Saturday, December 29, 2007

sabtu itu kuning

bunga bunga yang tidak di halamanku...kuning















Wednesday, December 26, 2007

santai


mungkin tengkujuh dah nak pergi
hari yang sudah dua bulan disimbah hujan, kini tersimbah dengan cahaya matahari
alhamdulliah, banjir tak berlaku di terengganu.

pada kesempatan ini..kita bersantai di pantai yang indah....


video
jom main




laut yang tidak bergelora




pantai yang cantik
*BM,lokmang, lee.- mung tahu dok daner ning???





bila lapar tu..jagung bakar jadi habuan...

Saturday, December 22, 2007

sabtu itu kuning


salam keraian di aidil adha
























Saturday, December 15, 2007

sabtu itu kuning


........buah buahan pun dah meng-KUNING-kan diri.......






















Thursday, December 13, 2007

senggama

Best tak bersenggama…rasa puas tak???..tu dia soalan...very the straight forward…ahaks…

Pernah ada masalah tak?? Macam tak dapat ereksi yang memuaskan untuk acara itu, atau tiba tiba , belum lagi bersedia, dah pun terlabuh sauh kapal pelayarannya…

Jangan nak tipu yer, kalau ikut kajian..masalah sebegini harus berlaku sekurang kurangnya sekali dalam hidup….kalau banyak kali….alamat sengsara hidup….hilang satu nikmat dunia.

Ubat untuk masalah ereksi dah ada dan menolong berjuta- juta lelaki untuk rasa bahagia.,tapi ubat untuk ejaculasi pramatang/premature ejaculation/terpancut awal belum lagi ada..dan masalah ni bukannya sedikit, 24%-40% lelaki ada masalah terpancut awal ni..

Ejakulasi pramatang ni didefinasikan sebagai terkeluar air mani sebelum keinginan, dengan sedikit rangsangan, atau kurang dari 2 minit selepas kemasukan konek ke dalam faraj. Kejadian ni berulang bukannya sekali sekala.

Ada masalah ker?? Itu terpulang kepada individu dan pasangan, kalau tidak menggangu hubungan ok jer..tapi biasanya pasangan tak puas hati...tu yang membuatkan stress dan kurang keintiman lah pulak nanti.

Adalah orang putih ni buat kajian...untuk mengetahui secara quantitatif bila sesorang tu dikatakan mengalami ejakulasi pramatang...

Diorang ukur masa yang diambil sebaik saja konek masuk ke dalam faraj, sehingga ejakulasi yang berlaku dalam faraj-intravagina ~( Intravagina Ejaculation Latency Time- IELT)~

Data yang di perolehi tu diorang puratakan dan ini lah hasilnya...

Keputusan IELT- masa dalam minit yer…

  • Purata keseluruhan: 5.4
  • Umur 18-30: 6.5
  • Umur 51 keatas: 4.3
  • Lelaki berkhatan: 6.7
  • Lelaki tak berkhatan: 6.0
  • Purata tertinggi: 7.6- orang UK- sure diaoarang yang buat kajian ni…hihii
  • Purata terendah: 3.7- orang turki
  • Purata yang tidak pernah guna kondom: 5.1
  • Purata yang selalu guna kondom: 5.7

so..abanglong, uncleJ...dapat kan stopwatch untuk acara malam ni erk????...*lariiiiiiii

Monday, December 10, 2007

sajer sajer

Aduhhh..sakit pinggang ku….baru je habis bersunat budak, 4 orang petang ni….kena baring jap kekgi untuk hilangkan sakit belakang sambil layan lagu abang nuar yang best ni…ketulusan hati lagi best daripada lelaki ini… caya lah…

Satu je dbi perasan..budak budak yang bersunat ni makin kecik jer..bukan konek diorang tau…tapi umur yang bersunat ni…dah jarang yang umur 12 tahun macam zaman dulu dulu..average yang bersunat ngan dbi berumur 10 tahun…yang paling kecik 8 tahun..menangis tapi boleh lah siapkan…

Biasanya yang umur 9 tahun kebawah..dbi tak ambik sebab diaoarng ni takut..belum apa apa dah nangis, jadi kita tak tahu samada nangis sebab sakit ker sebab yang takut..kalau nangis kuat sangat..dbi kansel jer…

Dah lah ..dbi nak ambil ubat tahan sakit belakang dan baring jap….aiyoo sakit belakang ni... …pokcik doh tuer..huhuhu…

Saturday, December 08, 2007

sabtu itu kuning

tema: gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati










emas sejemput





jala mas





chara berlauk





Qhasidah

Wednesday, December 05, 2007

budak baik???

DBI budak baik…budak yang sangat baik….mati ler mukadimah dengan segala puji pujian untuk diri sendiri….ahaks…* keji jer kan???

Dulu masa zaman sekolah, zaman budak budak hingusan….(sekarang ni pun ada hingus jugak sebab ada rhinitis…) Dbi kekadang rasa tak suka sangat jadi budak baik., sejak tingkatan satu, Dbi belajar kat sekolah berasrama penuh kelas C.

Sekolah berasrama pun ada kelas kelas dia…kelas A untuk MCKK, SDAR, STAR, TKC, Tun Fatimah dan Seri Puteri. Kelas B untuk sekolah sekolah sains dan kelas C untuk MRSM. Itu kata kawan yang bangga sangat sebab dia sekolah kat SDAR. Dbi angguk jer lah sebab sedar diri..tak leh lah nak berbangga sangat bila belajar kat MRSM ni sebab dah bersepah MRSM di serata Malaysia…tak eksklusif gitu…

Budak baik disini merujuk kepada perbuatan yang mengikut undang undang, kira peraturan sekolah tak pernah nak langgar lah, bukannya baik yang macam set set usrah dan tabligh..tu kita panggil set set unta….hihihi….

Bukan tak pernah cuba untuk jadi tidak baik dan nakal..tapi bila baru nak cuba terus kena tangkap ngan warden…
macam bila kita ponteng tak pergi solat maghrib berjemaah di masjid, hari tu jugak lah warden datang buat spot check..kena tangkap..
bila tidur tak pergi prep malam , malam tu jugak lah cikgu datang periksa kedatangan..teruslah kena mengadap warden esoknya…
bila lambat light off..dan masih lagi bergalok galok sampai tengah malam…masa tu jugak lah cikgu Hassan tu jadi rajin buat rondaan…kena kutil perut dang dang tu jugak..sakit
dan yang sakit hatinya budak budak yang selalu huhahuha nakal,merokok, tak pergi solat, selalu ponteng tak pernah lah pulak kena tangkap…

Nasib malang ke nasib baik tak tahu lah..tapi kejadian sebegitu jadikan Dbi takut nak langgar peraturan sekolah dan jadilah Dbi seorang budak yang skema dan baik, dan jadi budak baik bukanlah satu perkara yang meriangkan masa remaja…awak tidak popular, awak tak glamer dan orang tak tahu pun awak tu wujud dan hidup rasa macam tak happening sajer…cikgu cikgu pun tak kenal kita. Tambahan pula, akademik tak lah tergolong dalam orang orang yang cemerlang atau set set yang kena mengulang, kira duk di tengah tengah saja ..lagi haru muka pun tak hensem, bakat bersukan pun tak der..huhuhuh..

Dapatlah disimpulkan bahawa * ayat…..*, untuk hidup happening dan terkenal masa zaman sekolah, kita jangan berada di tengah tengah..,mesti berada disalah satu ekstrim..samada jadi nakal atau terlalu baik macam set2 unta tu.. atau pun cemerlang dalam akademik atau set set yang selalu fail…boleh jadi buah mulut gitu..

Ermmm.pasal apa Dbi cerita pasal ni????..sebabnya tadi Dbi jumpa kawan MRSM yang nakal….. yang bertumbuk..ehhh..menumbuk dan mengejar cikgu dengan stick hoki..yang kena gantung sekolah dua tiga minggu, yang hampir hampir tak di benarkan ambil SPM..

Dia bejanggut, berkupiah dan dah jadi ustaz..dah jadi pensyarah kat IPTA…hebat..

Dan Dbi masih jugak begini…terus jadi budak baik sahaja..tidak berubah kearah yang lebih baik. Tentulah tak nak ke arah yang tidak baik sebab perasaan takut tu subur tertanam.

Mungkin Dbi belum insaf atau dah insaf tapi tak boleh nak kekalkan keinsafan itu..

Orang bijak pandai ada berkata:

Mengekalkan keinsafan ada 4 cara.

  • Berguru dengan guru yang tidak mintak upah dan amal Sunnah (guru Mursyid)
  • Berkawan dengan sahabat sejati (saling tegur menegur dan menasihati dalam perkara ugama)
  • Sentiasa jaga akhlak sehingga musuh tiada peluang mengumpat.
  • Sentiasa Muhasabah diri sebelum tidur.


Ps: itu adalah pesan Imam Ghazali.

Ermmm keempat empat perkara tu belum Dbi buat…camner????

Saturday, December 01, 2007

sabtu itu kuning

tema: daung daung pung doh jadi kuning