Tuesday, December 30, 2008

tahun baru




Dah lama tak jumpa patient Dbi...macam manalah ayah wan sekarang ni erk…?..dengan siapalah dia duk mengadu sekarang ni…ke manakah patient Dbi pergi… macam rindu lah bila lama tak jumpa patient yang macam macam karenah tu..rindu ker????..padahal dah tak adalah modal nak mengumpat patient… :-O


Tapi ada lah seorang kawan atas kawan ni, umur baya Dbi lah, baru baru ni masuk hospital, bukan wad biasa, CCU lagi- CCU-cardiac care unit….sebabnya dapat serangan jantung atau org putih panggil heart attack atau bahasa perubatannya myocardial infaction. Bukan tu sahaja, tekanan darah pun tinggi,kolesterol pun tak terkawal. Duduklah dia dalam CCU tu untuk beberapa hari.


Sepatutnya bila dah kena macam tu, insaflah dok..? kenalah ubah gaya hidup, jangan lagi cengeng,cepat marah dan selalulah bawak bersabar, jaga makan supaya paras kolesterol tak tinggi, bawak bawak lah berexcersise secara berkala dan ikutlah peraturan makan ubat yang diberi… tapi harammmmm…


Sepanjang duk di CCU tu, sibuklah duk kata dia kena sihir, terkena buatan orang dan sibuklah nak bawak tok bomoh masuk CCU. Hebat jugaklah hantu zaman sekarang erk…? Kalau dulu orang kena buatan orang jadi meracau, cakap tak keruan, muntah darah keluar rambut/paku/jarum ker….tapi hantu zaman sekarang boleh buatkan orang kena heart attack…kagum tu.


Kalau kita percayakan sangat hantu hantu ni kita boleh syirik kan???... tak gitu En aku?...kena hati hati tu..tapi kalau setakat meraikan kawan sambut krismas, tahun baru cina ker dewali ker takkan lah boleh jadi kapir…kalau kita nak raikan diorang pun haruslah ada batasannya jugak…takkan lah sampai nak pi gereja sembah salib/patung pulak…atau ada niat sampai hormatkan segala kepercayaan agama diaorang. InsyaAllah, kalau kita tidak laro, sedar diri dan tahu dimana batas batasnya..keimanan akan terpelihara.


Kawan kita yang kena heart attack ni bukan setakat fikir dia kena buatan orang, dia duk fikir jugak siapa yang nak aniaya dia dengan buat sihir ni. Siapalah yang dengkikan dia ni.. maklumlah dia ni seoarang yang berjaya..berpendidikan tinggi, kaya dengan tanah berekar ekar, berjaya di tempat kerja dan projek perumahan secara part time pun berjaya sakan..haruslah ada orang dengki katanya…


Ni pun satu penyakit orang kita..selalu sangat bila ada musibah berlaku, kita akan cari penyebabnya dan banyak kali kita akan salahkan orang lain. Adalah lebih mudah dan menyenangkan hati untuk kita salahkan orang lain dari mengakui kesilapan yang kita lakukan. Kalau di ikutkan orang lain pun ada kehidupan sendiri, tak ada masa pun nak buat jahat kat orang kecualilah kalau orang lain tu jenis jahat nak ganggu kehidupan orang..mungkin ada tapi tak ramai lah.


Orang yang kawan ni tuduh hantar sihir ni pun rakan seofisnya..dan rakan seofisnya tu seorang ustaz lagi….kannn?.macam tak logic sangat..kalau kita tengokkan kawan yang kena heart attack ni pun..risiko untuk dapat heart attack tinggi…personality type A, hidupnya selalu stress, umur dah lebih 40 tahun, ada darah tinggi-tak tahulah ambik ubat ke tak….gemuk dan boroi, tak bersenam.makan macam macam dan merokok. Dengan faktor risiko yang begitu banyak..tetaplah nak kata orang lain yang sebabkan dia kena heart attack.


Sempena ma`al hijrah 1430 dan tahun baru 2009 ni sudah sampai masanya untuk kita berhenti nyanyikan lagu “ Bangau oh Bangau” kepada anak anak kita..* tetiba…hahahaha..bangau oh bangau tu asyik salahkan orang lain ajer….


Salam Ma`al Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru Masihi 2009. Semoga tahun mendatang ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan.




Monday, December 22, 2008

merry christmas






Dbi dapat hadiah krismas daripada bos, sekotak coklat yang habis selalu bila buat balik rumah dan sekotak air kencing syaitonilrojimmmmm...mati mati Dbi tak nak ambik tapi mati mati jugak bos suruh ambik..buat lah apa yang patut katanya..lagi pun bos cakap tak baik tolak pemberian orang..jadi lebih baik lah Dbi ambik biarpun hadiah tu bukan lah benda yang baik. :-O

Apa lah nak di buat dengan 24 botol arak ni..?..nak dibuang rasa macam sayang..matiler sayangkan arak...kalau bagi bagi kan kat jiran ok dok?..bolehlah eratkan tali persahabatan dengan jiran..matiler lagi sekali..guna bende tak elok untuk penyambung sillahturohim...

Rumah ini berbentuk unit, maknanya dalam lot rumah Dbi ni ada lagi satu rumah orang, rumah ni dibelakang tapi akan gunakan gate keluar masuk yang sama... Jiran ni dah berkeluarga, ada anak dua,bini orang kulit putih, suami kulit gelap sikit dari kulit Dbi...selalulah tegur menegur setakat hai mate..haow are you today...pendiam dia ni..dalam diamdiam tu bekeng dia ni..siap datang sound lagi kalu kita bising ...tapi bila dia buat bising tak perlah pulak..

Rumah di sebelah kanan pun ada dua unit, yang kanan depan rasanya tinggal seorang umur dalam 50 an, lelaki mat saleh..sangat sombong..dah lah muka masam sokmo, orang tegur pun tak senyum.. lantak dia lah kann.

Jiran yang di kanan belakang , couple tanpa anak, nampak macam friendly..selalu lah senyum dan bertegur sapa kalau terserempak..tapi diorang ni sibuk bebenor..keluar pagi balik malam gitu...
Jiran di sebelah kiri, pakcik berasal dari Malta..tau ker kat mana Malta ni???.. :-I.. dah lebih 40 tahun di australia, tinggal dengan anak lelakinya, isteri dah mati..sangat baik dan selalulah berborak borak dengan dia..

Jadi apa nak buat dengan arak ni erk???




Buang atau bagi kat jejiran ?...






Friday, December 12, 2008

aidil adha ini






sekadar gambar hiasan


salam.

1...gambar kat header baru tu bukan Dbi..tapi kalau dua tiga kali pandang nampak pandangan belakang tu macam Dbi punya belakang siap..... dengan telinga capang lagi... :-O .Terima kasih En Noel yang sangat sibuk dengan projek juta juta...walaupun sibuk, sanggup luangkan masa untuk bersusah payah menyiapkan projek header yang kena tajuk dan cute ini.. cute ker???....
Thanks bro.

2...pada pagi raya aidil adha dua tiga hari lepas, dapat perkhabaran yang agak menyedihkan...rakan sekuliah yang juga seorang pakar perubatan telah kembali kepada Penciptanya. Beliau yang menjalani pemindahan sum sum tulang untuk rawatan Leukimia yang ditanggung tidak sedarkan diri selepas pemindahan tersebut. Setelah dua minggu mendapat rawatan sokongna sewajarnya, pasangannya yang juga rakan Dbi terpaksa menerima hakikat yang agak pahit ini tapi Dbi tahu beliau seorang yang sangat tabah dan dapat mengharungi dugaan ini bersama anak anak yang masih kecil..InsyaAllah... Takziah and alfatihah untuk beliau.

3...tidak seperti tahun tahun yang lepas, Dbi tak buat korban tahun ini, mungkin akan ikut rakan rakan di sini yang berkorban, ada 25 ekor bebiri korban akan diambil esok dan akan diagihkan kepada masyarakat melayu, selebihnya akan di jadikan sajian BBQ dan jamuan aidil adha.. Dbi buat buat sibuk disitu jerlah..

4...tidak juga seperti tahun tahun yang lepas juga...Dbi terlepas sembahyang sunat hari raya..insyaAlalh tak akan lagi berlaku di masa akan datang...dah lah sembahyang raya dua kali setahun jer :-( <----mode insaf n sedih.

Sunday, December 07, 2008

Wednesday, December 03, 2008

kota ini

ini ialah entry terjadual yang terakhir...akan kembali selepas ini..insyaAllah :-i