Thursday, March 29, 2007

kedekut

Biasanya suatu krisis yang berlaku itu ada hikmahnya..dan kebanyakan masa kita tidak nampak apa hikmahnya tu..dek terlindung dengan nafsu amarah…macam punca perselisihan faham kali ni..setelah di renung dan di fikirkan…banyak benar kebaikan d sebaliknya…dan sayangDBI berhak merasa marah dan sakit hati..err..jeles sebenarnya….*disebabkan itu..dituduhnya DBI main kayu tiga…hish..masalahnya adaker orang nak ke DBI yang tak hensem tapi baik hati ni…..????

Sedang kita bersuka ria, bertempuk bertampar, hampir lara dan mula berani melangkah sempadan yang tak sepatutnya di dekati..krisis umpama hentakan di kepala yang menyedarkan diri yang alpa.., yang jika di teruskan akan meragut kestabilan hidup DBI dan orang orang yang berada di sekeliling….

Bila dah terjaga dan sedar akan kelekaan itu..langkah terbaik harus di ambil dan langkah itu ialah berundur beberapa tapak ke belakang agar berada dalam sempadan yang di tetapkan… dan sentiasa beringat agar perkara yang sama tidak berlaku lagi.

Korang tak faham kan…..????

Berita gembiranya….semalam DBI dah minum Nes*afe….tapi tetap tak boleh lena..heheheh tu ada sebab lain yang lagi best....….enufff ..titik.
_______________________________________________________________



Bila rasa tak tenteram tu..ada saja pesakit yang kekwat datang untuk menambahkan rasa yang tak seronok ni….macam petang semalam…..

Masuk akak ngan anak dia yang beumur 16 tahun..dari pakaian dan gaya macam orang berada. Anak akak ni sakit kudis yang berulang ulang di kaki..sikit jer…..

“Dr.. kalu inject…boleh tak..?? dia ni tak suke makan ubat…”
“Injection tu boleh tapi ubat kena makan jugak..satu dose injection tak cukup…”
“Ooo..dengar tu kakak..kakak kena makan ubat..baru cepat baik…”
anak akak ni duk geleng geleng kepala….

“Kalau inject ngan makan ubat jadi mahal pulak charge dia kan Dr…?...charge inject berapa Dr…?”
“Saya guna injection antibiotik..adalah dalam RMXX…”
“Tak payah injectlah Dr kalau macam tu……tapi dia ni memang tak boleh telan ubat….ubat air pun tak boleh telan….camaner ni Dr…?
‘Laa, dah besar camni takkan tak boleh makan ubat lagi…tak dapat lah saya nak tolong..akak kena paksa lah dia….”
“Bagilah ubat tu Dr..kakak kena makan tu ..dengar Dr cakap tu.., nanti lambat baik kudis…”
anak akak ni buat dekkk jer…

“ Dr boleh bagi time slip sekali yer..dia tak ke sekolah hari ni…”
“ slip saya habis lah kak ..saya bagi MC untuk dia kak…”
“kalu bagi MC ni…berapa pulak DR charge?”

aiyo kakak ni berkiranya..macamlah DBI nak charge beratus ratus…nak kenakan charge ni pun kita kena kira jugak mahal ker tidak..kalau nak bagi ubat yang mahal mahal biasanya DBi tanya pesakit dulu..kalu pesakit kata okay….okaylah…tak pernah lagi jumpa orang yang asyik tanya harga ni…kalau nak free, gi jer lah ke klinik kesihatan..masalah kat klinik kesihatan ..terpaksa lah menunggu setengah hari nak jumpa Dr….

“Akak..time slip ni pun saya boleh charge kalu saya nak…..bukan MC saja tau….okaylah akak boleh ambil ubat di luar…”

bila akak ni dah keluar klinik..DBI pun intai dari dalam dispensari….tu dia naik Mercedes C class lagi……tangkai jering ker belanja berhemah ni….?




Wednesday, March 28, 2007

krisis

Tiga empat hari ni fikiran tak tenang dan susah hati sikit….disebabkan benda kecil yang tak sepatutnya jadi masalah..meleret leret dan menjadi bara dalam hati…biasalah kan…hubungan rumah tangga..tak dapat tidak adalah sekali sekala krisis tu berlaku..bak kata peribahasa orang tua tua..... Lagikan lidah boleh tergigit inikan pula konek masa blowjob..haruslah boleh tergigit kalau dah gelojoh...*opss…orang tua mana suka carut ni…???

Dah lama tak ada krisis sebenarnya dan sebab krisis ni pun memang tak jangka sangat..tapi kami selalunya gaduh ringan ringan jer…ni bukanya zaman kak Nita-pinggan mangkuk terbang melayang layang… tapi berani ker nak lempar dan hempas pinggan mangkuk dari Stoke on Trent..tak sayang ker nak pecahkan pinggan berjenama Royal Doulton, Royal Albert, Potmorion dan Johnson Bro..., segala..????..lainlah kalau dalam lemari tu penuh dengan pinggan melamin made in Thailand dari Idaman Suri….hahaha…sempat lagi riak ni…

Kami gaduh gaduh mulut jer..pastu memasing on silent mode..nasiblah ada teknologi sms..bolehlah gunakannya untuk berhubung…. Selalunya kalau dah on silent mode ni..Nak tahu apa yang DBI paling miss????...hish...bukan seks lah....apa yang DBI paling miss ialah tak boleh minum Nes*afe sebelum tidur…sayangDBI buat the best Nes*afe..bila dah macam ni…tak adelah Nes*afenya…dan ting tonglah DBI tak pekena Nes*afe sebelum tidur…..tidur jadi tak lena…… macam hari tak lengkap kalu tak diakhiri dengan segelas Nes*afe panas….…DBI minumlah jugak buatan sendiri tapi taklah sedap sangat….hish….tak bestlah ni….

Sebelum kawin dulu ada ustaztua bagi petua dan berpesan dan patut jadi amalan setiap pasangan suami isteri kalau bergaduh dan tengah krisis.. jangan sesekali tidur berasingan malamnya..walau macamana nak marah pun pada pasangan masing masing….. bila malam menjelma….tetap kena tidur sekatil biarpun saling membelakangi..jangan sorang tidur kat luar..sorang tidur kat dalam bilik.

Masa tidur ni biasanya fikiran dah nak tenang sikit…bila dah tidur dekat dekat tu..tersentuh kaki ke..terkena punggung ker..mungkin timbul rasa sayang atau terkenang saat saat manis….mungkin juga timbul rasa nak berbincang atau nak selesaikan masalah…kalau tak pun kekadang boleh terus timbul rasa syahwat….errmm boleh terus selesai krisis…dan seks waktu tengah marah ni..kekadang best sangat….ahaks…

Dan sememangnya DBI amalkan petua pesanan ustaz ni….selalunya berjaya….tapi untuk kali ni belum berjaya lagi..tapi tak per esok dah hari khamis…boleh ambil berkat malam jumaat…dan kalu nak lawan silent mode ni…biasanya DBI akan menang sebab DBI ni pendiam dan boleh tak bercakap berhari hari…


Errr….Cik Sri Siantan sangat entry ni kan????….

Monday, March 26, 2007

cacing ker

Hari tu wenkt ada bagi add. http://www.yourtube.com/watch?v=GiHtUFuGgSA …mintak DBI tengok dan komen pasal ni….baru hari ni berkesempatan tengok …sila klik jer add. tu kalau korang nak tengok….

No komen bleh wenk???..hehehe…bila tengok tu rasa cam tak caya jer..cacing keluar dari kulit muka…ni tentu salah satu rawatan traditional untuk rawatan resdung..banyak klaim yang kata ketika rawatan resdung, ada ulat, nanah, lendir yang keluar melalui hidung dan liang liang di kulit….

Sebenarnya memang tak caya pun sebab cacing tu nampak macam cacing kerawit jer..cacing kerawait tak pernah duduk kat kulit dan selalu keluar kat LJ pada waktu malam…
Keduanya…kulit adalah salah satu organ terbesar di badan yang berfungsi untuk lindungi badan dari jangkitan virus atau bacteria….bukan senang nak tembusi struktur kulit ni….kuman pun payah nak masuk melalui kulit..inikan pula cacing yang relatifnya sangat besar berbanding kuman.

Kena tengok dengan mata kepala sendiri..baru boleh percaya….kalau setakat video tu…macam macam boleh buat…..

Walaupun begitu ada penyakit yang berkait dengan cacing bawah kulit ni…kita panggil cutaneous larva migran. Larva ni merupakan anak cacing yang jadikan manusia sebagai hos untuk membesar..manusia dijangkiti daripada cacing yang ada pada binatang terutamanya anjing..pengidap akan rasa gatal gatal di kulit, dan kelihatan bekas laluan larva ni yang berwarna kemerahan di kulit.. tapi jaranglah ada di muka..larva ni lebih kerap ada di kaki atau tangan…penyakit ni banyak d negara ketiga yang mundur dan ada sistem sanitasi yang teruk..kat Malaysia ni tak ada kut…kalau ada pun jarang sangat…DBI tak pernah jumpa lagi….
Rawatan untuk ni hanya dengan ambil ubat cacing..dan tak pulak larva ni keluar melalui kulit macam kat dalam video ni…..

Wallahualam.

Thursday, March 22, 2007

rakus

Dua minggu lepas ada sorang pakcik umur 70 tahun datang jumpa DBI. Dia ni ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sedang dapatkan rawatan dari hospital. Pakcik ni bukan risaukan penyakit kencing manis yang tak terkawal atau bimbangkan risiko untuk dapat serangan jantung dan angin ahmar….. kalau dah tuhan nak bagi penyakit….kita terima lah Dr..katanya…..

“Saya ada masalah sikit ni Dr….”

“Ya , pakcik..”

“Saya nak tanya ni…Dr ada tak ubat nak bagi tegang barang saya…semenjak dua menjak ni dah tak boleh tegang langsung…..nafsu tu ada macam biasa..”

Ada, Viagra, Cialis, Levitra..kalu pakcik nak cuba boleh….”

“Oooo…. Viagra saya dah lama pakai, dulu ok lah kalu makan..tapi sekarang ni Viagra pun tak jalan doh….dok keras langsung..”

“Ke ni semua kesan ubat darah tinggi ngan kencing manis..?”

Tetaplah nak salahkan ubat ubat…

Ada sesetengah ubat darah tinggi akan sebab kan kita tak de nafsu, ada jugak yang sebabkan barang tak leh tegang.tapi ubat yang pak cik ambil tu tak pulak akan sebabkan masalah pakcik ni…..”

“Saya rasakan masalah pakcik ni di sebabkan penyakit kencing manis pakcik yang kronik, dan kekadang tak terkawal ni….umur pak cik pun satu, bukannya boleh macam orang muda lagi…”

Mati pucuk- *pucuk apa tatau* memang diketahui umum salah satu komplikasi akibat kencing manis….biasanya dimulai dengan gagal untuk mencapai ketegangan yang memuaskan untuk kemasukan…kalau pun boleh tegang, mungkin gagal untuk kekalkan ketegangan untuk hubungan yang berkesan…ada juga yang tak boleh nak ejakulasi.

Ini akibat kerosakan saraf dan salur darah yang mengawal proses dan juga kegagalan untuk tercetusnya rantaian reaksi kimia semasa proses untuk bersedap sedap antara pusat dan lutut…..

Setelah periksa pesakit ni…..mestilah periksa dulu kan??

“Gini Pakcik, sebab Viagra pun dah tak jalan, saya akan bagi dua jenis ubat ni….pakcik kena makan hari hari….tak kira lah pakcik nak ‘main’ ke tidak..bukan macam viagra bila nak ‘main’ baru makan…..saya bagi ubat ni untuk 2 minggu…”

“Jadi ker ni Dr

Ada orang yang dah pernah ambil..kata jadi…ada jugak yang kata ada perubahan sikit…tak per pak cik try lah dulu camner…tapi kekadang ubat ni kena makan berbulan bulan baru jadi, bukannya sekali makan terus keras…”

Semalam pakcik ni datang lagi….nampak ceria jer…hehehehe…mesti suker ni…..

“Macamana pak cik? Ada perubahan dok???”

“Heheh…boleh tegang doh tapi tak der lah keras sangat….”

“Memanglah dia tak leh keras sangat…pakcik bukannya muda macam saya…hish ( tetap nak enterframe ni)…..tapi boleh masuk dok?”

“boleh tapi tak lama lah”

“sempat pancut tak?”

“ooo…sempat…..”

“Okaylah tu boleh masuk, sempat keluar air..memanglah tak leh sama ngan masa muda…”

“doh ..pakcik rasa puas hati dok…”

“Puashati lah…ubat tu kena sambung lagi lah Dr kan..?..saya rasa saya nak sambung lagi lah..”

“Bagusnya sambung biar lama sikit,..saya bagi pakcik ubat untuk 2 minggu lagi…”


“Pakcik, berapa kerap pak cik ‘main’…?” Saja jer tanya sebenarnya…dan ingatkan pakcik tu nak jawab sekali seminggu atau paling banyak pun dua kali seminggu….

Tau apa pak cik ni jawab????

“sekali semalam jer…errr kekadang dua kali…..”

Aiyooo..kuat seks nya pakcik ni….nafsu rakus ni*carut dalam hati ni*….DBI pun kekadang dua kali seminggu pun miss…*ahaks….

Nah..siapa kata orang kita bila tua dah hilang nafsu seks……????? errr ke pakcik terpaksa layan bini dia yang bernafsu besor.......????

Monday, March 19, 2007

cuti versi ikut bini

Salam semua….

Hisk..ape hal hari ni..semua pesakit datang, bukannya sakit sangat tapi nak mintak MC…monday blues kah?..tapi sebab DBI baik dan masih lagi dalam mood cuti cuti,, DBI beri jer tanpa banyak soal..tak baik tau hampakan harapan orang….

“pa, ni bulan berapa ni….”

“bulan dua”

“lepas bulan dua, bulan berapa”

“bulan tiga”

“umi kata bulan tiga kekgi..kita nak gi hotel….adik nak duk hotel lamaaaa….lepas balik hotel adik nak gi hotel lagi..nak duduk hotel sokmo…”

tu dia statement, toke balak pun bangkrap..inikan pula toke klinik…..hehehehe..tapi sebab sayangDBI ada kursus/conference di dua hotel berlainan baru baru ni, bolehlah duk hotel lama sikit….yang bestnya..boleh claim ngan bos sayangDBI..sapa tak suker kalu bende free….kan???

alah..DBI tak gi mana pun, bukanlah sampai gi oversea….

Mula mula tu sayangDBI ada kursus tiga hari kat Awana Kijal..dua jam jer dari kuala terengganu…

Seperti biasa kalau dah bini ada kursus dari pagi sampai malam..DBI terpaksalah jadi babysitter..penat siuttt….terus pose dukung dukung iddin tepi swimming pool sambil mata melilau cari irfan dan irsyad mandi kolam…ramai betul budak budak mandi…

Aktiviti tu jerlah kat awana tu..nak main golf, tak reti…ahak…..tapi berbaloi lah jugak kan..masa berkualiti dengan anak anak sambil tenangkan fikiran yang sememangnya tak pernah tak tenang ni….

Lepas kursus tu…balik rumah sehari dan pastu sayangDBI ada seminar pulak kat Bangi..jadi DBI sekeluarga pun terbanglah ke Bangi…….check in kat Marriot Putarajaya….check in sini sebab Hotel Equatorial Bangi cekik darah betul…

dan berbaloi sangat duk Marriot….bilik luas .katil dan tilam sangatlah menggoda….sesuai dan sangat selesa untuk projek…*projek apa tatau…

ada sorang tu, kata nak belanja DBI kat kopitiam bangi..kalau DBI datang bangi.…tapi DBI malulah nak hubungi dia,walaupun adalah DBI lalu depan kopitiam bangi tu….En Jamal..lain kali erk…

DBI kalau duk hotel 4-5 bintang ni, tak lepaskan peluang gi sauna dan jakuzi kat fitness centre hotel…kat Marriot ni pun tak terkecuali….sedang best duk beredam dalam jakuzi tu..sambil nikmati pancutan buih menghentam lembut belakang dan badan..tetiba masuk sorang pakcik India ni…bertuala yer..tanpa shower terus dia bukak towel dan masuk dalam jakuzi……dia taklah bogel tapi pakai underware biru cap buaya…DBI tahu sebab tulisan chrocodile tu tertulis besar….underware tu nampak kotor..biru kehitaman tak basuh..dahlah bulu dada kerinting beruban….terus badan DBI rasa gatal gatal…hishh..geli sangat rasa..potong stim betul lah pak cik tu…..DBI pun terus cabut dari jakuzi tu…..masuk sauna lah pulak….

Walaupun cuti cuti ni duk hotel je memanjang tapi kira sangat berbaloi lah…

dah hilang rindu pada DBI....heheheh DBI pun rindu gak pada korang.....

Thursday, March 08, 2007

jom

lupa plak.....

tata...tutu..titi...tetek....*opppssss...

sementara DBI cuti ni dengarlah lagu tangkap lentuk drpd kaer ni...IZIN KU PERGI

kesal

Rasa gembira jika dapat merawat pesakit sehingga sembuh kekal untuk beberapa minggu…tanpa perlukan ucapan terima kasih atau penghargaan…cukup dengan hanya tengok air muka gembira pesakit tapi bila tak dapat merawat dan pesakit jadi tambah teruk atau mati, rasa kesal dan bersalah akan kekal sepanjang hayat……kalau bukan sepanjang hayat….lama lah jugak rasa tu kekal…. Kekedang takut pulak kena saman..hisk….

Kalau pesakit datang dah nyawa nyawa anak ikan, atau yang datang tu penyakitnya dah teruk dan sakit tua, rasa kesal tu tak lah terasa sebab dah ajal diaorang, terima lah qada' dan qadar nya.

Yang kesalnya bila pesakit datang berjalan, tetiba akibat keputusan yang di buat, pesakit bertambah teruk….dan yang sedihnya mati….tu akan tinggalkan kesan yg mendalam dan payah untuk di lupa.

Membuat keputusan bukan satu kerja yang mudah..terutamanya bila kita ada banyak pilihan…dan kita tak tahu keputusan yang di buat tu….betul atau tidak sehinggalah hasil daripada keputusan tu dah berlaku…jika hasilnya bagus….terasalah kita telah membuat keputusan yang tepat..tapi jika hasilnya gagal, “oooo, kenapa aku buat keputusan itu..kenapa tidak yang lain”..itulah yang selalu terdetik di hati, tanpa berfikir yang keputusan yang lain itu belum tentu hasilnya bagus…

Tambah malang jika kita membuat keputusan yang salah untuk pesakit, orang yang bergantung harap untuk kita membuat keputusan yang betul…tapi Dr yang berpengalaman luas pun boleh membuat keputusan yang silap….

Ini bukan tentang kecuaian ketika membuat keputusan tapi tentang keputusan yang di buat tapi hasilnya begitu mendukacitakan. Selama DBI jadi Dr ni..adalah beberapa keputusan yang di buat mendatangkan hasil yang tidak menyenangkan dan ianya macam menghantui DBI..sampai bila bila pun tak boleh lupa….ini berlaku masa masih dalam perkhidmatan kerajaan lah..sekarang kat klinik ini..tak perlu buat keputusan yang susah..sebab pesakit yang datang simple simple saje…

DBI nak cerita satu pesakit ni masa DBI kerja kat Sabah dulu…..

hisks...tak sempatlah nak habiskan cerita ni..DBI kena tutup klinik awal ari ni.....nak gi bercuti lah..yea..yea..yea...

Sunday, March 04, 2007

DBI jawab

miera: hye DBI.. maybe DBI tak kenal miera., tapi miera selalu bace blog DBI.. then ni miera nak tanya skit pasal pra diabetis. ape test yg kena buat to sure kite ni ade diabetes ke tak?

agak kerap pesakit datang semata mata nak buat ujian pengesahan kencing manis…ada pelbagai sebab yang diberi..selaluya sebab sejarah keluarga yang ada kencing manis, tidak kurang yang saja nak test untuk kesan penyakit awal, ada sebab berbadan gemuk, ada juga yang ada tanda tanda kencing manis terutamanya selalu rasa dahaga, acap kencing malam, rasa keletihan melampau, hilang berat badan atau luka yang lambat sembuh…

ada yang beri alasan sebab air kencing nya selalu dihurung semut…???? apa kes semut nak hurung air kencing yang hancing tu..semut pun ada taste jugak tau….memang pesakit kencing manis ada air kencing yang mengandungi gula tapi gula tu taklah sampai nak sebabkan air kencing terasa manis….ehhh…betul ke tak manis ni..DBI tak pernah rasa lah..tapi kalau nak sangat tahu…boleh rasa sendiri..manis ke tak air kencing orang ada kencing manis ni…
ada gula sahaja dalam air kencing bukanlah cara nak sahkan pesakit ada kencing manis, kehadiran gula dalam air kencing boleh juga disebabkan oleh penyakit penyakit lain….

Macamana nak sahkan pesakit ada kencing manis/diabetes mellitus???

1.kalau pesakit ada simptom kencing manis, dan ujian darah yang diambil ketika puasa sekurang-kurangnya 6 jam, bacaannya lebih 8 mmol/l

2. ujian darah yang diambil selepas berpuasa memberikan bacaan lebih 8 mmol/l sebanyak dua kali..walupun tanpa simptom.

3.ujian yang paling tepat tapi jarang dibuat kecuali waktu mengandung, iaitu glucose tolarence test (GTT/modified GTT)…pesakit yang berpuasa perlu minum larutan glucose..50mg/250ml larutan. Air kencing dan darah akan diambil sebelum dan selepas minum pada tempoh masa tertentu……keputusan: <6-normal....>6 tapi <8-impaired>8mmol/l- diabetes….

Bukan sedikit pesakit yang dah di katakan kencing manis tapi nilai bacaan ala ala borderline macam 9, 10 atau 11 mmol, tak ingin makan ubat dan masih nak cuba kawal pengambilan makanan..ada yang berhasil dan ada yang tidak…

Anonymous said...
dbi .. Apa bezanya ubat tu dengan Diamicron Mr .. actually apa fungsi ubat ini .. boleh rendah paras gula atau memaksa pankrease mengeluarkan insulin atau ubat tu dah pun insulin ... dengar cerita ada insulin pakai sedut dan ada rawatan pemindahan tisu pankrease yang boleh mangubati diabetes ini .


Tujuan rawatan ialah untuk pastikan gula sentiasa berada pada paras yang normal, untuk mencegah komplikasi akibat kencing manis seperti kegagaglan buah pinggang, kerosakan mata, kerosakan sistem saraf dan banyak lagi…dan ianya bukannya satu tugas yang mudah…kencing manis ialah salah satu penyakit metabolik yang memerlukan perubahan gaya hidup, penjagaan pengambilan makanan dan juga pengambilan ubat ubat yang sesuai.

Pengambilan ubat semata mata tanpa perubahan gaya hidup akan mendatang usaha yang sia-sia…buat abih pitih jer beli ubat. Ubat kencing manis ada banyak eg..daonil, metforminn diamicron/MR, Amaryl glucobay…ubat ini bukan insulin yer…. dan kebanyakannya bertujuan untuk:
1. menjadikan sel lebih sensitif dengan insulin dan akan tingkatan pengambilan glukos oleh sel
2. merangsang pancreas untuk hasikan lebih banyak insulin
3. menngurangkan penyerapan gula dari usus
4. mengurangkan penghasilan gula leh hati-gluconeogenesis

Rawatan ngan insulin paling bagus..tapi ramai pulak pesakit yang takut kalau main cucuk-cucuk ni…macam macam karenah…

ya..inhaled insulin- insulin secara sedutan- telah ada dipasaran USA sejak September 2006..kat Malaysia tak sampai lagi kut..tak tahulah…pemindahan tisu pancreas pun adalah satu pilihan rawatan tapi rasanya ni masih di peringkat percubaaan dan lambat lagi lah nak sampai Malaysia..tapi pemindahan organ n pun ada pro dan kontra nya….