Tuesday, January 29, 2008

darah tinggi lagi

Kekadang agak sukar untuk mulakan rawatan darah tinggi kepada pesakit yang baru disahkan darah tinggi. Alasan utama yang selalu diberikan ialah nanti, bila dah makan ubat, terpaksa bergantung kepada ubat tersebut sepanjang hayat.

Tapi apa nak buat..dah kena darah tinggi, terpaksa lah makan ubat kan, darah tinggi bukannya macam demam selsema yang boleh sembuh. Ubat yang diambil hanya akan mengawal tekanan darah untuk berada dalam keadaan yang normal sahaja.

Sebab tu jugaklah, bukan senang nak sahkan ada penyakit darah tinggi ni, tekanan darah harus sentiasa tinggi untuk sekurang kurang tiga bacaan yang di ambil ketika pesakit sedang dalam keadaan bertenang.

Semasa disahkan ada penyakit darah tinggi, penting juga untuk mengetahui samada sudah ada ciri ciri kerosakan organ, faktor risiko- sejarah keluarga, berat badan, cara hidup( stress ke tak, ada bersenam ke tidak).. Semua tu akan mempengaruhi tekanan darah.

Rawatan bertujuan untuk mengekalkan paras tekanan darah supaya sentiasa normal agar kematian dan kerosakan organ seperti serangan sakit jantung atau serangan stroke dapat dielakkan.

Jadi jawapan kepada soalan di atas…yer..kena makan ubat sepanjang hayat, bukan bermakna kita bergantung kepada ubat, tapi dengan ubat itulah tekanan darah dapat dikawal. Melainkan, pesakit berjaya turunkan tekanan darah dengan hanya mengubah cara hidup kearah hidup yang lebih sihat, yang mana amat jarang pesakit boleh buat…cakap senang yer…nak buat tu susah lah sikit.. Ada juga pesakit yang nak guna kaedah heomopathy, cara kampong- makan akar kayu, rebus daun daun…dan sebagai nya.

Pesakit yang tak nak ambil ubat ni atau yang amalkan ubat kampung biasanya pesakit yang tak mempunyai sebarang simptom, tak ada sakit leher atau sakit kepala. Bial tak ada sebarang tanda penyakit, mereka beranggapan bahawa tekanan darah normal dan tak perlulah datang untuk pemeriksaan.

Dbi selalau nasihatkan pesakit, kalau nak ambil ubat kampong ker, heomopathy ker..atau apa apa sahaja, ubat ubat moden ni jangan ditinggal, bukan apa takut juagk bila datang klinik lagi sekali, dah pun kena stroke..sapa yang susah???. Tapi kalau ambil ubat moden pun, stroke boleh jugak berlaku…tapi risiko tu rendahlah sikit.

Bila dah makan ubat darah tinggi, ada lah pulak yang tanya, ubat ubat ni kita makan lama lama, tak merosakakan badan kita ker???..buah pinggang rosak???

Ubat darah tinggi ni ada macam macam kategori, dan setiap kategori tu ada banyak ubatnya, jadi pilihan ubat adalah banyak sekali, selalunya Dr akan bagi ubat berdasarkan

kesan ubat untuk menurunkan tekanan darah, ubat yang ada kesan sampingan yang paling minimal dan juga kos yang mampu untuk pesakit..

Kesan samping akibat ubat ubat darah tinggi biasanya bersifat sementara dan tak lah teruk sangat, tak semua pesakit akan dapat kesan sampiangan ubat, tapi kalau ada kesan sampingan yang teruk seperti batuk berpanjangan, rasa pening, berdebar debar atau rasa terlalau lemah sampai tak boleh nak buat kerja, berbincang denga Dr semula, Dr biasanya akan tukar dengan ubat ubat yang lain..bukannya campak ubat dan tak nak ambil ubat lagi.

Ada ubat darah tinggi yang kesan sampingannya ialah mati pucuk, kira macam tak ada nafsu atau darjah ketegangan jadi rendah..Dbi tak bagi ubat ni kepada pesakit lelaki…sebab mereka lebih rela tekaanan darah tinggi daripada mati pucuk..hilang nikmat dunia..sapa nak???

Jadi, ubat ubat darah tinggi yang diambil secara berterusan untuk jangkamasa yang panjang tidak merosakan badan atau organ organ dalam tubuh….sebaliknya ia melindungi dari kerosakan.

37 comments:

neeza shahril said...

dbi, tq for the answer... also tq for dropping by at my place.. you must be very busy.. nak layan patient.. nak bagi tips and jawab comment bloggers:) keep it up doc!

DBI said...

neeza- sebab tak sibuk lah boleh blog... :-)

Hannan said...

Dr, u kene gi kasi ceramah pasal ni kat masjid2.. kasi orang kampung faham sket ;) ehheeh

Azhar Ahmad said...

Ohhh baru saya tahu doc... Doc kalu yang tradisonal tu leh cayer kerr?

DBI said...

hannan- masalahnyer orang kampung faham jer..orang bandar yng educated susah sikit nak handle...

har- kannn..percaya boleh ajer..tapi berkesan ke tak tu, tataulah

ASR said...

Baru je siap pantun, tengok2 dah ada entry baru daaa...

Darah biar turun, barang biar naik. Doc lelaki paham la, agak2 doc wanita paham jugak tak? hahahaa...

:: cheezzy cheese :: said...

"hilang nikmat dunia..sapa nak???" ghitoooooo.. *sengih

Rush Murad said...

kalau selalu stress boleh kena darah tinggi tak? kalau kurang exercise, kurang bersenam etc. leh kena? ubat boleh terus dapat kat farmasi tanpa preskripsi?... wahhh... byk tanya plak aku kali nih...

dbi said...

asr.. :-O...dr pempuan lagi paham tu...hahahaha

yanz- kan..nikmat dunia jgn hilang..

rush- risiko nye sedikit meningkat laaa...sepatutnya kena ada prescribsi Dr, baru bley..tapi ramai jugak farmasi yg jadi Dr sekarang... :-)

polong said...

bagus kalu bagi info ni pada mak mentua... dia slalu kena nyakit ni tambah lagi kalu akhir bulan....
doc... saya plak lom mkn ubat tp barang dah naik... camne ni... ehehe...

wan said...

ikut family history, ada yg berdarah tinggi. tapi alhamdulillah sampai la ni belum kena lagi.

tokleh tensen² la kan.

dbi said...

polong- hahaha...barang selalu naik ker???.....barang baik mestilah naik sokmo..

wan- yup..kena lah berjaga jaga

Anonymous said...

off topic sikit..

nak tanya gay ni satu penyakit atau been there sebab genetic problem?????

gay atau bisek boleh cure taks?

kalau dah ada anak ,, tapi feeling tu ada camner nak buat?

camner nak lawan perasaan secara normal... i mean atas kehendak kite bukan atas alasan lain

ktagori gay camner?

harap doctor ada mediacal explanation on this

Anonymous said...

off topic sikit..

nak tanya gay ni satu penyakit atau been there sebab genetic problem?????

gay atau bisek boleh cure taks?

kalau dah ada anak ,, tapi feeling tu ada camner nak buat?

camner nak lawan perasaan secara normal... i mean atas kehendak kite bukan atas alasan lain

ktagori gay camner?

harap doctor ada mediacal explanation on this

WanHidayat said...

Salam doc...family background???, ibu sy mmg mengidap darah tinggi, last 2 weeks, 200...what do you think....sy sendiri pening kepala fikirkan tentang ibu di sini....my father panel doc ada consult ibu....jgn byk pk...jgn makan benda masin (bergaram)...dah 8 tahun, ibu sy hidup dengan ubat darah tinggi...kesian sgt dgn ibu....puncanya ibu terlalu memikirkan ttng sesuatu...setiap hari dia fikir...tiada dalam hari2nya dia tidak berfikir.....ermmmmhuh

arsaili said...

darah tinggi juga tanda kerosakan kidney ke doc? Apa kaitan dia

dbi said...

anon- dbi jawab ni kendian k..payah lah nak jawab...

wandayat-200 sgt tinggi, payahlah nak kontrol kalu fikiran tak tenang dengan bayak fikir sangat...darah tinggi yg tak terkawal berisiko tinggi...

arsaili- selalunya kalu ada sakit buah pinggang, akan ada darah tinggi sebab, darah tinggi juga di kawal oleh RAS (sistem pengawalan darah tinggi yang di keluarkan buah pinggang, buah pinggang juga kawal paras sodium dan garam galian yang secara langsung mempengaruhi tekanan darah

dibah said...

Salam dbi,

Saya di diagnos hypertension sejak umoq 30. Skrang ni dah nak masuk 35. Skrang ni saya amik micardis80 untuk hypertension.[dr saya guna istilah young-adult hypertension... hehehe taknak ngaku dah tua :)] Bahaya tak kalau amik micardis80 secara berpanjangan?

Ada kawan rekomen amik ubat Habatus Sauda dan madu.

Adakah habatus sauda ini boleh mengurangkan penyakit buah pinggang juga?

Harap dbi boleh bagi pendapat. Thanks.

dbi said...

dibah- micardis80 salah satu ubat terkini untuk kawal darah tinggi,terpaksalah ambil secara berpanjangan untuk kawalan darah tinggi.tidak berbahay malah melindungi lagi...

tak salah nak amalkan pengambilan habatul sauda n madu. madu n habatul sauda tu pun ada khasiatnya yang byk tidak diketahui dunia perubatan moden. jadikan nya sebagai makanan tambahan.
tapi nasihat dbi..micadis80 pun kena lah ambil dan janagn di tinggalkan.

dibah said...

Dbi,

Terima kasih for the info. Nanti claim kat ING occay! :-)

A f f e n d i O s m a n said...

makan la ubat yang diberikan ittewww...

hmmm bang dbi, antara punca2 yang boleh dikenalpasti, kolestrol level yang tinggi...dalam skala lepas blood test ari tu, sampai 6 nombornye! tak haru? nak kata makan tak hengat...takde pulak..mungkin dah nasib badan.

ehmmmm....apa pun ubat kena makan...jangan tunggu sakit tengkok atau sakit bahu baru nak amek! dah kena stroke sapa susah? kan bang dbi kan?

DBI said...

dibah- ING kah???,,payment lambat..huhuhu

fendi- kena bertungkuslumus kat gym la fendi..

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]to buy macromedia flash, [url=http://firgonbares.net/]adobe photoshop softwares[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] office software discounts buy pirated software
academic software license [url=http://firgonbares.net/]buy original microsoft software[/url] 3rd grade educational software
[url=http://firgonbares.net/]free download for adobe acrobat 9[/url] tips for selling software
[url=http://firgonbares.net/]to buy adobe software[/url] buy macromedia software
cheap windows software [url=http://firgonbares.net/]best price software[/b]

Anonymous said...

Hi !.
You re, I guess , perhaps very interested to know how one can manage to receive high yields .
There is no initial capital needed You may start earning with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The firm incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become a happy investor?
That`s your chance That`s what you desire!

I`m happy and lucky, I began to take up real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a proper companion utilizes your funds in a right way - that`s the AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to join , just click this link http://fusokoja.freewebportal.com/tahofug.html
and go! Let`s take our chance together to feel the smell of real money

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]shop software for vista, [url=http://sunkomutors.net/]university academic software[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] sales and service software sales service software
autocad pdf converter lines overwrite [url=http://sunkomutors.net/]free microsoft office enterprise 2007 product key[/url] you sell used software
[url=http://sunkomutors.net/]buying used software[/url] kaspersky anti-virus personal
[url=http://sunkomutors.net/]software engineer canada[/url] buying microsoft software
academic discounts on software [url=http://sunkomutors.net/]macromedia authorware software[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]ACDSee Pro, [url=http://murudobaros.net/]software in canada[/url]
[url=http://murudobaros.net/]buy software uk[/url] selling free software serial number for adobe creative suite 3 master txt
buy software products [url=http://murudobaros.net/]software shop of america[/url] buy photoshop express
[url=http://murudobaros.net/]nero 9 special[/url] filemaker pro 8
[url=http://murudobaros.net/]Adobe Acrobat 9[/url] downloadable software application
office 2003 cd key [url=http://murudobaros.net/]autocad tutoriales cad[/b]

Anonymous said...

[url=http://hopresovees.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe photoshop cs3, [url=http://hopresovees.net/]software buying advice[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] nero dvd burner software at a discount
corel draw graphics suite x4 coreldraw manual [url=http://bariossetos.net/]good adobe acrobat pro 9 serial number[/url] buy dreamweaver and
[url=http://bariossetos.net/]academic pricing for software[/url] microsoft database software
[url=http://vonmertoes.net/]limewire for windows xp[/url] nero 9 forum
buying adobe software [url=http://vonmertoes.net/]windows vista theme pack[/b]

Anonymous said...

Good day, sun shines!
There have been times of troubles when I didn't know about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright stupid person.
I have never imagined that there weren't any need in big starting capital.
Now, I'm happy and lucky , I begin to get real money.
It gets down to select a proper partner who uses your funds in a right way - that is incorporate it in real business, and shares the profit with me.

You may ask, if there are such firms? I have to answer the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
[url=http://theblogmoney.com] Online investment blog[/url]

Anonymous said...

Hello!
You may probably be very curious to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin to get income with a money that usually is spent
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I make 1000-2000 per day now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

eda said...

Salam Dbi,

Saya telah amik Exforge pada umur 33 for setahun setengah.. masalah yg saya hadapi adelah keguguran rambut..tiap2 ari lebih setahun yg lepas. baru 2 bulan gntg pendek.
Sekarang rmbut nipis jer..
Adekah disebabkan oleh pengambilan ubat Exforge.. daya ingatan pun mcam berkurangan jer..
ape masalah saya sbnrnyer?

Qaseh Tercipta said...

salam Dbi,

My hsband umur 33 dh start mkn ubat darah tinggi 10mg n kolestrol 10mg..Problem is sy takut ade kesan sampingan sbb baru early 30 dah start makan ubat...any komen Dbi??

Anonymous said...

Hi...husband i makan ubat darah tinggi dalam jangka masa 3 tahun camtu..tapi skarang dia dah tak makan lagi coz dah ok..tapi skarang dia slalu mengadu lemah syahwat..adakah kesan sampingan ini akan berlarutan sepanjang hayat dia atau sementara sahaja? ada tak cara untuk mengubati?

Anonymous said...

Salam Dr, saya pengidap darah tinggi sejak 5 tahun dulu. Saya ambil ubat di klinik kesihatan then terberhenti dekat setahun. but now ambil semula sebab takut bila terbaca atikel efek tekanan darah tinggi. Saya mengambil ubat dari pusat kesihatan terdekat. saya makan seperti biasa, ade juga la kekadang miss satu dua hari. Baru-baru ini saya tiba-tiba berdarah hidung. ingatkan sebab panas tetapi setiap hari saya berdarah hidung hingga tak berhenti dan keluarkan darah dari mulut lagi. saya ke hospital untuk dapatkan rawatan then Dr ENT kata saya bernasib baik sebab hanya pemuluh darah di hidung pecah . darah yang keluar sememangnya banyak. Kesan lain yang saya terima peparu dan jantung saya bengkak. Dr adakah peparu dan jantung itu boleh pulih semula. Saya semakin risau

Man Rahman said...

Slam Dr.. Maaf kalau sy berbeza pandangan... ayah saya dah ambil ubat darah tinggi sejak umur dia 39 tahun dan sekarang umur dia 49 tahun... ini bermakna beliau dan mengambil ubat tersebut 10 tahun... Tapi keadaan beliau walaupun tekanan darah tingginya boleh tahan... tetapi dia mengidapi masalah osteoporosis dan sakit lutut (kurang cecair bendalir sendi)...kesian sy tenok dia nk berjalan pun susah... bila sy merujuk kenalan sy seorang doktor disabah dia menyatakan bahawa itu adalah kesan sampingan ubat darah tinggi... dalam kajian saya dengan merujuk beberapa kawan farmasi pengidap darah tinggi biasanya di beri beberapa kategori ubat bergantung kepada sifatnya : Jenis-jenis ubat darah tinggi

* Diuretik

Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.

* Beta-blocker

Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah.

* Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau Angiotensin receptor blocker (ARB)

ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.

* Calcium channel blocker

Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.

* Alpha-blocker

Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.

kalau berdasarkan ubat2 tersebut, bukankah ia bertindak menyebabkan ketidakseimbangan tubuh..... Contohnya ubat kategori kalsium chanel bloker yang menyekat kalsim ke sel darah.. bukankah kesan sampingannya pesakit akan mendapat penyakit osteoporosis kerana kurang kalsium di tulang?
dan saya amat tidak berpuas hati kepada doktor2 moden berpendapat bahawa penyakit kanser, darah tinggi dan diabetis tiada ubat... sedangkan menurut Rasulullah "Setiap penyakit itu ada penyawarnya kecuali tua dan mati"... Ini menunjukkan keadilan Allah, kerana apabila Allah menurunkan sesuatu penyakit pasti Allah akan menurunkan penawarnya... Sy kesal kenapalah ramai doktor2 yg pandai2 x dpt memikirkan fakta ini.. atau mereka sekadar berselindung demi mencari keuntungan..wallahualam..

Anonymous said...

salam.saya ada cek tekanan drh baru - baru ni dpt 140/100.sebelum ni tekanan drh normal.tp dlm sebulan lepas saya ada minum kopi kolagen bdn jd penat dan tak bermaya.p klinik tekanan darah naik.saya nak tanya kalau kopi tu yg jd penyebab tekanan saya naik?saya da berhenti dari minum kopi tu.

mrskojiwami said...

salam dbi, sy disahkan ada darah tinggi lebih kurang 6 bulan lepas, selepas sy jatuh pitam (umur sy 33 thn). doc saya bagi ubat target 50mg. so mmg saya makan ubat tu, tapi masalahnya, sejak makan ubat tu, period sy terganggu, mmg out of tune. every month mmg lambat, tarikh dah tak pernah tetap, lepas tu period sangat sikit. sy jadi risau bila period datang lambat, sbb saya ingatkan saya pregnant, tapi bila buat utp negative pulak. kadang2 lmbt smp 2 mgu.
apa pendapat dr?

TQ (email: kojiwami@yahoo.com)

Fendy Kasim said...

Salam dari sabah dbi..
cmni nk tau saja sebelum ni sy dsuru makan captopril + metaprolol tapi sy x tahan batuk ngan gastrik.. jadi doktor ubah amlodipin + metaprolol.. setakat ni ok cuma bila hari tu(3 hari lepas) doktr ubah metaprolol kpd atenolol 100mg... haa sana sy rasa x selesa dada.. mcm resah.. kaki & tangan sejuk.. bila bersenam rasa cepat letih.. jadi soalan sy boleh ka sy ambil balik metaprolol mcm biasa dn berhenti atenolol sertamerta?