Monday, June 02, 2008

ibu susu 2






Dengan perkembangan teknologi perubatan sekarang macam macam boleh buat, jadi bukan perkara yang susah untuk hasilkan susu walaupun tak mengandung, tapi kena ada persediaan dari segi minda lah jugak,selain bantuan ubat ubatan.

Selain dari memberi susu kepada bayi, penyusuan susu badan jugak akan kuatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak…sedia maklum kan

Tapi sebelum tu, Dbi nak ingatkan supaya berjumpa Dr dahulu kalau bercadang untuk menghasilkan susu untuk susuan anak angkat.. jangan pepandai jer ambil ubat sendiri, sebabnya pengambilan sebarang ubat bukannya tanpa kesan sampingan…berbincanglah dengan Dr yang merawat…

Kalau ada darah tinggi, terlebih berat badan, sejarah sakit jantung atau ada sejarah sakit bekuan darah dalam saluh darah-DVT, pengambilan ubat ni boleh merbahayakan…walaupun sihat tanpa sebarang sakit, kesan sampingan yang ada kadang kadang sangat tidak menyenangkan.

Ubatan yang diberikan akan mimic hormon yang terhasil didalam badan ketika mengandung walaupun tidak 100% sama, tapi cukup untuk hasilkan susu untuk sekurang kurangnya 5 kali kenyang…

Untuk hasikan susu yang mencukupi, dicadangkan untuk ambil ubat ubat ini 6 bulan sebelum menyusu, boleh jugak ambil secara express- sebulan dua sebelum menyusu tapi mungkin susu terhasil tak banyak…kalau nak yang terbaik..buatlah betul betul tapi kalau dah terpaksa, anak angkat dah dekat nak dapat…terpaksalah buat express…

Dua jenis ubat yang perlu diambil, pertamanya untuk hasilkan hormone estrogen dan progesteron macam ketika mengandung., boleh ambil pil perangcang keluarga-(OCP) yang ada estrogen dan progesteron. OCP ni diambil berterusan untuk merangsang buah dada supaya bersedia untuk menyusu, dan perlu berhenti kira kira 6 minggu sebelum sususan bermula.

Banyak yang ada dipasaran, tapi ada yang terbaik di antaranya. Jenama OCP ni kena tanya Dr yang merawat lah..

Keduanya, ambil ubat yang dapat menghasilan hormone prolaktin, sebenarnya tiada ubat secara langsung dapat hasilkan hormon ni, tapi ada ubat yang digunakan untuk tujuan kain yang ada kesan sampingannya menghasilkan kesan seperti hormon prolaktin. Ubat untuk muntah iaitu maxolone pernah digunakan tapi sebab banyak kesan sampingan apabila diambil berterusan, jadi ia tidak lagi dicadang untuk di gunakan lagi. Ubat lain yang digunakan sekarang yang beri kesan yang dikehendaki dan sangat kurang kesan sampingannya. Ubat ini perlu diambil bersama OCP itu dan perlu juga diteruskan sehingga menyusu badan. Bila dah tak nak menyusu boleh lah berhenti ambil ubat ni secara perlahan lahan.

Sebaik sahaja berhenti mengambil OCP, buah dada yang ranum itu hendaklah dipam sentiasa iaitu selama 10-15 minit untuk setiap 2-3 jam sekali. Ini bertujuan untuk merangsang hormon oxytosin untuk proses susu dikeluarkan. Untuk pam, boleh guna mesin pam elektrik, atau mesin manual atau mesin semulajadi- suruh Encik Abang di sebelah…oppsss… :-)) ..biarlah En. Abang pun terlibat sama..kannnn.

InsyaAllah berjayalah…bila anak dah menyusu, banyaknya susu terhasil bergantung kepada banyak mana anak tu minum…ala demand n supply..

Elakan minuman berkafein sebab ia akan sebabkan penghasilan susu berkurangan

Minum banyak air masak

Herba pun boleh diambil antaranya.. Blessed Thistle herb dan Fenugreek seed –nama melayunya taktau lah..tapi boleh tanya orang orang tua,,diaorang tau kut..

Makan oetmeal tiga kali seminggu pun boleh banyakkkan susu.

Cukup ke susu yang terhasil secara tidak semulajadi ini??.jangan bimbang...kajian yang dijalankan menunjukan bahawa anak naka yang ambil susu sebegini, membesar seadanya tanpa kekurangan gizi. Kajian lain mendapati susu ibu yang terhasil secara begini sama kandungannya dengan susu hari ke sepuluh susu ibu biasa tapi kurang kandungan albumin, antibodi IgAdan beberapa protein lain, tidak seperti susu awal- kolustrum, yang lain tu kira sama lah.


Seperti biasa segala perkara ada pro dan kontranya, mengikut dari sudut mana yang dipandang. Ada pendapat mengatakan kalau terlalu ramai yang perempuan belum kawin yang ambil anak angkat dan menjadi ibu susuan dengan cara ambil ubat, nanti institusi keluarga akan berubah dan musnah. Trend mengambil anak angkat macam dah bertambah terutamanya di kalangan artis perempuan yang belum kahwin..kannn? tapi tak tahu lah samada artis ni bagi susu badan ke tidak...

Dari segi perhubungan dengan anak tu , Dbi rasa bagus sangat, selesai masalah mahram. Macamana instituisi keluarga musnah yer??..bela anak tanpa suami erk??..Dbi rasa, tak ada perempuan yang tak nak kawin, yang tak kawin tu sebab belum ada atau lambat sedikit nak dapat jodoh...mungkin adalah sebilangan kecik yang memang tak nak kawin, kasih sayang yang ada bolehlah disalurkan kepada anak angkat, pincang ker bela anak tanpa kehadiran lelaki..??? Rasanya kalau didikan yang diberikan sempurna, tidak ada masalah.Yang terbaik haruslah kena ada didikan dari ayah jugak tapi kalau dah memang belum ada, tidak akan pincang pun instituisi keluarga,kalau kena gayanya.Pincang tak pincang sesuatu keluarga tu bergantung kepada siapa yang mengendalikan institusi keluarga itu..



kalau nak tahu lebih lanjut dan makluman lebih lengkap..goooogle sahaja INDUCED LACTATION.




19 comments:

nazzman ibrahim said...

comelnya adik2 tu

geram tengok

wan said...

boleh rupanya inducekan susu badan ek..

tapi cerewet sungguh prosesnya.

asr said...

Semoga kakak yg bertanya tu live happily ever after...

:)

Neeza Shahril said...

aduhaiii... complicatednya proses.. tapi bagi yang memang nak kan anak angkat jadi anak susuan, mesti tak kisah buat kan..

betul tu.. ramai aje yang ada mak ayah betul.. tapi tak cukup didikan elok, tak menjadi jugak..
biarlah mak sorang aje yang besarkan.. Wallahu'alam...

thanks doc for the info..

:: cheezzy cheese :: said...

uikss.. touchingnya baca entry DBI kali ni.. sbb yanz ni single lagi kan.. plan amik anak angkat ni, tak trpikir lagi laa, sbb diri sndri lom trurus lagi, rasenya if tak kawen nk try la kot amik sorg?

arsaili said...

salam..is that ur kids?..cute nya

MeLanKoLi said...

hmm..dbi..mn satu yg mase kecik yg berambut lebat siap cacak2 lg tuh???

dbi said...

nazz- papa diorang lagilah comellll..lagilah gerammm...hahaahahah..*pitam 4 hari

wan- cerewet tapi kalau terpaksa..digagah jugak..

asr- ada ke org happily ever after??.. :-P

neeza- yer..tapi kalau terpaksa..yg sussh nampak senang..

arsaili- yer.. :-)

melankoli- yang tengah tu rambut berduri n sgt lebat

yanz- a`a..tapi insyaAlalh lah tu..

Neeza Shahril said...

1 soalan ni yang lari topic sikit. Ada effect tak kepada ibu dan baby yang dikandung kalau siibu menyusukan anak yang lain? apa effect pada baby yang dikandung?

kiky f said...

hi, greeting from Jakarta. In my country currently, we had campaign for 6-month-exclusively-breastfeeded, the all baby intake is only her/his mom's milk.

the mommy sould have the confident that she can breastfeeding her babies, i guess the vitamin is only the catalisator to improve the quality (of the breast milk)

as neeza shahril's question, as long you're okay doing Tandem breastfeeding , (your physic are fine) it won't do anything harm to you or your baby. One of my colleagues do currently.

kadok said...

anak2 dbi ke?

polong said...

bapak baby suka nyusu ibu... hehe
camne tu erk..

ken said...

comel2 anak2 papa

Jie said...

Pernah dengar gak mcm ni..tapi bila DBI yg tulis, lagi kompidenlah nk berbahas lepas ni..

Beruang Madu said...

Err Dbi teknologi ni terbuka untuk kaum hawa jer kan??? sapa lah tahu dah advance sangat sampai kaum adam punya susu pun diorang leh produce kan utk baby.... hahahahaa

DBI said...

neeza- breastfeeding in pregnancy selamat.

KikyF- thanks..malaysia has that kind of campaign too..and each hospital should aim for baby-friendly status.

kadok- yer.. :-)

polong- dah suker..hisap jer lah...huhuhu

jie- ada perbahasan selalu ker??

aBear- ade ke baby nak hisap susu dari tetek yang berbulu..hahaha..tersedaklah nanti...

YAZrIE said...

kalau lelaki makan oatmeal 3 kali sehari jadi apa pulok Doc? tambah "susu" yg satu lagi tu ker?

ierazul said...

klau i nak stopkan susu camne lak? pls advise as i need to go for outstation next week... my baby still breastfeed.. plss help..

ada ubat tak tk stopkan susu? ada side effect? nama ubat? alternatif lain?

zai nisha said...

saya baru jer dpt tau yg susu ibu bleh terhasil dgn pengambilan ubat sahaja....kira nyerr kawan saya tidak berbohong laaa...im say sorry for him...byk info yg saya dpt dari dia...thanks a lot...