Monday, April 28, 2008

tip???






untuk NOEL..SELAMAT HARI JADI YANG KE 40++, dengan pertanyaan ....belum ada lagi urat urat yang putus kan????....



saya: salam..saya seorang pelajar medic..just nak tanya pengalaman..dr dulu senang x blaja?maksud saya,medic memang sukar..jadi apa tip dr untuk menjadi seorang dr yang betul2 dapat merawat pesakitnya??

Dbi bukan budak yang pandai …kira average student sajer, bila jadi average student dan budak baik, tak ada lah glamer pun zaman sekolah dulu..kalau tak ada pun, orang tak akan sedar gamaknya…tapi zaman sekolah tetap menjadi masa masa terindah…

Walaupun average student sajer, dapat juga merasa Top 10 dari 138 student tingkatan 4.. bukannya sebab sangat pandai tapi sebab budak lain terlebih relek..maklumlah dengan keputusan SRP yang gempak, masing masing berhornymoon sakan…..dan bila tempoh hornymoon tu dah habis…, Dbi jatuh ke tempat sedia kala..di tangga 40-70 gitu…huhhuhu

Dbi sentiasa rasa straight A student tak perlu jadi Dr, mereka sepatutnya jadi saintis, kalau jadi Dr pun, mesti jadi Dr yang buat penyelidikan, baru macam berbaloi dengan otak yang sangat bergeliga itu. Jadi yang tidak berapa straight A …ni bolehlah jadi macam Dbi..

Sampai sekarang, Dbi masih tak tahu kenapa memilih untuk menjadi seorang Dr, cita cita yang tak pernah berubah ialah nak jadi Geologist…tapi ok lah kut..Dr lagi bagus dari geologit kan????...geologist jgn marah erk…ahaks…

Dbi tak ada saudara mara mati yang menaikkan semangat….macam …yang selalu kita dengar student lepasan SPM yang nak ambil medik cakap…. “saya ingin jadi Dr selepas kematian datuk saya, kematiannya membakar keinginan saya”..skema jer jawapan..,

Bukan juga untuk berbakti kepada masyarakat….macamlah kerja lain tak boleh nak berbakti…

Bukan juga sebab paksaan keluarga…

Bukan juga nak tunjuk pandai ambil medik yang orang kata selalu nya lebih susah...

Secara peribadi, tidak mudah untuk menuntut ilmu, dalam apa bidang sekali pun, baik sains politik ke, sains gunaan ker, sastera ker, waima bidang perubatan...semua bidang ada cabaran tersendir...Ya, untuk masuk sekolah perubatan perlukan keputusan yang tinggi sedikit untuk ke bidang lain.,tapi itu tak jadikan perubatan lebih susah...belum tentu Dbi dapat 4 flat kalau buat pengajian islam atau sains politik..

Dbi tak ada tip untuk cara belajar yang betul dan efficient, rasanya semua ada cara tersendiri yang sesuai..yang terbaik ialah waktu belajar kita belajar, waktu rehat kita rehat..tapi Dbi sangat tidak berkenan kalu tengok sambil makan pun duk membaca..tangan kanan suap nasi, mata tengok nota di tangan kiri..macamana nak menikmati makanan kalau macamtu...sebab salah satu amalan makanan yang baik ialah menikmati makanan yang kita makan...tapi tataulah kalau memang nikmat cara begitu.

Masa houseman (HO) dulu, ada sorang HO lulusan luar negara, tak pasti pulak dari universiti yang di iktiraf ke tidak, sangat bengong dan tak tahu buat kerja, ada sekali tu, Dbi tertengok keputusan SPM nya..aiyo..satu pun tak ada A , kebanyakannya C4-C6....tataulah macamana lepas buat medik...menakutkan sangat...tapi lebih menakutkan sebab ramai lagi lulusan sebegini yang masih tak lulus dari peperiksaan khas oleh kerajaan malaysia untuk bertugas sebagai doktor..dan mereka di sokong oleh pihak tertentu dengan mendesak kerajaan untuk dibenarkan bertugas....

Sebenarnya ramai HO yang bengong, tak tau buat kerja, tak tahu nak gunakan ilmu yang bertimbun tu.tak tahu nak berinteraksi dengan pesakit, saudara mara pesakit dan kebanyakannya tak ada jiwa, macam robot....Dbi pun begitu jugak, suasana kerja sangat berlainan ketika belajar, dengan kerja36-48 jam tanpa henti, kurang rehat, kena marah dengan pegawai perubatan dan konsultan, kena marah dengan misi yang perasan pandai, kena marah dengan pharmacist..boleh jadi zombi..tapi kebanyakannya akan mengatasinya dan akan jadi seorang Dr yang bagus..

Bila di fikirkan balik...Dbi rasa waktu housemanship ialah antara waktu yang paling menyenangkan.

Dalam apa juga yang kita lakukan, perlu ada keikhlasan, minat yang mendalam, kesabaran dan keyakinan, barulah hasilnya memberansangkan. Selalulah berfikir untuk memberikan yang terbaik kepada pesakit.. anggaplah merawat pesakit seperti merawat saudara mara kita sendiri....atau lebih baik seperti merawat kedua ibubapa kita sendiri sebab saudara mara ni kekadang banyak sangat cekadaknya...

Walaupun begitu, bila dah jadi Dr ni, naluri untuk memberikan pilihan terbaik kepada pesakit akan datang dengan sendiri...jangan bimbang ok..

Puas hati dengan jawapan yang tak seberapa ini mawardahsuci????

Sunday, April 27, 2008

Saturday, April 19, 2008

candat

Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-botnelayan.
Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpestaapabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.


Hakikatnya mereka sememangnya sedang berpesta.


Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.
Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpandan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan "candat".


JENIS CANDAT


Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yangbiasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.


Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.


Candat twist dan udang, misalnya, diperbuat daripada timah dan plastik, dilekatkan rerambut dan mata kail yang diikat rapi di bahagian bawahnya yang berfungsi sebagai penyangkut sotong.
Ia dibaluti dengan kain atau diwarnakan dengan kombinasi warna terang seperti putih, merah, hijau dan biru.


Manakala bagi candat umpan pula, ia berbeza sedikit kerana ia berbentuk besi halus yang panjang dengan mata kail di bawahnya dan memerlukan umpan seperti anak ikan selar kuningserta tamban untuk dilekatkan pada besi halus tadi


Sumber: http://www.motour.gov.my


Nak mencandat , barulah sibuk nak cari alatan mencandat..nampak sangat tak pernah pergi, kail dia tu banyak cangkuk, kat situlah sotong akan lekat....boleh pasang banyak kail pada tali candat tu.... ubat tahan muntah pun bawak, sipa dengan injection lagi...manalah tahu.... :-))


Dbi terus setuju bila kawan kejiranan mengajak untuk pergi mencandat. Bagus betul duduk di kejiranan ni..ada sajer program memenuhi waktu lapang….

Dah lama nak mencandat tapi tidak berpeluang, masa di Sabah dulu adalah sekali pergi memancing , saja ikut orang untuk dapat pengalaman bermalam di laut. Kami ke Teluk Marudu, teluk antara semenanjung Pitas dan Semenanjung Kudat ( kalau tengok peta Sabah yang macam kepala anjing tu, Teluk Marudu ni antara dua telinga anjing tu.... Walaupun tak dapat ikan- (orang lain dapat banyak), tetap menggembirakan. Tambah pulak bercamping di pulau di tengah Teluk Marudu sambil bakar ikan segar dari laut..ermmmmm






bot yang kami naik..buruk je...dan gambar kuala terengganu dari muara sungai, walaupun terengganu dalam barisan, bulatan tetap di mana mana...gituuuu


Selepas solat asar, kami pun naik bot yang disewa, di pengkalan Bukit Tunggal, di Sungai Terengganu, ,menuju ke Muara seterusnya ke perairan pualu Bidong.. Sewa bot untuk satu malam di laut ialah RM400++, kira oklah jugak sebab kami pergi 12 orang.







boleh nampak.garis pemisah antara laut pesisir yang kehijauan dengan laut yang lebih dalam yang warna lebih kebiruan..nampak tak???


Sampai di tempat untuk mencandat waktu matahari hampir terbenam, tekong bot pasang lampu untuk menarik perhatian sotong…sotong suka dengan cahaya, masa mencandat tu kita boleh nampak sotong kecik berkejar-kejaran …kalau nak sotong besar, kena hulur tali candat tu dalam dalam lah.

Kalau bulan mengambang, lagi banyak sotong katanya….





remang senja dari tengah laut....bila dah terbenam matahari..upacara mencandat pun bermula..yey!!!!!




Sangat senang mencandat sotong berbanding memancing ikan, tak payah umpan, campak ajer tali candat dan kail untuk mencandat, pastu gerak gerakkan tali tu ke atas ke bawah…memang akan nasib baik,,,kita akan rasa kail candat tu dipegang sotong..bila dah rasa camtu..tarik jer lah…..tak adalah nak terlepas ke ape….letak, dapat…letak dapat….sukerrrr….sukerrrr….





hasil mencandat, banyak ni ..adalah dalam 20 kilo kut...



Kalau nak datang mencandat, bagus rasanya kalau booking penginapan di pulau pulau di sini, tak payah bermalam di laut, pergi mencandat dalam 3-4 jam, balik ke pulau terus buat BBQ….fresh….tambah pula laut yang tenang, memang tak ada buaya ini…keadaaan laut akan tenang sehingga Julai/Ogos, sebelum monsun Timur laut datang...




matahari terbit


Adalah mabuk laut sikit sikt, mujur dah ambil ubat sebelum naik bot sebelum tu..tapi tak adalah sampai muntah...ingatkan diorang nak balik bila pukul 12 malam, tapi sebab terlalu asyik mencandat,tak sedar dah sampai pagi...sebenarnya dua tiga orang jer yang mencandat..., yang lain bantai tidor jer...

bila sampai rumah paginya, sotong 20 kilo tu dibahagi kan sama rata, dapatlah berbelas ekor jugak..berbaloi lah ....



ketupat sotong-pulut dimasukkkan dalam sotong dan dimasak dengan santan dan ramuan tertentu, walla jadi...sedap, yang datang terengganu, jagan lupa makan ni...tak tahu lah kat negeri lain ada tak ketupat sotong ni....



Wednesday, April 16, 2008

mistik



Kalau kereta rosak, atau ada lain macam sikit, Dbi selalu fikir fikir dahulu..apa dan bagaimana nak beritahu mekanik…manalah tahu, silap cakap,lain pulak yang dibaiki. Selalunya Dbi rasa macam salah beritahu ajer, tapi bila dah berurusan dengan yang pakar, diorang tahu lah apa yang nak dibuat…

Pesakit yang datang jumpa Dbi pun rasanya ada masalah yang sama, selain rasa takut nak jumpa doktor(ramai yang cakap ni), ramai yang berfikir fikir apa yang nak diceritakan tentang masalah sakit yang dihadapi, kebanyakkannya berjaya, tapi tak kurang jugak yang akan memeningkan kepala.

Penyakit ada pelbagai simptoms dan sesuatu simptoms tu boleh ada pada pelbagai penyakit, contohnya sakit perut boleh disebabkan oleh gastrik, appendicitis, cirit birit, batu karang dan banyak lagi…demam pun boleh disebabkan oleh pelbagai sakit dari semudah demam selsema sehingga demam yang disebabkan kanser.

Pesakit pun ada pelbagai jenis, ada yang suka bercerita, ada yang tanya dua tiga patah jawab sepatah, ada yang mintak orang lain tolong bercerita, yang taknak bercerita pun ada….

"Awak doktor, awak lah check dan beritahu apa sakit saya"…gitu….

Mendapatkan sejarah pesakit amat penting, itulah antara perkara pertama yang perlu dipelajari ketika di sekolah perubatan..tak kiralah belajar di Indonesia, India, Rusia atau dimana mana sahaja. Mendapatkan sejarah pesakit yang baik, bukannya mudah…ketika masih belajar, Dbi sangat teruk, dan sekarang pun bukannya bagus sangat..mungkin sekarang pengetahuan ditambah sedikit dengan pengalaman, jadi mendapatkan sejarah pesakit tu , kira oklah.

Kebanyakan penyakit akan dapat diketahui, atau dihampirkan kepada lima penyakit yang berkemungkinan dengan hanya mendapatkan sejarah pesakit dengan baik, sebagai seorang doktor yang prihatin, kita perlu dengar segalanya tentang keluhan pesakit, walaupun kekadang ramai juga yang pesakit yang merapu dan bercakap hal hal yang tak berkaitan…merapu bukan sebab suka merapu, tapi tak tahu apa yang perlu diceritakan…

Menjadi tugas doktor untuk menapis cerita tidak penting, menghubungkaitkan simptoms dan menjuruskan cerita kepada masalah penyakit sebenar…susah tu..tambah pulak kalau bekerja di klinik pesakit luar yang pesakit yang tak pernah habis….ambil masa lama, pesakit diluar menunggu lama akan marah, terlalu cepat, nanti pesakit yang dilihat mengamuk pulak…

“Tunggu bukan main lama..jumpa Dr seminit jer..”

Kesian pulak pada Dr di pesakit luar atau klinik yang sibuk…macam Dbi kat klinik ni tak aper lah kalau pesakit datang nak meluahkan perasaan pun…boleh charge ikut minit….ahaks…

Pesakit akan mudah bercerita kalau dia percaya pada seseorang doktor...nak dapatkan kepercayaan tu, Dr kenalah ada rasa empathy, memahami dan tidak berlagak sombong tak tentu tempat..sombong bertempat tak aper kut...



Seminggu dua ni, pelik pelik jer keluhan pesakit yang datang....


Antaranya:

Dah 3-4 hari,bila maghgrib ajer, anak saya yang umur setahun akan menalok sampai isyak???..bila azan isyak je, trus berhenti nalok…

~ nak kata ada colic-sakit perut ,dah jarang pada umur ni….dan knaper maghrib baru nak nangis

Menalok= menangis dengan kuat tak ingat….

Saya rasa cuping telinga saya, dua dua belah, berdenyut denyut lah…

~ telinga normal jer...

Dah berbulan bulan macam ni Dr..., setiap malam, tapak kaki saya kan rasa panas macam terbakar...dalam sejam kemudian dia baik sendiri...bila sentuh normal jer tapak kaki tu...kenapa Dr???

~boleh awak datang jumpa saya masa kaki awak terasa panas???

Mistik kan????...

Bila dah ada ciri ciri mistik camni…Dbi suruh jer diaorang pi jumpa ustaz..manalah tau kan...jin, mahkluk halus, bunian, setan pun kekadang nak menggangu jugak….



Sunday, April 13, 2008

awal pagi

mabuk laut....pening.....tapi sempat tidor sejam dua dan boleh lah cover dari muntah...bermalam di tengah laut dengan sotong yang meriah...

pulang lebih kurang pukul 3 pagi..dan tiba di muara sungai terengganu lebih kurang pukul 5 pagi...air sedang surut dan banyak beting pasir di tengah sungai.

entah macamana punya tekong bot, bot lekat pada beting pasir ..betul betul di depan Pulau Wan Man...di Pulau Wan Man ada Taman Tamadun Islam...di Taman Tamadun Islam, ada Masjid Kristal.

boleh tengok masjid kristal dari tengah sungai terengganu pada waktu dinihari dengan cahaya pagi mula terbit..payah nak dapat tengok ni...

pukul 8 pagi barulah air makin pasang... bot yang tersangkut terus boleh bergerak


























Thursday, April 10, 2008

jom


maghi kiter gi candak sotong...



candak=candat= memancing sotong




*fiesta candat sotong antarabangsa pada 9 mei 2008, di kuala terengganu
maklumat lanjut sila hubungi: 09-6264965-err..ni bukan no tel Dbi...

Monday, April 07, 2008

kuala lumpur

Hujung minggu lalu, rancangan untuk ke KL , lintang aralnya dapat di atasi…atas sebab tertentu Dbi terpaksa memandu ke KL. Memandu untuk jarak sebegitu bukannyer menjadi kegemaran. Sebenarnya sangat jarang Dbi memandu jauh begitu.. boleh di kira dengan jari sahaja… KT-JB sekali, KT- Melaka sekali, KT- Penang dua kali, KT- KL 3-4 kali sahaja…

Tapi dah terpaksa..redah ajerrr....



Kami bermalam di Impiana KLCC...hotel cantik, kakitangan yang mesra alam, dan ada broadband free lagi...yang tak bestnya..nak guna sauna dan jakuzi pun kena bayar.




Merasalah jugak duduk di sekitar kawasan paling mahal di KL..dan pertama kali nampak bangunan berkembar paling tinggi di dunia, sebegitu dekat..nak tido tengok, bangun pagi pun tengok....


pandangan dari hotel


pandangan dari KL convention centre


pandangan depan suria klcc



Tak sempat nak kemana mana pun sebab jadual seminar agak padat..berjalan jalan di sekitar KLCC sahaja....




dah lama jugak tak pakai baju lengan panjang bertali leher macam ni..tak sangka pulak diriku kelihatan masih segak tampan dan bergaya....ahaks....dan muda sekali... :-))





pandangan dari tempat duduk - tepi dan belakang

Tuesday, April 01, 2008

chicken pox


Rancangannya nak ke KL hujung minggu nanti, ada seminar peringkat kebangsaan. Sesekali kena jugak menghadirkan diri untuk buang karat dalam kepala otak ni..dah lama sangat tak hadiri seminar sebegini..kali terakhir untuk seminar sebegini besar ialah kira kira tujuh lapan tahun yang lepas.

Sebenarnya Dbi tak lah suka sangat nak berseminar ni..tambah pulak pada waktu sekarang ni...sudah pasti akan jumpa kenalan lama yang agaknya ramai yang sudah jadi pakar dan jadi Dr yang hebat. Akan ada rasa rendah diri sedkit nanti..walaupun tahu bukannya bila orang lain hebat, Dbi menjadi tidak hebat..Cuma akan terasa bahawa kita tidak sehebat orang yang hebat. Merasalah nanti Dbi buat buat tak kenal diorang kalau diorang tak menegur dahulu...mati le sombong n gong

Tak kisahlah..sebenarnya dah ramai sangat orang cakap Dbi ni seorang yang sombong....tapi Dbi bukannya sombong sangat.....tak nak mengaku ni...Dbi bukan macam lalang tapi macam padi... semakin makin berisi makin boroi... Dbi akui Dbi seorang yang pendiam ..sangat tak pandai nak mulakan perbualan, tidak boleh nak kekalkan perbualan..tetiba otak jadi kosong..tak tau nak cakap aper...dan orang yang pendiam lebih mudah dikategorikan sebagai sombong...

Anak anak dah melompat lompat nak ke KL, bukannya suka nak pergi KL tapi gembira sebab nak pergi hotel..budak budak sekarang, kecil kecil cam ni pun dah tahu hotel, papa diorang ni, umur 26 tahun baru merasa duk hotel..bertuah sungguh.





Rancangan nak ke KL ni ada aralnya...5 hari lepas, abang dapat chicken pox, dua tiga adik dapat chicken pox...tak tahu lah yang sorang lagi bila nak kena.....

Chicken pox atau jintungan, panggilan orang sini, sangat mudah berjangkit.. pesakit yang kena jangkitan Virus Varicella Zoster ini kan demam diikuti dengan bintik kemerahan yang akan membentuk lepuh lepuh kecil yang mengandungi cecair jernih yang kemudiannya keruh. Selepas sehari dua, lepuh akan pecah dan membentuk crusted-??kuping..

Ketika ini demam akan reda tapi akibat tumbuhnya lepuh itu, pesakit akan rasa gatal miang dan pedih sekali gus. Siksa betul tengok dioarang ni sakit..siksa lagi papa diorang yang jugak tak boleh tidur sebab kena gosok gosok badan diaorang berdua ini….

Mujurnya chicken pox, seperti kebanyakan jangkitan virus yang lain, tanpa rawatan, ia akan sembuh dengan sendirinya selepas seminggu dua, tapi takkan nak biarkan anak anak dalam keadaan yang tak selesa kan????

Kalau ikut pantang orang tua, chicken pox, measle- campak, dan segala demam yang ada ruam, jangan di beri ubat untuk pastikan semua ruam dan lepuh tu keluar..biar bisa penyakit keluar dari badan dan ubat ubat akan menyekat proses ini… pantang ni salah sebenarnya….

Untuk chicken pox ni, ada anti virus yang boleh diambil, tapi ubat anti virus ni harus mula diambil dalam tempoh 24 jam bila lepuh ni keluar, baru boleh berkesan.. Kesan anti virus ni antaranya mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain, mengurangkan bilangan lepuh yang keluar dan megurangkan rasa sakit dan miang chicken pox ni.

Tanpa rawatan, akan ada 100-300 biji lepuh diseluruh badan…tapi bila ambil anti virus ni, hanya akan ada sedikit sahaja yang tumbuh..abang hanya ada 33 biji dan adik ada18 biji sahaja~ boleh caya ker Dbi kira ni????..hahahaha….lepuh tu tak banyak la..

Selain tu, ubat demam boleh diambil untuk kurangkan demam dan sakit, sapu lepuh dengan calamine lotion, ambil jugak anti histamine untuk kurangkan rasa gatal. Mandi 3-4 jam sekali untuk kurangkan rasa miang, elakkan menggaru untuk cegah jangkitan bacteria.

Ada imunisasi/pelalian untuk chicken pox ni…kanak kanak yang mengambil pelalian ini, InsyaAllah tidak akan mendapat penyakit ini…jadi sesiapa yang tak nak anak dapat chicken pox, sila ke klinik berhampiran untuk pelalian , harganya rasa RM 100+++. Untuk anak anak perempuan atau perempuan yang belum pernah dapat chicken pox, rasanya bagus ambil pelalian ini, sebab kalau chicken pox menyerang ketika awal mengandung, anak dalam kandungan akan cacat dan jika serangan di akhir kandungan, anak yang lahir akan dapat chicken pox yang teruk.

Chicken pox selalunya hanya sekali dalam hidup dan tidak merbahayakan tapi komplikasi teruk boleh jugak berlaku seperti lepuh lepuh menjadi nanah- biasanya akibat menggaru dan komplikasi paru paru.

Rancangan nak ke KL ni masih belum ada kata putus, dengan anak anak yang masih tak sihat sepenuhnya, dengan kereta yang ada masalah dan yang penting kompani yang nak sponsor belum lagi beri kata putus...sedang tunggu tandatangan CEO katanya...aduhhh…



P/s: pantang orang tua...kalau kena chicken pox, jangan bagi kena hujan....kalau kena hujan, parut akan jadi besar dan huduh???..betul ke tak ni????