Bolehkah menyusu sewaktu mengandung???
Pada zaman ini, tak ramai ibu yang megandung menyusukan anak, sebabnya, masa mengandung anak dah besar dan tak perlu susu ibu lagi..terima kasih kepada teknik perancang keluarga untuk menjarakkan anak yang berkesan…tapi dalam berkesan itu ada jugak yang terbabas, anak baru dua bulan..dah lekat benih kaedahnya…
Penyusuan ibu adalah satu cara untuk merancang keluarga, sebab semasa menyusu badan sepenuhnya, ovari-kilang telur wanita tidak menghasilkan ovum tapi taulah kalau dah terlalu subur, tak bolehlah nak kata aper, kenalah jugak guna OCP untuk merancang jarak anak.
Ketika mengandung estrogen dan progestrogen yang tinggi akan menyekat penghasilan prolactin, dan dengan sendirinya, susu yang terhasil akan berkurangan..tetapi hasil dari rangsangan hisapan anak, susu boleh sahaja terhasil sepanjang tempoh mengandung.
Semasa kerja di sabah dulu, ada seorang ibu tua yang sangat subur, dapat anak setiap tahun dan kandungan terakhir tu pada umur 50 tahun rasanya,yang ke tiga belas..tak termasuk anak anak yang mati .. Ibu ni berketurunan sonsogon dan tinggal di kaki Banjaran Kroker,di kaki gunung Kinabalu, bukan disebelah Ranau, t api disebelah lagi satu...,di daerah Sonsogon. Hospital terdekat ialah tempat Dbi kerja..kiranya kalau nak datang hospital ni kena turun bukit naik bukit..masuk hutan keluar hutan pastu naik lori..barulah sampai.
Tapi ada ibu ni nak berjalan jauh camtu???..terberanak tengah jalanlah ibu ni kalau datang hospital..ibu ibu berisiko tinggi macam ni selalu ada helicopter yang hantar...kita kat hospital tu ..kalau ada helicopter yang datang, selalu rasa berdebar debar..selalu je ingat ada kes kecemasan..org kena tindih balak ker...ada jatuh dalam gaung ker..tapi yang selalu jugak ialah ibu ibu dari sonsogan ini turun berlenggang.
Kaum sonsogon ni sangat kuat fizikalnya..tak padan dengan saiz badan yang kecil,.. tak ada lebihan lemak langsung...maklumlah..makanan segar terus dari hutan, lagi pun kesusahan hidup menjadikan mereka sangat kuat dan perkasa. Sakit sikit sikit tak hairan pun tak lah macam pesakit yang datang nak MC tadi, demam suhunya 37.4 C jer..tapi keadaan nya macam nak mati ler ler jer...
Ibu tadi ni datang dengan anak umur setahun lebih dan sudah lepas tarikh dijangka bersalin. Dia masih menyusukan anak tu dan susu dia pun masih banyak. Ibu ibu yang beranak ramai ni, walaupun senang untuk bersalin..kekadang tak payah teran, berdehem sikit pun dah terkeluar anak..tapi tetaplah berisiko tinggi, dan ibu ini selamat melahirkan anak yang ke 13...lepas tu terus jer sambung menyusu..anak baru lahir sebelah kanan, anak lagi satu di sebelah lagi satu...efficient sangat..
Keperluan seharian seorang wanita yang beraktiviti biasa ialah sekitar 2000 kalori, sewaktu mengandung hanya 300 kalori tambahan sahaja diperlukan dan ketika menyusu pulak 300 kalori tambahan lagi diperlukan..600 kalori tambahan itu boleh didapati dengan mengambil beberapa hidangan tambahan..yang penting makanan yang diambil mestilah makanan seimbang.
Kalau termengandung sedang anak kecil masih lagi menyusu badan, tidak menjadi keburukan untuk teruskan penyusuan. Bagi ibu mengandung yang sihat dan tidak ada masalah kesihatan, anak yang dikandung tidak terbantut pembesaran atau kekurangan zat dengan meneruskan penyusuan.
Semua tu terpulang kepada ibu yang mengandung, kalau rasa diri tak larat..tak payahlah menyusukan anak kecil tu...kalau rasa ok..teruskan sahaja..tak ada betul atau salahnya...