Pada zaman dahulu, saya selalu berangan jika saya berjaya keluar negeri untuk belajar, antara perkara yang harus dilakukan, selain melawat tempat orang ialah pergi ke ladang buah buahan dan memetik epal dan anggur dari pokoknya. Mungkin itu juga keinginan orang lain yang ke luar negara....tidak?..tak kisahlah tapi..ini kira memang satu keinginan saya..
Tapi, saya tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab saya bukanlah pandai sangat pun, SPM cukup makan, result matrikulasi pun bolehlah melayakkan saya masuk ke bidang ini, ditemudugalah jugak untuk ke luar negara tapi harapan saya pada masa itu hampir tiada sebab saya rasa keputusan peperiksaan saya tidak layak, saya dipanggil temuduga hanya untuk mencukupkan quota temuduga sahaja.. huhuhuhu
Tidak berapa lama dahulu, saya diberi kesempatan untuk tinggal di negara atas angin itu...atas sebab tertentu..bukannya sebab saya menyambung pelajaran, bukan jugak atas sebab kerja, saya berpeluang untuk melawat ladang buah buahan dan berjayalah saya berpose pose chantik di bawah pokok epal
gambar zaman dahulu ....orang darak ulu pu`eh jupper pokok epal..walaupun begitu saya kelihatan muderrr sekali..
itu cerita dahulu....
Sekarang saya tidak lagi berangan macam dulu, saya diberi kesempatan sekali lagi berada di negara orang.. australia ni kita panggil negeri atas angin jugak ker?.... sekarang musim buah buahan tempatan, yang bagusnya saya tidak perlu ke ladang, sebab banyak pokok ada di belakang rumah orang-kawan kawan..rumah saya tidak berlaman belakang...jadi dengan gigihnya pergi rumah orang sebab nak ambik gambar dan sekali lagi pose pose chantik di bawah pokok...
Dalam keluarga saya .sambutan hari jadi bukanlah menjadi amalan..saya tak ingat pun hari jadi kedua ibubapa, tapi mereka pun tak tahu bila tarikhnya kerana pada kad pengenalan mereka hanya ada tahun kelahiran sahaja... ;-)
Tiada sambutan hari jadi atau pun ucapan hari jadi untuk saya walaupun kakak kekadang cuba untuk galakan kami saling mengucapkan selamat hari jadi pada hari jadi masing masing dan saya amat yakin ibu saya sentiasa dan amat ingat tarikh lahir saya itu.
Saya pun rasa tarikh lahir bukanlah perkara yang penting sangat sehinggakan perlu untuk disambut besar besaran dengan tema tertentu, tarikh lahir hanya mengingatkan kita tentang umur, walaupun bukannya hari lain umur tidak di ingat, tarikh lahir tidak merubah apa apa, kalau kita ingat pun pun macam tu jugak,kalau tak ingat pun serupa sahaja..
Tapi sejak ada blog ni, gatal pulak tangan nak buat entri hari jadi untuk makluman seluruh alam maya…terutama yang datang ke bilikini yang tak seberapa ramai ini…apa motifnya pun tatau…
Orang cakap, bila umur meningkat kita akan lebih matang, matang dari perbuatan, matang dalam percakapan dan lebih matang dalam pemikiran…masalahnya sekarang saya tidak fikir saya telah matang sesuai dengan umur saya..atau kematangan tidak dinilai diri sendiri, mungkin orang lain di sekitar kita yang akan menilai kematangan kita berdasarkan tuturkata,tingkahlaku dan perbuatan kita…
Berada di sini sekarang, di kalangan bijak pandai yang sedang “membuat” PhD, membuatkan diri saya, lebih terasa ketidakmatangan saya, kebanyakan mereka berpangkat adik adik kepada saya dan mereka kelihatan dan bersungguh sungguh lebih matang dari saya, selain lebih berilmu daripada saya.
Ada seorang kawan ini, amat saya kagumi cara dia bercakap,tersusun dari awal hingga sampai apa yang nak dicakapkannya disulami dengan quote dari bijak pandai dan cendiakawan terdahulu atau buku buku yang dia baca, dia bercakap begitu bukan untuk menunjuk nujuk atau berlagak tapi untuk menguatkan penceritaannya. dan saya amat suka caranya itu.....walaupun kita kekadang akan kehilangan fokus sebab banyak sangat quote daripada isi cerita yang nak dia sampaikan..kekadang macam literature review lah pulak.. saya tak boleh bercakap sebegitu teratur, otak jadi bercelaru dan cakap akan jadi kelam kabut terutamanya kalau di khalayak..sebab itu saya lebih suka jadi seorang yang pendiam. :-O
Berbalik kepada hari jadi saya sehari dua yang lepas itu… saya belum lagi 40 puluh yer en Noel…dihati saya saya sentiasa dua puluh lima tahun… 25 tahun dengan kekurangan ketegangan di sana sini dan juga di situ.. :-))
kebab
Pada hari tersebut, kami pergi makan makan..errr..makan makan bukan perkataan yang sesuai,sebab kami tak makan banyak pung,kami pergi makan kebab, satu hidangan berkongsi dengan anak anak..minuman bawak di rumah..belanja berhemah sangat:-)
Bila pulang ke rumah, bukak peti surat, dan saya dapat hadiah yang paling berharga, walaupun harganya AUD 60 dollar sahaja, tetapi nilainya amat tinggi kepada saya… Saya dapat hadiah dari Leader,surat khabar untuk kominiti setempat, surat kabar ini percuma dan beberapa hari lepas saya ada menyertai peraduan online yang Leader anjurkan dandan saya telah menang salah satu hadiah itu….sukerrrrrr….
Malam tahun baru hari tu, kami pergi tengok bunga api..ni kira pertama kali lah tengok bunga api secara langsung pada malam tahun baru.Kat kampung sebelum ni memang tak pernah dan tak ingin pergi pun..maklumlah rimaslah kalau bersesak sesak, dengan jemnya dengan panasnya, dan segala macam lagi. Malam tahun baru yang lepas lepas tu pun abis kuat tengok tv jer, tak pun masuk bilik dan tidur, tak pun masuk bilik dan bergalork antara pusat dan lutut… :-)) .
Tapi bila dah ada kat sini, ambil lah peluang tengok sambutan di tempat orang. Yang bagusnya disini, malam tahun baru tu semua perkhidmatan pengangkutan awam- train,tram,bas adalah percuma..Yer..FREE untuk semua orang, Masa sambutan krismas hari tu pun percuma untuk 2hari, Bestkan..bila lah Malaysia nak capai tahap yang boleh bagi percuma untuk kesenangan rakyat..ni ..lagi musim perayaan..lagi nak kaut untung dengan naikkan harga tambang.
Ada banyak tempatyang ada pertunjukan bunga api ni, tapi kami pilih Dockland waterfront, sebab area ni luas dan orang cakap tak ramai orang kat sini..memang betul pun..tak bersesak sesak pun.
Ala bukan best sangat pun tengok bunga api ni..sama jer kat mana mana, bisae biaser jer, tapi masa yang bersama keluarga tu yang penting..qualiti time gitu..
waktu matahari tenggelam, pukul 2040..maklumlah summer,
show pertama, pukul 2115, untuk keluarga..show kedua pukul 12tgh mlm..
gambar dengan kamera murah.. :-(
white disco party di telstra dome....agak agak pepari dua orang ni larat tak nak terbang
dbi:" ustaz, sportinglah diorang ni...semua pakai ikut tema..white party" ustaz:"yolah..diorang pun nak jugak merasa pakai ihram"...* pitammmm
kami tak tunggu lah show pukul 12, terpaksa balik awal sebab petang tahun bar ada majlis sambutan maal hijrah pulak.
maal hijrah 1430
sambutan untuk meraikan maal hijrah dan together gather dengan masyarakat melayu..ada ceramah, nasyid kanak kanak, solat berjemaah dan solat hajat..yang pasti acara makan makan tak bolehlah tak ada.