Tuesday, April 01, 2008

chicken pox


Rancangannya nak ke KL hujung minggu nanti, ada seminar peringkat kebangsaan. Sesekali kena jugak menghadirkan diri untuk buang karat dalam kepala otak ni..dah lama sangat tak hadiri seminar sebegini..kali terakhir untuk seminar sebegini besar ialah kira kira tujuh lapan tahun yang lepas.

Sebenarnya Dbi tak lah suka sangat nak berseminar ni..tambah pulak pada waktu sekarang ni...sudah pasti akan jumpa kenalan lama yang agaknya ramai yang sudah jadi pakar dan jadi Dr yang hebat. Akan ada rasa rendah diri sedkit nanti..walaupun tahu bukannya bila orang lain hebat, Dbi menjadi tidak hebat..Cuma akan terasa bahawa kita tidak sehebat orang yang hebat. Merasalah nanti Dbi buat buat tak kenal diorang kalau diorang tak menegur dahulu...mati le sombong n gong

Tak kisahlah..sebenarnya dah ramai sangat orang cakap Dbi ni seorang yang sombong....tapi Dbi bukannya sombong sangat.....tak nak mengaku ni...Dbi bukan macam lalang tapi macam padi... semakin makin berisi makin boroi... Dbi akui Dbi seorang yang pendiam ..sangat tak pandai nak mulakan perbualan, tidak boleh nak kekalkan perbualan..tetiba otak jadi kosong..tak tau nak cakap aper...dan orang yang pendiam lebih mudah dikategorikan sebagai sombong...

Anak anak dah melompat lompat nak ke KL, bukannya suka nak pergi KL tapi gembira sebab nak pergi hotel..budak budak sekarang, kecil kecil cam ni pun dah tahu hotel, papa diorang ni, umur 26 tahun baru merasa duk hotel..bertuah sungguh.





Rancangan nak ke KL ni ada aralnya...5 hari lepas, abang dapat chicken pox, dua tiga adik dapat chicken pox...tak tahu lah yang sorang lagi bila nak kena.....

Chicken pox atau jintungan, panggilan orang sini, sangat mudah berjangkit.. pesakit yang kena jangkitan Virus Varicella Zoster ini kan demam diikuti dengan bintik kemerahan yang akan membentuk lepuh lepuh kecil yang mengandungi cecair jernih yang kemudiannya keruh. Selepas sehari dua, lepuh akan pecah dan membentuk crusted-??kuping..

Ketika ini demam akan reda tapi akibat tumbuhnya lepuh itu, pesakit akan rasa gatal miang dan pedih sekali gus. Siksa betul tengok dioarang ni sakit..siksa lagi papa diorang yang jugak tak boleh tidur sebab kena gosok gosok badan diaorang berdua ini….

Mujurnya chicken pox, seperti kebanyakan jangkitan virus yang lain, tanpa rawatan, ia akan sembuh dengan sendirinya selepas seminggu dua, tapi takkan nak biarkan anak anak dalam keadaan yang tak selesa kan????

Kalau ikut pantang orang tua, chicken pox, measle- campak, dan segala demam yang ada ruam, jangan di beri ubat untuk pastikan semua ruam dan lepuh tu keluar..biar bisa penyakit keluar dari badan dan ubat ubat akan menyekat proses ini… pantang ni salah sebenarnya….

Untuk chicken pox ni, ada anti virus yang boleh diambil, tapi ubat anti virus ni harus mula diambil dalam tempoh 24 jam bila lepuh ni keluar, baru boleh berkesan.. Kesan anti virus ni antaranya mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain, mengurangkan bilangan lepuh yang keluar dan megurangkan rasa sakit dan miang chicken pox ni.

Tanpa rawatan, akan ada 100-300 biji lepuh diseluruh badan…tapi bila ambil anti virus ni, hanya akan ada sedikit sahaja yang tumbuh..abang hanya ada 33 biji dan adik ada18 biji sahaja~ boleh caya ker Dbi kira ni????..hahahaha….lepuh tu tak banyak la..

Selain tu, ubat demam boleh diambil untuk kurangkan demam dan sakit, sapu lepuh dengan calamine lotion, ambil jugak anti histamine untuk kurangkan rasa gatal. Mandi 3-4 jam sekali untuk kurangkan rasa miang, elakkan menggaru untuk cegah jangkitan bacteria.

Ada imunisasi/pelalian untuk chicken pox ni…kanak kanak yang mengambil pelalian ini, InsyaAllah tidak akan mendapat penyakit ini…jadi sesiapa yang tak nak anak dapat chicken pox, sila ke klinik berhampiran untuk pelalian , harganya rasa RM 100+++. Untuk anak anak perempuan atau perempuan yang belum pernah dapat chicken pox, rasanya bagus ambil pelalian ini, sebab kalau chicken pox menyerang ketika awal mengandung, anak dalam kandungan akan cacat dan jika serangan di akhir kandungan, anak yang lahir akan dapat chicken pox yang teruk.

Chicken pox selalunya hanya sekali dalam hidup dan tidak merbahayakan tapi komplikasi teruk boleh jugak berlaku seperti lepuh lepuh menjadi nanah- biasanya akibat menggaru dan komplikasi paru paru.

Rancangan nak ke KL ni masih belum ada kata putus, dengan anak anak yang masih tak sihat sepenuhnya, dengan kereta yang ada masalah dan yang penting kompani yang nak sponsor belum lagi beri kata putus...sedang tunggu tandatangan CEO katanya...aduhhh…



P/s: pantang orang tua...kalau kena chicken pox, jangan bagi kena hujan....kalau kena hujan, parut akan jadi besar dan huduh???..betul ke tak ni????


23 comments:

Rush Murad said...

i kena chicken pork oppss.... pox ni masa sekolah menengah dulu, memacam pantang larang i ikut.. tetapi memang betul (atau kebetulan), tiada kesan yg tinggal... kulit muka balik asal. ada orang amalkan pakai bedak sejuk buah ceremai nak hilangkan parut.

Pi KL bawa anak2, ambik cuti sendiri jer lah doc.... lagi puas kan?

Neeza Shahril said...

Anak-anak neeza kena masa kecil lagi.. cepat2 jumpa doctor. Bagi ubat.. Kejap aje baik dan tak keluar banyak pun. Tak sampai 1 biji pun rasanya..

Neeza kena masa form 5.. kat hostel.. 2 minggu cuti.. hehee..

cendawanintim said...

Saya kena chicken pox masa skolah menengah dulu...

tapi betul la, kalu kena ujan, memang tinggal parut tuh...saya kat dahi pon masih ada sampai sekang...

drzeze said...

salam to DBI,tentu anak anak teruja nak ke KL kan...hope they get well soon.
dbi sombong?rendah diri?jangan fikirkan negatif tu.Usah peduli dengan persepsi itu..selamat berseminar..
sekali dua kali memang kena keluar dari bilik 4segi tu kan?

bini mokhtar said...

dbi sombong?????? hmm lengkali wi kuih qasidoh baru lah dok sombong *winkwink* hiiihiih

wan said...

anak² kita kena c/pox masa kecik, senang nak jaga. tapi dok ikut gak pantang x bagi mkn kicap la, x bg kena ujan la..

tapi alhamdulillah, hanya ada sebiji je yg berparut pun :)

sakura said...

hari ni jumpa blog doc..best sgtttttt..nk carik klinik doc lah..kat mane ek??nk inject vit c..hikhik..

DBI said...

rush- mati le kena samak kalu dpt chiken pork..hahahaha

neeza- kena masa kecil lebih bagus berbanding kena waktu dewasa..

cendawan-pi mandi ujang ker masa kena jintungang??

drzeze-tak der lah nak rasa inferior..sajer jer sebenornya..

lili- :-P...

wan- makan kicap parit jadi itam kan???

sakura- datanglah selalu...ada ke org cucuk vit C lagi???...sooo la out of date tau...

arsaili said...

sama la kita..sombong menyombong, susah nak buka mulut..tapi bila dah buka mulut tak reti nak stop plak..ahaks

Anonymous said...

doc, kena chicken 30+ jankitang dari anak2 separuh mati rase sakit nyer leni muka penuh kawah... anak2 nasib bk takde parut...sakit tak trekata memang muke terus jadi aliens

:: cheezzy cheese :: said...

kalau jadik la DBI turn KL, spt biasa muka2 weol ni jgn lupa dtg jmp ek? last yr yanz sorg jer xlpas jmp DBI.. tau2 jer ada keropok dr ganu, itu pon Bella yg pass kan..

chicken pox ni byk sgt pantangnya.. itu ini xleh mkn, yanz prnah kena 2 kali rasenya. itu pon time sekolah rendah.

WanHidayat said...

Waktu sy tinggal di Perak, sy pernah kena....kami penggil pelentung....mmg byk yang kena pantang...mcm2 lah....tapi hari ini sy dah ok...tiada lagi kesan parut...hehehe, ada rahsianya....

izman said...

sy kena chicken pox masa tingkatan 4. dlm seminggu dh sembuh. dpt cuti 2 minggu. nenek sy x bg makan ubat hospital. dia suruh minum air kelapa muda utk keluarkan semua air bisa. mandikan dengan air ramasan daun nona dan sapu bedak sejuk buatan sendiri. alhamdulillah tiada parut.

jangan kn hujan. kwn sy kn chic pox tp degil main hujan; sampai sekarang muka dia ada parut chic pox, besar2 plk tu. kebetulan atau mmg efek dia, sy x pasti.

asr said...

satu lagi org kata jgn dekat2 dengan org yg sedang menggoreng, nanti chicken pox tu akan merenyam macam bertih jagung. Pesakit akan jadi tak keruan, miang & menggeliat, trus jadik ala ala tarian micheal jackson!

-Dr. ASR in waiting-

DBI said...

anon-kena chicken pox masa dewasa lagi teruk sebenarnyer..parut pun lamabat hilang

arsaili- tapi kalu dajh buka mulut pun boleh terkatup balik camner??

yanz-dua kali???..biasenyer sekali je..sebab antibodi yang ada akan cehgah serangan chicken pox..

wandayat- aper rahsia tu...share ler

izman- kannn..air nyior tu penawar katanyer..

asr- betul tu..terus gatal bila dengar bunyi mengoreng tu...bender2 berminyak pun kena jauh...

polong said...

salam dbi..
udah bebenor xcek blog dbi ni... dah ada masa lapang ni nak try cek la kunun. mak ai, manyak nyer cite dbi ni yang i tertinggal.
dbi, ni nak tanya 1 perkara la, saya lom penah kena lagi chiken pox ni, umo lagi 1thn cukup 30. tapi stil muda lagi, tanak ngaku tua ye. tapi cam ada dengar cite kata orang, bila dah kena nyakit tu masa umo canggini bleh jadi madul... ulang... mandul. tul ker. ntah le... tul ke x. dbi rasa camne..

Libby said...

Good words.

Anonymous said...

saLam ya alaik.
ana um0 17taun.
spm candid ne.
msuk arini ari k5 ana dpt chicken pox.
dugaanNYA mmg berat.
tp ana kne tabah.
mgkn ada hkmah d sbLiknyer.
tp esk ana akn stat exm.
1001 prasaan mlnda skrg ne.
lepuh2 smkn byk.
gtal2 dn miang2 pn smkn trase.
bhgian mke mmg xnmpk rupa lgsung.
mgkn ini lh msenye bg ana hapuskn sgLa d0sa2 ana.
cm2 pantg yg org bg.
klu bLh ad yg kate bdn ne jgn bg kne air lgsung.
tp cmne ana nk s0lat?.
nk stdy pn kdg tggu.
ana rse ana nk stay kt wad je.
lbh slse dpd brulg-alik dr umh ke sk0lh kn?.
apa pndpt anta?.
cbe cmen sket bg situasi ana ne?.
thnx 4evrything.
(+_+)

::chocholate baby:: said...

n now tgh kena chcken pox.. sengsara nye hidup nie.. gatal die tersgt2.. skt die macam kne sengat ape jek.. mmg xthn sgt.. mlm2 nk tido ssh akibat kegataln kt blkg bdn...

org kate kalau kne chcken pox jgn mndi.. sbb die akn menambahkn biji2 yg ade tue??? btol kew??

cikgu dee said...

hari ni hari ke 2 badan akak dipenuhi chiken pox ni...mak mentua kata..penyakit orang baik-baik.....sebabnya orang yang Allah sayang akan diberikan ujian..sebab sakit chiken pox nih boleh tahan jugak deritanya...tapi suami akak pulak kata...penyakit baik-baik sebab kalau tak nak rasa sakit dan gatal sangat kena duduk baik-baik...jangan garu-garu dan jangan mulut bising2 merungut gatal dan sakit...sebenarnya dia dah penat dengar akak merengek mcm budak kecik..hahahha

cikgu dee said...

hari ni hari ke 2 badan akak dipenuhi chiken pox ni...mak mentua kata..penyakit orang baik-baik.....sebabnya orang yang Allah sayang akan diberikan ujian..sebab sakit chiken pox nih boleh tahan jugak deritanya...tapi suami akak pulak kata...penyakit baik-baik sebab kalau tak nak rasa sakit dan gatal sangat kena duduk baik-baik...jangan garu-garu dan jangan mulut bising2 merungut gatal dan sakit...sebenarnya dia dah penat dengar akak merengek mcm budak kecik..hahahha

sYazA... said...

salam dr... Apa nama anti virus untuk chicken pox?

Rtwo DrPeon Rebel said...

Salam.. nk tnya sket doc.. stengah org ckp lauk daging bakar tkleh makan yeke?