Saya suka minum nescafe, setiap malam sebolehnya kenalah minum segelas..baru lah tidur boleh aman.
Beberapa bulan yang lalu, stok Nescafe yang dibawa telah habis..Nescafe buatan sini rasanya tawar, tidak sekaww Nescafe yang dibawa..
Hidup terasa tidak lengkap, seolah sesuatu hilang, macam ada jer yang tak kena…tapi tidaklah berubah perangai saya..tidaklah macam kalau tidak dapat yang satu ittew… :-O
Kata teman sebilik yang cantik menawan idaman kalbu itu..saya akan jadi cepat marah dan pongoh…kalau yang satu ittew sudah lama saya tidak mendapatkannya...dan akan senyum sampai ketelinga berhari hari kalau sebaliknya...bley??? *statement sangat
Hari ini saya sangat gembira, sebab saya dah jumpa Nescafe buatan Indonesia yang sekaww Nescafe yang saya bawa…legaaaaaa.
royal arcade, melbourne...yang baju hitam tayang betis tu bukan zaitun yang perawan yer...
Sexcited tak tajuk?...:-)
Baru baru ni ada sorang rakan kena serangan jantung., muda lagi baru di akhir 30 an.. kebetulannya, dia ni pun kawan kepada kawan yang saya sedang berkawan sekarang…so umur pun agak lebih kurang jer lah…
Dah jadi trend serangan jantung sekarang, bukan sahaja orang tua yang kena, orang yang masih muda pun makin lama makin ramai yang terkena serangan. Kawan saya ni pun rasa sangat takut..umur sama, cara hidup yang agak sama- kerja bergelumang dengan stress masa di Malaysia, datang sini stress lain lah pulak dan ada risiko serangan yang sama..mahu tak takut…tak mahulah jumpa dengan Encik Ajal muda muda ni….. :-O
Punca utama serangan jantung ialah salur darah arteri jantung tersumbat. Kawan yang kena serangan jantung ni, ketiga tiga salur arteri utama jantung tersumbat..alhamdullilah, dia telah selamat menjalani open heart surgery..
“Macamana kita nak tahu ada salur darah yang tersumbat?.dan apakah langkah langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya”…tu dia….soalan macam forum kesihatan….tanya kawan saya.
Secara praktikalnya kita memang tak tahu berapa banyak penyempitan salur darah dah berlaku..biasanya kalau dan ada serangan tu..haruslah ada tersumbat di mana mana..Walaupun begitu, faktor risiko untuk salur darah tersumbat tu banyak antaranya cara hidup yang tak sihat, pengambilan makanan berlebihan dan kurang senaman. Jadi kita tackle factor risiko tu dengan ubah cara hidup ke arah yang lebih baik dengan harapan proses penyempitan salur darah dapat direncat.
“Ada tak cara yang paling mudah…aku malaslah nak excersise sejuk sejuk camni…makan pun sekarang asyik lamb..lamb..tak pun ayam..ayam..naik muak aku..ada cadangan???
Betul ni ko nak yang mudah???..jom ikut aku...kita pi ALDI…
yer..faridah..sebaik sahaja belah buah tin ni..saya terus terbayang telur abanglong..oppps..(testis) yang terbelah..macam sama je...hihihihihi
Sekarang ni dah akhir musim panas, musim buah pun dah nak sampai hujung, tapi masa ni lah jugak musim buah tin atau fig mula masak...saya hanya jeling jeling kat pokok di rumah orang sajer..nak beli kat pasar buah tin yang fresh ni mahal, $15/kg...terpaksalah ta`ak nak makan buah tin. $15 tu boleh beli ayam untuk makan seminggu :-)
Tak dapat makan buah tin pun, makan buah buahan lain pun okay dah..maklumlah sekarang ni, harga buah buahan lain agak murah, anggur $2/kg, peach $2-$3/kg, pisang $2/kg.. epal???..err saya dah lama tak makan epal...asyik makan buah buahan yang jarang jarang jumpa sahaja...
Tapi, kalau dah Allah nak bagi rezeki, tak ke mana..rupa rupanya rumah Charlie jiran sebelah tu ada sepohon pokok buah tin yang sedang ranum masaknya..saya tak nampak sebab terlindung dengan garaj...kalau nampak , dah lama saya sorongkan pipi mintak daripada Charlie..
Pada pagi itu, semasa nak menjemur pakaian, yerrrr...saya selalu jugak jemur baju ..mithali jugak kannn???.. tersangkutlah sejabir buah tin di pagar laman belakang rumah...wahhhh...terus lompat lompat suker...hahaahah..*overlah
terus ambik..dan makan..ehhh.ambik dan tangkap gambar dulu dan makan.. :-) , sedap rasanya lemak manis bertekstur dan biji biji yang halus macam cair dalam mulut... buahnya bila masak sangat lembut, mudah lebam dan tak boleh di simpan lama.dah lah tu, kalau petik sebelum ranum di pokok,buahnya tak akan manis....,agaknya sebab tu lah yang selalu kita jumpa buah tin yang telah di keringkan...yang kering tu pun dah sedap yang amat.
petangnya barulah tahu, memang Charlie yang letak kat situ...
ta`ak= menahan diri..yer dok lokmang?? sejabir= seplastik
Buah fig ni ada kandungan potasium, manganese dan fiber yang tinggi, kandungan potasiumnya membantu menawal tekanan darah tinggi, kajian yang dijalankan menunjukan bahawa kumpulan yang mengambil makaann berpotusium tinggi mempunyai tekanan sistolik 5.5 mmHg lebih rendah dan tekanan diastolik rendah sebanyak 3 mmHg...kalau fig tak ada,pisang pun tinggi kandungan potasiumnya.
Fig juga ada menyumbang untuk kawal berat badan,melancarkan sistem penghadaman- sebab banyak fiber, mengurangkan risiko barah buah dada pada wanita menoupouse, menguatkan tulang dan juga kerosakan mata akibat penuaan.
Bukan buahnya sahaja, daun fig juga ada sumber kesihatannya, daun fig telah terbukti ada bahan anti-diabetik dan juga kesan untuk mengurangkan kolesterol..tapi tak tahulah pulak saya, makan daun sebagai ulam,atau minum air rebusan atau ragut camtu jer di pokok...
Tetapi, kalau terlebih makan fig ni, boleh jadi lain pulak ceritanya, fig tinggi kandungan oxalate dan ini akan meninggikan risiko unutk penyakit batu karang di buah pinggang dan juga di pundi hempedu..
Saya bawa banyak bekalan ubat ke sini..maklumlah ubat di sini agak mahal dan kebanyakannya perlu diprescribsi doctor, bukannya macam Malaysia yang ramai farmasis, kadang kadang jual ubat tanpa prescribsi. Saya bawak 70 biji mobic(ubat tahan sakit), 70 bijik paracetamol. …tak cukup yang itu, saya beli dan telan lagi ubat tahan sakit ibubufen sebanyak 14 biji …bukanlah sekali gus telannya…mahunya sudah kejung kalau sekali telan…ubat ubat tu dah habis diguna dalam tempoh 6 bulan ni..….sepanjang hayat saya sebelum ke mari, saya tak pernah makan ubat sebanyak itu…yang biasa saya ambil hanya lah paracetamol tu pun dalam 3-4 tahun sekali..kalau sakit sikit sikit tu saya biarkan badan saya merawat diri sendiri.
Kenapa makan ubat banyak sangat…macam-macam sakit saya ada, dari sakit danpening kepala yang datang sekejap sekejap, sakit sakit badan, sakit kaki tangan, sakit gigi- macam sengal sengal jer rasanya, dengan cepatnya saya telan ubat. Saya tak boleh biarkan badan merawat diri sendiri kerana sayatakut sakit akan berpanjangan tanpa bantuan ubat. Saya tidak boleh sakit semasa di sini…mintaklah dijauhkan ..aminnnn
Kenapa kerap sangat sakit sakit badan/kepala dan pening???..banyak berfikirkah...??
Penyakit lupa saya makin teruk, makin menjadi..yang selalu saya lupa ialah berkaitan dengan kunci, dah beberapa kali saya tertinggal kunci kereta di pintu,tak kunci kereta jangan cakaplah, acap kali juga tertinggal kunci di pintu rumah, bila tercari cari kunci barulah teringat kunci masih terlekat di luar pintu..
Kenapa cepat lupa???..dah tua kah...??
Kalau tengok siaran TV percuma di sini, terutamanya channel 7, siri yang ditayangkan alahai..kebanyakkannya siri terhangat dari musim terbaru..fast track dari Hollywood kaedahnya…Desperate Housewives, CSI, Lost, Lie to Me, Criminal Mind, Grey `s Anatomy dan banyak lagi, Ugly Betty, Heroes pun dah habis tayangan..tapi ada ke saya tengok semua tu???..Saya tak berkesempatan pun nak tengok, masa tu ada kalau nak tengok, tapi macam tak minat nak tengok padahal kalau dulu, mesti tak boleh tinggal terutamanya Heroes dan Lost.
Kenapa dah tak ada nafsu nak tengok???..dah mati pucuk kah…?? :-O
Saya tak rasa saya masih berada dalam keadaan tertekan atau stress sangat, tidak seperti di bulan bulan awal, saya dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran di sini, tapi mungkin jugak secara tidak sedarnya, minda dan fisiologi nya saya masih stress dan di manifestasikan dengan symptom symptom fizikal macam sakit badan dan pening dan jugak keletihan akal sehingga saya mudah lupa dan hilang minat.
Entahlah, yang pasti buat masa sekarang, saya sedang berada di bawah dalam pusingan roda kehidupan, dan yang tambah buruknya, roda itu tidak lagi bergerak untuk tempoh 3-5 tahun ini…terpelosoklah saya di bawah sini…