Thursday, May 29, 2008

ibu susu 1








Ada tanah yang subur, campak jer benih terus hidup, ada tanah yang subur tapi benih tak elok, ada tanah yang tak subur,tapi benih baik..ada jugak kedua duanya tak bagus.

Manusia pun macam tu, ada yang dikurniakan kesuburan terlampau, setiap tahun membiak, ada yang berusaha keras untuk dapatkan zuriat, dan ada yang tidak dianugerahkan nikmat menjadi ibu bapa.. semuanya ketentuan yang telah di tetapkan…tapi kita di berikan kekuatan untuk berusaha dan mencari jalan untuk mendapatkan apa yang di hajati. Kalau tak dapat jugak redha jerlah…yang nak pergi sampai jadi gila tu apasal lah pulak???

Baru baru ni adalah seorang kakak ni yang dah 10 tahun kahwin tapi belum ada rezeki lagi untuk bergelar ibu walaupun dah puas berusaha secara moden dan traditional. Kakak dan suami dah bertekad untuk mengambil anak angkat., sudah ada bakal anak angkat pun katanya..insyaAllah.

Kenapa pulak jumpa Dbi kan???..

Kata akak ni, walaupun kita bela anak angkat macam anak sendiri, anak angkat tetap berstatus bukan muhrim dengan dia/suami dan jugak anak anak mereka – (kalau mereka dapat anak sendiri nanti). Payah nak jaga aurat masing masing ketika tinggal bersama teruatama nya kalau dah macam anak sendiri, bersentuh salam,berlaga pipi anak beranak, pandangan mata, semua kena jaga, kalau tak sehari harian ada dosa kecil yang dipandang remeh..

Sampai ke situ akak ni fikir kan???..Ramai jugak yang ambil mudah sahaja perkara sebegini, siap di binti/bin dengan nama ayah angkat pun tidak sedikit.

Hukum tetaplah jelas, tak bolehlah nak pinda pinda untuk sesuaikan atau kesenangan diri sendiri…

Salah satu jalan penyelesaian yang kakak ni fikirkan ialah dengan menjadi ibu susuan..Jadi kakak ni datang untuk bertanya tentang ada tak kemungkinan dia untuk menyusukan anak angkat nya itu nanti. Ada ubat tak???..Ada teknik tak???

Penyediaan penyusuan bermula ketika mengandung, hormon estrogen dan progesterone yang dihasilkan dari tembuni/placenta berada di paras yang tinggi ketika mengandung, selain untuk pembesaran bayi, hormon ni juga penting untuk menjadikan buah dada bersedia untuk pengeluaran susu dengan membentuk jaringan tisu alveolar buah dada yang akan menghasilkan susu bila bayi dilahirkan. Selain dua hormon ini, yang menyediakan buah dada menjadi ranum- lebih besar, lebih firm,lebih tegang, lebih besar putingnya dan lebih mengiurkan??? J , hormon prolaktin yang dihasilkan di otak-pituitary juga meningkat semasa mengandung…..secara langsung akan menghasilkan susu. Tetapi semasa mengandung, kesan prolaktin tidak di lihat sebab estrogen dan progesterone menyekat kesan prolactin ini.

Apabila kelahiran berlaku, paras estrogen dan progesterone akan menurun, hisapan bayi akan merangsang hormon oxytosin yang akan mengeluarkan susu dari puting, oxytosin dan prolaktin akan bertindak bersama untuk mengeluarkan susu secara berterusan. Jadi lagi banyak hisapan di buat, lagi banyak lah susu akan dihasilkan…maknanya penghasilan susu adalah berdasarkan pengambilan dan keperluan bayi…

Begitulah secara ringkasnya proses yang komplek itu… dan masih ramai ibu terutamanya ibu anak sulong yang cakap anak tak nak hisap susu dada…padahal dengan teknik,kefahaman dan minda yang jelas, banyak manafaat yang diperolehi…kannnn???

Terpinga pinga kakak ni dengar penjelasan…tapi tetaplah tanya...

"Dah boleh tak ni Dr????"

Jawapan untuk kakak ni di entry selepas ni yer….tak siap lagi ni…nantikan ibu susu part 2..

Saturday, May 24, 2008

mengadu



bronok~kuih sagu yang dimasak, kemudian di potong segi dan dibaluti parutan/kukuran kelapa



Dbi ada seorang pesakit, dulunya selalu datang mendapatkan rawatan untuk darah tinggi. Macam biasalah, ada waktu, tekanannya terkawal, ada ketikanya tekanan darah mencanak canak tinggi, dan pesakit ni sangat bersungguh sungguh untuk memastikan tekann darahnya sentiasa terkawal., selain ada mesin otomatik untuk pemeriksaan darah tinggi kat rumah, dia juga datang setiap dua minggu untuk pemeriksaan dan ambil ubat.

Selepas tu agak lama dia tak datang jumpa Dbi…ahhh..hilang satu customer kannnn???..adalah dalam dua tiga bulan dia tak muncul. Adakah dia tak puashati dengan rawatan..layanan tak bagus kah? Ubat tak berkesan kah??.adakah ..adakah??

Rupa- rupanya, pesakit ni telah dimasukkan ke hospital apabila dia dapat serangan sesak nafas akibat radang paru paru kerana dia ada penyakit paru paru kronik-.bahasa perubatannya chronic obstruction airway disease…selepas dibenarkan pulang dari hospital, dia berehat di rumah.... selepas dah segar sikit barulah dia datang balik jumpa Dbi..

Selepas keluar dari hospital tu dia ada rawatan susulan di klinik pakar untuk sakit paru paru dan juga darah tinggi. Jadi dia dah tak ambil ubat darah tinggi di klinik Dbi,tapi di sebabkan dia ni tak puashati check tekanan darah di rumah, setiap dua minggu dia datang untuk periksa tekanan darah di klinik.

Setakat datang check tekanan darah tu, Dbi FOC je.. segan lah pulak nak kenakan bayaran kannn???..tambah lagi dah pesakit regular… pakcik ni pun malu lah jugak untuk datang check tekanan darah sahaja, jadi setiap kali datang dia beli lah sekali pil vitamin supplement… ok gak kan… begitulah seterusnya..selama beberapa bulan….

Sekali tu, dia datang bukan hanya untuk check tekanan darah..tapi juga untuk mengadu domba… hahahah..bab bab ni suka gak dengar….

Al kisahnya, peyakit paru paru dan tekanan darah pesakit ni dah stabil, dan tidak lagi di susulrawatan nya di klinik pakar, rawatan seterusnya ialah di klinik kesihatan. Pesakit ni bercerita tentang payahnya nak ambil ubat di klinik kesihatan tu..

Semasa dalam rawatan pakar, pesakit ni ambil ubat darah tinggi yang mahal yang hanya pakar jer boleh bagi..Di hospital, ada banyak ubat yang hanya boleh di prescribe oleh pakar sahaja, kalau di prescribe oleh pegawai perubatan atau HO, mesti kena countersign oleh pakar.. lebih teruk….pakar dah sign, nak lagi sign consultant…ia bertujuan untuk pastikan ubat tidak disalahgunakan sewenang-wenangnya, digunakan untuk keperluan yang betul dan untuk menjaga kos rawatan. Masa Dbi di hospital dulu, ada sorang farmasis gila kuasa ni…sampai ponstan pun nak kena countersign pakar…

Pesakit ni pergi ke klinik pesakit luar di hospital, pergi jugak ke kecemasan tapi tak dapat jugak ubat yang dia nak..yerlah kan..mana lah pakar ada kat tempat tu hanya untuk countersign prescribtion kan.. Dia pun pergi balik ke klinik pakar tapi diarahkan semula untk dapatkan bekalan ubat di klinik kesihatan.. susoh sungguh nak dapat ubat katanya…

Lagi sekali pesakit pergi ke klinik kesihatan, tapi diberitahu ubat tu ubat mahal dan tak bnyak stok ada di klinik tu…angin jugak pesakit ni…yerlah kesana kemari mencari ubat..tak jugak dapat…

“ Tau lah ubat tu untuk Dato`, Tan Sri orang kaya kaya…yang Dr pakar bagi ubat tu ke saya tu kenapa???..kalu susoh sangat, bagi jer ubat hok boleh sukat cupak..senanglah nok beri orang susoh macam saya ni secupak…” pesakit ni cakap kepada pegawai bertugas di klinik kesihatan tu…

“Ho…diorang buat macam gi mintak sedekah jer…”

Dbi diam jer..malas lah nak jadi batu api nyer...

Selepas dah puas mengadu tu...pesakit ni pun ambil ubat kat klink Dbi sajor....

Tuesday, May 20, 2008

mereng







Dua minggu baru ni Dbi ada di KL, ke sana untuk hadir satu program ala ala peperiksaan dan temuduga…Di usia sebegini, Dbi bersangka yang Dbi boleh bertenang dan tidak panik hadapi tu semua...tapi ada?????..haram....

Mulanya macam tak rasa apa apa pun, relaks jer, masih lagi boleh kawal rasa tak tenteram dan bersikap tenang. Masa peperiksaan tu pun, okay lagi, alah peperiksaan jer..jawap je lah.....bukan susah pun dan rasanya bolehlah jawap seadanya

Masa menunggu untuk di temuduga pun masih lagi relak, dan yakin tak akan jadi resah walaupun tahu soalan yang bakal ditanya bukanlah soalan yang Dbi tahu ..tapi bila masuk untukje bilik untuk ditemuduga, tetiba rasa macam panas muka, dada Dbi yang bidang ni pun rasa berdebar debar jer...mulut jadi kering...mende cam ginilah yang tak nak berlaku...

Aiyo bila dah rasa macam tu, Dbi tak boleh nak berfikir dengan betul, jadi kelam kabut, jawab pun dengan ayat tunggang langgang tambah pulak perbincangan tentang perkara tak tahu hujung pangkal, nak goreng pun tak boleh..dan masa yang 15 minit tu rasa macam forever....

Selalunya bila dah stress begitu, Dbi kena minum air masak..tapi air tak ada di situ,..mulut jadi tambah kering, nak cakap pun tambah tersekat sekat sebab lidah melekat lekat....disaster sangat... :-( ... mereng otak

Benci nya kalau jadi macam ni...dan ingatkan dah boleh atasi masalah ni...Dbi sangat kagum dengan orang yang boleh bersikap tenang untuk setiap keadaan...tak kira dalam apa suasana pun..relaks jer...

Thursday, May 15, 2008

malu

Ramai orang malu bertempat, ada jugak yang malu tak bersebab dan ada ramai jugak orang yang tak tahu malu…

Malu tak kalau nak jumpa Dr…terutamanya bila bila ada masalah yang berkaitan dengan kemalu maluan???... :-) …kalu ikutkan pesakit Dbi, ada yang malu malu kucing, ada yang selamba…belum apa apa dah bukak seluar nak suruh periksa, ada yang nak ubat tapi tak nak diperiksa..macam macam perangai…

Pagi tadi, seperti pagi pagi sebelumnya, lepas hantar budak budak ke sekolah, Dbi akan ke rumah mak untuk sarapan pagi…bertuah kan Dbi, sarapan pun masih mak yang sediakan … selain dari sarapan, setiap hari sebelum ke klinik boleh bersalam salaman dengan kedua orang tua….cium tangan ......bertuah kuasa dua tu..korang ade???....ahaks

Adalah jiran sebelah rumah mak datang, dan sarapan sekali..akak ni selalu datang rumah mak…sebelum akak ni ke meja makan tu..adalah nampak dia berbisik bisik dengan mak…apa yang diorang bual pun tatau..tak ambil pot pun…akak ni selalu jer datang makan kat rumah mak…

Sedang makan nasik lemak tu..tetiba mak cakap…

“Ni akak ni nak tunjuk ubat yang abg XX makan, akak ni beli kat farmasi..”

“Ubat untuk saraf, tapi abang XX makan , tak jadi mender pun…”..tetiba akak tu meyampuk..sambil seluk kocek baju dan tunjuk sampel ubat …

“Ubat aper ni???….ni bukan ubat saraf…. ubat untuk hormon lelaki ni…kena makan berbulan bulan baru nampak hasilnya...”

“Hormon tu mender…” tanya akak tu dengan inesennya…

“Orang lelaki ni..macam orang perempuan jugakk..kalu orang perempuan…bila dah sampai masa, hormon akan jadi rendah,pastu putus haid..orang laki pun gitu jugak..org laki, bila hormon rendah..jadi dok larat..dok kuat lah...”

“Hoh lah tu..bila dok rok..barang pun dok boleh naik”…tetiba pak yang sedang makan menyampuk…

Nak tersedak Dbi dengar.....

“Doh klinik ada dok ubat bagi barang tu naik, bagi keras..???" mak tanya...

Aiyooooo....dah nak tersembur nasi lemak...

“ Ada..”...jadi perbincangan pagi pulak dah..very the sex education ...hishhhhh..

“Doh kalu ada, boleh dok wat balik , bagi abang XX makan..”..kakak jiran ni dengan cepatnyer mencelah....

“Nak ubat, kena pi klinik dulu, kena periksa, ubat ubat ni bukannya boleh bagi gitu jer...bukan org jual ubat tepi jalan ni....”

“ Tu lah, abang XX tu malu nok jumpa Dr...takut lagi...akak dah suruh banyak kali doh...”


"kalu malu tak dapat lah saya nak tolong.."

Malu jumpa Dr..???..suruh bini mintak tak pulak malu......kannnn…sesaja mak ayah Dbi tahu jugak..nasib lah mak bukannya Aljazeera..kalu tak satu kampung dikompangnya.....lagi lah malu...

Kalau dah ada keperluan macam ni, tak perlu lah merasa malu sangat, itu antara Dr pesakit sahaja..dan ramai Dr yang tak akan ingat pun jika jumpa di luar klinik..perkara dalam klinik hanya dibincangkan dalam klinik sahaja...tak ada lah Dr nak bawak mulut cerita sipolan tu ada masalah batin ke apa...err blogging ni tak kira yer..sebab Dbi cakap secara dasarnya sahaja..dan korang bukan akan kenal pun pesakitnya.... :-)


Wednesday, May 07, 2008

Monday, May 05, 2008

berilah bunga





Orang tua tua ada berkata untuk untuk menjaga dan mengambil hati lelaki, ialah melalui perutnya…bermakna, orang perempuan kena bagi lelaki makan yang sedap sedap, agaknya sebab itulah sang suami ramai yang berperut gendut sebab sang isteri terlalu ingin menjaga hati....

Orang tua penjual bunga yang mana tatau, pulak berkata, untuk menjaga dan mengambil hati perempuan, selalu selalu lah bagi bunga kepada mereka ini...Kajian menunjukkan 96 % perempuan merasa sangat gembira, senyuman sampai ke telinga dua tiga hari, sekiranya menerima jambangan bunga tanpa di duga, tanpa sebarang keraian...ala ala dapat bunga tanpa disangka sangka gitu....

Lagi bagus kalau kejutkan mereka, dengan menghantar bunga ke pejabat…dengan rakan pejabat tengok dan jeles, pasti tertarik dan terus sayang sokmo....









Pemberian bunga akan berikan kesan yang lama dan mendalam kepada seseorang perempuan, 92% perempuan akan ingat bila kali terakhir dia menerima bunga dan 89 % rasa diri mereka sangat istimewa di hati pemberi bunga.

Tapi ramai yang tidak tahu...Dbi pun baru tahu ni..., pemberian bunga berbanding hadiah lain menguntungkan dan memberikan kesan bukan sahaja kepada penerima tapi juga kepada pemberi bunga....kopak poket pemberi bunga tak kira yer...

Kajian oleh pemegang PhD di sebuah universiti terkenal mendapati bahawa orang yang suka memberi bunga samada lelaki atau perempuan boleh dikatakan sebagai seorang yang berjaya, penyayang dan inteligent dari segi emosinya. Mereka dikatakan sangat memahami, mampu meluahkan perasaan kasih sayang dan mudah memahami perasaan orang lain.

Dalam kajian yang sama, pemberian bunga juga akan dapat mempengaruhi dan mengubah persepsi orang lain terhadap pemberi bunga, dan tentunya persepsi tu kearah yang positif.







Bila orang dah beri bunga kan..berapa lama nak di simpan????..sampai bunga tu layu????..seminggu ??dua minggu??? Atau bila dapat bunga baru....

Atau terus campak bila saja terima bunga- maklumlah selalu dapat bunga dari orang yang kita tak nak...

Ada simpan sampai setahun????..sampai kering kontang...berabuk sawang segala????Korang ado????

Dbi ada…hahahahha….sayangDbi tunggu bunga baru rupanya, baru dia nak buang yang lama…