Sunday, November 30, 2008

Wednesday, November 26, 2008

Thursday, November 13, 2008

tag/jalang jalang

Lanjutan dari rancangan sepuluh tahun tu, dengan usia yang sudah limpas 35, banyak lagi yang tak kesampaian, ada yang memang tak akan tercapai pun, banyak juga yang jadi tak ikut rancangan..jadi kalau ada orang nak jadikan rancangan DBI tu sebagai benchmark..lupakan saja lah.

Walaupun begitu, bukanlah bermakna kita hidup dalam kegagalan kann..mungkinlah tak dapat jadi Pakar Bedah tu boleh dianggap gagal,tapi DBI jadi apa yang tak pernah difikirkan dulu pun.. tak pernah terlintas pun sepanjang masa belajar atau 10 tahun dahulu untuk jadi GP, siap berdebat dengan kawan lagi pasal keburukan menjadi GP tapi aku jugakkk yamg jadi…memang ada hikmahnya tersendiri tu..

Sebahagian faktor penyumbang kepada ketidakcapaian rancangan tersebut selain dari ketentuanNya, ialah kurangnya usaha keras, sifat nak bersenang sennag dahulu dan kehilangan fokus yang tak berpunca..tapi apa yang terjadi dalam hidup sekarang pun sangat lah menggembirakan walaupun hari hari jantung bergerak laju,,, :-0

Dipaparkan di sini satu rancangan 10 tahun yang bolehlah dikatalan terlaksana walaupun tanpa usaha yang gigih…


Paparan ini juga bolehlah dianggapkan sebagai entry tag yang tetiba di shout oleh 5thE bulan September yang lepas..biasanya DBI tak suka di tag sebab rasa macam buang masa jer..tapi sebab sekarang ni macam banyak pulak masa pulak untuk di buang…

Tag tu lebih kurang untuk letak 10 gambar yang paling gorgeous dalam hidup..DBI tak lah hensem, gorgeous tu jauh lah sekali..tapi suasana dan persekitaran tu yang gorgeusnya tertempias ke DBI..bley??





1.di kaki kinabalu 1997

Di kota Belud dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.. berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Gambar nilah yang dihantar kepada sayangDBI untuk dia tengok-berkenan ke tidak- haruslah kelihatan jorjes untuk dilihat oleh bakal isterikan…terus ajak kawin… hahahaa
itu kereta pertama wira SA****U
gaya seluk poket masa bergamabar tu soo lah gaya 90 an...kannnn





2. di puncak dunia 1998

Di puncak gunung Kinabalu jer..naik gunung ni pun dah terkangkang macamana nak panjat Everest ni..tapi bila sampai kemuncak, itu antara saat yang mengujakan..





3.ku bawa diri ke London 2001

Bawa dirilah sangat…:-0…..





4. menyepak bola di Manchester 2001

Yerrr dah sampai ke MU stadium…macamlah aku peduli…





5. cintaku jatuh di Paris 2002

Eiffel Tower kan….dari jauh nampak sangat cantik,tapi bila dekat..macam besi buruk saja. Tapi pertama kali tengok Eiffel tower rasa sangat menakjubkan…sampai jugak aku ke sini…DBi tak ada lah naik atas sebab terpaksa beratur panjang sangat..ehhh ke sebab tak cukup pitih…budget holiday gitu..






6. berjalan dengan Loch Ness 2002

Percutian paling happening, berdua menaiki kereta mengelilingi Scotland. Negeri yang paling cantik pernah dikunjungi, dengan cuaca yang nyaman dan segar, hutan pine,gunung ganang, tasik dan istana lama yang terjaga cantik. Kalau ada rezeki..memang kena datang lagi ni..






7. Brussel 2002





8. makan sayur di beijing 2006

pose pose buasir kah???..:-O





9. sepetang di PutraJaya
waktu yang paling `Sihat`..lihat saja perut ku ittew...



10. membogel di KLCC..*matiler..

Tuesday, November 04, 2008

muhasabah kah?

Waktu ini tepat pukul 4 pagi, Dbi dah ada depan lappy , telusuri alam cyber, baca blog kawan kawan, blog blog politik, dengar lagu Nuar zaing..tetappp.. :-l

Insomnia kah??..syukurlah nikmat tidur belum lagi di tarik, Dbi pantang kepala bertemu bantal..tak jumpa bantal pun boleh lelap… kisahnya, Dbi tidur pukul 9 mlm, awalkan..?, maklumlah kena tidur ngan anak anak, pastu terjaga kul 3-4 pagi… dah tujuh jam tidur ..lebih dari cukup tidur tu..orang orang tua cukuplah tidur 5-6 jam sehari..








Yarra river-kalau merenung dari jendela bilik ini memang tak nampak, ini pandangan dari Yarra Trail,Alexandra Avenue pada pukul 5 pagi..sekali pandang cantik, dua tiga kali pandang,lebih kurang sungai terengganu jer...


Waktu ini, melihat wajah tenang anak anak tidur, merenung ke luar jendela dari bilik ini, membayangkan Sungai Yarra yang mengalir lesu tapi tak lah jernih mana sambil meneguk segelas Nescafee cappuccino segera yang dibikin sendiri……sanggupker kejutkan bini untuk buatkan air kerana nak ikut nafsu minum nescafee..lainlah kalau nafsu yang lagi satu itu… hahahahha…. Sangatlah melegakankan..hilang kerunsingan yang nak menenggek.


Waktu ini masa seolah mengesot kalaupun tidak berhenti, perlahan lahan, terasa boleh menoleh ke belakang,dan memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup. Detik gembira, detik sedih, rancangan yang tidak jadi, rancangan yang menjadi, atau rancangan yang terjadi tanpa dirancang.




Yarra river dari Melbourne Botanical Garden, Alexander Avenue, pada pukul 6.30 pagi, Yarra River ni walaupun taklah jernih mana tapi nampak bersih dan pada waktu begini,memang ramai yang berkayak di sungai atau berjogging dan berbasikal di tebing..meriah...



Waktu ini kira kira 13 tahun yang lalu..ermmmm mungkin bukanlah waktu pepagi begini, tapi masa tu baru jer melapor diri untuk bertugas di sebuah hospital kerajaan. Hati sangat berbunga riang tapi takut.
Adalah buat layout rancangan 10 tahun akan datang..yakni sebelum mencecah 35/36 tahun, haruslah tercapai apa yang dirancangkan…antara rancangan tu ialah..

1. Sudah mempunyai sekurang kurangnya seorang isteri dan beberapa orang anak-anak yang menjadi pengikat kasih sayang dan pengacau waktu intim.. :-l

2. Menjadi seorang pakar bedah yang berjaya dan terkenal…masuk surat kabar, tv segala,dipanggil untuk bagi ceramah di serata tempat dan dapat Dato` pada umur 40..hahaha..bab dato` tu berangan jer..

3. Mempunyai kereta Mercedes atau BMW..

4. Mempunyai sebuah banglo enam bilik siap dengan swimming pool- buat aper tau rumah besar besar ni..

5. Mempunyai hartanah yang banyak, duit simpanan yang bertimbun..

Dunia sangat kan???

6. Mempunyai sijil PADI dan dah pergi diving sekurang kurangnya tempat scuba di seluruh Malaysia..

7. Telah ke Mekah menunaikan fardhu haji atau sekurang kurangnya dah pergi buat umrah..

8. Melancong ke luar negeri..

9. Kemungkinan sangat besar untuk tidak jadi general practitioner,ada klinik sendiri..

10. Membahagiakan kedua orang tua..



Tapi, ada tercapai semua rancangan itu..??...