Friday, September 18, 2009

shopping raya


salam, bersiaran dari Mydin hypermarket..kuala terengganu..hahhhaaaa..saya tak tahu apa yang menariknya Mydin ni..berpusu pusu orang datang sini..nak kata barang murah..murahlah tapi mutunyer.???

takkan lah saya nak shopping raya kat mydin jugak kan..alang alang dah ada di salah satu bandaraya terhangat terhappening ni..baiklah shopping raya di sini..walaupun kantung kocek
saya sangat kering :-<

sudah lama saya mengidam nak beli kasut berjenama colorado ni...masa mula mula tgk tu harganya AUD 80..warna putih+grey..sangat selesa di pakai,dan yang penting saya terasa macho jer bila pakai kasut tu...tang mana macho pun taktau..perasang je lebih ni..

waktu saya nak beli tu.kasut colorado putih.....harga dah naik ke AUD 125...stok baru katanya..lagipun kasut putih macam saya nak tu in-trend sangat..telan air liur saya sebabkan dah terlebih bajet..tapi kalau saya beli yang warna hitam..saya dapat discount 25%...so dalam bajet lah tu...

ermmm..tapi kalau nak warna hitam yg harganya AUD80..baiklah saya ambik kasut berwarna gelap lain yang harganya AUD50..walaupun tak dapat kasut putih tu..jimatlah jugak duit...berhemah kan belanja...

duit terlebih bajet beli kasut tu..bolehlah tampung beli jaket raya.. :-)

jadinya..kalau ada seseiapa nampak seorang lelaki terlebih macho sedang ..berjalan jalan di petang hari raya..memakai kasut colorado, berseluar jean CK dan berjaket macam di dalam gambar..sila tegur yer..tu DBI...

ps.. walaupun panas..saya tetap pakai jaket..





colorado black comb0





CK jean size 33





jaket




Tuesday, September 15, 2009

balik kampung


welcome to terengganu...



airport kuala terengganu yang cantik



Ketika entry ini terpapar, saya sedang merentasi bumi Australia, kepulauan Indonesia sebelum sampai ke LCCT seterusnya ke negeri tumpah darah tanahku.

Ini balik raya......

Tak sabar rasanya nak pijak kaki di bumi terengganu dan jumpa orang orang yang disayangi.

Bila dah balik tu antara aturcara yang lain ialah makan sampai boroi..tambah lagi dengan makanan exotic kampong antaranya.

Makan-


  1. bubur lambuk yang dalamnya ada pucuk paku dan midin
  2. sayur batang keladi
  3. sayur rebung
  4. sayur umbut kelapa
  5. acar putik pisang tenggala
  6. ulam jantung pisang
  7. kerabu pucuk paku pakis
  8. air nira kelapa, airkelapa muda dan air tebu
  9. sarok lada.
  10. sayur nangka
  11. pucuk paku goreng belacan


malaun..ehhh pemaun sangat kan…dah bosan lah hari hari makan broccoli, cauliflower, celery dan segala mala sayur orang putih ni.



Selamat hari raya.


Saturday, September 12, 2009

tadarus update





rumah- tidak berkenaan dgn cerita.. :-)


malam 23 terawih..dah nak habis pun ramadan dan terasa ramadan tahun ni begitu cepat sekali..belum pun puas berpuasa, dah pun nak raya..entah tahun depan sempat ke tidak..tak tahulah...mintak mintak dipanjangkan umur.

malam 23 terawih..kami baru sahaja masuk juzuk ke 9..lambat lagi nak habiskan 30 juzuk..tapi ustaz cakap jangan risau..baca alQuran bukan di bulan Ramadan sahaja..macam tahun lepas..kita akan terus jadikan program tadarus di setiap hujng minggu.

ustaz cakap lagi..pepatah arab ada berkata membaca alQuran atau mengaji ni umpama menjaga unta liar. Unta liar perlu di ikat, dijaga, diberi makanan..barulah unta tu akan jinak dan manja..macam tu lah Quran..bila kita selalu mengaji, dalami dan faham maksudnya, belajar dan cuba baca dengan tajwid yang betul..Quran akan mendampingi kita, kita rasa sayang, mudah dan ingin mengaji selalu
kalau unta liar itu tidak dijaga..sudah tentu unta itu akan lari meninggalkan kita, dan kita pun akan lupa akan unta liar itu.....







Tuesday, September 08, 2009

hujan batu


macam bosan jer berblog hopping sekarang kan..memasing blogger sibuk duk bercerita pasal makanan sajer..juadah berbuka lah..juadah sahur lah..berbuka kat hotel lah..bosan sgt..cerita lah mender lain jugak.. matiler jeles tak makan sedap di bulan puasa ni...

hujan batu di negara orang.....





Hujan batu atau orang putih cakap hail acap kali jugak turun... pertama kali tgk hujan batu sebegini waktu early spring tahun lepas...

suatu pagi tu yang sejuk...

" awak..sapa pulak lah tabur garam kat lawn rumah kita ni...kat melben ni ada orang main santau jugak ke"

saya panggil si dia tu awak sahaja..tak biasalah nak panggil ayang ker..anjer ke..darling ker...usahkan nak panggil.... kalau dengar orang lain panggil pasangan masing masing sebegitu..kembang rasa tekak..walaupun begitu..saya tahu dia tahu saya sayang dia..hahahha

rupanya bila diamati betul betul yang macam garam tu ialah ketulan air batu yang jatuh sebelum mencair..

cerita ni pun bosan jugak kan??? :-0









Thursday, September 03, 2009

mimpi


Kata orang mimpi itu mainan tidur. Kalau macam tu dah sangat lama saya tak bermain dalam tidur. ‘Main’ sebelum tido tu selalu lah.. hahhhh! :-)


Memang lama betul tidak bermimpi.mungkin dah berbelas tahun..kalau ader pun mimpi saya tak ingat sebab rasanya taklah penting sangat mimpi mimpi tu..nama pun mainan tidur.


Tapi kalau kita kerap sangat bermimpi terutamanya mimpi tentang kanak kanak, mimpi tengtang ular..jangan lah pulak perasan nak kena pinang yer.. Sebenarnya kalau mimpi sebegitu acap sangat..itu adalah tanda tanda ada gangguan jin. Selain terasa selalu kena tindih semasa tidur..kalau menindih tu bukan gangguan jin..itu kita yang jadi jin.


Entah macam mana seminggu dua lepas, saya bermimpi..


Dalam mimpi tu saya jadi doktor…bosan kan??? Mimpi pun jadi Dr..takderlah jadi mender lain…Dalam mimpi tu saya sedang bertugas atas panggilan- on call- di sebuah hospital tempat saya bekerja dulu, hospital ni berada di tepi pantai yang namanya tidak menggambarkan keindahannya, dinegeri yang memang menarik lah jugak budayanya.


Dalam mimpi tu saya sedang tidur..haruslah tidur..kalau kes semua dah settle…janganlah ingat Dr ni bila oncall..kena berjaga sepanjang malam..tetiba pager berbunyi, saya pun telefonlah orang yang page saya tu…


“DBI..nama tipu ni…saya nak rujuk satu kes ..budak 5 tahun masuk wad saya pagi tadi sebab accident dan patah kaki..tapi sejam dua tadi nampak macam tak berapa nak sedar dan muntah muntah”…suara houseman di wad itu…

Dialog bukan dalam bahasa perubatan yer..nanti payah pulak.


“Oklah..nanti saya datang tengok..” dengan suara mengantuk…tapi..entah macam mana saya tidur lagi.


Tetiba telefon saya berdering…” DBI..kenapa tak datang lagi..cepatlah..pesakit dah tak ada nyawa dah.”.


HaHHH?!!!..terus saya berdebar debar dan terjaga..debaran terasa juga ketika saya sedar. Dan mimpi tu bermain main dikepala saya sampai sekarang. Adakah ada makna disebalik mimpi itu..kenapa mimpi itu masih saya ingat dan membuatkan saya terfikir?


Adakah???



  1. Saya bermimpi kerana saya rindukan kehidupan sebagai seorang Dr macam dulu dulu?
  2. Saya memang Dr yang tidak bagus kerana lari dari tugas seorang Dr bila berada di sini?
  3. Saya perlu berusaha menjadi Dr di sini
  4. Ia nya tidak bermakna apa apa..saya terover sajer