Thursday, September 27, 2007

lima





Lima hari yang lepas, bermula pada hari jumaat…jadi lima hari yang TERsibuk pada bulan puasa ni…TER sebab sibuk yang bukan yang disengajakan…ada ker org sengaja buat buat sibuk????...hish…

Anak sulong DBI yang umur tujuh tahun dah puasa sehari pada jumaat pertama bulan puasa…tak ade masalah…hari hari sekolah dia tak puasa sebab dia balik sekolah pukul tiga..jadi dia breakfast dulu di rumah dan makan bila balik dari sekolah….ok lah tu….tak ada lah nak paksa sangat, sekurang kurangnya puasa lah masa kat sekolah.

Jadi bila hari jumaat kedua bulan puasa, harus lah “paksa” dia puasa….masa ni lah nak ajar kan???...haruslah amalkan konsep melentur buluh kata orang dulu dulu….

Jadi puasa lah dia..sampai pukul tiga, dia start mengadu lapar, pening kepala, dan loya nak muntah…tapi papa dia ni asyik lah kata…tahan..tahan…tahann..dah dekat nak berbuka….sabor sabor…..

Melepek lah dia atas kerusi….lebih kurang pukul 6 petang tu..tetiba dia muntah….tentu lah air jer yang keluar…tapi papa dia masih suruh dia puasa..... *macam zalim lah pulak.
DBI imgat kan LUGAR biasa jer- LUGAR ni bahasa orang terengganu..maknanya lebih kurang rasa sebu-sebu perut, pening ,muntah muntah sebab kelaparan yang amat, bila dah hilang lapar dan muntah, sejam dua lepas tu akan jadi ok lah….

Tapi ni tidakkkkk….malam tu kami tak tidor sebab dia muntah muntah sampai terpaksa berpindah ke ruang tamu, bilik tidur dah bau muntah….Esoknya tambah teruk jadinya…siap ada cirit birit dan sakit perut lah pulak…..ini dah masuk kes lain ni…

Tapi masih lagi bersikap wait n see…ubat dah bagi tapi nampak tak berkesan..petang hari kedua tu, dia dah nampak penat sangat dan dah ada kekeringan air..maklumlah dengan cirit dan muntahnya…dengan tak boleh nak makan minum nya..air garam rehidrasi pun dia tak boleh nak minum…..manalah air tak kurang dalam badan

Keadaan tambah haru bila demam pulak malamnya, ini sangatlah merisaukan..mula lah terfikirkan kan yang bukan bukan…manalah tahu…tapi depan sayangDBI tetaplah dengan yakinnya cakap tak ada aper ni..sikit jer…..

Memang DBI merawat sendiri anak anak ….tapi kalau ubat ubat yang diberi tidak berikan respon yang dikehendaki, DBI akan jadi tak konfiden dan was was, betul ker apa yang aku buat ni…???..tak miss anything ker????..tambah lagi bila sayangDBI duk tanya bertalu talu~ kenapa demam pulak ni, kenapa tak baik baik ni?…kenapa sakit perut ni?..kenapa itu, kenapa ini…lagi lah gundah gulana jiwa ini…..


Tapi sebagai dahan untuk bergantung, tak perlulah tunjukkan kita ni sebenarnya rapuh jugak..kan???..konfiden tu mesti ditunjukkan walaupun hati sebenarnya dah kecut macam asam kecut.
Dan walaupun tak konfiden, ego masihlah tinggi jugak, tak nak lah bawak jumpa Dr lain untuk dapatkan pendapat kedua…alah sakit macam cirit birit biasa sajer pun tak boleh rawat sendiri…..

Hari ketiga tu, dia tak lagi muntah tapi demam makin tinggi,sakit perut makin kuat,cirit birit masih ada dan perutnya makin kembung…masa ni dia dah tak larat nak bangun, masih lagi tak boleh nak makan dan makin menggundahkan jiwa. Adakah DBI missed sesuatu disini sampai rawatan yang diberi tak berkesan langsung???..adakah jangkitan kuman telah menjangkiti usus budak yang baru belajar berpuasa ini???

Tak tahan lagi tengok anak sakit lama lama macam ni..tambah pulak sayangdbi dah mula menangis…hiba pulak rasanya….tu baru sakit sikit..tatau lah macamana hebatnya ibubapa yang ada anak yang sakit kronik atau kematian anak menanggung rasa, hanya tuhan jer lah yang tahu….

Sebab anak dah nampak teruk sangat, dbi tak nak lah tunggu lama lagi,mungkin rawatan yg diberikan tak cukup, nanti di tuduh ibubapa yang cuai pulak…cuai cuai ni jangan main yer….kang tak pasal pasal kena saman dengan kerajaan sebab cuai tak bagi anak rawatan yang betul…kan Dato` Sri Nazri????...












DBI bawak jumpa pakar kanak kanak di hospital berdekatan…dan kena masuk hospital lah untuk rawatan lanjut….tapi DBI tak nak masuk wad…susahlah kena masuk hospital bulan bulan puasa ni…..tu dia suruh pesakit lain pandai, bila kena atas batang hidung tahu pulak tak nak….hish susah baser pulak DBI ni ..kan bini mokhtar???.. sapa tatau ni....

DBI tak per sebab DBI boleh buat sendiri kat rumah..habis DBI angkut ubat dan 4 pint air untuk rawatan di rumah.. uoll kalau anak sakit dan kena masuk hospital..dengar kata Dr tu yer….

Hari keempat tu, demam dah reda tapi perut masih lagi sakit dan kembung, masih lagi cirit birit dan masih lagi tak boleh nak makan, kalau makan, perut tambah sakit…DBI terpaksa berulang balik rumah untuk jaga anak…kekadang klinik tinggal tidak berdoktor..

Alhamdullillah…hari kelima tu dia dah boleh makan, cuma ada sedikit cirit birit lagi,sakit perut pun dah sangat berkurang

Nampaknya hari ni…dah ok sepenuhnya…. cuma nampak penat dan cekung sajer…

Monday, September 24, 2007

kanser pangkal rahim

Sedih….kecewa…..kesian…..rasa nak marah sikit pun ada….dan juga sakit hati…..

Ehhhh..sakit hati tu pasal lain..off rekod.

Dua tiga hari lepas adalah makcik….umur dalam 40 an datang klinik…. 40 an ..panggil makcik erk???...makcik lah sebab dia nampak lebih tua daripada umurnya-mungkin sebab dia kerja kuat sangat atau mungkin sebab sakit yang buatkannya nampak macam orag tua……

Perasaan berbaur seperti di atas tu timbul bila makcik ni tak nak dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan rawatan penyakitnya itu. Takut kena bedah katanya..dan nak cuba rawatan alternatif dahulu…memanglah pesakit ada hak untuk memilih rawatan yang ada tapi kalau untuk rawatan penyakitnya..langkah terbaik ialah rawatan di hospital….cakap orag tak nak dengar sangat makcik ni….datang klinik sebab nak di check dan ubat sajer….

Makcik ni datang sebab ada perdarahan tak normal dan nanah berbau yang kekadang keluar dari faraj. Dia juga ada sakit di bahagian ari-ari dan juga sakit ketika bersama suami…bukannya duduk dekat laki dah sakit yer..bersama yang itu lah….
Selain tu dia juga ada symptom kanser yang umum seperti tak ada selera makan, turun berat badan, rasa macam nak demam dan juga rasa letih…

Di fikiran DBI masa ni…alamak..makcik ni ada kanser kah????

Makcik ni belum lagi ada symptom yang menunjukan kanser dah merebak ke organ berdekatan macam usus dan pundi kencing atau sudah merebak jauh ke paru paru, hati ataupun tulang….

Setelah puas di pujuk…makcik ni bagi DBI buat pemeriksaan faraj..kalu ikutkan tak mahunya DBI buat tapi kalau tak buat macam mana nak dapatkan diagnosis penyakit….makcik ni pun satu..dah tahu malu..datang lagi jumpa Dr lelaki….DBI ok jer….tak jadi hal….

Setelah di periksa, ada macam ketumbuhan yang mudah berdarah pada pangkal rahim makcik ni…..tapi untuk sahkan apa sebenarnya penyakit ni..perlulah ke hospital untuk biopsi-ambil sedikit tisu dari ketumbuhan itu untuk di kaji…ni pun makcik tak nak pergi….

Tahu ker kat mana pangkal rahim ni atau cervix ni??.. kalau masa melahirkan anak..Dr akan check pangkal rahim nilah samada dah bukak jalan ke belum…jalan 3 cm..jalan belum bukak..atau jalan dah bukak 10 cm..pangkal rahim ni macam pintu yang pisahkan rahim dengan ruang dalam faraj…


cervix=pangkal rahim


Antara yang berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim ialah mereka yang yang ada sejarah keluarga yang ada kanser terutamanya kanser pangkal rahim, orang yang berhubungan sex pada usia yang muda dan dengan pelbagai pasangan, merokok, ada sejarah penyakit kelamin seperti jangkitan HIV, Chlamydia, atau pun Human papilloma virus-HPV dan mereka yang ada sosio ekonomi yang rendah-mungkin berkaiatn dengan hygiene rasanya…

Rawatan untuk kanser pangkal rahim bergantung kepada peringkat kanser tu..untuk peringkat awal biasanya pembedahan boleh dijalankan dikiutai dengan radioterapi dan kemoterapi..kalau peringkat lewat, rawatan bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi yang timbul akibat kanser..

Oleh kerana kanser pangkal rahim ni kira ganas jugak…peluang untuk hidup selepas disahkan tidak tinggi. Tapi secara dasarnya jika peringkat awal dan dapatkan rawatan peluang untuk hidup selama 5 tahun lagi ialah sekitar 80-90 %...peratus menurun dengan setiap kelewatan peringkat kanser, hanya 15% untuk perigkat IV.

MACAMANA NAK CEGAH???

kena berwaspada dengan amalkan cara hidup yang sihat, jauhkan merokok arak atau pun seks bebas

pernah dengar pasal PAP SMEAR???...
ia ialah satu cara untuk screening kanser pangkal rahim. Sedikit cairan yang mengandungi sel diambil dari pangkal rahim dengan spatula kayu dan cairan tersebut di kaji…boleh kesan peringkat awal kanser-precancerous state.. dan rawatan ketika ini boleh cegah dari sel sel menjadi sel kanser.

Bila nak buat PAP SMEAR???...
Kali pertama ialah skurang kurangnya tiga tahun selepas kali pertama berhubungan seks…nak buat awal pun tak salah….selepas tu setahun sekali atau sekali dalam 3- 5 tahun, bergantung kepada keputusan papa smear terdahulu.

Sakit ker buat PAP SMEAR???...
Tak sakit..Cuma kekadang rasa sedikit malu sahaja..tu lah bagusnya gi jumpa Dr perempuan atau Dr yang kita dah kenal lama…

Kat mana nak buat PAP SMEAR???..
Biasanya di semua pusat kesihatan kerajaan ada sediakan perkhidmatan PAP SMEAR…di klinik swasta pun ada….

Jadi tunggu apa lagi????.....pi lah buat PAP SMEAR tu yer…..




Imunisasi/pelalian

99.7% kanser pangkal rahim hadir akibat oncogenik HPV…tapi tak semua pesakit yang dijangkiti HPV akan dapat kanser pangkal rahim..
Ada pelalian untuk mencegah jangkitan HPV…dengan harapan kanser dapat dicegah dengan pencegahan jangkitan HPV ini.. Nama pelalian tu ialah Gardasil dan juga Cervarix, ambil salah satu je…malangnya kerajaan belum mewajibkannya lagi dan belum lagi masuk dalam program pelalian kebangsaan macam rubella, Hepatistis B atau pun polio.

Siapa yang nak dapatkan suntikan ni, sila lah bertanya di klinik atau hospital swasta yang berdekatan.

Wednesday, September 19, 2007

kanser pangkal rahim

Facts:

In asia, a woman dies of cervical cancer every 4 minutes

Cervikal canser is the second deadliest cancer killer of woman after breast cancer

99.7% of cervikal cancer are caused by oncogenic Human Papilloma Virus (HPV)

but.....prevention and early detection is possible...


insyaAllah....... akan lanjutkan cerita ni kemudian...

Monday, September 17, 2007

cirit dan birit....

aiyoo tajuk...

Ramainyer pesakit datang hari ni….alhamdullilah….

Ramainya pesakit yang datang tu sakit perut memulas-mulas, muntah atau cirit birit…

Ramainya yang sakit perut memulas-mulas, muntah muntah dan cirit birit tu ..mintak cuti sakit sebab tak boleh pergi kerja…….

Ramainya yang sakit perut memulas mulas,muntah muntah dan cirit birit sambil mintak MC..tu kerja kat Kuala Lumpur….
Yang kerja kat Kuala Terengganu tak der pulak sakit perut memulas mulas,muntah muntah dan cirit birit hari ni…..

Heran pulak……

Adakah diorang sakit perut sebab makan makanan orang Terengganu????

Pedas sangat kah kuah nasik dagang, ayam golek dan gulai kawoh???..
Manis sangat kah kuih nekbat, akok dan jala mas???
Sejuk sangat kah air nira, air tebu dan air nyior???

Eh..meleleh pulak air liur…hishhh

Ramai yang datang mintak MC tu..cirit biritnya,muntah muntah dan mumulas mulas tu bukanlah teruk sangat….tak perlu MC pun tak per….

Adakah diorang ni MC ni sebab hari ni hari Isnin????...ala ala sambung cuti hujung minggu di kampong halaman????....

Wallahualam…..

Sebenarnya DBI pun sakit perut memulas mulas dan cirit sedikit hari ni…….makan ayam golek lebihan berbuka kut masa sahur tadi……

Oooo…kena gi tempat itu dulu….

Selamat berbuka….

Monday, September 10, 2007

beijing lagi...

Mutiara.

Berkurun lama dahulu, ada satu province di China, anak dara dan anak yang dah tak dara kelihatan muda dengan paras rupa yang tak dimamah usia.

Apabila di kaji selidik , rupanya mereka amalkan dan gunakan serbuk mutiara sebagai solekan ala ala bedak sejuk…mutiara juga mereka jadikan sebagai ulam yang di makan bersama isi tiram tu…

Berbanding tiram air masin, tiram air tawar di China ni katanya lebih baik untuk hasilkan mutiara yang lebih bermutu..lagi pun, tiram air tawar ni banyak sekali mutiara di dalamnya…..






ada 40 biji mutiara dalam ni...



sayangdbi makan hati..sebab modal tak der

Beijing olimpik 2008…


stadium utama berkonsepkan sarang burung


Great wall

Mao Zedong had a saying, "You're not a real man if you haven't climbed the Great Wall”

Real man lah sangat…hish…tapi mana boleh tak ke great wall kalau dah ada di China..

Sangat teruja berada di salah satu keajaiban dunia

Tidak semua great wall di buka untuk dilawati, sebab ada sebahagiannya telah terbiar dan runtuh…dalam perjalanan ke Chengde, kira kira 6 jam menaiki bas dari beijing akan nampak lah great wall yang not so great, runtuh dan terbiar…..

Section yang dbi pergi namanya Badaling, section yang paling popular dan yang pertama sekali di buka untuk pelancong..tahun 1957 rasanya..

Jom tengok gambar….




badaling gate of great wall










Thursday, September 06, 2007

riben hijau: satu


Ada motor orang tu rosak sebab lama tak servis…tak reti nak buat katanya….biasa lah kalau kenderaan, baik motor atau kereta, kalau dah lama tak servis tentu lah senang rosak…tapi rosak kereta motor tak lah jadi hal sangat sebab banyak mekanik yang bagus dan alat ganti tulen pun tak susah nak cari…cuma ianya merobekkan poket ajer….

Macamana kalau manusia rosak organnya??? Buah pinggang tak berfungsi untuk menapis dan membuang segara toxin dan bahan kumuhan, jantung tidak lagi berdaya untuk mengepam…mata tidak lagi dapat melihat..hati tidak lagi dapat bekerja dan macam macam kerosakkan lagi…mana nak cari alat gantinya?????..

Setiap tahun ada 10 hingga 15 pesakit jantung yang memerlukan jantung baru…dan jika tidak mendapatkannya dalam tempoh setahun, peluang untuk hidup untuk tahun seterusnya hanyalah tinggal 41 %...buat masa sekarang ada 9000 pesakit buah pinggang yang sedang menunggu untuk dapatkannya dan jumlahnya makin bertambah dari hari ke hari…

Agak bertuah juga..sebabnya setakat ini ada 105,460 orang telah mendaftar dengan Pusat Sumber Transpan Kebangsaan sebagai bakal penderma organ. Dibandingkan dengan negara maju, jumlah tu kecil tapi sebagai langkah awal..kiranya bagus lah jugak…dan sehingga April 2007 sudah seramai 188 orang yang telah menderma…
Daripada yang mendaftar itu, 75% adalah lelaki dan 53% adalah kaum Cina, 28 % adalah India dan selebihnya adalah melayu dan kaum kaum lain.

Pendermaan organ ini ialah satu proses untuk memindahkan/mendermakan organ atau bahagian badan seseorang selepas seseorang itu meninggal dunia (samada mati otak atau selepas degupan jantung terhenti) dan semasa hayat masih di kandung badan. Sebiji buah pinggang dan sebahagian hati/hepar boleh didermakan kepada penerima ketika penderma masih hidup.. jika penderma telah mati dengan jantungnya telah terhenti hanya mata, kulit, tulang kaki dan tangan serta injap jantung sahaja yang boleh di ambil untuk didermakan.

Bagi penderma yang mati otak,…jantungnya masih berdenyut sebab masih di sokong oleh bantuan pernafasan…biasanya pesakit sebegini ada di ICU….kebanyakakan anggota badan atau organ boleh didermakan.

Jangan keliru pulak dengan jenis jenis mati ni yer…mati katak mahu pun mati pucuk tak boleh kira yer...

Bagi mereka yang mati otak yang ada di ICU, harapan atau peluang untuk hidup biasanya telah tiada..bila berlaku begini, biasanya pihak ICU akan berbincang dengan keluarga terdekat untuk menghentikan sebarang sokongan supaya pesakit “dilepaskan” mati agar sokonagn itu boleh di gunakan oleh pesakit lain yang masih ada harapan untuk pulih.

Jika pesakit telah mendaftar sebagai penderma organ, pihak keluarga akan di beritahu dan organ organ yang diperlukan untuk di dermakan kepada yang memerlukan akan di ambil.

Jika pesakit tidak mendaftar sebagai penderma organ…pasukan pemindahan organ akan berbincang dengan keluarga untk kemungkinan organ pesakit didermakan. Proses ni perlu berjalan dengan berhati hati dan dilakukan secara berhemah umpama menarik rambut di dalam tepung…supaya pihak keluarga tidak rasa tersinggung dan merasakan pihak hospital tidak sensitif. Tiada paksaan dan segala keputusan pihak keluarga di terima dengan senang hati….

Ikut pengalaman dbi yang tak seberapa ni…..tak pernah lah berjaya meyakinkan keluarga untuk benarkan pesakit mati otak menderma organ.

bersambung erk........