Saturday, September 12, 2009

tadarus update





rumah- tidak berkenaan dgn cerita.. :-)


malam 23 terawih..dah nak habis pun ramadan dan terasa ramadan tahun ni begitu cepat sekali..belum pun puas berpuasa, dah pun nak raya..entah tahun depan sempat ke tidak..tak tahulah...mintak mintak dipanjangkan umur.

malam 23 terawih..kami baru sahaja masuk juzuk ke 9..lambat lagi nak habiskan 30 juzuk..tapi ustaz cakap jangan risau..baca alQuran bukan di bulan Ramadan sahaja..macam tahun lepas..kita akan terus jadikan program tadarus di setiap hujng minggu.

ustaz cakap lagi..pepatah arab ada berkata membaca alQuran atau mengaji ni umpama menjaga unta liar. Unta liar perlu di ikat, dijaga, diberi makanan..barulah unta tu akan jinak dan manja..macam tu lah Quran..bila kita selalu mengaji, dalami dan faham maksudnya, belajar dan cuba baca dengan tajwid yang betul..Quran akan mendampingi kita, kita rasa sayang, mudah dan ingin mengaji selalu
kalau unta liar itu tidak dijaga..sudah tentu unta itu akan lari meninggalkan kita, dan kita pun akan lupa akan unta liar itu.....







2 comments:

risanur said...

salam DBI,pelan2 mengaji tu asalkan dapat khatam al quran...insya'allah...sikit2 lama2 jadi bukit :)

CATZ said...

salam DBI,

betul tu saya setuju..baca Al-Quran bukan bulan Ramadhan je..kene berterusan..
:)

selamat hari raya,
maaf zahir dan batin.
selamat beraya di perantauan.