Thursday, September 18, 2008

cari apa lagi??



cantik tak rumah???





Adalah orang tanya, kenapa tetiba je tinggalkan Malaysia??..nak cari apa lagi..???

Sebenarnya keputusan nak datang sini bukanlah keputusan yang tidak masak..berbulan bulan fikir dan keputusan dah dibuat setahun lalu. Cuma hanya beritahu orang orang terdekat bila dah dekat nak berangkat…

Agak menyesal dan susah sikit nak beritahu mak ayah Dbi….sepatutnya beritahu mereka lebih awal supaya mereka lebih bersedia dan tidak terlalu terkejut..ni tidak… dalam dua bulan nak pergi..baru lah terhegeh hegeh nak beritahu..dah lah susah nak beri tahu..rasa berat je mulut nak beritahu..maklumlah terpaksa tinggalkan mak ayah sekali lagi…mak ayah bukannya muda lagi…keputusan ni menyebabkan mereka bersedih sangat…mak tak boleh tidur,teringat anak nak berjauhan..pak pun sama….melihat mereka lebih sukar dari membuat keputusan..serba salah pun ada..tapi apa boleh buat..keputusan yang dipilih tak boleh diundur lagi. Mak ayah,walaupun berat untuk menerimanya, terpaksalah restu dengan keputusan yang dibuat anak degil mereka ni.

Datang sini nak cari susah….tinggalkan zon selesa di Malaysia dengan harapan susah yang dicari sekarang akan membawa kesenangan yang lebih lagi dimasa depan..tapi rasanya kalau masih di Malaysia..sekarang tentu selesa dan senang dan dimasa depan tak adalah susahnya..

Tak ada pun hujan emas di negeri orang,..yang ada hanya hujan batu yang lagi lebat, hujan batu yang sedang menimpa batu yang bergolek ini..umur dah nak 40 tahun..masih lagi belum berada di tempat yang seadanya, masih lagi mencari..masih lagi meraba.

Tak menyesalkah??..InsyaAllah.walaupun apa pun hasilnya, menyesal bukanlah agenda utama. bila kita membuat keputusan..hasilnya ada dua, berjaya atau tidak berjaya..kalau berjaya..syukur alhamdullilah..kalau tidak berjaya pun, mesti ada hikmahnya..jadi gunakan kegagalan itu untuk menjayakan sesuatu yang lain..


Cabaran untuk melihat hasil keputusan yang dibuat banyak, apa yang harus dilakukan hanyalah berusaha lebih keras, tidak berputus asa dan bertawakal kepadaNya agar hasilnya mengembirakan semua.

Thursday, September 11, 2008

Dbi jawab







nay: Assalamualaikum DBI

saya nak minta pendapat..test ca 125 saya tinggi,dah scan ovari,doc kata ok tak bengkak apa,fibroid takde...apa maksudnya tu..

kdg2 mmg saya letih,rasa tak tau nak cakap,mcm nak dmm,mkn ponstan ok

harap DBI dapat beri pendapat dgn emel kepada saya di jawooh_2020@yahoo.com..saya risau...terima kasih umur sa ya 30,anak baru sorang




salam nay..lambat jawab sebab malas..bley???...lagi pun sejuk jari nak menaip malam malam..maklumlah tak biase duk tempat sejuk gini…:-0

selalu jugak pesakit datang bawak keputusan ujian yang dibuat sendiri kat makmal patologi…datang nak suruh dbi terang apa yang tak normal apa yang normal…bagus jugak tu sebab mereka ni ambil berat tentang kesihatan sendiri..macam macam ujian boleh buat tapi yang bagusnya berbincang dulu dengan Dr tentang ujian apakah yang harus di buat..sebab ada jugak buat ujian yang rasanya tak perlu di buat..

Ca125 ni ialah “tumor marker” iaitu protein yang dihasilkan oleh sel tumor( ketumbuhan),dan akan ada pada kepekatan yang tinggi untuk kanser ovari. Nilai normal biasa ialah pada nilai <35>

Susah untuk menganalisa satu bacaan Ca125, tanpa membuat pemeriksaan dan sejarah pesakit sebab nilai Ca125 yang tinggi boleh juga berlaku untuk kes kes bukan kanser seperti fibroid, endometriosis, pancreatitis, jangkitan kuman di pelvic, ca125 boleh juga tinggi ketika mengandung dan juga ketika sedang haid.

Selain kanser ovari, kanser buah dada, kanser paru paru dan kanser usus juga akan hasilkan nilai yang tingi.

Ultrasound pelvic unuk tengok saiz ovari dan uterus tu langkah yang bagus lah…dan keputusannya normalkan??..jadi jangan lah risau sangat..langkah seterusnya ialah ulang ujian Ca125 tu dalam masa 3-6 bulan ni, dan tengok trend bacaannya..kalau sama atau dah turun..ok lah..tapi kalau makin meningkat..berbincanglah dengann Dr merawat untuk langkah seterusnya.

Kalau ada bengkak dibahagian rahim atau ovari, dan nilai Ca125 lebih daripada 65, 95% berkemungkinan bengkak itu adalah kanser ovari.

Ca 125 ni selalunya digunakan untuk memantau pesakit kanser ovari yang dalam rawatan, setiap kali susulan, nilai Ca125 akan diperiksa dan trend bacaan Ca125 akan dilihat samada meningkat atau tidak, kalau nilainya meningkat, maknanya mungkin kanser yang dirawat telah muncul kembali.kalu nilainya menurun maknanya rawatan yang diberikan tu berkesan.

Walaupun begitu, 20% pesakit kanser ovari, nilai Ca125 nya normal, dan ramai jugak yang tidak mempunyai sebarang masalah perubatan walaupun paras Ca125 nya tinggi dan hanya 3% daripada wanita yang nilai Ca125 nya tinggi yang ada kanser ovari.

Dan rasa letih tu pun banyaklah sebabnya..tidak semestinya disebabkan oleh kanser.

Friday, September 05, 2008

puasa




laksa terengganu, kuah putih... ok





Puasa di sini macam biasa sahaja, macam jugak puasa kat malaysia, cuma tak boleh lah nak balik berbuka rumah mak... :-( . Mak dan Pak hanya berdua sahaja di rumah.

Tapi terpaksa lah meriahkan waktu berbuka di sini seadanya, irfan dan irsyad setakat ni masih berpuasa penuh, cuaca sejuk menyenangkan mereka puasa..kurang lapar.

Macam macam nak makan rasanya, mujurlah sayangDbi berjaya meluangkan masa untuk mencuba buat pertama kali memasak kuih/makanan yang kalu kat malaysia tu main tunjuk tunjuk sahaja... :-) .... kalau tak, merasalah telan air liur sajer..

Untuk yang pertama kali memasak..hasilnya begitu memberangsangkan... 8/10...hahaha..sorry yer..bini sendiri mestilah kena puji selalu... :-)








onde onde..berdebor tunggu masak..timbul ke tidak ni??







apa nama tatau ni...tapi sedappp..






p/s: blog ni sekarang telah pun dijumpai sayangDbi....ni sebab share satu komputer...



Monday, September 01, 2008



melbourne in winter



sudah hampir dua bulan di melbourne.. dbi masih sedikit tersibuk..tak tahu lah apa yang sibuknya cuma rasa macam tak ada masa terluang untuk berblogging..mungkin masa yang ada tak terurus dengan kemas..

ni pun tulis waktu selepas sahur sementra tunggu masuk subuh..kang kalu tidor tersubuh gajah badak pulak.

dbi ucapakan terima kasih kepada kawan kawan blog yang tetap datang ke bilikini walaupun dah macam tak ada orang jaga..

Pada kesempatan ini Dbi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK dan juga SALAM MERDEKA







mt baw baw- salah satu ski resort di melbourne....kannnnn..sempat lagi pi tengok salji