Tuesday, April 19, 2011

Tuesday, April 12, 2011

jantung hati

milford sound,fiordland, new zealand


Saya ada seorang kawan, ke pasar setiap minggu bersama, ke masjid solat jumaat berdua, kalau kereta saya rosak, dia datang tolong baiki, kalau kereta dia rosak, saya datang tolong tengok. kami saling tolong menolong. Orang selalu cakap, kalau ada dia ,mesti ada saya. Kalau dia tak hadir di mana mana, orang akan tanya saya, ke mana perginya dia..dan begitulah sebaliknya.

Orang di sini cakap, kami kawan baik, tapi saya tak berapa gemar dikatakan kami berkawan baik.. kalau mengikut sejarah, saya pernah ada 5 orang kawan baik, satu ketika sekolah rendah, dua ketika sekolah menengah, satu ketika universiti dan ke lima ketika kerja. Malangnya kelima lima mereka sekarang ni dah jadi musuh ketat saya. Terukkan saya?.. Saya mengaku semua penyebab datangnya dari saya....sebab itu saya mintak maaf setelah saya sedar diorang tak nak lagi berkawan dengan saya..tapi tak sorang pun  nak maaf kan saya..teruk kan diorang?

Baru baru ini, kawan saya ini mendapat serangan jantung, Orang Losong Atap Zing panggil Heart attack...kan NOEL ...Kawan saya ni, tidak merokok, selalu bersenam, baru saja buat pemeriksaan kesihatan  dan ujian darah 2 bulan sebelumnya. Keputusannya normal, termasuk paras  kolesterol. Cumanya, dia ada sejarah keluarga yang kuat, ayah dan abang abangnya semua telah menjalani pembedahan jantung, lagi satu dia sedikit boroi.

Semasa serangan jantung itu, beliau telah ke hospital berdekatan, beliau terus menjalani coronary angioplasty. Coronary angioplasty ialah cara untuk memecahkan plak lemak dalam saluran darah jantung yang  menyumbat salur darah sehingga terjadinya serangan sakit jantung.Coronary Angioplasty ni menggunakna tiub atau kateter yang dimasukan melalui salurdarah di celah peha..dimasukkan sehingga ke salur darah jantung,  Untuk mengetaui dimana yang tersumbat, dye akan di suntik seterusnya X ray akan diambil. Arteri yang tersumbat akan di ketahui dengan melihat di mana dye itu terhenti atau ada salur darah yang menyempit.. Dr yang buat tu tahu lah macam mana.
Bila tempat tersumbat di kenalpasti, ada dua cara nak pecahkan plak lemak tersebut, menggunakan belon atau menggunakan stent. stent tu macam tiub dan membentuk terowong untuk darah lalu. kalau banyak sangat tempat tersumbat, terpaksalah buat pembedahan.  Alhamdulillah, kawan saya ni ada dua tempat tersumbat, dan selamat plak lemak tu dipecahkan menggunakan stent.Dia sudah okay sekarang dan sempat pulak berkata..dia dah kena servis..korang tunggu masa lah pulak nak kena servis..kalau tak sempat kena servis..tak tahu lahhhhh..teknik menakut nakutkan orang sangat.

Adapun begitu, terdengar orang berkata, yang berkata ..dia tak  merokok..kena jugak sakit jantung..aku yang merokok ni okay aje...ada jugak dengar...ehhh dia pi check Dr, kolesterol normal..kena jugak heart attack..macam tak perlulah kita buat pemeriksaan kesihatan...dok?..sambil gelak gelak..

Perlu tak buat pemeriksaan kesihatan..bagus tak kita tidak merokok...penting ke kita jaga pengambilan makanan kita?.
Jawabnya tentu lah perlu.. penyakit kalau nak datang, bukannya boleh kita tolak sebab bukan kita yang buat penyakit tu..semuanya dari Allah.. walaupun kita ni jaga kesihatan, makan vitamin, kira sebulan sekali pi jumpa Dr..kalau Allah nak bagi penyakit..kena lah jugak...macam ada seorang pesakit yang saya kenal dua minggu lepas, dapat barah paru paru walaupun tak pernah merokok... pastu duk sibuk sumpah seranah orang merokok yang segar bugar..life is not fair katanya...

Pemeriksaan dan penjagaan kesihatan adalah untuk mengenalpasti risiko yang ada. Bila risiko telah dikenalpasti, langkah langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko. Bila risiko berkurang, insyaAllah penyakit pun tak lah datang.Contohnya..kalau kita ada BMI 35, risiko untuk dapat penyakit lebih tinggi daripada yang BMInya 24 setengah.tak kira lah kalau yang BMI 35 tu rasa senang dan gembira dengan diri dia...risiko tetap risiko.
Samalah jugak dengan ukur lilit pinggang..kalau ukur lilit lebih 100 cm untuk lelaki, dan lebih 90 cm bagi perempuan, risiko untuk dapat kencing manis atau sakit jantung lebih tinggi.


Tuesday, April 05, 2011

queenstown

berapa hari u kat queenstown doc?...u kena naik gondola..i dulu seharian kat atas tu,..duduk kat cafe sambil minum cappuccino...tengok view..sampai meleleh air liur..boleh klimaks..auto-emission gitu..

itu kata rakan saya di christchurch...sangat over ....saya sangat setuju dengan beliau..tolak part klimaks tu aje..  :-)