Monday, February 28, 2011

kalau tiada aral melintang

Bila dah ada di sini, rasanya rugi sangat kalau tak langsung ke New Zealand, dah dekat sangat dah pun, hanya  1338.23 batu atau 2153.61 km saja je lagi..

Tiket kapal terbang dah booking 9 bulan lepas.. kapal terbang tambang murah Jetstar.. nak naik Qantas tak mampu.  New Zealand Air lagi lah.. budget holiday  nanti miss soru.

Kereta telah di sewa dua bulan lepas. Jadual perjalanan sudah siap juga.

Penginapan di serata South Island telah di tempah. Serata bermaksud 7 bandar utama  termasuk tiga malam di Christchurh.

lagi dua minggu lagi nak ke sana..tak sabar ni sebab dah lebih 9 bulan menunggu.  


gempa bumi christchurh 2011

lagi dua minggu ni....hidup dan mati,  sedih dan gembira, kaya dan miskin hboleh berubah dengan dua tiga kelip mata saja..sekelip mata pun boleh. kita hanay merancang, kita tak ada kuasa.lemah sangat walaupun selalu jugak nak menyombong.

lagi dua minggu ni..nak pergi ke tidak?  tak pergi macam rugi, kalau pergi..kalau jadi apa apa menyesal pulak.

kena buat keputusan segara dan tawakal...ingat ..Allah yang maha kuasa.


Sunday, February 20, 2011

fish sausages, anyone?

saya kagum. kagum sangat. macamana tak kagum..kalau semua boleh buat..sampaikan keropok lekor pun jadi.

kalau duduk di kampung, jangan kan keropok lekor, cokodok pun pi beli kat LAN BANANA.

LAN BANANA adalah warung menjual segala makanan gorengan untuk minum petang yang menjadi tempat persinggahan warga pejabat yang pulang dari kerja untuk dijadikan  kudapan petang apabila sampai ke rumah masing masing. Warga pejabat sanggup beratur panjang untuk merasa keenakan makanan di LAN BANANA sehinggakan semuanya habis licin sebelum menjelang 5 setengah petang, tapi tak apa sebab esok pun boleh beratur lagi.  :-))

anyway, keropok lekor air tangan isteri saya ni pun sedap..walaupun bukan ikan tamban yang dia guna, tepung sagu pun tak ada... tapi bila saya ke pasar, saya telah membeli 10 ekor yellow tail mackarel yang nampaknya macam ikan selayang atau ikan selar kuning layaknya.

menggantikan tepung sagu, tepung tapioca saya beli...tepung tapioca akan sebabkan keropok meletop letop ketika di goreng.




yellow tail mackarel fish sausages


fried yellow tail mackarel suasages with sweet and sour chilli and palm sugar sauce


terus hilang rasa mengidam


Tuesday, February 15, 2011

toilet

sydney, nsw, 2010


sydney opera house

siap di bina dalam tahun 1973
kos pembinaan mencecah AUD 102 juta, bajet asal hanya AUD 7 juta
takut sangat projek ni jadi gajah putih
maklumlah, kos dah tinggi dan ada keperluan ke nak buat bangunan cantik untuk performing art?
tu kata orang OZ masa tu lah


sydney opear house

instead of jadi gajah putih...jadi  macam gajah naik minyak...

tahun 2007, telah disenaraikan dalam UNESCO heritage site
menjadi pusat performing art tersibuk dengan sistem bunyi tercanggih di dunia 
menjadi mercu tanda sydney dan australia.
tumpuan pelancong dan oprah 


di kunjungi lebih 7 juta pelancong, kalau 6 bulan  3.5 juta, kalau 3 bulan, 1.75 juta, kalau 1 bulan, 600000, kalau 1 hari..adalah sekitar 20000 pengujung...kalau  50 peratus nak terkucil  sama ada kecik ke besar..ada 10000 orang melawat bilik itu...mahu patah tangan makcik cleaner nak kasi bersih...dua hari kerja terus resign agaknyer.


tapi kannnnn... inilah keadaan toilet dalam sydney opear house..kering, wangi...bersih..boleh tidur terlentang kalau tak dapat booking hotel.


agak agak bila toilet kat malaysia nak sampai taraf macam ni.


urinal dan sink yang putih bersih



sink nya sangat unik...

Tuesday, February 01, 2011

australian day



mindil beach. darwin NT


26 haribulan januari ialah  australian day, australian day ialah hari meraikan kedatangan bristish ke australian pada tahun 1788. kapal pertama yang sampai ke sydney dari britain. masa ni belum bawak banduan lagi...baru jumpa tanah baru di belah timur hemisfera selatan.

 26 januari ni jatuh cuti umum untuk rakyat australia. hari ni jugak... ramai lah dianugerahkan kerakyatan australia bagi orang yang di luluskan permohonan untuk jadi permanet resident.

ada jugak yang cadang saya memohon kerakyatan australia ni.. banyak sangat keuntungan jadi kerakyatan..  ...elaun anak dapat, elaun bini beranak ada, elaun penganggur ada, macam macam rebat boleh dapat, harga kereta murah, hidup pun macam teratur dan tenang di sini..tak berkejar kejar macam tak cukup hari kalau di malaysia.
lagi pun gaji  mahal kat sini. kerja cleaner pun boleh dapat 20 dolar/jam...kalau jadi Dr lagi lah tak habis makan..katanya..menarik tu.

tapi saya nak balik..satu je sebab yang apa apa pun tak boleh nak lawan..MAK AYAH. saya nak berada dekat mak ayah di usia tua mereka dan usia tua saya juga. saya rasa saya belum lagi mengembirakan hati mak ayah saya seadanya. saya tak nak mereka teringatkan saya sokmo kalau saya berjauhan lama lama. 
 saya nak pergi sarapan hari hari rumah mak ayah saya macam dulu, saya nak balik rumah mak ayah ikut suka waktu..bukan nak tunggu cuti hari raya cina..motif raya cina? atau waktu cuti panjang sahaja.saya tak nak mak ayah saya tertunggu tunggu bila saya nak balik.

apa apa pun saya nak balik duduk bawak ketiak mak saya jugak   noktah