Thursday, September 03, 2009

mimpi


Kata orang mimpi itu mainan tidur. Kalau macam tu dah sangat lama saya tak bermain dalam tidur. ‘Main’ sebelum tido tu selalu lah.. hahhhh! :-)


Memang lama betul tidak bermimpi.mungkin dah berbelas tahun..kalau ader pun mimpi saya tak ingat sebab rasanya taklah penting sangat mimpi mimpi tu..nama pun mainan tidur.


Tapi kalau kita kerap sangat bermimpi terutamanya mimpi tentang kanak kanak, mimpi tengtang ular..jangan lah pulak perasan nak kena pinang yer.. Sebenarnya kalau mimpi sebegitu acap sangat..itu adalah tanda tanda ada gangguan jin. Selain terasa selalu kena tindih semasa tidur..kalau menindih tu bukan gangguan jin..itu kita yang jadi jin.


Entah macam mana seminggu dua lepas, saya bermimpi..


Dalam mimpi tu saya jadi doktor…bosan kan??? Mimpi pun jadi Dr..takderlah jadi mender lain…Dalam mimpi tu saya sedang bertugas atas panggilan- on call- di sebuah hospital tempat saya bekerja dulu, hospital ni berada di tepi pantai yang namanya tidak menggambarkan keindahannya, dinegeri yang memang menarik lah jugak budayanya.


Dalam mimpi tu saya sedang tidur..haruslah tidur..kalau kes semua dah settle…janganlah ingat Dr ni bila oncall..kena berjaga sepanjang malam..tetiba pager berbunyi, saya pun telefonlah orang yang page saya tu…


“DBI..nama tipu ni…saya nak rujuk satu kes ..budak 5 tahun masuk wad saya pagi tadi sebab accident dan patah kaki..tapi sejam dua tadi nampak macam tak berapa nak sedar dan muntah muntah”…suara houseman di wad itu…

Dialog bukan dalam bahasa perubatan yer..nanti payah pulak.


“Oklah..nanti saya datang tengok..” dengan suara mengantuk…tapi..entah macam mana saya tidur lagi.


Tetiba telefon saya berdering…” DBI..kenapa tak datang lagi..cepatlah..pesakit dah tak ada nyawa dah.”.


HaHHH?!!!..terus saya berdebar debar dan terjaga..debaran terasa juga ketika saya sedar. Dan mimpi tu bermain main dikepala saya sampai sekarang. Adakah ada makna disebalik mimpi itu..kenapa mimpi itu masih saya ingat dan membuatkan saya terfikir?


Adakah???



  1. Saya bermimpi kerana saya rindukan kehidupan sebagai seorang Dr macam dulu dulu?
  2. Saya memang Dr yang tidak bagus kerana lari dari tugas seorang Dr bila berada di sini?
  3. Saya perlu berusaha menjadi Dr di sini
  4. Ia nya tidak bermakna apa apa..saya terover sajer



8 comments:

nazzman ibrahim said...

ke semunya nazz kasi kat DBI...
OPS

Kijang Sakti said...

..jawapanya adalah yang no. 1. Saya pernah mengalami peristiwa yg sama..berkaitan dgn tempat keja. Anyway..'mainang' je tuh..haha

captlukman said...

dbi banyok fikir ngak pung!! doks??

armouris said...

info tentang muntah kat sini - Kanak-kanak Muntah

asr said...

Malam tu Lailatul Qadar kot?
hehehee....

CATZ said...

mimpi pun jadik doktor gak?..hiksss..
mmg jiwa doktor lah tu. tak boleh lari...
salam ramadhan utk db1 sekeluarga.
:)

Anonymous said...

dbi buat apa kt victoria tu? mehla lawat2 newcastle ni.

DBI said...

nazz/kijang/lukmang- mainang jer tu..dok sgnificant pun

i wish asr..

catz-salam ramadan n raya

cik anon- ada apa di newcastle