Monday, June 22, 2009

luka





aku seekor wombat- phillip island,victoria, AUS

Tetiba saya berada dalam kesibukan..hemmmm..sampaikan nak peluk bini pung dok dang…:ngeh..ngeh..ngeh..ngeh....... berdo`oh nggoh.


Anyway, ada kawan matsaleh saya tanya, apa yang saya paling rindu dengan Malaysia…? Saya kalau bercakap dengan matsaleh ni kena tenguk gerak mulut, tengok mata, tengok expresi muka, tengok segala..kalau yang jenis cakap dalam tekak, tak bukak mulut pastu laju macam kena kejar hantu..nampak dungulah saya..terangguk angguk buat buat faham.


Saya pun jawab….saya rindukan masakan mak saya..maklumlah,sudah bertahun tahun,….setiap pagi saya bersarapan di rumah mak..


Matsaleh tu pun tanya balik…kenapa ianya selalunya melibatkan makanan? Tak boleh ker ingatkan mak sahaja?


Ahahh..bukan tak boleh ingatkan mak sahaja, tapi makanan akan menambahkan buakkan ingatan tu… kata saya..walaupun rasa macam tak betul jer jawapan itu


Dalam banyak perkara, makanan memang jadi agenda utama, kalau tak, tak kan lah banyak betul blog yang tulis pasal makanan..kannn? Tambah lagi kalu kita sakit, makanan jugak yang jadi salah satu topik hangat


Agak kerap jugak, bila saya cakap, pakcikkkkk…pakcik ni ada sakit kencing manis/darah tinggi sekarang ni…antara respons yang utama ialah….doh mender makanang nok pantangnyer..? padahal sebelum tahu ada penyakit, bedal segala.


Samalah jugak kalau lepas buat pembedahan, makanan apa kena pantang..makanan apa nak makan supaya luka luar dalam cepat sembuh…senang kan..


Jawapan untuk semua pertanyaan tu ialah..makanan lah apa yang nak makan pun, tidak ada pantang..makan telur bukan penyebab luka bernanah..makan ayam tak akan lambatkan luka sembuh.


Penjagaan luka tu bermula sebelum hari pembedahan lagi, kita kena makan makanan seimbang supaya gizi mencukupi untuk proses sembuh, kalau gemuk, kena kuruskan badan, buang lelemak yang berkumpul, kehadiran lemak di kawasan luka boleh lambatkan penyembuhan, kalau ada penyakit kencing manis, kenalah kawal paras gula, kalau kencing manis tinggi gulanya..senang lah kena jangkitan nanti.


Kalau luka pembedahan, lukanya boleh dikatan bersih, jadi risiko untuk jangkitan kuman dan lambat baik tu kurang. Luka sembuh luar dan dalam dalam masa 4- 6 minggu bergantung kepada tempat mana pembedahan tersebut. Semasa pembedahan tu pasukan perubatan akan cuba untuk meminimakan risiko jangkitan.


Kalau luka akibat kemalangan, biasanya kotor dan perlu jagaan lebih untuk cepat sembuh.

Selepas pembedahan, kalau orang tu sihat, luka sembuh tanpa perlu jagaan rapi. Kalau macam macam penyakit ada, lambat lah sikit. Kena jugak berjalan jalan, bukannya berbaring sajer di katil, berjalan boleh membantu peredaran darah. Pastikan luka sentiasa kering. Macam saya cakap tadi, makanan tiada halangan, nak makan anak ikan haruan??..belut??..royal jelly? Madu? Multivitamin?? Terpulang.


Tapi kalau luka tu nampak ada merah merah di tepinya, bengkak, makin sakit, ada keluar lendir berbau busuk macam nanah…kena bezakan kan jugak dengan air jernih yang keluar sehari dua selepas pembedahan-yang ni normal…., ada keluar darah/ketulan darah.atau ada demam..mungkin luka tu dijangkiti kuman dan akan lambat baik.cepat cepatlah jumpa Dr, luka tu perlu dilihat Dr dan mungkin perlu rawatan lanjut…kalau luka terbukak jahitan pun kena pi jumpa Dr…luka bettah kata orang ganu.. jangan takut..Dr tak akan jahit balik tapi kalau luka tu bersih, ada strip/tape yang akan lekatkan balik luka tu..tapi kalau bettah tu sebab luka tak bersih..luka tu kena dibersihkan dulu dan dibirakan terbukak macam tu..kena dressing ler…



9 comments:

zaidaniza ziton said...

Terima kasih tuan doktor share cerita luka kat sini. Sekurang kurangnyeer saya leeh berjaga jaga n berhati hati bila mendapat luka..

tu ajee laaa nak menyebik pon kat blog ni

captlukman said...

lama doh Dbi dok tulis pasal nyakit, ambe ok belake except cholesterol tinggi uols. matilah kedaroh kambing lebey kan???hehehe

shasha said...

itu pasal la org2 kita byk penyakit kot..sebab makanan jadi puncanya...ke? heheh...lama tak singgah sini bro...sorry..

e-jard said...

Setelah sekian lama tak komen. Kali nih nak juga komen. Memang betol pon.

RINDU KAT DBI!!!!!!!!!!!!!! Biler nak balek ganu?

:: rockafella yanz :: said...

sama ler kita, tiap2 hari windu nk mkn masakan mak sndri, pdhal hari2 jmp.. hari2 msak brsama.. kikiki

Anonymous said...

dulu luka, skrg tidak lagi....

CATZ said...

thanks for sharing the info..

:)

Lee Novotny said...

Tu ah dia..memang makanan sokmo..nasik dagang, pulut kuning, nasik lemok...aiyooo merembess aiir liur mak uolsss!!!!

Jgn sedey sedey..... bini ada tu, suruh ah dia massok! :P ***lariiiii

Faridah said...

Rindu makan? Balik le cuti! Saya pun nak balik ni!