Monday, September 24, 2007

kanser pangkal rahim

Sedih….kecewa…..kesian…..rasa nak marah sikit pun ada….dan juga sakit hati…..

Ehhhh..sakit hati tu pasal lain..off rekod.

Dua tiga hari lepas adalah makcik….umur dalam 40 an datang klinik…. 40 an ..panggil makcik erk???...makcik lah sebab dia nampak lebih tua daripada umurnya-mungkin sebab dia kerja kuat sangat atau mungkin sebab sakit yang buatkannya nampak macam orag tua……

Perasaan berbaur seperti di atas tu timbul bila makcik ni tak nak dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan rawatan penyakitnya itu. Takut kena bedah katanya..dan nak cuba rawatan alternatif dahulu…memanglah pesakit ada hak untuk memilih rawatan yang ada tapi kalau untuk rawatan penyakitnya..langkah terbaik ialah rawatan di hospital….cakap orag tak nak dengar sangat makcik ni….datang klinik sebab nak di check dan ubat sajer….

Makcik ni datang sebab ada perdarahan tak normal dan nanah berbau yang kekadang keluar dari faraj. Dia juga ada sakit di bahagian ari-ari dan juga sakit ketika bersama suami…bukannya duduk dekat laki dah sakit yer..bersama yang itu lah….
Selain tu dia juga ada symptom kanser yang umum seperti tak ada selera makan, turun berat badan, rasa macam nak demam dan juga rasa letih…

Di fikiran DBI masa ni…alamak..makcik ni ada kanser kah????

Makcik ni belum lagi ada symptom yang menunjukan kanser dah merebak ke organ berdekatan macam usus dan pundi kencing atau sudah merebak jauh ke paru paru, hati ataupun tulang….

Setelah puas di pujuk…makcik ni bagi DBI buat pemeriksaan faraj..kalu ikutkan tak mahunya DBI buat tapi kalau tak buat macam mana nak dapatkan diagnosis penyakit….makcik ni pun satu..dah tahu malu..datang lagi jumpa Dr lelaki….DBI ok jer….tak jadi hal….

Setelah di periksa, ada macam ketumbuhan yang mudah berdarah pada pangkal rahim makcik ni…..tapi untuk sahkan apa sebenarnya penyakit ni..perlulah ke hospital untuk biopsi-ambil sedikit tisu dari ketumbuhan itu untuk di kaji…ni pun makcik tak nak pergi….

Tahu ker kat mana pangkal rahim ni atau cervix ni??.. kalau masa melahirkan anak..Dr akan check pangkal rahim nilah samada dah bukak jalan ke belum…jalan 3 cm..jalan belum bukak..atau jalan dah bukak 10 cm..pangkal rahim ni macam pintu yang pisahkan rahim dengan ruang dalam faraj…


cervix=pangkal rahim


Antara yang berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim ialah mereka yang yang ada sejarah keluarga yang ada kanser terutamanya kanser pangkal rahim, orang yang berhubungan sex pada usia yang muda dan dengan pelbagai pasangan, merokok, ada sejarah penyakit kelamin seperti jangkitan HIV, Chlamydia, atau pun Human papilloma virus-HPV dan mereka yang ada sosio ekonomi yang rendah-mungkin berkaiatn dengan hygiene rasanya…

Rawatan untuk kanser pangkal rahim bergantung kepada peringkat kanser tu..untuk peringkat awal biasanya pembedahan boleh dijalankan dikiutai dengan radioterapi dan kemoterapi..kalau peringkat lewat, rawatan bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi yang timbul akibat kanser..

Oleh kerana kanser pangkal rahim ni kira ganas jugak…peluang untuk hidup selepas disahkan tidak tinggi. Tapi secara dasarnya jika peringkat awal dan dapatkan rawatan peluang untuk hidup selama 5 tahun lagi ialah sekitar 80-90 %...peratus menurun dengan setiap kelewatan peringkat kanser, hanya 15% untuk perigkat IV.

MACAMANA NAK CEGAH???

kena berwaspada dengan amalkan cara hidup yang sihat, jauhkan merokok arak atau pun seks bebas

pernah dengar pasal PAP SMEAR???...
ia ialah satu cara untuk screening kanser pangkal rahim. Sedikit cairan yang mengandungi sel diambil dari pangkal rahim dengan spatula kayu dan cairan tersebut di kaji…boleh kesan peringkat awal kanser-precancerous state.. dan rawatan ketika ini boleh cegah dari sel sel menjadi sel kanser.

Bila nak buat PAP SMEAR???...
Kali pertama ialah skurang kurangnya tiga tahun selepas kali pertama berhubungan seks…nak buat awal pun tak salah….selepas tu setahun sekali atau sekali dalam 3- 5 tahun, bergantung kepada keputusan papa smear terdahulu.

Sakit ker buat PAP SMEAR???...
Tak sakit..Cuma kekadang rasa sedikit malu sahaja..tu lah bagusnya gi jumpa Dr perempuan atau Dr yang kita dah kenal lama…

Kat mana nak buat PAP SMEAR???..
Biasanya di semua pusat kesihatan kerajaan ada sediakan perkhidmatan PAP SMEAR…di klinik swasta pun ada….

Jadi tunggu apa lagi????.....pi lah buat PAP SMEAR tu yer…..




Imunisasi/pelalian

99.7% kanser pangkal rahim hadir akibat oncogenik HPV…tapi tak semua pesakit yang dijangkiti HPV akan dapat kanser pangkal rahim..
Ada pelalian untuk mencegah jangkitan HPV…dengan harapan kanser dapat dicegah dengan pencegahan jangkitan HPV ini.. Nama pelalian tu ialah Gardasil dan juga Cervarix, ambil salah satu je…malangnya kerajaan belum mewajibkannya lagi dan belum lagi masuk dalam program pelalian kebangsaan macam rubella, Hepatistis B atau pun polio.

Siapa yang nak dapatkan suntikan ni, sila lah bertanya di klinik atau hospital swasta yang berdekatan.

16 comments:

Cik Kiah Kidman said...

DBI, apa jadi ngan makcik tu? Berjaya ke pujuk dia ke hospital?

DBI said...

cik kiah- makcik tu nak balik berbincang dengan mak ayah dan orang orang kampung dulu....kosser.

Bini Mokhtar said...

payoh baser sungguh! hee.

jennz said...
This comment has been removed by the author.
jennz said...

hehe..bwat jgn x bwat pap smear ni!!

nak soh sy bwat kan pun buleh..huhu.

smoge ibu tu mendengar kate DBI befor it's too late~ (0o0)!

Hjh Esah Jolie said...

Makk aii, I ni dah berapa kali kena panggil dgn NHS suruh buat pap smear, masih malu-malu kucing gitu nak pergi menyerah diri..hikss

Anonymous said...

saya nak tanya DBI, bleh ker tekanan darah tinggi distabilkan dengan mengambil cordyceps sinesis? Citer sikit tentang codyceps sinesis boleh? Then yang mana lebih baik amalkan ambil Cordyceps sinesis atau ginseng?
terima kasih..

Azhar Ahmad said...

Kalau lah lelaki ada kanser prostat, boleh buat pap smear tak? Blink blink...

DBI said...

bini mokhtar- mmg payih basser..sekapung nok bincang..

hjh esah-serah lah diri tu sekali...hihihi..

jennyz- so hw exam???..sure flying colour kan???..jgn kaler merah sudehhhh...

har-prostate check ngan ambil darah sajor....lain ler kalu ada vagina...kwang kwangg

DBI said...

cik anonimus-cordysep sinesis ni jenis jenis kulat ganoderma kan???.. dbi tak boleh nak cerita sangat pasal ni..not my bidang gitu...

kaitan dengan darah tinggi???..dbi ragu dengan kenyataan gano dapat stabilkan darah tinggi..seperti juga dengan herba2 yg lain...tapi tak salah kalu nak cuba ambil...selalu dbi nasihatkan pesakit kalau nak ambil herba ke apa pun..ubat darah tinggi jgn di tinggalkan..perlu ambil bersama.

ginseng tak sesuai untuk darah tinggi.

tatau lah mana satu lebih baik antara ginseng n gano...terpulang kepada individu rasanya...

~wan hidayat~ said...

ermmmm...antara perkara yang ditakuti oleh kaum hawa...takde nak kata suka jadi kaum adam sbb ibu2 kita pun wanita kan...ramai yang tahu punca, sebab musababnya...perlukan pendedahan yang komprehensif!!!

Azman said...

Setakat ni dah ada 2 orang kenalan yang mak mereka meninggal sebab barah pangkal rahim. Memang kita terasa kalau yang kena tu kenalan rapat kita. Gardasil kalau beli sendiri ada dekat rm400 kot. Agaknya berapa tahun lagi Gomen nak wajibkan HPV immunization ni? Harap-harap tak lama sangat.

mizazulaikha said...

salam...sy dah seminggu lewat haid..pg td sy tekan kat ari2 rasa sakit..saya dah seminggu demam dn xda selera mkn..adakah sy mungkin ada kanser?

aliya said...

Macamana rasa sakit orang yg kena kanser serviks ni ? Ketumbuhan tu ada rasa sakit ke ?

Aliya Rania said...

Sya dah 2 bulan lebih haid tnpa henti..klau brhnti pun skjap2 3,4 hari..ni dah 3 hari brhenti td nk bt ujian pap nurse xbg plak kna tgu 10 hri abis haid bru blh bt..sdgkn pakar kulit dh sahkan sya kna virus HPV (ketuat) dan pakar kulit pn dh bt surat utk ujian darah..rmai yg ckp virus ni sbb brtkr2 psngan tp sya dan suami bkn lah mcm tu.. Alhmdulillah..iman msih kuat utk pkara2 yg mcm tu..xda ke cra lain slain itu utk djgkiti virus HPV ni..skg sya tsgt la skit pd bhg pinggang, tulang punggul dan tulang belakang..berat badan pun dah turun 5kg dlm 3mggu ni..pg2 susah sgt nk bgun tidur trasa amt letih dan skit2 badan..adakah sya dh mpunyai tanda2 kanser..?.. Plz bri sdkit keterangan..tq.

Aliya Rania said...
This comment has been removed by the author.