Friday, October 23, 2009

secangkir kopi di nagambie


nagambie sebuah daerah "country"kira kira 150 km ke utara melbourne.. singgah menikmati kopi di tepi tasik yang mengasyikan.

minum kopi memang dah jadi budaya dan cara hidup melbournian..dan kedai kopi tempatan menjadi pilihan..adalah merendahkan martabat melbounian kalau kita ajak orang pergi minum di starbuck..gitu..sebab tu starbuck tak lah sebanyak di kuala lumpur

saya sebagai melbounian celup pun sama lah menikmati kopi tempatan..hihihi.. kopi di melbourne ada bermacam macam sebab penduduknya pun dari pelbagai negara.. kopi itali, kopi costa rica, kopi mexico,kopi brazil, kopi perancis..macam macam




flat white coffee

kawan melbournian saya berkata..kopi yang sedap tak perlukan gula..nikmati rasa kopi sebenar..pahit berlemak..
saya pun cuba lah tanpa gula..tapi disebabkan saya ada tekak terengganu..kalau tak manis tetap lah tak best.

mungkin sebab saya pose pose pelancong muka miskin..hahahah..memang tak kaya pun......! coffee was on the house...
terima kasih akak kedai kopi..



sambil minum kopi, terbentang di mata tasik nagambie yang mengasyikan. Sebenarnya australia ni ada banyak tasik tapi sejak 1992, kemarau yang berpanjangan menyebabkan banyak tasik kering tandus. Hujan pun turun sekejap sekejap hinggakan empangan air tawar untuk minuman hanya ada 37.1% sahaja untuk sepanjang tahun ni..dan summer tahun ni belum lagi datang.

jadi melbournian sangat menghargai apa yang dia orang ada sekarang, sebab manalah tahu suatu hari nanti tasik nagambie ni pun mungkin kering.

pandangan dari old lake cafe, nagambie.












Tuesday, October 13, 2009

basah


sejuknya nak mandi
....

tak payah lah mandi lg..petang boleh mandi...

tak boleh..mandatory ni..hihihihi

eh??..


mimpi ....hihihihi

tua tua pun mimpi lagi ker??


urgh?


tua tua tak leh mimpi ker? ermmmm..boleh tak tuan tuan?..tuan tuan tua yang dah kawin...pernah tak?

mimpi yang membasahkan seluar dan kadang kadang cadar untuk budak budak sangat memalukan..macam saya masa duk asrama dulu..tidur meniarap..pastu tetiba bangun pagi ada tompokan DNA pulak pada cadar..cepat cepat tukar cadar..kalu tak sempat nak tukar, buat buat tak kemas tilam dengan ltak baju kotor atas tilam.pastu berdoa tak ade spotcheck bilik.haruslah berdoa selepas mandi wajib.

mimpi basah ni ialah berlakunya ejakulsi secara spontan semasa tidur, berlaku paling kerap pada remaja lelaki dan bila pertama kali tu tu kira akhil baligh lah.. tapi yang ejakulasi secara paksaan tangan sebelum mimpi basah pertama, diaorang akhil baligh awal.

dulu saya selalu orang tanya bila pi solat kat masjid..

mung ni mimpi naik kapal terbang dok lagi?...kalu dok mimpi lagi solat saf belakang

dan sebab saya ni bendul, saya akan solat kat belakang sebab saya memang tak pernah mimpi naik kapal terbang tapi saya dah basah banyak kali lah jugak..saya tak tahu apa kaitannya naik kapal terbang dengan solat duk saf sama ngan orag tua, dan tak pernah lah pulak tanya kedua ibubapa pasal ni.

remaja perempuan pun ada mimpi basah..tapi tak sekerap lelaki.. ia melibatkan ada rembesan dalam faraj ketika mimpi.

menurut kajian 83% rakyat USA pernah mengalami sekurang kurangnya sekali mimpi basah sepanjang hayat..tetapi 94% rakyat lelaki indonesia pernah mimpi basah sebelum berumur 24 tahun.., statistik tetinggi di dunia..tapi memang tak menghairankan lah Indonesia..mender remeh macam ni lah yang jadi kebanggaan dan macamlah jugak sekarang ni sensitif tak bertempat...

memang remaja yang paling ramai ada mimpi sampai basah basah ni tapi ianya boleh berlaku kepada semua orang. Purata kekerapan mimpi basah untuk lelaki belum berkahwin ialah 0.36 kali seminggu untuk umur 15 tahun dan 0.18 kali seminggu yang berumur 40 tahun. Untuk yang berkahwin 0.23 kali seminggu yang berumur 19 tahun dan 0.15 kali seminggu untuk 55 tahun.

penyebab mimpi sebegini tidak diketahui sebenarnya tapi ada satu kajian yang menunjukkan pengambilan ubat penambah testosteron akan meningkatkan kadar testosteron dalam darah dan 90% akan ada peningkatan mimpi basah. tak kira umur berapa, tu ake kawin ker...

so kesimpulannya disini..walaupun saya sudah tua..saya andaikan..paras testosteron saya masih tinggi...hihihihih..boleh gitu?


Wednesday, October 07, 2009

klinik, raya & reunion


klinik



belum pun panas punggung di rumah dah ada panggilan dari klinik..tanya...

"Dr nak masuk klinik biler?..ramai patient Dr tunggu nak datang jumpa ni..."

hhahahaha..ramai sangat lah patient tunggu..ayat mengumpan sangat...macamana nak tolak tu... walaupun memang niat dihati nak beraya sakan tanpa hiraukan klinik yang dah setahun ditinggalkan,....tapi untuk tidak meghampakan diorang; my staff..hari kedua sampai KT dah pun berada di klinik..nak jumpa mak ayah pun tak senang.

saya di klinik sampai sehari sebelum raya, tutup klinik pada hari raya dan di klinik lagi pada malam ke duaraya.

klinik berjalan macam biasa..tak ada pesakit yang menarik untuk di umpat di sini..opsssss.

ada beberapa pesakit lama yang regular datang dan terkejut sebab ada Dr diaorang. so borak borak lah jugak dengan diorang kan..macam kawan kawan..walaupun kawan ni kenakan caj jugak kan?..

tapikan saya rasa sangat dihargai dan gembira menjadi seorang Dr seperti dulu, kini dan selamanya. So adik adik...ke anak anak ni?... di sekolah perubatan yang selalu tanya best tak jadi Dr.. , masih tertanya samada buat pilihan tepat ke tak.. masuk bidang perubatan,...atau masuk bidang ni atas paksaan orang tua... apa yang harus di buat ialah....,pupuk rasa sayang kepada apa yang kita buat dalam hidup..,bila dah sayang, insyaAllah apa yang dibuat akan menyenangkan.. ini bukan untuk bidang perubatan sahaja kan..semua perkara macam ni. tapi cara nak pupuk minat, rasa sayang tu terpulangkah macam mana nak buat.



raya


dah kalu banyak masa dihabiskan di klinik macamana nak beraya sakannya, tapi macam orang lain raya jugak lah..ziarah kubur, pi raya rumah mak ayah..makan makan..minum air gas sampai kembung..pastu sakit perut tapi tak boleh nak pi tandas sebab duduk dalam kereta terperangkan dalam jam berjam jam. Jangan terkejut yer..dikala jalan kat Kl boleh buat padang bola..... jalan di kuala terengganu jam seminggu. Abg noel tulung jawab kenapa?..

selain noel..sempat beraya dengan sofi,haizat n mdredo..tahniah untuk mdredo yang jadi org kuat satu pasukan tu..u rock bro.


reunion


4 hari raya... dapat pangillan dari seorang perempuan benama xy,

"dbi, susohnyer nok kontak...ni... nak jemput datang reunion ..pukul 3 kekgi..datang yer...rama orang nok jupper ni.."

reunion???..mender ni lah antara yang paling tak gemor nak pergi...tak pernah pun pergi sebenarnya..tak kiralah reunion untuk sekolah menengah ke..reunion untuk sekolah perubatan ker..sebab macam tak perlu saja..setakat nak jumpa dan borak borak kisah lama... ? pastu gelak gelak..,makan makan.. ermmm tak reunion pun boleh buat tu semua... itu cakap orang yang ibarat melukut masa zaman persekolahan dulu..huhuhuhuhu

tapi yang ini..? macamana tak nak pergi bila melibatkan kawan kawan lama lebih 25 tahun yang lalu..kawan kwan yang tak tahu nak menikam dari belakang..kawan kawan kawan yang tak pandai nak dengki dengki,kawan kawan yang tak reti busuk hati, kawan kawan yang selalu main jentik bijik saga..kawan kawan yang cari biji getah sebelum masuk kelas..kawan kawan lama sekolah rendah yang menyenangkan.

saya pergi..saya nampak ramai orang yang saya tak lagi kenal..dia orang pun tak kenal siapa saya,,hahahhaa..selepas bersalam..laga laga pipi..laga laga perut sambil banding perut siapa paling besar...soalan yang di tanya ialah..MUNG NI SAPER??



Friday, October 02, 2009

terbang





dah berada di melbourne setelah dua minggu bercuti raya.. naik airasia ok jugak..dengar kabar angin cakap tak bagus lah..tak selesa lah..dan macam macam tapi bagi saya yang tak kisah sangat ni..ok jer...

cuma sebab LCCT tu kan tak bertaraf airport kuala terenganu ..balai berlepas di gate T18 tu ,
boleh tak cukup tempat duduk. saya besimpuh bersila dsan mencangkung di lantai sementara tunggu panggilan terakhir

bila duduk dilantai ni...ngam ngam jer di depan matatu..... bahagian jamban orang kan :-)

ada yang menyenangkan mata tapi banyak jugak yang boleh buat mata terus buta.