Thursday, February 28, 2008

Ayah Wan 2



sila klinik sini untuk Ayah Wan 1

Seks ialah satu nikmat, lebih nikmat kalau mengikut adab adab yang ditetapkan. Walaupun seks penting untuk kenikmatan hidup, bercakap tentang seks menjadi taboo dalam masyarakat, maklumlah cerita dalam kelambu, mana boleh dibincang secara terang terangan.

Tapi zaman sekarang dah jarang orang guna kelambu, seks sudah agak boleh dibincang kalau kena caranya...macam Ayah Wan, dia nak tahu dan ada sedikit masalah, jadi dia jumpa lah orang yang perasan pandai macam Dbi... :-) . Bila Ayah Wan jumpa Dbi mengenai masalah ini, bukannya bermakna Ayah Wan ingat pasal seks saja, pasal agama, pasal didikan anak, pasal kewangan, tentunya Ayah Wan jumpa orang yang lebih layak..

Seks patut di nikmati selagi mampu, itu yang Ayah Wan amalkan, dan Dbi tidak boleh tidak setuju dengan Ayah Wan. Pertanyaan Ayah Wan lontarkan hanya sekadar mencari jalan untk mencapai nikmat seks yang maksima semetelah dia sudah di usia yang sebegitu.

Ini antara jawapan untuk persoalan Ayah Wan, setiap kali dia datang dan tanya soalan yang hampir sama, Dbi pun jawab dengan info yang lebih kurang sama, mungkin dengan nada, tonasi dan ayat yang berlainan....ahaks...

Memang akan berlaku kekurangan secara seksualnya, jika kita semakin lanjut usia. Semua orang akan hadapi nya, cuma penerimaaan tu yang berbeza, ada yang ok, ada yang resah dan akan ada yang tak kisah.

Banyak faktor yang mempengaruhi, nampak macam mudah tetapi seks melibatkan suasana, tarikan pasangan, minda, rantaian reaksi dalam badan, salur darah , hormon dan juga anggota yang terlibat secara langsung. Di usia yang tidak muda, banyak masalah akan timbul melibatkan faktor faktor tersebut.

Testosteron iaitu hormon yang terlibat secara langsung dengan nafsu akan semakin berkurang dengan usia. Bermula pada umur 35 tahun, paras hormon akan berkurangan sebanyak 1% setiap tahun. Jadi pada umur 65 tahun, tentunya nafsu akan banyak berkurangan.

Walaupun begitu, testosteron bukanlah faktor penentu, kajian menunjukan bahawa senaman tertentu seperti aerobic yang dilakukan secara berkala akan membangkitkan nafsu seks, lebih merasa kepuasan seks dan kurang mengalami masalah ereksi. Selepas sembilan bulan bersenaman, kekerapan bersenggama meningkat sebanyak 30% dengan capaian orgasm meningkat sebanyak 26%...

Senaman akan meningkatkan paras endophin dan adrenalin, hormon yang terlibat dalam reaksi teransang/merangsangkan nafsu. Paras testesteron juga meningkat dengan senaman. Senaman juga kan meransang pengaliran darah.

Jom pi daftar kelas aerobik……

Ereksi juga satu proses yang komplek, nampak senang jer kan???, ia melibatkan rantaian reaksi di otak, di sistem saraf, sistem pengaliran darah dan reaksi kimia di konek itu sendiri. Ereksi ni di grade kan kepada 4 grade iaitu:

  • Grade1-konek membesar tapi tak keras....lembek llotek
  • Grade 2- keras tapi tak cukup untuk penetrasi- tak leh nak masuk sebab tak keras betul
  • Grade 3- keras dah boleh masuk tapi tak keras betul
  • Grade 4- dah betul betul keras….kerah kketong…..

Secara ringkasnya, apabila terangsang, ada reaksi kimia yang berlaku dalam darah yang menyebabkan salur darah di otot konek membesar, Degupan jantung semakin kuat dan laju menambahkan aliran darah ke situ, otot konek yang berfungsi macam sponge itu akan di penuhi dengan saluran darah yang membuka menerima kehadiran darah yang banyak.. darah tidak dapat mengalir keluar dari konek kerana injap dalam salur darah yang membawa darah keluar akan tertutup. Kekerasan hanya disebabkan oleh kehadiran darah…tak perlulah nak buat senaman konek untuk dapakan otot konek yang mantap….hishhh…

Kemantapan kekerasan itu selain mengikut grading tadi, kira berapa darjah dia mencanak pun boleh gak kut….. :-P


Ada satu kajian yang di buat untuk ukur kemantapan nya mencanak…


Age        Angle
 20       10 degrees up from horizontal
 30       20 degrees up from horizontal
 40       1 degree up from horizontal
 50       1 degree down from horizontal
 70       25 degrees down from horizontal  

Kemantapan dan kekerasan berkurangan dengan usia, sebab utamanya ialah ganggauan pada sistem darah, salur darah menjadi keras, kurang kenyal dan sempit menyebabkan tidak banyak darah dapat mengalir ke situ. Tambahan lagi, injap di salur darah keluar tidak dapat menutup dengan ketat.


Banyaknya air mani yang keluar bergantung kepada kekerapan mani itu dikeluarkan, kalau sehari dah 4-5 kali, jumlah yang keluar untuk kali ke 5 tu tentulah kurang daripada yang pertama, tapi secara puratanya hanyalah lebih kurang 3.5 ml sahaja, yang paling tinggi di catatkan ialah sebanyak 13 ml.

Air mani yang keluar pun ada yang memancut jauh, ada yang meleleh sahaja, lagi sekali ia bergantung kepada kekerapan dikeluarkan, berapa keras ereksi yang dicapai dan berapa terangsangnya seseorang itu. Selepas tidak keluar selama beberapa lama, air mani boleh terpancut sejauh lebih dari 3 kaki tapi secara puratanya ialah hanya antara 7- 10 inci sahaja

Ayah Wan akan sangat suka dan kagum- (haha,yerlah tu) dengan nombor nombor dan statsitik begini….

Untuk tingkatkan keinginan bersenggama dengan isterinya, Ayah Wan akan tidur di bilik berasingan dan hanya masuk bilik isteri bila tiba harinya….bila lama tak bersentuhan..baru “ada mari” perasaan yang kuat..itu kata Ayah Wan yer…

Ayah Wan nak ambil ubat untuk tingkatkan nafsu sekd tapi Dbi rasa gentian testosteron tidak sesuai dengan Ayah Wan. Jadi Dbi nasihatkan dia ambil beberapa supplement herba yang boleh membantu menangani masalah dan memenuhi kehendak nafsu.

Banyak herba yang boleh membantu, antaranya ialah yang tak pernah hilang popularnya iaitu Tongkat Ali- yang lain ialah horny goat weed, Maca, beberapa herba ayuverda.

Korang pun tahu banyak lagi kannnn…

Dalam banyak banyak herba ni, Dbi rekomen tribulus terrestris


16 comments:

:: cheezzy cheese :: said...

yaa yanz still ingat kisah yg 1st dulu tu, smp jmp dgn bella weol dok gelak2 dgn cite tu.. ooooo dbi pon nak jugeks cite lemang ek.. ingat LeeUK jer.. so xheran la nape org yg tuek2 tu gatai sokmo kan? kan? kannnnn? sbb angle lemangnya bleh mencanak until 25 degree.. fuhhhhhh.. kelesssss.

Azhar Ahmad said...

Entah mengapa, saya rasa kegelian plak... Ahahahahahah

Neeza Shahril said...

ni entry untuk lelaki saje ke? tapi pompuan boleh baca gak kot.. manalah tahu ada che' abang yang perlukan info heheeeee...

polong said...

adus...
kn main lagi ayah wan ni yek...
mayb mak wan tu muda lagi kot.
bagus info ni..
hidup ini mestilah ceria selalu...

asr said...

Cuba cipta kan tongkat kecik untuk ayah wan yg dah 25 degree menyembah bumi tu, hahahaa...

Lawaklah ayah wan ni...
Next, Ayah Wan 3 please!

Anonymous said...

huh..galok la ayoh Wan....!...

ayoh wan ker dbi sendirik hok galok...hahaha...!!

captainlukman said...

wahhhhh kelah ayoh wang, tobak kuat. tapi bahagiang lembek llote tuh dok tahang tuh**ops** matilahsesapa**

Anonymous said...

DbiThanks for berkongsi maklumat.Hakikat nya nafkah bathin perlu diambil berat oleh setiap pasangan yg berumahtangga.Ia bukan sesuatu yang lucu yg dilucahkan.Ayah Wan tahu merujuk masalah pada yang pakar dan tahu.Entah berapa ramai yang sombongbodoh merujuk kepada penjual minyak urut tepi jalan. Rio

DBI said...

yanz- 25 degree donward lah..keless aper... :-P

har- pasal plak??..ade ade je ko...ahaks.

neeza- yer org pempuan pun kena ambil tahu..boleh tolong che abg gitu...

polong- yer hidup mesti ceria, nikmati segala kenikamtan yang ada selagi mampu

asr- ko engineer kan???.ciptalah se. hehehe..aku tunggu jer.

anon 1046- kalu ada tempat untuk bergalok, tidak jadi masalah untuk rasa galok...dok gitu??? :-)

lukmang- saper hok lembek llote..mung ker...larikkkkkk

rio- setuju tu...

ken said...

takkan Papa kalah dgn ayah wan ;-)

Jie said...

Untuk tingkatkan keinginan bersenggama dengan isterinya, Ayah Wan akan tidur di bilik berasingan dan hanya masuk bilik isteri bila tiba harinya….bila lama tak bersentuhan..baru “ada mari” perasaan yang kuat..itu kata Ayah Wan yer…

saya tak suka tang ni..penting diri sendiri !!

kadang2 tidur bersama bukan semata2 utk seks..tetapi belai membelai dodoi mendodoi, bertukar2 cerita hal anak2 bergossip hal2 kawan2..itulah komunikasi suami isteri..Bila berkomunikasi berduan2 baring2 romantik mcm tu..kasih lebih erat bukan semata2 dari seks.

Saat itulah seorg isteri ingin baring pada suami, melepaskan lelah seharian..juga ingin di belai,di urat manja sebelum terlelap..bkn hanya tidur lena after play!

Kepuasa seks bukan dtgnya dari sebelah pihak shj... percayalah kalau kedua2nya memainkan perangan...akan tip top!!

tul tak DBI?

Jie said...

* perangan = peranan

dbi said...

ken- Ayah Wan banyak pengalaman tau...

jie- setuju, sebab tu ada sttment ayah wan yng cakap...ada org bijak pandai pesan dulu..walaupun bergaduh besar dgn pasangan, jgn sesekali tidur berasingan, bila dah tidur bersebelahan, kan reda kemarahan dan akan timbul kemesraan ..

Rush Murad said...

pernah secara tak sengaja terdengar perbualan beberapa org makcik umur 50an "my hubby tuuuu... i tak larat lah, malam tadi dia make love dgn i sampai lebih 2 jam, i nak pengsan u know, dah berkali2 i climax, tapi dia masih hayun like nobody business, orang lelaki kalau umur dah tua memang macam tu ker? hubby u macam mana Datin X?" anyway, hubby makcik tu umur dah 60an... bila i terpandang hubby dia, i nak tergelak dan kagum dgn stamina dia... walaupun badan dia kurus dan rendang dan bertongkat...hikssss....

arsaili said...

uiks hot topic er doc..ahaks

WanHidayat said...

Salam doc...hiksss....mcm baca kamasutra jeak...amik tahu sekarang utk masa depan....lalalala