Pernah sakit???..mesti pernah kan..tak kiralah sakit teruk ker atau sakit tak teruk….
Pernah jadikan sakit sebagai alasan????..ala ala ada rahmat disebalik kesakitan…maklumlah sakit boleh digunapakai untuk tujuan lain….alasan untuk MC…, alasan untuk ponteng, alasan untuk menagih simpati mahupun alasan untuk bermanja manja…
Dbi tak pernah jadikan sakit sebagai alasan…rasanyalah…alhamdullilah setakat ni masih diberi kesihatan yang baik dari Allah…tapi selalu tolong orang untuk jadikan sakit sebagai satu alasan….ahaks….
Selalu jugak, pesakit atau saudara mara datang jumpa Dbi meminta untuk buat laporan perubatan yang akan digunakan sebagai surat sokongan. Biasanyer sebagai surat sokongan untuk pindah kerja balik ke kampung.
Laporan kesihatan ayah,mak atau saudara terdekat sakit, agar anak dapat ditukarkan berdekatan untuk menjaga keluarga yang sakit. Kalau sakit teruk yang perlu kan perhatian yang lebih, Dbi dengan senang hati akan buat laporan tu,,tapi ramainya yang sakit taklah setara mana…tapi nak suruh tulis laporan macam pesakit perlu perhatian 24 jam…susah tau nak hampakan harapan orang…Dbi pun buat lah jugak dengan hati yang tak berapa nak buat…
Padahal bila dapat bertukar balik ke kampong halaman, tak ada lah nak pi menjaga orang yang sakit tu..
Macam minggu lepas, ada seorang akak, yang anak tingkatan satu nya belajar disekolah asrama di pantai barat, datang untuk dapatkan laporan perubatan atuk anaknya ini, sebagai surat sokongan untuk permohonan pertukaran sekolah dari sekolah asrama di pantai barat ke sekolah asrama di negeri terengganu…Sekolah asrama ni ada di merata ceruk di Malaysia.
Alasan asal akak ni, ialah sekolah tu jauh dan setiap dua minggu terpaksa pergi jenguk anak di sekolah itu dan terpaksa hantar anak balik ke sekolah setelah anak tu pulang bercuti.
Atuk sakit pulak yang dijadikan alasan… dan Dbi pulak yang diheret sama ..
Atuk ni bukannya pesakit Dbi sebab tak pernah dia mendapatkan rawatan di sini, tambahan pula apa kaitanya anak akak ni dengan atuk dia yang sakit. Bukannya anak akak ni kena jaga atuk dia pun..kalau atuk dia sakit, sebagai anak, akak lah yang perlu jaga…apalah budak 13 tahun boleh buat.
Lagi pun sakit atuk bukannya kritikal pun, sakit sakit sendi dan tulang aje, biasalah sakit tua.
Terpaksalah Dbi bagitahu, Dbi tak boleh buat sebab nampak tak relevan je nanti, buat orang orang di kementerian gelak je nanti. Nampak sangat atuk sakit tu dijadikan alasan semata.
Kalau dah tak nak berenggang dengan anak, tak payah lah hantar anak pi duduk sekolah berasrama…sekolah ajer kat sekolah biasa depan rumah….bukannya susah pun, kalau dah cerdik , sekolahlah kat mana pun, haruslah cemerlang…
Macam sayangDbi selalu cakap….dia tak nak benarkan anak anak ke sekolah asrama sehinggalah selepas SPM, dia nak tengok anak anak membesar depan mata….