Pakcik skrip wrote:
Salaam doc..
i tgh buat draf storyline ala2 for my nx script psl perempuan bunting kuat merokok..
bleh kasi tak in details [sila berikan rujukan lengkap dgn segala-bagai gambar/gambargajah okeh!] mengenai kesan2 sampingan kpd fetus/bayi yg akan lahir.. i ader baca psl 'sudden infant death syndrome' [SIDS].. kat Msia nih ader ker kes2 cenggituh erk?.. is it possible baby yg lahir dr ibu yg heavy smoker during pregnancy akan survive?.. if hidup ada ker kecacatan fizikal/mental?.. kalau pompuan yg berusia >40 tahun+smoking+drinking plak pregnant, what is the worst scenario?..
*matila soklan pakcik tahap peksa stpm kekdahnya! huhu!
Pakcik skrip
[sila 'blurkan' e-mail address pakcik coz pakcik tak bulih pregnant & pakcik tak nak glamer!.. glamer ker?]
Dbi pening lalat bila dapat email dari pakcik yang tak nak glamer ni..satu soalan tapi bersegmen segmen anak anak soalannya…yang tak tahan tu boleh arah arah nak rujukan segala dan gambar gambar..pitam tau nak cari….merasa bagi jurnal perubatan baru tau…
Tapi bagus tau pakcik penulis skrip ni…nak tulis skrip, buat kajian dulu cari fakta yang betul..baru lah skrip yang terhasil menjadi sedap.. Banyak siri siri drama tempatan yang berkaitan perubatan macam nak gelak bodoh bila tengok..dengan pelakon yang macam kayu, skrip tah aper aper..main bubuh jer., tapi tidak pakcik ni…tabik pakcik!!!!.
Kalau tengok siri perubatan mat saleh…macam real jer kan..salah satu sebabnya ialah diorang ni ada panel penasihat perubatan yang nak pastikan skrip dan lakonan betul…kita ado???...walaupun kekadang adalah terover dramatized…tapi best lah jugak tengok walaupun dbi tak lah tengok mana..sebab dbi jadi sakit hati..pasalnya..hidup dbi tidak sebest dan semenarik macam dalam tv itu…huhuhuhuh…baik tutup je tv…
Ok..berbalik pada soalan pakcik ni…ada empat anak soalan:
- merokok masa mengandung.
- minum arak masa mengandung
- mengandung pada usia tua
- Suddent infant death syndrome (SIDS)- bayi mati terkejut..no???..mengejut.
Merokok masa mengandung
Memang diketahui umum merokok merbahaya kan kesihatan..meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit..tapi nak jugak merokok…sebab best kan???..atau memang jenis yang suka ambil risiko..sebab oarng yang tak merokok pun ramai yang dapat barah paru paru…yang merokok, berisiko..tapi tetap besukaria sembur sembur asap kat orang….
Rokok memberi risiko kepada ibu dan anak sepanjang masa mengandung. Sebenarnya, merokok akan kurangkan risiko wanita untuk mengandung dengan menjadikan wanita tidak subur .
Walaupun berisiko tinggi, berbanding dengan yang tidak merokok, perokok yang mengandung berisiko dua kali ganda untuk mendapat masalh ketika mengandung kajian kat US mendapati hanya 18-25% perokok wanita berhenti merokok ketika mengandung. Banyak risiko merokok kepada kandungan kerana kandungan nikotin dalam rokok akan menybabkan salur darah dalam saluran tali pusat dan rahim mengecut seterusnya mengurangkan kandungan oksigen kepada bayi. Selain itu, kandungan darah dalam sistem darah dan jantung bayi akan berkurangan,begitu juga denagan perkembangan fumgsi paru paru. Macamana lah bayi nak sihat kalau oksigen kurang. Nicotine jugak boleh berada dalam susu ibu yang menyusu anak mereka.
Kalau nak drama jadi menarik kenalah buat simptom simptom yang menusuk hati, kena tunjuk banyak darah gitu..pasti penonton gerun…*matiler ajar penulis skrip plak…ahaks..
Ni antara perkara yang boleh berlaku kepada ibu dan kandungan
Tumpah darah
Benda benda yang berdarah ni memang menakutkan…ramai yang panik bila tengok darah..mabuk darah pun ada. Risiko keguguran meningkat bagi perokok yang mengandung, biasanya akan ada perdarahan diawal mengandung..awal tu dalam 6-7 bulan pertama mengandung. Tumpah darah akibat keguguran ni tak mestinya terjatuh dulu baru nak berdarah..macam yang selalu drama tv buat tu..mesti jatuh tanggalah, kena terajanglah…ia boleh jugak berlaku masa tidur, tetiba je berdarah.
Diperingkat pertengahan atau akhir mengandung perdarahan boleh berlaku akibat uri yang menutup jalan peranakan/uri dibawah –placenta previa dan jugak uri yang tak melekat dan tercabut awal dari rahim- abruption placenta. Perdarahan ketika ini adalah kecemasan. Biasanya akan dibuat ceasarian section kalau kandungan dah cukup bulan atau risiko untuk bayi mati tinggi jika perdarahan berlaku ketika belum cukup bulan kandungannya. Risiko untuk maut juga tinggi kepada ibu.
Kelahiran pra matang
Merokok akan tingkatkan risiko untuk melahirkan bayi tak cukup bulan kerana bayi sentiasa berada dalam keaadan tertekan akibat nikotin. Kelahiran tak cukup bulan akan melarikan kandungan daripada nikotin itu..tapi ibarat masuk ke mulut buaya, kelahiran pramatang itu sendiri amat bahaya, tanpa rawaatn perubatan yang optimum, mati menunggu, kalau hidup pun mungkin ada kecacatan mental ataupun mendapat kecacatan otak. Kalau terlalu awal dilahirkan atau kandunga terlalu kecil, rawatan terbaik pun biasanya gagal nak selamatkannya.
Selain kelahiran tak cukup bulan, ada juga bakal ibu yang merokok, pecah air mentuban terlalu awal, menyebakan kandungan air mentuban kurang, merencat tumbesaran kandungan, mendedahkan kandungan kepada jangkitan kuman dan juga tingkatkan risiko bersalin awal. Pecah mentuban awal ni simptomnya akan keluar air jernih seakan kencing melalui faraj.
Bayi yang terencat tumbesaran-intrauterine growth retardation(IUGR)
Akibat salur darah di tali pusat yang sempit disebabkna nikotin, bekalan makanan dan oksigen dari ibu tidak sampai sepenuhnya kepada bayi dalam kandungan, bayi yang tak cukup bekalan ini akan terencat tumbesaran, akan kekurangan zat dan juga segala gizi dan nutrisi yang diperlukan. Bayi IUGR ketika lahir biasanya kelihatan tua, kulit yang sedikit kerepot,hitam,rambut yang jarang dan kelihatan tidak sihat.
Jika kekurangan gizi dan oksigen terlalu kurang, bayi yang lahir tidak dapat bertahan dan akan meninggal dunia.
Bayi yang lahir akan alami masalah berisiko untuk mengalami masalah pembelajaran seperti menjadi lembam, kurang daya tumpuan dan seumpamanya.
Kolik
Bayi akan mendapat kolik, kolik ini ialah gangguan kepada system usus yang menyebabkan bayi rasa sakit dan menangis tanpa sebab. Tak ada rawatan khusus untuk kolik. Orang melayu panggil kembung.
Jangkitan
Bayi yang dilahirkan mudah mendapat jangkitan paru paru.
SIDS
Sudden infant death syndrome SIDS- bayi yang mati mengejut tanpa sebab yang diketahui..banyak jugak nak cerita ni…ini perlukan article khas..nanti kan..hari khamis kut…tak per dbi banyak masa dan rajin sangat…
Ibu yang minum arak masa mengandung
Apa yang diminum ibu, bayi dalam kandungan pun minum sama…bayi dalam kandungan sangat sensitif dengan alkohol, sedikit saja pun boleh ganngu perkembangan sel otak dan organ organ yang lain. Alkohol akan kurangkan kandungan oksigen dalam sistem darah bayi, dan kesannya sangat serius kerana kerosakan yang dialami akan kekal sepanjang hayat. Risiko meningkat walaupun hanya seteguk arak yang di minum.
Bayi yang dilahirkan ibu minum arak akan berisiko untuk mendapat kecacatan mental dan fizikal, ini dipanggil Fetal Alcohol Syndrome (FAS)
FAS- antara symptom yang boleh ada..
Kecacatan fizikal.
Size badan yang kecil, kepala yang kecil
Dada yang tidak berbentuk normal
Tulang belakang tidak lurus dan sendi pinggul yang tidak kemas dan senang tercabut
Jari jemari yang tak betul terbentuk, melekat antara satu sama lain atau tak ada jari langsung
Sendi sendi yang tidak boleh digerakkan sepenuhnya
Kurang koordinasi pergerakan jari, tangan dan kakai, sukar untuk buat kerja tangan yang halus.
Muka yang ganjil- bukaan mata kecil,kelopak mata senget ke bawah, juling, hidung yang tak de tulang-ala la hidung penyek gitu, alur antara hidung dan bibir atas tak ada, telinga yang rendah kedudukannya, rahang yang kecil
Organ organ dalam badan yang tidak sempurna-injap jantung bermasalah, alat kelamin yang berlainan, kerosakan buah pinggang
Kecacatan otak dan mental
Otak kecil, terencat akal, kesukaran untuk belajar-slow learner,kurang tumpuan dan ingatan
Hyperactivity
Rabun akibat sel sel otak yang tak normal
Mengandung pada usia 40+
Mengandung pada usia lewat ada risikonya jugak tapi kalau kesihatannya bagus, mungkin tidak ada masalah kepada bayi dan ibu.
Antara risiko yang ada ialah.
keguguran
Ketika usia muda, risko untuk keguguran ialah satu dalam 8 orang yang mengandung, pada umur 35, risiko kegeguran meningkat kepada satu dalam empat dan pada usia lebuh 40 tahun, risiskonya ialah satu dalam tiga.
kelainan kromosom
Risiko untuk mendapat anak Down syndrome meningkat sedikit dengan peningkatan usia iaitu..0.5 % pada usia 35 kepada 3% pada usia 45. Risko untuk mendapat kecacatan lain,seperti pembentukan anggota dan organ tidak meningkat, sama sahaja dengan orang muda.
penyakit ketika mengandung
Risiko untuk mendapat kencing manis ketika mengandung- gestational diabetes, darah tinggi
masalah lain
Boleh berlaku perdarahan semasa mengandung akibat placenta previa dan
selepas melahirkan akibat rahim lambat mengecut
Untuk mengurangkan risiko masalah yang bakal berlaku, bakal ibu perlu mendapatkan pemeriksaan jagan mengandung yang berkala, menerima makanan yang berzat dan berkhasiat,mendapatkan rehat secukupnya..
Oklah tu kut…pakcik pilihlah mana mana risko yang pakcik nak..buat biar dramtik sikit biar orang tengok…teringat sampai bila bila…
Diharapkan suatu hari nanti,..pakcik menang anugerah penulis skrip terbaik..
Kalau ada apa yang nak tanya lagi..pakcik tahu lah nak cari dbi kat mana….kan????
SIDS hari khamis yer…