Thursday, January 27, 2011

John Doe

adelaide 2010

saya ada kawan, namanya  saya tak boleh cakap sebab kalau dia tergoogle nama dia, kan dia tau pulak saya  mengumpat dia. kita panggil aje  dia John..orang putih haruslah kita letak nama John..macam orang terengganu..panggil aje Awang kalau tak tahu nama apa.

John ialah rakan sekerja saya, di kompeni ni, biasanya kami bekerja secara berpasangan. Saya telah di pasangkan untuk bekerja dengan John. selepas beberapa hari bekerja dengan John, kawan kawan sekerja yang lain asyik bertanya saya. Aryerokayworkin`with John. mate?.

i`m alrite..kata saya walaupun saya rasa John ada sesuatu yang semua orang lain tahu kecuali saya. tapi kalau ada penyakit, mana boleh tak nak rahsia..mesti saya dapat agak...saya memang rasa John ni ada masalah sebenarnya tak tapi nak lah saya memandai mandai, saya ambik pendekatan tunggu dan lihat saja.

Tak ramai yang boleh kerja dengan John ,John is rigid, John invades other people space, John make me tense and stress, John itu dan John ini..tu komen rakan sekerja yang lain.tapi ada saya kisah?..ada jugak

John sangat fokus pada kerja, John akan merancang kerja yang dia akan buat, rancangan bukan satu tapi ada plan A, plan B malah plan C.. walaupun kekadang saya rasa untuk kerja ni, tak payah buat rancangan pun tak per..tapi tidak John. dia fikir macam macam

Masalah nya bila rancangan tu tak selari dengan pasangan kerja..manalah pasangan kerja nak tau rancangan John yang bercambah banyak tu.. John jadi upset, gelisah dan kerisauan yang terlampau,John marah marah,sumpah seranah. ...mana orang lain tahan kan..sebab orang lain pun orang putih..boleh lah gaduh dan sumpah sumpah dalam english kan. Gaduh..tak boleh kerja bersama...saya lah yang kena kerja dengan John sebab saya lah orang baru dan berkelulusn tinggi kan..walaupun kerja ni bukan nya perlu sijil MD pun.

Mula mula kerja dengan John, saya stress jugak.. mana saya tau kan, saya baru, dia pulak antara paling senior di situ..pastu bab dia marah marah sumpah seranah semua..mana saya boleh jawab dengan english saya yang limited ini...kesian saya kan

konsep saya  mudah...saya kerja untuk memenuhi masa lapang..  :-)  ......bukan hobi saja untuk masa lapang yer.. .saya harap saya boleh kerja untuk memenuhi masa lapang bila saya pulang ke kampung halaman...tapi harapan itu sangat tipis lebih nipis dari ini...bila dah kerja untuk masa lapang, perlu ke nak stress?.. TIDAKKKK..sangat tidak perlu yer.

mula mula saya buat tak peduli..lantak lah kan..kau yang tension, kau nak marah..hati kau je yang sakit..saya buat kerja saya aje..tapi sebab kerja ni memang kena berpasang pasang..kalu buat sorang tak best.....sedikit sebanyak mengganggu saya jugak..

saya ambik pendekatan berbeza..sebab saya tak boleh bertekak dengan John atas sebab yang nyata..saya kena faham apa masalah John ni sebenarnya. John ni sebenarnya ada masalah obssesive compulsive disorder dengann sedikit asperger diorsder..ambik tu banyak nya penyakit.anak perempuan John ni ada full blown asperger disorder.

bila saya dah faham apa masalahnya..saya pun okay..tak stress sangat lagi...John pun tau saya faham masalah dia..dia pun selalu akan cerita apa rancangan rancangan yang dalam fikiran dia..saya kata okay aje..asal ko bahagia..

sekarang dah dua tahun saya kerja dengan John...so far so goog lah kan..

pengajarannya disini ialah..bila kita ada sesuatu rintangan dalam hidup..masalah ke, cabaran ke, kita ada banyak pilihan..kita boleh hadapi masalah tersebut, kita boleh berundur dan cari jalan lain, kita boleh berhenti dan tak buat apa apa atau kita boleh lari sahaja.. pilihan bergantung lah kepada masalah tersebut kan

P/S : sejak bila saya nak bagi pengajaran ni yer..

Monday, January 10, 2011

bahasa

anak anak orang enam bulan datang sini dah berabuk cakap orang putih.
adik misya omar, cakap orang putih sebab tengok cerita kartun jer..genius kan?
anak anak saya, habuk pun tarak. mereka masih selesa cakap ganu..loghat ganu pekat yer..bukannya bahasa malaysia.
cakap orang putih tak nya hendak. padahal, salah satu sebab kami pilih datang ke sini ialah  nak bagi diorg belajar bahasa orang putih. so bila balik malaysia nanti tak ada lah susah nak belajar...tidak lah bila balik, bahasa malaysia ke laut, bahasa orang putih pun sama..satu hapa pun tak dapat.

bapak diorang tak boleh ajar ke?? ......nak ajar macamana kalau bapaknya pun habuk pun tarak. IELTS band 7.5 tu teruk ke lukmang? *tetiba kapten naik nama ni ....tu pun nasib score bahagian listening dan reading.. nak harapkan writing and speaking,,memang tak boleh harap.

nasiblah sekarang ni ramai jugak kawan dengan mat saleh, boleh lah belajar bercakap sikit sikit walaupun susah jugak nak faham diorang cakap..diorang lagi lah susah nak faham saya cakap...hahahaha...

apa yang saya rasalah, saya lambat sedikit nak response bila dengar diaorang cakap. sebabnya saya masih berfikir dalam bahasa malayu..bila diorang cakap dengan saya, otak saya alihbahasakan bahasa diorang ke bahasa melayu, fikir apa nak respond dlm bahasa melayu, buat ayat dalam bahasa melayu, alihbahasakan ke bahasa orang putih dengan cubaan grammar sebaik mungkin, dan bagi respond dengan keluarkan apa di otak ke peti suara dan mulut. komplek kan proses?

sebab dah tidak muda lagi, otak pun bukan macam intel pentuim 4 lagi, tapi macam processor komputer logitec zaman 80 an yang asyik syntex error sajer bila salah bagi instruction. sabit tu lah ada delay sesaat dua kalau tak dua tiga minit bila nak response.

dah lah otak buat banyak kerja, kena pulak mat saleh yang jenis cakap garau guna suara dalam tekak, dengan tak bukak mulut lagi bila bercakap, dengan lingo OZ yang tak pernah dengar...lalu agak selalu saya menjadi blur macam budak budak tak faham bahasa..

sebab lambat response..selalu kena tanya.. Owyerokay, DBI?...saya pun jawab selepas beberapa saat untuk otak bekerja.....Orright mate walaupun dalam hati kata apa cer lah mamat ni duk cakap...

tapi yang tak tahan tu..kalau makcik vietnam tua jual sayur yang bahasa orang putih lebih kurang tunggang langgangnya..duk tanya berkali kali...Yernounderstand? ..yang ni tak faham bukan sebab tak tau orang putih tapi sebab bahasa orang putih makcik advance sangat...    :-0

gambar tak kena mengena

Friday, January 07, 2011

Tuesday, January 04, 2011

2011

 

 merenung jauh...dah tak lama nak balik malaysia.