*Amaran: entry ini ada unsur unsur besar diri dan puji pujian untuk diri sendiri..hhahaha
13 Januari sentiasa istimewa….
Kejadian 1
Hari ini ada seorang makcik yang bawak anaknya untuk pemeriksaan kesihatan. Anak nya ini berumur 15 tahun, kata makcik ni,dulu masa berumur 8 tahun, anak lelakinya.ada penyakit darah tinggi dan buah pinggang bocor. Semasa sakit tu, muka anaknya sembab- mata kelihatan bengkak, demam, dan air kencing keruh juga berdarah.
Setelah diwadkan selama beberapa hari, beliau pulih dan tidak lagi menghadapi apa apa masalah kesihatan. Sekarang dia datang untuk memastikan tiada lagi penyakit buah pinggang bocor itu.
Dbi agak musykil sebab mereka ni datang dari Bandar Muktaffi Billah Shah..lebih 100 km dari klinik Dbi. Kenapa datang begitu jauh untuk pemeriksaan kesihatan..???
Kemungkinan penyakit yang dihadapi anak lelaki makcik ni dulu ialah acute glomerulonephrosis (AGN) Sejenis penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan jangkitan kuman di kerongkong atau kudis di kulit. Buah pinggang akan dijangkiti menyebabkan kegagalan untuk menapis dan menghalang protein keluar melalui air kencing. Kandungan protein dalam darah akan kurang menyebabkan tubuh menjadi sembab. Keradangan buah pinggang juga akan menyebabkan ada sedikit perdarahan dan darah tersebut akan kelaur melalui air kencing. Pesakit juga akan ada darah tinggi kerana buah pinggang juga memainkan peranan untuk megawal tekana darah.
Mujurlah AGN biasanya dapat dirawat sepenuhnya dan pesakit akan pulih tanpa ada sebarang kesan jangkamasa panjang.
Jadi soalannya..kenapa datang klinik Dbi...bukan tak suka pesakit datang tapi sedikit hairan…sanggup datang jauh untuk hanya pemeriksaan kesihatan.
Ni jawapan makcik tu…. “ Saya dengor orang kabo, Dr kat sini bagus..ubat ubat pun molek..tu nok mari try tu..”
Suker…suker..suker…dah popular ke klinik Dbi?????
Kejadian 11
Bila orang jauh datang ke klinik untuk berubat, setelah dengar buah mulut yang baik dari orang, Dbi rasa sedikit tertekan sebenarnya..yer lah kita hanya berusaha tapi yang menyembuhkan penyakit bukan kita. Ada penyakit yang dapat di rawat ,ada yang tidak, ada penyakit yang cepat sembuh, ada yang lambat ya amat….semuanya bergantung kepada kehendakNya..kita hanya berusaha…
Kerana berusaha untuk sembuhlah, pada hari yang sama tapi waktu yang berlainan, datang pulak sepasang suami isteri yang dibawa anaknya. Mereka datang dari Jerteh yang jauhnya lebihkurang 150 km dari klinik Dbi.
Dah banyak klinik pakcik ni pergi, tapi tak sekung katanya..bila dengar kawannya datang sini terus baik, terus dia datang..manalah tahu ubat yang Dbi bagi sekung...
*sekung = serasi dan mujarab
Betul lah kut..klinik Dbi dah popular…ahaks….
Pakcik ni kena stroke aka angin ahmar tiga tahun lalu, dah boleh berjalan bertongkat, Beliau datang sebab beliau rasa lenguh lenguh dan sakit sakit tubuh terutama sebelah yang terlibat sampaikan kekadang tak boleh tidur sebab sakit.
Bila orang dah datang jauh…haruslah Dbi buat pemeriksaan yang lebih rapi…baru berbaloi..tak ade lah nak main periksa jolok jolok dengan pen saja….ehhhh…bukannya bila pesakit setempat yang datang Dbi jolok jolok dengan pen,pemeriksaan rapi jugak tapi yang jauh…terlebih lebih lah kena periksa…gituuuu…biar terasa diri mereka sangat dihargai dan tak rugi datang jauh jauh..perasaan gembira, puas hati pun memainkan peranan untuk mempercepatkan proses penyembuhan…..kan????
Tekanan darah, paras gula dan pemeriksaan fizikal lain adalah normal, Cuma bahagian badan yang kena stroke tu agak lemah. Memanglah, bagi pesakit stroke, proses pemulihan memakan masa dan apabila pulih biasanya akan ada kesan residualnya…macam pakcik ni….lemah lemah anggota….
Pakcik ni puas hati tak????..rasanya puashati kut sebab masa nak keluar tu dia cakap macam ni….. “ Pakcik dah pergi banyak klinik berubat…tak de lagi Dr yang periksa semua sekali macam Dr buat tadi….selagi….tak pernah lagi saya jumpa Dr di klinik yang se MUDA Dr…..”..bold yer sedara sedari…ahaks.
Bila pakcik tu dah keluar..., terus tengok cermin…..tegang lagi muka, rambut pun lebat, uban tak der…perut pun tak boroi….er boroi sikit jer….
Suker…suker…suker…Muda ker Dbi???…
Kejadian 111
Sedang tengok cermin sambil kembang sebab org kata kita muda, ada pulak orang nak jumpa..kacau daun plak…hilang nafsu berangan..
“ Dr saya bukan nak check, saya nak bagi cadangan jer”…kata perempuan cantik ni sambil duduk tanpa d jemput….
“ Dr tak nak tarkan tanah depan klinik dr ni ker???..”
“ Tulah..tuan tanah tu janji ari tu nak buat..tapi tak buat buat…saya tak nak buat sendiri..tiap tahun saya tambun tanah kat situ……”
“ Saya bukan apa, saya sealu datang klinik Dr tapi kekadang tu malas lah nak singgah, dengan berdebu dan berlubang lubang tu…walaupun saya naik kancil, sayang jugak kancil saya..susah nak masuk….”
“ Tuan tanah ni kedekut..”..kutuk Dbi secara sengaja..
“Tuan tanah… PAS ker UMNO..??..Dr… PAS ke UMNO???”
“arrrrgh?....”
“ Tak per…gini, ayah saya pengerusi JKKK…nanti saya buat kertas kerja pastu bagi kat ayah saya untuk tar kan depan klinik Dr…manalah tahu bajet ada….hendak pula dekat nak pilihanraya ni…”
“Boleh ker???..kalu boleh bagus sangat lah tu”
“ Dr tak payah buat apa..nanti saya buat..kalu berjaya nanti saya beritahu Dr...ok dok???
“ ok..ok...harap harap boleh lah......"
suker..suker....suker...
Kannn??..semua yang menggembirakan hati ni berlaku pada hari yang sama 13 Januari...yang menggembirakan ini sudah cukup sebagai hadiah hari jadi Dbi...
Selamat hari jadi jugak kepada Capricorn blogger yang lain…Yanz, Haijat, Hjh Esah, Xis