sila klinik sini untuk Ayah Wan 1
Seks ialah satu nikmat, lebih nikmat kalau mengikut adab adab yang ditetapkan. Walaupun seks penting untuk kenikmatan hidup, bercakap tentang seks menjadi taboo dalam masyarakat, maklumlah cerita dalam kelambu, mana boleh dibincang secara terang terangan.
Banyak faktor yang mempengaruhi, nampak macam mudah tetapi seks melibatkan suasana, tarikan pasangan, minda, rantaian reaksi dalam badan, salur darah , hormon dan juga anggota yang terlibat secara langsung. Di usia yang tidak muda, banyak masalah akan timbul melibatkan faktor faktor tersebut.
Walaupun begitu, testosteron bukanlah faktor penentu, kajian menunjukan bahawa senaman tertentu seperti aerobic yang dilakukan secara berkala akan membangkitkan nafsu seks, lebih merasa kepuasan seks dan kurang mengalami masalah ereksi. Selepas sembilan bulan bersenaman, kekerapan bersenggama meningkat sebanyak 30% dengan capaian orgasm meningkat sebanyak 26%...
Jom pi daftar kelas aerobik……
Ereksi juga satu proses yang komplek, nampak senang jer kan???, ia melibatkan rantaian reaksi di otak, di sistem saraf, sistem pengaliran darah dan reaksi kimia di konek itu sendiri. Ereksi ni di grade kan kepada 4 grade iaitu:
- Grade1-konek membesar tapi tak keras....lembek llotek
- Grade 2- keras tapi tak cukup untuk penetrasi- tak leh nak masuk sebab tak keras betul
- Grade 3- keras dah boleh masuk tapi tak keras betul
- Grade 4- dah betul betul keras….kerah kketong…..
Secara ringkasnya, apabila terangsang, ada reaksi kimia yang berlaku dalam darah yang menyebabkan salur darah di otot konek membesar, Degupan jantung semakin kuat dan laju menambahkan aliran darah ke situ, otot konek yang berfungsi macam sponge itu akan di penuhi dengan saluran darah yang membuka menerima kehadiran darah yang banyak.. darah tidak dapat mengalir keluar dari konek kerana injap dalam salur darah yang membawa darah keluar akan tertutup. Kekerasan hanya disebabkan oleh kehadiran darah…tak perlulah nak buat senaman konek untuk dapakan otot konek yang mantap….hishhh…
Age Angle 20 10 degrees up from horizontal 30 20 degrees up from horizontal 40 1 degree up from horizontal50 1 degree down from horizontal
70 25 degrees down from horizontal
Kemantapan dan kekerasan berkurangan dengan usia, sebab utamanya ialah ganggauan pada sistem darah, salur darah menjadi keras, kurang kenyal dan sempit menyebabkan tidak banyak darah dapat mengalir ke situ. Tambahan lagi, injap di salur darah keluar tidak dapat menutup dengan ketat.
Air mani yang keluar pun ada yang memancut jauh, ada yang meleleh sahaja, lagi sekali ia bergantung kepada kekerapan dikeluarkan, berapa keras ereksi yang dicapai dan berapa terangsangnya seseorang itu. Selepas tidak keluar selama beberapa lama, air mani boleh terpancut sejauh lebih dari 3 kaki tapi secara puratanya ialah hanya antara 7- 10 inci sahaja
Ayah Wan akan sangat suka dan kagum- (haha,yerlah tu) dengan nombor nombor dan statsitik begini….
Untuk tingkatkan keinginan bersenggama dengan isterinya, Ayah Wan akan tidur di bilik berasingan dan hanya masuk bilik isteri bila tiba harinya….bila lama tak bersentuhan..baru “ada mari” perasaan yang kuat..itu kata Ayah Wan yer…
Banyak herba yang boleh membantu, antaranya ialah yang tak pernah hilang popularnya iaitu Tongkat Ali- yang lain ialah horny goat weed, Maca, beberapa herba ayuverda.
Korang pun tahu banyak lagi kannnn…
Dalam banyak banyak herba ni, Dbi rekomen tribulus terrestris…



