Dengarnya kes denggi pun banyak sekarang…..
Kebetulannya…kelmarin ada seorang pesakit datang bersama mak dan ayah dia, datang sebab demam, sakit sendi dan penat..kat kampung ada kes denggi, 5 orang jiran dah masuk hospital sebab disyaki dengki..orang dari kesihatan daerah pun dah datang beberapa kali untuk fogging.
Bila DBI periksa tu, memang syak denggi lah, dengan demam tinggi, kulit nampak kemerahan…dan Hess test pun positif-ujian sebagai andaian untuk denggi/atau kekurangan salah satu bahan pembeku darah dalam tubuh-platlet. Untuk pengesahan, ujian denggi pun di hantar ke makmal…dan seperti dijangka…POSITIF untuk denggi…
Jadi DBI pun rujuk lah pesakit ni ke hospital berdekatan…
Cuak satu...
Selepas balik dari hospital, ayah pesakit singgah di klinik dan cakap anaknya tidak dimasukkkan ke hospital..Dr bertugas minta dia ulang ujian paras platlet esoknya….paras platlet yang DBI buat masih dalam nilai normal-180…
Pelik..setahu DBI, bila dah di sahkan Denggi, mestilah kena di masukkan ke wad..tak kira lah berapa paras platlet dalam darah…ayah pesakit pun tak puas hati..tu singgah mengadu kat DBI…
Untuk penjelasan lanjut DBI pun telefon lah jabatan kecemasan kat hospital ni dan alhamdullilah boleh bercakap dengan Dr yang tengok pesakit ni…
“Hallo..saya DBI, boleh saya tahu kenapa pesakit ni tak dimasukkan ke ward..??”
“Oooo..dia okay sekarang, lagi pun platlet dia masih normal dan dia kena ulang periksa paras platlet dia esok.”
“Saya tahu platlet dia normal….tapi dia dah positif denggi….tak perlu masuk wad jugak ker???…kalau disyakki boleh lah ulang paras platlet tu..ni dah SAH denggi…”
“Saya tak tahu lah tu…tapi saya dah tanya medical MO on call..dia kata tak perlu masuk wad….notify kepada jabatan kesihatan pun tak perlu…”
DBI tak berapa setuju lah…kenapa nak fokus kepada paras platlet tu sangat???...pesakit memang positif denggi, dan tak tengok ker keadaan pesakit yang kepenatan tu…lagi pun membiarkan pesakit di rumah akan mendedahkan jangkitan kepada yang lain.
Denggi ni tak boleh dijangka sangat penyakitnya, walaupun paras platlet masih normal..ia tetap boleh bertukar menjadi denggi berdarah dalam sekelip mata….faktor keradangan pada pembuluh darah yang sebabkan cecair dari salur darah meresap ke tisu tubuh, paru paru, otak, ruang dalam abdomen boleh sebabkan kegagalan organ tubuh dan boleh bawa maut tidak patut di pandang remeh. Itulah kadang kadang ada timbul berita pesakit demam denggi tiba tiba pengsan dan mati….Jangan pandang ringan demam denggi ni, dan biasanya dah terlewat kalu dah berlaku macam ni..macamana nak jawab tu kalau yang tak dingini berlaku pada pesakit ni??
Satu lagi…setiap kes denggi perlu di laporkan kepada jabatan kesihatan berhampiran untuk tindakan pihak kesihatan- fogging, statistik, buat program gotong royong bersikan kawasan bertakung, atau buat program kesedaran denggi. Banyak lagi sebenarnya orang orang kesihatan ni boleh buat….
Sebab pihak hospital ni tak nak lapor…DBI dah pun lapor peekara ni ke pihak berkenaan…
Cuak dua…
Pagi tadi..mak pesakit pulak yang singgah di klinik..selepas pergi buat ujian ulangan paras platlet…
“Macamana kak..?”
“ Banyak keluar merah merah kat kulit tapi Dr tadi kata okay jer..merah merah tu dia kata campak (measle)”
“Measle???..akak tak beritahu ker pasal positf denggi tu…?”
“Dah..tapi Dr tu suruh datang lusa pulak untuk ujian darah lagi…”
Rasa macam nak campak jer Dr tu masuk lombong…motif tak boleh nak bezakan ruam measle dengan ruam petichia denggi…dan tetap tak hiraukan keputusan yang positif denggi tu…
Apa apa pun diharapkan, tak ada yang tak diingini berlaku pada pesakit ni dan dia akan pulih seperti sedia kala…








