Sunday, July 15, 2007

cakna

salam semua..DBI bersiaran dari cc yg dekat ngan klinik....laptop masih tak sedar diri lagi...tapi tuan puyer laptop lagi lah tak sedar diri...tetap nak berblog..hish..
dalam seminggu dua ni..saya rasa ada sedikit keliru...
perlu ker ada perbandingan atau kesan kepada orang orang sekeliling kita, untuk setiap perlakuan yang kita lakukan....selalunya perbandingan berbentuk negatif dan positif, buruk baik...
Apabila kita berjaya.........Adakah orang lain dikatakan gagal??
Apabila kita senang...........Adakah kita senang atas kesusahan orang lain??
Apabila kita gembira.........Adakah kegembiraan kita membuatkan orang lain berhati lara??
Apakah bila pemurah.......Adakah yang lain kelihatan pemahal???...ehhh.. kedekut???
dulu ..pada zaman masih belajar....ada set set pelajar yang tak ingin berkongsi maklumat tentang pelajaran..tip tip di beri penyarah...tak nak dikongsi....sebabnya...takut yang lain dapat markah bagus dalam peperiksaan.....padahal kalu org lain dapat markah bagus..adakah ini membuatkan dia bodoh.....
baru baru ni ada seorang sahabat yang tidak lagi menjadi kawan..malah telah menjadi musuh,..marah marah sebabnya saya telah melakukan sedikit kebaikan..bukannya tidak selalu saya melakukan bende bende baik..tapi apa yang saya buat tu..baik sedikit sahaja daripada biasa...errr..riak ker ni???
Dia marah kerana kebaikan saya itu telah membuatkan dia kelihatan jahat...ehhh ..tidak berapa baik....
Boleh ker macam tu...????.
saya sebenarnya dah tak peduli......tidak lagi cakna.......

Tuesday, July 10, 2007



hujung minggu lepas ke Cherating lagi..kali ni utk hadir mengikuti kursus tentang darah tinggi dan kencing manis..seperti biasa, ada kompeni ubat yang sponsor...



malangnya..laptop Dell buruk yang banyak berjasa tu dah kena stroke..masuk ICU kat sini pun tak dapat nak ubat..terpaksa hantar ke KL katanya...



jadi sehingga laptop tu baik..mungkin tak ada posting lagi..melainkan DBI termasuk CC macam sekarang...















dalam definasi perubatan... usia muda ialah mereka yang berumur kurang daripada 65 tahun... jadi nikmatilah hidup ketika masih muda ni..







tata buat sementara....

Thursday, July 05, 2007

MC...lagi????

Masuk entry ni dah tiga kali buat topik pasal MC ni..konsep "back by popular demand" sangat…

Banji ada tanya hari tu..Dr boleh tahu ker kalau pesakit buat buat sakit semata mata nak dapatkan MC???....sebab selalu jugak dia tengok staff sihat jer..tapi bila pergi klinik dapat MC….tipu kah??? ..MC belikah???....kan banji???

Bila pesakit datang jumpa kita,…diagnosis penyakit adalah berdasarkan apa symptom/tanda penyakit yang ada pada pesakit..ni semua perlu pesakit ceritakan pada doktor merawat…dan doktor pun mestilah pandai mengorek untuk dapatkannya dengan lebih jelas…untuk membantu mengetahui penyakit yang betul…ini ialah perkara asas yang perlu semua dr akan buat…..susah sebenarnya nak dapatkan sejarah pesakit ni….


Kalau pesakit nak tipu untuk dapatkan MC..macam macam cara boleh buat….untuk sakit ringan macam sakit kepala, sakit perut, cirit birit dan seumpamanya….payahlah jugak nak tahu samada pesakit sakit betul atau menipu….sebab biasanya pemeriksaan pun normal, dan pesakit nampak ok jer….mana lah tahu pesakit cirit betul ke tidak….lainlah kalau dia tercirit dlm seluar di klinik….tanpa bersangka buruk…percaya jer lah..kecualilah kalau terang terang dia duk kelentong…

Kalu pesakit datang ke klinik semata mata nak dapat kan MC..kekadang boleh lah agak, apa yang dia nak sebenarnya…DBI nak senaraikan tingkah laku pesakit yang nak dapatkan MC walaupun tak patut pun bagi MC…

  • best actor-berlakon macam sakit sangat…dengan rambut kusut serabai…baju dua tiga lapis…dengan sweaternye….tapi bila tanya demam kura kura jer…
  • belit-belit-kejap sakit situ, kejap sakit sini…sakit merata rata tapi sakit sakit tu tak ada kaitan antara satu sama lain…pening lah jugak nak tahu sakit aper..akhirnya…"boleh bagi saya MC dr???.."
  • was-was-bila dah selesai konsultasi….bangun dari kerusi perlahan lahan, macam masih ada sesuatu yang tak selesai lagi..muka tak puas hati ni…berjalan perlahan ke pintu…pegang tombol dan bukak dan tutup balik….pastu dengan malu malu cakap…. “MC dua hari bleh Dr???”
  • demanding… "Dr..bos saya suruh saya ambil MC…”….. pastu main tendang /hempas pintu bila kita tak bagi….kan docyana???...your boss is not my boss …
  • Berdolak dalik…..tak nak tunjuk sangat dia nak MC…. “kalu Dr nak bagi MC ok gak..”bila cakap ..tak payah MC…tetiba nak pulak

Ada jugak dengar cerita ada yang sampai berlakon dengan bersungguh untuk dapat MC-siap perah limau nipis dalam mata nak tunjuk macam sakit mata…tapi harus lah bagi MC kalau dah nampak mata merah…

Selalunya yang datang mintak MC tak perlu ni bila nak masuk kerja balik selepas cuti panjang….malas kerja sebab dah lama sangat cuti…macam macam lahhh..

Tuesday, July 03, 2007

gambar sajer

layan gambar je lah yer..saja nak cuba try test kamera digital sony baru.....ye...ye...ye..


gina ..kat mana ni????...cantik pantai ni...

bunga apa ni??? pakcik jiran yang baru pindah cakap bunga ni kembang waktu dinihari jer...pukul 4-6 pagi ..tetiba hari ni dia kembang sampai kul 7.30 pagi.....mistik kata pakcik...
dia kata ni lah bunga bakawali....yer ker ni???


bunga balung ayam..

bunga raya mini

cheese cake


birthday boy

Monday, July 02, 2007

gatal




“Abang…..tolong tolong…cepat…
Ahhh..kanan..lagi lagi….kiri… kiri sikit…
Atas..atas orang kata….tu atas sangat ..bawah sikit…
Ahhh situ…kuat sikit..dok berasa mender….”


Kannn?? Itu aktiviti menggaru belakang orang yang gatal…tak best langsung..yer lah kalau gatal, sendiri mahu garu lah barulah best….kalau orang lain yang garu..tak rasa sangat kesedapannya tu…tapi kalau dah bini yang mintak tolong… terpaksa rela lah….
Ia nampak mudah..bila gatal..kita garu lah....sama lah jugak..kalu ngantuk..kenalah tidur….

Sesekali ada lah pesakit datang..ngadu dia ngantuk selalu…apa yang DBI buat ialah suruh dioarang gi tidur secukupnya…tapi ada pulak yang cakap…., masa tido dah 8 jam sehari tapi tetap lah ngantuk…..tu tidur tak berkualiti..semua bende nak yang berkualiti…tentulah tak dapat faedah secukupnya kalau apa yang dilakukan tidak berkualiti…

Ada petua tak nak dapatkan tidur yang berkualiti???....cerita ni kemudian lah…..sebab sebenarnya nak cerita pasal gatal…tapi termelalut pasal tido pulak….

Ada seorang pesakit dah lebih 6 bulan dapatkan rawatan kat klinik..sebelum ni dah merata klinik lain dia pergi….tapi masalah yang dia hadapi tak juga hilang..Cuma berkurang sedikit jer….

Masalah makcik ni ialah gatal….gatal pada kulit yer..bukan gatal gatal yang lain.DBI sebenarnya dah malu mata nak rawat makcik ni sebab ubat ubat yang diambil….tak berapa meninggalkan kesan…gatal tu masih makcik ni rasa..cuma kuranglah sikit nak menggaru kalu dia ambil ubat.. DBI dah pun rujuk pesakit ni ke pakar kulit yang ada sekali sekal jerk at hospital berdekatan tapi hasilnya sama jer….

Setiap kali makcik ni datang….ayat pertama keluar ialah…

“Makcikk..saya tak tahu dah nak bagi ubat aper…semuanya tak berkesan..sian makcik…”
“ Dr..kalu tak de ubat lagi teruk makcik..kalu ada ubat ni boleh lah makcik tido sikit…”

Kekadang rasa macam kecewa sangat sebab walaupun dah lama merawat, masalah tak dapat di atasi..tambahan pula…kenapa makcik gatal sentiasa ni..masih tak tahu….sedangkan untuk rawatan yang berkesan dan Berjaya, mengenali punca dan merawat punca penyakit adalah sangat penting..bukan setakat bagi ubat gatal bila gatal..atau bagi ubat demam jika demam….kena tahu lah Diagnosis penyakit….

Lebih senang nak tahu penyebab gatal ni kalau ada perubahan pada kulit…macam panau, kurap,atau penyakit kulit yg lain eg psoriasis, scabies, dermatitis dll… makcik ni tak ada tu semua..kulit ada parut parut bekas garu jer….hish…..

Gatal disebabkan oleh pelbagai perkara… dari reaksi allergi/alahan, akibat pengambilan ubat tertentu, keracunan mineral berat..dan kekadang mengandung pun boleh sebab kan rasa gatal….perubahan cuaca dan persekitaran pun ada peranan.

Penyakit kronik dalam badan pun boleh sebab kan gatal. Sakit hepar/hati, kerosakan buah pinggang, masalah penghadaman, sesetengah kanser, thyroid ialah antara sakit kronik yang boleg sebabkan gatal..

Alhamdulillah ..tak satu pun penyebab gatal tu ada pada makcik ni…..

Mungkin DBI atau pakar kulit atau Dr lain yang pernah merawat makcik ni..ter miss sesuatu….tapi macam tak logik lah pulak..ramai sangat yang miss nyer….

Apa pa pun..semoga makcik ni cepat cepat lah dapat sembuh dari penyakit gatal ni….