu lagi,saya suffer bad breath,really bad doc.2 tahun lepas saya pi cek la,sebab loya2,muntah,dan bila tido berdesing pelik kepala dan telinga.Doc scan otak saya,telinga saya,perut saya,xray satu badan.Last2 dapat ubat2 nih:Adetphos,Mukusta,methycobal,isomenyl.Saya tanya doc tu,dia macam sembunyikan sesuatu,kalau ada saket apa2 saya tak kesah kalau tahu pun,tade la rasa nak bunuh diri ke ape.Untuk 3 bulan saya terus makan ubat tu,sekali amek stok sebulan,rabak 300rengget sekali.Pastu ok dah,skang ni lepas 2 tahun ade balik.Doc leh kasi tau ape masalah daripada ubat2 tuh?Saya dah cek internet,tapi taktau betui ke tak.Katanya liver desease salah satu puncanya.Leh doc kindly kasitau kalau ada lebih masa?Insyallah balik bulan 8 ni saya bawa balik ole2.Amin.

Anonymous said...

SY BARU NAK JOIN BLOK NI.... TU PUN SECARA KEBETULAN SBB NAK CR INFO PASAL BRAIN CANCER... SY ADA KWN DIA KENA BRAIN CANCER...X TAU PERINGKAT APA? SB DIA X NAK CKP... SY TENGOK DIA KADG2 MCM PUTUS ASA..
CUBA GAK NASIHAT TP TAK TAU LAH...
DIA SELALU BATUK.... SKRG NI DIA MKN UBAT YG DOC BERI AJE...
BETUL KE SAKIT NI PAYAH NAK SEMBUH?

Anonymous said...

doc. pun pelik gan panyakit sayer nie.. saya tak der bengkak dalam perut.. saya tak keguguran .. saya tak mengandung.. saya tak der farboid saya tak sakit semasa haid.. malah tak sakit pun perut saya nie.. tp saya mengalami pendarahan berpanjanggan hampir 6 bulan.. perdarahan akan berhenti untuk sehari dua paling lamer seminggu lepas 2 dia kan datang kembali untuk lebih 3 minggu... aper masalah saya doc..saya dah penat.

Anonymous said...

DBI....sy ada mak..dia baru sebulan buang ktumbuhan pada ovari tu...ktumbuhan tu mmang besar mcm segengam tgn dewasa...tapi alhamdullah dah buang...tapi 17hb nie mak sy stat kemoterapi...saya xsgka mak leh dapt CA yg very dangerous ni...sy xleh trima kalu mak sy sakit...sy nk tanya...adkah kemo tu sakit sgt...dan berapkh pluang untu mak sy bebas dr CA tu lg...dn mybe untuk sy sebg ank dapt CA yg same pun tinggi...apakh nasihat DBI untuk sy prevent dari dapt CA ni...

Anonymous said...

DBI....sy ada mak..dia baru sebulan buang ktumbuhan pada ovari tu...ktumbuhan tu mmang besar mcm segengam tgn dewasa...tapi alhamdullah dah buang...tapi 17hb nie mak sy stat kemoterapi...saya xsgka mak leh dapt CA yg very dangerous ni...sy xleh trima kalu mak sy sakit...sy nk tanya...adkah kemo tu sakit sgt...dan berapkh pluang untu mak sy bebas dr CA tu lg...dn mybe untuk sy sebg ank dapt CA yg same pun tinggi...apakh nasihat DBI untuk sy prevent dari dapt CA ni...

Liza said...

sy baru buat operation buang ovari sebelah kanan 2 mggu lepas. selepas analisis ianya adalah cancer Tahap 1 dan sample te lah dihantar ke HUSM untuk mengesan jenis canser pada tersebut. dalam pada masa yg sama, saya mengandung anak ke 3 (15 mggu).
sy difahamkan cancer ini ada 3 jenis (nama saintifiknya sy lupa). jenis 1 dan 2 adalah jenis cepat merebak dan pembedahan buang rahim dan ovari kiri perlu dijalankan. jenis 3 adalah lambat merebak dan kandungan boleh diteruskan. rahim dan ovari kiri akan dibuang sewaku bersalin nanti.
sekarang saya masih menunggu repot dr HUSM.
soalan saya, untuk jenis ke 3, tidakkah membahayakan bayi dalam kandungan saya? adakah sel cancer akan menggangu kesihatannya?