Thursday, May 10, 2007

angin ahmar

Pagi tadi pergi buat lawatan ke rumah pakcik ni..dia kena stroke/angin ahmar . DBI dah acap kali pergi rumah pakcik ni…setiap kali pergi pakcik ni selalu nangis…sebab dia rasa DBI macam ambil berat ngan dia…padahal anak anak pakcik ni lagilah ambil berat …tabik lah dengan anak anak pakcik ni….

Empat tahun lepas, masa tu klinik DBI ni baru jer beroperasi…DBI pergilah buat lawatan ke rumah setelah dijemput anak pakcik ni..pakcik baru jer keluar wad setelah kena angin ahmar dan diterukkan lagi dengan masalah aspiration pneumonia-muntah atau cairan perut masuk ke paru paru menyebabkan radang paru paru. Lama sungguh pakcik ni duk kat hospital…. Pemulihan sangat perlahan dan dalam dua tahun pak cik dah boleh berjalan sikit sikit dengan gunakan walking frame. Malang nya, pakcik ni terjatuh masa nak naik kereta sampai patah tulang pinggul..terus tak leh jalan balik..dan hanya berbaring di katil sampai sekarang….tak fit untuk jalani pembedahan baiki tulang pinggul tu…

Sejak hari tu selalulah jugak melawat pak cik terutamanya bila pakcik ada masalah kesihatan yang lain macam demam, tak boleh kencing, sembelit, kembung perut dan seumpanya lah…pakcik ni tak nak panggil Dr lain dah sebenarnya sebab dah berkenan sangat ngan DBI….nasib lah pakcik ni tak der anak perempuan .kalau tak dah tentu dia pinangkan DBI untuk anak dia… pakcik ni yang cakap sendiri… okayyyy….hehehehe…

Selalunya kalau pergi rumah pakcik ni…borak borak je lebih sebab tak banyak yang DBI boleh buat..setakat periksa lebih kurang dan anak pakcik akan datang klinik ambil ubat….semua anak anak pakcik ni berjaya..sabit tu lah boleh sediakan segala keperluan untuk penjagaan pemulihan selepas stroke… tapi pakcik ni pun kaya sebenarnya…dia ada tanah berekar ekar kat Lubuk Mandi, Marang tu… kawasan ni kan terkenal dengan simpanan emas terbesar di Terenggnau…

Menjaga pesakit stroke bukanlah tugas yang mudah….serangan stroke dah pun berlaku dan apa yang penting ialah proses pemulihan agar pesakit sekurang kurang dapat lakukan perkara perkara rutin untuk menjaga diri sendiri…..proses untuk pulih ni pun bergantung pada teruknya serangan stroke. Ada yang teruk sampai lumpuh seluruh anggota , tak boleh menelan tak boleh mengawal berak/ kencing, tak boleh bercakap dan ada yang ringan sahaja. Anggota mana yang terkena pun bergantung dimana berlakunya kerosakan otak..

Dua punca utama berlakunya stroke satu: saluran darah otak tersumbat dengan darah beku yang akan sebabkan bahagian otak kekurangan/tak dapat oksigen…. dua: salur darah otak pecah menyebabkan perdarahan otak. Penting untuk bezakan ini sebab ada ubat untuk cairkan darah jika ada darah beku…

Ikut pengalaman DBI, stroke akibat darah beku ada lebih harapan untuk berjaya dengan pemulihan..walaupun begitu kebanyakan nya tidak pulih sepenuhnya..mesti ada kesan residual stroke ni…

Selain tu..pesakit stroke perlu dielakan dari mendapat kesan komplikasi stroke ..antara yang biasa berlaku ialah pesakit mendapat luka di bahagian punggung akibat tekanan – bedsore, jangkitan kuman di pundi kencing, radang paru paru, masalah sembelit dan banyak lagi kemungkinannya..

DBI sebenarnya kagum dan tabik kepada orang orang yang menjaga pesakit stroke ni dengan gigih dan sabar.. “kalau tak sabar boleh hilang akal”..kata anak pakcik ni dulu…yerlah kan..mana nak uruskan ayah yang bergantung sepenuhnya pada bantuan anak anak..mana nak uruskan keluarga sendiri..mana nak urus kan pasal kerja lagi…

Ujian daripada Allah datang dalam berbagai bentuk..oleh itu kita sebagai manusia perlu sabar, ikhlas dan redha..setiap sesuatu tu ada hikmahnya…

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul…

12 comments:

-kEn- said...

tu dia nak pinang AbgYus.....sygDBI sudi ke bermadu?

gina marna said...

amboiii lalink...meh nak pinangkan..ops matilaaa galokk.

mak angkat gina dah meninggal last year bile dpt stroke ke-2.. sedihlahh

rockafella gurl said...

tringat arwah atuk dulu.. dia mmg kena stroke.
so, talking about stroke ni, mmg yanz ada pngalaman.. trlalu byk.. sedih mmg sedih, sungguh pn time tu yanz kecik lagi, tp mcm2 dpt pelajari tentang arwah atuk dulu.

skrg, masih tringat2 lagi arwah tentang angin ahmar.. nya ittew.. huhu :(

shellishelli said...

My good fren died at the age of 36 selepas 2 weeks kena serangan stroke. She left a beautiful son aged 4 who didn't know mak dia sudah kembali kerahmatullah waktu itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Ameen!!!
To DBI - thanks for sharing the info.

Aina said...

Pak cik tu untung dapat anak2 yg dapat jaga dia. Tak macam I am a lausy daughter. My dad passed away yesterday di rumah orang tua. I hate my self!!!

tehbunga said...

dbi..
mmg tak mudah nak menjaga org sakit, especially yg bedridden..
Anak Teh yg cuma tak boleh melihat tu punn..masyaALlah menguji kesabaran betol..

Montymelly said...

Last time masa i kecik2 i selalu ingat angin ahmar =angin biasa..so bila perut i masuk angin, i selalu panik, takut jadi serius...so i will always try to induce kentut!

Rush Murad said...

kan? kalau jadi kat kita, larat ker kita nak menjaga parents kita yg dah tua tu.... rasanya asuhan awal dari parents amat penting, natijahnya dapat dilihat apabila anak2 dah besar... DBI, silap haribulan u pun dapat merasa tanah kat Lubuk Mandi tu, manalah tau pakcik tu nak kenang jasa u, ek?

DBI said...

ken n gine- perasan jer tu...

yanz- stroke ni memnag antara penybab utama kematian ..

shelli- mudanya dah kena stroke...alfatihah

aina- ada jugak hikmahnya kan...

kak teh- memeng lah mencabar kesabaran sangat kan...

montmelly- camner nak induce kentut..makang telur ker..?

rush- kena jadi mennatu dialah gamaknya ..baru dapat tanah kat lubuh mandi tu... :P

Muhammad said...

Some scientist and specialized doctors for example Dr Ferid Murad said that NO can help control our blood prssure>NO is important regulator of blood pressure & therefore vital to cardiovascular health

Is there any hint on the stroke solution TODAY?

DBI said...

no solution till date but prevention should come frst

agie guels said...

dbi minggu lepas ayah sy kena serang stroke dan mengalami pendarahan diotak kanan.. mlm tu jg bliau dibedah buka tengkorak belah kanan utk beri ruang otak membengkak dan dua ari kemudian buat ct scan dan bedah skali lg utk buang sisa darah yg masi ada diotak buat masa ni bliau masi blm sedarkan diri bleh terangkan serba sedikit tentang penghidap stroke otak kanan ni dbi? bolehkah ayah sy pulih sepenuhnya selepas pembedahan ni? ty :"(