Monday, October 29, 2007

DBI jawab


appaaaa....






Dah lama tak buat ruang DBI jawab….ni kita mulakan balik…soalan datang daripada Cik/Encik/Puan/Tuan snoring yang vogue….


snoring....: incik bilikini...tolon tolon...sesungguhnya saya ada masalah berdengkur yang menyebabkan vogue saya ilang. ada tak kaedah nak kurangkan dengkuran waktu tidur?

snoring....: akibat dengkuran ini sesungguhnya saya takut nak travel malam naik bas, kapal terbang, maupun mempunyai teman sebilik waktu outstation. keyakinan saya hilang. nampak vogue tapi dengkur....

Masalah berdengkur ni bukan masalah snoring sorang sebenarnya….mengikut kajian 1 dalam 3-4 orang akan ada masalah ni, samada kekadang berdengkur,berdengkur selalu atau dah jadi tabiat….

Benrdengkur ni akan sebabkan masalah sosial seperti yang diluahkan oleh snoring, kekadang boleh timbulkan masalah perubatan yang serius..

Berdengkur ni disebabkan oleh ruang pernafasan atas- dibahagian anak tekak, lelangit, tonsil dan belakang hidung menjadi sempit akibat otot otot tersebut menjadi terlebih relak…apabila udara lalu /bernafas, bahagian yang relaks itu akan menyempit dan akan bergetar menghasilkan irama yang boleh mengejutkan pasangan di sebelah…tentu lah irama tu tak sedap di dengar….huhuhuhu…makin lena di ulit tidur, makin relak otot tersebut dan makin lantang lah bunyi yang kedengaran.

Punca punca yang boleh disalahkan menjadi penyebab berdengkur ialah…

Ruang salur pernafasan yang sempit, disebabkan oleh masalah anatomy-memang dah sempit dari azali, ada bengkak tonsil atau adenoid( tisu kat bhagian belakang tekak) dan anak tekak/lelangit yang terlalu panjang atau tebal…

Masalah badan gemuk dan leher yang pendek juga akan sebabkan berdengkur.

Minum arak/alcohol banyak sangat sebelum tidur..alkohol akan relak kan otot otot ni dan akan sebabkan ia bergetar dengan kuat.

Hidung yang kembang..ehhh bukan, hidung yang bengkak septum atau turbinatnya- (tisu tisu dalam hidung)

Sebenarnya tak ramai yang mengadu atau datang berjumpa doctor sebab kebanyakan tak kisah sangat…dan dah mangli dengan bunyi dengkuran pasangan masing masing…dan lagi satu tak nak lah malukan pasangan depan doctor.

Dalam 2-3 tahun ni, DBI ada tiga pesakit yang datang mengadu pasal berdengkur ni. Dua orang datang sebab berdengkur dengan symptom obstructive sleep apnea, dan sorang lagi dengan berdengkur biasa jer…
dan ketiga tiganya terlebih berat badan dan dua yang ada sleep apnea tu berleher pendek…

Obstuctive sleep apnea ni berlaku bila salur pernafasan tertutup langsung semasa sedang tidur dan menyebabkan pesakit tidak bernafas.Bila kita tidak bernafas dalam waktu tertentu, Paras karbon dioksida akan meningkat dan akan rangsang pernafasan untuk berlaku semula,ketika ini biasanya pesakit akan berdengkur dengan kuat, terjaga dan terasa macam dalam keadaan lemas dan tercungap cungap.

Rawatan bergantung kepada punca berdengkur, pesakit yang ada sleep apnea tu DBI rujuk kepada pakar hidung telinga dan tekak (ENT). Pesakit tersebut perlu diperiksa lanjut dan satu kajian-alat akan dipasang pada pesakit semasa tidur untuk rekodkan berapa kuat atau terganggunya tidur pesakit akibat dengkur.

Seorang dari pesakit tersebut sudah pun gunakan sejenis devise untuk mencegah berdengkur dan sleep apnea..devise tu namanya CPAP…tapi kalu pakai ni memang tak vogue lah jugak.huhuhuhu…
tak vogue lah kalu pakai ni...

Seorang lagi tu masih lagi dalam proses nak buat siasatan waktu pesakit tidur…

Pesakit yang berdengkur tanpa sleep apnea tu…DBI cadangkan pakai sejenis spray untuk kekalkan keadaan dalam tekak yang lembab dan dapat cegah otot daripada terlalu relak…apa yang perlu buat hanya spray kan ubat tu dalam tekak sebelum tidur. Ada banyak ubat spray untuk mengurangkan berdengkur, boleh dapatkan di farmasi kerana tak perlu prescibsi doctor pun untuk beli ni….yang DBI biasa ialah SNORE NO MORE spray…tapi pesakit DBI yang gunakan spray ni….cerewet dan banyak cekadak lah pulak….tak ingat nak spraylah….rasa tak sedap dalam tekak lah….macam macam….so tak tahu lah berkesan ke tidak…dia nak bila spray sekali terus hilang dengkur…

Selain tu ada juga yang boleh gunakan alat yang dipasang dalam mulut untuk pastikan bahagian atas tekak sentiasa terbuka semasa tidur, dan tentulah jugak ada rawatan yang melibatkan pembedahan..tak perlulah cerita pasal pembedahan ni.

Apa apa pun, pemeriksaan dengan pakar ENT perlu untuk pastikan dengan tepat sebab musabab berdengkur ini.

Selain tu bagi sesiapa yang berdengkur, eloklah amalkan perkara berikiut….

1.kurangkan berat badan, sebab lelemak yang ada boleh sempitkan salur pernafasan.

2. Elakan tidur terlentang, amalkan tidur dalam keadaan mengiring…

3. kembangkan lubang hidung untuk membesarkan salur udara..hihihi..camner nak buat yer???....sebenarnya ada macam plaster yang dipanggil nasal strip yang boleh membantu .DBI tak pernah tengok ni….

4.jangan minum arak atau ambil ubat sedatif


Pada sesiapa yang ada petua ker, nasihat ke..sila lah beritahu supaya snoring kurang atau tidak lagi berdengkur agar harapan snoring untuk sentiasa vogue tercapai….








17 comments:

Azhar Ahmad said...

Saya pun ada snoring ni. Memang kuat. Mungkin gemuk kottt...

DBI, nak tanya soklan ni

1. Saya ada amal diet liquid bwh perskripsi dr. Yang jadi persoalannya, disebabkan perskripsi ni, saya jadi kurang vitamin, and sakit-sakit. Lagi satu, betulke, kalau taknak geleber, maksiumum hanya 4 kg sahaja boleh dikurangkan dalam masa sebulan?

2. DBI, kaki saya ni membengkak. Orang kata sembab. Bila malam/ duduk terlampau lama dia membengkak sampai nak meletup. Sakit juga dekat tulang2 tu. Saya memang dah masuk gym untuk kuruskan badan. Pastu pegi jumpa dr. Dr bagila 3 bijik lexicon makan selepas sarapan. Tapi tak hokey jugak. Camner ni DBI. Dah lebih seminggu nihhh...

Rockafella Gurl said...

Dbi, sy akan ada mslah ini, bila trlalu penat/letih sgt! W/pon sy kurus.. camne tu?

Bini Mokhtar said...

saya dgn hubby snoring juge.. pastu besoknye bangun masing2 gelakkan each other. hihiii

idung kembang tu gamoknyer.. :D

Xis said...

Dbi
err.. jap.. malam nanti nak record la masa I tido.. nak tau dengkur ke tak.... hehe.. :)

DBI said...

har,
tatau lah berapa kilo..tapi basicnya penurunan badan jgn terlalu cepat...pergi gym bagus lah untuk kuatkan muscle tone, tisu penyokong untk pastika kulit tak gedebar dan sentiasa anjal dan kenyal...
bab sembab tu kena tanay Dr merawat lah...err..lexicon tu aper erk??

yanz- bial kita penat, kita akan tidur terlebih lena dan boleh sebabkan otot jadi terlebih relaks..tu yg berdengkur tu kut...

bini mokhtar- romantiknyer.....acara snoring berduet rupernya....

xis- nnti bagitahu keputusannya yer

~wan hidayat~ said...

Salam Doc...sy ni berdengkur ke tak ekkk..tak tahu lah plak...
Betul ke bila kita terlalu penat maka kita akan berdengkur...tak rasa kontradik ke dengan otot yang rilek tersebut...
adakah skalipun kita penat, otot kita (bahagian spt yang disebutkan lah) turut rilek maka menghasilkan dengkur???

Lee Novotny said...

Kalau Avang berdengkur, mak siku sikukan dia...kosser taww pakcik tuh kalau dosi minum on the night (bukan selalu), sure dengkur punyer masa dosi tiduranz ..dia bulehlah tido..kita ni yang ad-dinch!!! :P **matilaa carutz laki sendiri

arsaili said...

sebab tu sunnah tido mengiring..kurangkan dengkuran kot ek

Rush Murad said...

hari tu pi Guardian Pharmacy, nampak depa ada jual device utk snoring, lupa plak brand apa. before that ada terbaca seorang pakar menyarankan menggunakan device tersebut... so sesapa yg kuat berdengkur tu, pi ler carik device ni ek, available in local market. Wan Hidayat, i know u pun kekadang berdengkur :)......

noel said...

doc soklan cepu emas nih!!

macamana nak panjandkan leher aku nih...hahahahahaha

A f f e n d i O s m a n said...

masalah snoring tu rasanya sama dengan masalah fendiosman.

fendiosman akan pastikan kalau outstation, akan duduk single room. takut sharing2 ni pasal kesian kat teman sebilik. terganggu tidur dek dengkuran.

fendiosman jugak takut nak naik bas malam bila balik kampung, ye la nanti satu bas dengar dengkuran fendiosman. pasal tu fendiosman terbang je, tak payah tido!

fendiosman rasa tido slambe je...tapi bila hosmet tanya, "malam tadi kau bukak enjin motobot ke?". fendiosman terus jadi malu. sebab walaupun pintu bertutup, tetap jugak akan bunyi berdengkur tu. fendiosman maluuuuuuuuu.....

Aina said...

DBI, I pun nak tanya soklan yg sama cam Noel, cam ner tak nak bagi leher pendek?

k-rixx said...

Ag Yus,

ok ke tdo mengiring..ade org ckp tdur mengiring mtambah beban ke atas paru2 etc

DBI said...

wan- rush dah beritahu tu...

rush thanks fo the info...

lee- ciannyer....

fendi- huhuhu..sabo jer lah.

noel n aina- leher pendek tu dah dari azali..tapi tak semestinya berleher pendek akan sebabkan dengkur....cuba duduk kan Jinjang..mana tahu leherakan menjadi jinjang..*matiler lawak bodoh...

arsali n ken- sunat tidur mengiring..tak ada lah nak bebankan aper2

~wan hidayat~ said...

Doc...doc nak tak wan antar sound clip dengkuran paling romantik...ni bru betul, kalu kita kata dengkur cengkerik besh...wan rasa, 'dengkur ini' lagi besh...*wink

Ampun ek...bukan balas dendam tapi pertahan diri sendiri...huhuhuhu...lalalala...

zal said...

cool... mmg dah lama cari info nak elak dengkur ni. will cari spray tu.. :-)

Anonymous said...

buat tonsilectomy buang jg adenoid.. Alhamdulillah...saya dah kurang/tak berdengkur lg(kata gitu sbb suami dah tak gerak2kan saya lg dah masa tgh tidur).