Tuesday, May 29, 2007

happy anniversary 2

Sempena anniversary ke lapan ni..DBI nak kongsi lapan perkara…mendedahkan diri untuk kita saling mengenali..jadi tak der spekulasi spekulasi yang tak perlu….kan mojoe? mojoe lagi naik nama…


1-DBI kawin umur 29 tahun..masa ni adik DBI yang bongsu dah dapat anak sorang…sebab mak dah risau takut DBI jadi bujang terlajak dan dia tak nampak pun DBI ni tengah bercinta..dia pun tolonglah carikan bakal isteri DBI..sebab DBI ni kan anak yang menurut kata.. DBI pun terimalah cadangan mak…sayangDBI nilah yang jadinyer….


2-Seumur hidup tak pernah bercinta…serius ni….macamana nak bercinta kalu takut bila nak cakap ngan perempuan..habis lidah jadi kelu..kering mulut dan tak boleh berfikir terus….dulu masa study ada lah crush kat awek ni sorang…selidik selidik..pastu hantar surat…….nerd sangat kan…..ko nak mati nak gi jumpa terus..?..ada dapat balasan..? haram….rupa rupanya awek ni dah ada balak…adalah jugak sorang dua awek yang nak ke DBI tapi yg kiter tak taste lah pulak….


3-Kami berbulan madu di Langkawi dan Pulau Perhentian…percutian terhebat walaupun banyak duk dalam bilik hotel sajer…


4-Dah ada tiga nak lelaki…irfan- tujuh tahun, irsyad-empat tahun dan iddin- 11 bulan…. nak cukupkan lima kalu sempat..nak sangat anak perempuan..projek tahun depan tu…


5-Orang kata bila kawin ni hidup lebih teratur..makan pakai ada orang jaga..mungkin betul lah kalu kawin ngan wanita yang tak bekerja.. tapi kalau kawin ngan wanita berkerjaya..masing masing sibuk…kita saling jaga dan menjaga..tambah dengan kerenah anak anak…tunggang langgang lah jugak..rasanya hidup DBI masa bujang lagi teratur..tenang jer..tapi dalam tunggang langgang nilah merupakan lapan tahun terhebat dalam hidup DBI


6-Belum pernah lagi bergaduh secara besar besaran sampai kemas kain baju nak balik rumah mak…..biasalah kalu tergigit lidah tu..tapi gigit menggigit lidah lagilah biasa…ahaks…


7-Belum pernah lagi bermain kayu tiga….kata orang main kayu tiga ni best…betul ker..?..teringin gak main permainan ni…er. Ada sapa sapa nak jadi kayu yang ketiga ni…?? …galok gelenyar lah pulok..


8-InsyaAllah tak akan berpoligami.. perempuan sorang tu pun dah tak terlayan..camner nak layan yang lain.. tapi kalau dah jodoh tu… DBI redha ajer…takkan nak lawan takdir pulak kan…???

Setiap ulang tahun mestilah kena bagi hadiah….nanti kecik hati ..SUSAH wei….tahun ni seperti tahun tahun lepas..bunga ngan kad tu wajib…pastu untuk kali pertamanya bagi perfume…


“Dulu kata..sekuntum bunga melambangkan setahun kita kawin….ni kenapa ada tiga carnation dan tiga ros sajer….mana lagi dua..”


“ Laa.. betullah lapan kuntum …. 6 kuntum di sini..lagi dua kuntum tu bunga bunga cinta…satu di hati abang dan satu lagi di hati awak lah..”…

blueekkkk..jiwang karat lah pulak….


senyum meleret……alah..bukan susah pun nak cairkan hati perempuan ni….

Sunday, May 27, 2007

happy anniversary

Jangan tak tahu yer... hari niialah hari ulang tahun pekahwinan DBI yang ke 8..pejam celik, tertunggng terkangkang..dah lapan tahun bersama..rasa macam baru jer jabat tangan tok kadi semalam…hish…

Dialog pagi tadi:

“ Laa, awak tak kerja ker ari ni…?.”

“ Tak..ari ni nak gi set rambut..rehat rehat..manalah tahu ada orang nak ajak gi surprise candle light dinner…”

“Tak der nya..sapa nak jaga anak anak kita yang buas macam gegrasi tu…”

“ Hadiah pun tak der ker tahun ni…?”

“ Tak der..okaylah..abang nak gi klinik ni…”


happy anniversary to DBI n sayangDBI... hehe..

Alfatihah

Pakcik yang kena angin ahmar yang DBI cerita tu dah meninggal pada 26/05/2007 pukul 1.45pagi.. Malam sebelumnya tu 25/05/2007kul 10 15 pm..DBI pergi tengok dia sebab anak dia call cakap ayah dia nampak lain dari biasa… masa DBI sampai tu pakcik nampak tenat dah…

Alfatihah untuk pakcik..semoga roh beliau di kalangan orang beriman….

___________________________________________


Ampun pakcik ajami..lupa nak tolong promosi….

Tayangan Unggul Sdn. Bhd. sedang menganjurkan pertandingan mereka-cipta poster filem Anak Halal arahan Osman Ali. Sila klik link berikut utk keterangan lanjut:

http://bloganakhalal.blogspot.com/

sila sebarkan maklumat ini! TQ :-)

Tuesday, May 22, 2007

mati

MasyaAllah…sikitnya entry bulan ni… tak produktif langsung…. …tapi sebab nak elakkan dari tak update….. nanti ada pulak orang carut…kannn?? *oppsss…
kenalah DBI memerah otak…….mati akal tak tahu nak tulis apa ni sebenarnya…setelah bermati- mati duk fikir nak tulis apa…...


Aderlah dua tiga malam lepas….,

Toot..toott…., toot tooottt…. Henset berdering lagi…..kali ni berbunyi pukul 5 pagi..dikala sedap duk dalam selimut ni..

Cepat jer terjaga ..maklumlah bukannya tidur mati pun…tidur tidur ayam jer..dah lama dah tak tidur mati ..tu zaman masih anak anak teruna lagi….hish..

“Hallo…boleh saya bercakap dengan Dr DBI..?”

“ Yer..sayalah ni…”

“Dr..boleh datang rumah saya sekarang..?”

“Errr..saya tak buat lawatan kerumah watu waktu begini…waktu klinik buka jer..”

“Ni kecemasan ni… Dr..”

“Kenapa tak bawak ke hospital..?”

Kejap Dr..Pak Der saya nak cakap…”

“ Assalamualaikum….boleh Dr datang tengok abang saya ni tak..?”…

“Waalaikumussalam….Pak cik…mintak maaf banyak..saya rasa bagus pakcik bawak pergi ke hospital terus…”

Gini Dr..saya rasa abang saya dah tak der ni..jadi saya rasa perlu Dr sahkan kematian dia…”

“Oooo..kalau kematian di rumah..Dr tak perlu sahkan… Pakcik..”…mati ler yang jadi Dr nak sahkan setiap kematian kat rumah…

“ Saya takut dia pengsan jer..tu nak Dr sah kan mati ker pengsan ….”

“Hish…(mengeluh perlahan jer ni..)..kalau dah tak bernafas tu ..boleh kata mati lah..cuba pakcik letak jari pakcik kat hidung abang tu..ada dak rasa angin keluar ?

“Tak der..”

Cuba rasa nadi..kat pergelangan tangan tu..pak cik tahu kan…?

“ Tak der”

"Dada dia bergerak tak lagi..?"

“Tak der…tapi badan dia panas lagi Dr…”

“Mungkin sebab baru meninggal tu…saya rasa mati lah tu...”

“Doh Dr tak mau datang lah ni..? rumah saya dekat jer ngan klinik Dr…”

“Pak cik.. tak lah rasanya..rumah saya bukan kat klinik ..jauh jugak.”.. saya rasa pak cik perlu uruskan kematian tu dulu kalau nak tunggu saya sah kan jugak lambat lah pulak nanti…”

“okay lah Dr.. assalamualaikum…”

Ingat nak sambung tidur balik tapi tak boleh….dok leh nok jenerer kata orang ganu..teringat jer perbualan tu…..rasa macam tak sensitif pulak….

Macamana lah gamaknya anggapan pakcik tu sekeluarga…??? Terkilan agaknya….

Kalau waktu klinik bukak dan rumahnya dekat kawasan klinik..tak jadi masalah lah nak pergi sah kan..

DBI ni seboleh bolehnya tak naklah menghampakan permintaan dan harapan orang..tapi kekadang tu kepentingan diri sendiri kena jugak di pertimbangkan…tapi rasa tak sedap tu memang lah ada…

Tuesday, May 15, 2007

bodoh


Doktor jual dormicum dan suboxone untuk kesan khayal yang lebih ~ begitulah lebih kurang tajuk harian Metro bulan lepas

Doktor jual pil khayal ~ Metro ahad 13/05/2007

Doktor jual `Pok Te` kepada penagih dicekup…Pok Te ialah campuran methadone dan sejenis ubat selsema promethazine ~ Harian Metro 15/05/2007

Hebat kan..?? ni semua berita muka depan harian Metro yang membawakan berita tentang doktor yang menjadi nila yang membirukan susu, menjadi lumpur yang terpalit di ekor kerbau dan yang umpama jeragat di helaian kain putih….memburukkan profesion perubatan yang masyarakat pandang tinggi ini…. Tinggi ker ??

Kemudahan kepada doktor untuk mendapat ubat psikotropik ni di salahguna untuk kepentinga diri…peduli apa kepada penagih penagih…ada apa pada etika perubatan…persetankan nilai diri..janji cepat kaya tanpa berusaha keras. Siapa yang tak nak kalau duit masuk mencurah curah….RM 10000 sehari dengan hanya goyang kaki… jangankan merc mata belalang/mata kacang, ferarri pun boleh sambar…..

Sebenarnya dadah psikotropik eg codein, dormicum, xanax dll perlu direkodkan secara terperinci..kawalan tentang nya telah ada dan sepatutnya sangat ketat…tapi biasalah manusia..sentiasa ada jalan untuk mengatasi kawalan dan undang undang yang di kenakan…

Suboxone dan methadone ni memang di gunakan dalam rawatan penagihan dadah..digunakan sebagai dadah gentian untuk hilangkan ketagihan..dan kawalannya tersangat ketat…pengamal perubatan yang hendak terlibat dengan rawatan ini perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerajaan….mengikuti kursus, mendaftar dan ada online system untuk memantau program ini.. DBI rasa program ni sangat bagus untuk tangani masalah penyalahgunaan kuasa sebegini.. tapi tengoklah hasilnya..ada saja yang nak jadi makhluk perosak…

BODOH …BODOH..BODOH…..kesalahan ni nampak macam besar tapi kalau tertangkap, dendanya cuma RM 10 ribu sahaja..lesen perubatan pun tak di tarik balik….apalah sangat 10 ribu tu kalau sekali jual beli dapat sejuta..??

cukuplah tu membebel yer..nak kemas kini buku daftar dadah psikotropik pulak..nanti orang penguatkuasa farmasi datang..naya jer kalau tak hupdate...hisk...


Thursday, May 10, 2007

angin ahmar

Pagi tadi pergi buat lawatan ke rumah pakcik ni..dia kena stroke/angin ahmar . DBI dah acap kali pergi rumah pakcik ni…setiap kali pergi pakcik ni selalu nangis…sebab dia rasa DBI macam ambil berat ngan dia…padahal anak anak pakcik ni lagilah ambil berat …tabik lah dengan anak anak pakcik ni….

Empat tahun lepas, masa tu klinik DBI ni baru jer beroperasi…DBI pergilah buat lawatan ke rumah setelah dijemput anak pakcik ni..pakcik baru jer keluar wad setelah kena angin ahmar dan diterukkan lagi dengan masalah aspiration pneumonia-muntah atau cairan perut masuk ke paru paru menyebabkan radang paru paru. Lama sungguh pakcik ni duk kat hospital…. Pemulihan sangat perlahan dan dalam dua tahun pak cik dah boleh berjalan sikit sikit dengan gunakan walking frame. Malang nya, pakcik ni terjatuh masa nak naik kereta sampai patah tulang pinggul..terus tak leh jalan balik..dan hanya berbaring di katil sampai sekarang….tak fit untuk jalani pembedahan baiki tulang pinggul tu…

Sejak hari tu selalulah jugak melawat pak cik terutamanya bila pakcik ada masalah kesihatan yang lain macam demam, tak boleh kencing, sembelit, kembung perut dan seumpanya lah…pakcik ni tak nak panggil Dr lain dah sebenarnya sebab dah berkenan sangat ngan DBI….nasib lah pakcik ni tak der anak perempuan .kalau tak dah tentu dia pinangkan DBI untuk anak dia… pakcik ni yang cakap sendiri… okayyyy….hehehehe…

Selalunya kalau pergi rumah pakcik ni…borak borak je lebih sebab tak banyak yang DBI boleh buat..setakat periksa lebih kurang dan anak pakcik akan datang klinik ambil ubat….semua anak anak pakcik ni berjaya..sabit tu lah boleh sediakan segala keperluan untuk penjagaan pemulihan selepas stroke… tapi pakcik ni pun kaya sebenarnya…dia ada tanah berekar ekar kat Lubuk Mandi, Marang tu… kawasan ni kan terkenal dengan simpanan emas terbesar di Terenggnau…

Menjaga pesakit stroke bukanlah tugas yang mudah….serangan stroke dah pun berlaku dan apa yang penting ialah proses pemulihan agar pesakit sekurang kurang dapat lakukan perkara perkara rutin untuk menjaga diri sendiri…..proses untuk pulih ni pun bergantung pada teruknya serangan stroke. Ada yang teruk sampai lumpuh seluruh anggota , tak boleh menelan tak boleh mengawal berak/ kencing, tak boleh bercakap dan ada yang ringan sahaja. Anggota mana yang terkena pun bergantung dimana berlakunya kerosakan otak..

Dua punca utama berlakunya stroke satu: saluran darah otak tersumbat dengan darah beku yang akan sebabkan bahagian otak kekurangan/tak dapat oksigen…. dua: salur darah otak pecah menyebabkan perdarahan otak. Penting untuk bezakan ini sebab ada ubat untuk cairkan darah jika ada darah beku…

Ikut pengalaman DBI, stroke akibat darah beku ada lebih harapan untuk berjaya dengan pemulihan..walaupun begitu kebanyakan nya tidak pulih sepenuhnya..mesti ada kesan residual stroke ni…

Selain tu..pesakit stroke perlu dielakan dari mendapat kesan komplikasi stroke ..antara yang biasa berlaku ialah pesakit mendapat luka di bahagian punggung akibat tekanan – bedsore, jangkitan kuman di pundi kencing, radang paru paru, masalah sembelit dan banyak lagi kemungkinannya..

DBI sebenarnya kagum dan tabik kepada orang orang yang menjaga pesakit stroke ni dengan gigih dan sabar.. “kalau tak sabar boleh hilang akal”..kata anak pakcik ni dulu…yerlah kan..mana nak uruskan ayah yang bergantung sepenuhnya pada bantuan anak anak..mana nak uruskan keluarga sendiri..mana nak urus kan pasal kerja lagi…

Ujian daripada Allah datang dalam berbagai bentuk..oleh itu kita sebagai manusia perlu sabar, ikhlas dan redha..setiap sesuatu tu ada hikmahnya…

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul…

Wednesday, May 02, 2007

salah nombor..

Korang suka tak kalau terima panggilan yang tak kita kenal tapi duk sibuk tanya sapa di sana..... sapa bercakap….dia tak nak kenalkan diri…macam biadap sangat.. tak guna lah pakai handset beribu ribu tapi etika bertelefon pun tak der…

Macam tadi..sedang check mail yang sorang kawan ni hantar..potong stim betul bila henset nokia 3310 yg koman tu berbunyi…

Toot..toot..toot…-tak der polyphonic yer..very der ketinggalan zaman…

“Hallo”….merasalah DBI banyak masa nak melayan…..,pesakit tak de sorang pun kat klinik…

“Hallo..tu saper tu "…suara perempuan ni…tak der lah kedengaran sedap pun ton suara dia ni…….

“Yang menalifon tu saper..??”

“Tak per lah..tu kat mana..?.... suara awak saya tak cam….siapa tu..?” boleh dia cakap tak cam…siapa telefon sapa ni…. hishh perempuan ni….

“Aikkk… awak yang call saya….kenalkan lah diri awak dulu…”

“Eerr tak per lah…salah nombor kut…” terus letak telefon….

"tau tak per..."

Kannn..?..tak ada manner lansung..dah lah tak kenalkan diri..mintak maaf pun tidak…

Apa salahnya kalau cakap cam ni.."hallo..saya so n so..ni ahmad ker…?/boleh saya cakap dengan ahmad…"

Tu satu…belum lagi bercakap melalui telefon di sesetengah tengah jabatan kerajaan….

TooT..toott..toott…tetiba berbunyi lagi henset buruk ni…. panggilan dari nombor sama…

“Hallo, saper ni…?”

“ Awak salah nombor lagi..”

apa kes ni.????.........ker ni cubaan nak ngorat DBI..hehehehe….