Tuesday, March 29, 2011

holiday

saya berada di sini kira kira seminggu yang lepas..kalau saya kaya raya, duit tak habis, saya datang menetap di sini sebulan dua...mode berangan



saya memandu sejauh ini..mengelilingi south island,sangat berbaloi walaupun setiap 15 minit ada yang bertanya  "Are we there yet PA?"..modelenguh kaki tukar gear..



pulang ke rumah setelah memenatkan diri di jalanan..there is no place like home..walaupun tempat ini hanya sementara....mode rindu kampung

Tuesday, March 08, 2011

rokok

sepanjang hidup sebagai pengamal perubatan ni, rasanya tak pernah saya berjaya menasihatkan orang untuk berhenti merokok. Bukan sebab tak boleh tapi tak bersungguh sungguh sebab bagi saya, orang yang perlu bersungguh sungguh untuk berenti ialah perokok tersebut, bukannya saya yang bersungguh sungguh suruh dia orang berhenti. Memang gagal kalau tak ada kesungguhan dari perokok..Fatwa merokok itu haram pun tak ramai yang nak ikut.

Memang payah nak berhenti merokok. ada kawan saya yang dah berjaya berhenti, dia terpaksa cuba berkali kali untuk berhenti..mula mula dua tiga hari, gagal..lepas tu berhenti lagi seminggu dua ..gagal jugak.. cuba lagi , kali ni sebulan dua... gagal jugak..gian tak tahan katanya..macam ada sesuatu tak lengkap. sekarang ni dah pun berjaya. Katanya semakin lama kita cuba, semakin senang untuk berjaya. Jadinya sesiapa yang nak berhenti tu, jangan berhenti untuk mencuba.

ini ada sedikit iklan..kalau berhenti merokok...

dalam seminggu, deria rasa dan bau menjadi bertambah baik, selera makan pun bertambah, sebaba tu selalu dengar yang cakap...ehhh ko makin gemuk sejak tak merokok ni.

dalam masa sebulan, perjalanan darah ke kulit, muka akan bertambah baik.. menjadi kan kulit keliahtan sihat dan  ada sinar bercahaya di muka-- glowing?

dalam masa tiga bulan, fungsi paru paru bertambah baik sebanyak 30% ..tak ada lah nak tercungap cungap,bersedap sedap jongging.

dalam masa 9 bulan, risiko kandungan adalah sama dengan  orang yang tak pernah merokok.

dalam masa dua belas bulan, risiko untuk mendapat serangan jantung menurun sehingga 50%.

Wednesday, March 02, 2011

hendak gugur, gugurlah nangka





bay of islands. Port Campbell


Gugur dalam tandas, ni mesti sebab tandas di australia ni bersih sangat..kannn?..

Heboh satu victoria sebab ada pesakit yang tergugur kandungan nya dalam tandas semasa menunggu untuk mendapat rawatan di jabatan kecemasan di sebuah hospital di Melbourne ni.Rupanya bukan perempuan ini sahaja, ramai lagi yang mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa mereka pun mengalami pengalaman yang sama di hospital yang sama.Rasanya setahun yang lepas masalah sama pun berlaku tapi di hospital berlainan. 

Pesakit ni menunggu lebih empat jam di kecemasan dan akhirnya terpaksa ke tandas selepas pendarahan bertambah banyak. InsyaAllah perkara ni tak berlaku di Malaysia, tapi yang selalu  berlaku di Malaysia ialah bohsia   ke tandas untk flush bayi yang tak di kenhendaki..MasyaAllah.

Pesakit ni bila datang di kecemasan tu, terus jumpa triage nurse- Nurse ni akan tanya masalah pesakit dan akan kelaskan pesakit mengikut kecemasan perubatan dari kategori satu sampai empat. Kalau kat hospital terengganu, triage nurse kelaskan pesakit ikut warna hijau sampai merah, yang merah kira yang paling cemas lah

Triage nurse ni ada di semua hospital di seluruh dunia.Tujuannya untuk kelaskan pesakit dan membezakan keutamaan pesakit, mana perlu di rawat dahulu, sebabnya bukan semua yang datang ke kecemasan tu ada penyakit yang cemas walaupun semua pesakit rasa beliau dalam kecemasan, misalnya pesakit ada bisul di punggung selama seminggu lebih, tetiba muncul pukul 2. 19 pagi..takkkan lah tak boleh tunggu 5 jam lagi untuk rawatan kan?
Begitu juga pesakit yang datang ke kecemasan waktu dinihari hendakkan MC dengan alasan pesakit tak ramai masa tu tu...merasa lah tunggu 5 jam jugak.

Pesakit tadi telah di katogerikan di katogeri 3, dimana tempoh menunggu boleh sampai tempoh empat jam.setelah menunggu lama, tak jugak di panggil panggil untuk pemeriksaan, kandungan nak jatuh, terpaksa lah beliau ke tandas..takkkan nak bertumpah darah di ruang menunngu pulak.

10 -15 % kandungan akan mengalami keguguran, selalunya di awal 6-12 minngu kandungan dengan ada sedikit perdarajhan faraj, ada yang berdarah sedikit dan kandungan tidak jadi gugur, ada yang tak tertahan dan terus gugur, ada yang gugurkan habis janin yang tak jadi, ada yang masih ada lekat didalam rahim dan perlu dicuci rahimnya.. walau apa pun peringkat dan rupa keguguran, ia memang mencemaskan dan merisaukan.

Menunggu lama  untuk mendapat rawatan tidak membantu melegakan perasaan, Membiarkan janin jatuh ke tandas umpama merendahkan harga diri dan menghilangkan kehormatan wanita mengandung.  walaupun kandungan tidak dapat di selamatkan, sekurang kurang rawatan dapat di berikan sewajarnya tanpa perlu menunggu begitu lama.

Dari pandangan saya yang jauh ni, ini semua ialah karenah birokrasi perkhidmatan kesihatan di sini.. yang pergi triage keguguran dengan perdarahan faraj ke kategori tiga tu apa lah pasal. Seingat saya  kalau di hospital Terengganu , tempat saya kerja dulu, wanita keguguran akan di lihat secepat mungkin, untuk mengelak kan mende mende macam ni lah..