| isya: epiglotis belum dpt bfungsi dgn baik. agaknyer bile la epiglotis ni nk bfungsi dgn baik?? sy kesian tgk ank sy. asik muntah sembur je. betul ke DBI.. burping the baby bole avoid muntah susu ni? |
15 Nov 11, 01:42 eisya: DBI, bila agaknyer baby baru lahir yg asik muntah2 susu (jeluak) akan berhenti muntah susu? sy ada tbace artikel ttg why baby muntah susu. kalu tak silapla sbb sistem phadaman masih kurang lengkap. |
| white kanggaro |
Tentu puan Eisya bengkek sebab saya tak endahkan pertanyaan beliau, saya dalam keadaan yang bermalas malasan, saya tunggu mood rajin tu datang, mujur ia datang hari ni..
Pertama sekali masalah jeluwak ni tak ada kaitanpun dengan Epiglotis, epiglotis tu nak tutup salur pernafasan semasa menelan, kang masuk pulok nasi dalam trakea.
Masalah jeluwak memang selalu terjadi kepada budak umur setahun ke bawah, selalunya bermula ketika umur bayi seminggu. Hampir 50 peratus bayi yang berumur 2 bulan, akan ada sedikit sebanyak masalah jeluwak.
Ibubapa harus membezakan antara jeluwak dan muntah, keliru jugak untuk membezakannya, jeluwak islah proses pasif, dimana susu terkeluat tetiba, manakala muntah perlukan kontraksi otot di perut.. saya harap ibubapa tau nak bezakannya, sebab macam susah je saya nak cerita di sini.
Masalah ini berlaku di sebabkan ada injap sehala yang belum matang, injap ni berada di pertemuan tenggorok/salur makanan/eosoghagus dan perut. Sebab dia belum matang, penutupan injap tak dapat berlaku sepenuhnya, jadi bila perut penuh susu, sebahagian akan tertolak ke atas sebagai jeluwak. Injap ini biasanya akan matang dan dapat berfungsi sepeluhnya mengikut umur bayi, selalunya kebanyakan bayi tidak lagi jeluwak selepas tiga bulan, tapi ada jugak, kes yang sangat jarang yang jeluwak masih berlaku sehingga 12 bulan, hanya 1% berlaku selepas umur setahun. Insiden jeluwak untuk bayi menyusu susu ibu dan susu botol tidak ada bezanya.
Jeluwak bukan lah menjadi masalah yng besar tapi kira kira 70% ibubapa membawa bayi yang jeluwak mendapatkan rawatan kerana bimbang dan berfikir buruk, manalah tau anak mereka ada penyakit lain kan. Walaupun jeluwak tidak lah mendatang kan masalah yang besar, ada jugak kes yang teruk dan berlarutan sehingga bayi tidak mencapai berat badan yang sepatutnya, jeluwak masuk ke paru paru, bayi menangis kesakitan akibat asid perut naik ke dada.. tapi ini semua jarang lah berlaku dan semestinya perlu mendapat rawatan lanjut.
Kebanyakan jeluwak tidak perlu dirawat, tapi sebagai ibubapa saya akui kita semua tentu merasa bimbang kan, kenapa anak kita selalu jeluwak, anak orang okay aje.
Ada beberapa amalan untuk kurangkan jeluwak, antaranya:
1. mengurangkan jumlah susu yang di berikan, dicadangkan kurangkan 1-2 oz daripda jumlah yang selalu di berikan, kalau bayi tak habis minum, jangan di paksa, tunggu 2-3 jam untuk beri semula. 3 jam ialah tempoh untuk badan kososngkan perut.
2. Sendawakan bayi, burping orang putih cakap, kasi angin keluar dari perut, isteri saya amalkan menepuk belakang bayi selepas menyusu..
3. Kedudukan bayi juga penting untuk kurangkan jeluwak,pangku atau letakan dalam posisi menegak sedikit dengan dada dan kepala sedikit atas dari perut, jangan baringkan terus atau jangan letak bayi dalam posisi duduk..posisis duduk akan sebabkan injap jadi lebih lemah.
4. Jangan pakaikan lampin ketat ketat.
wah ..tak sangka saya rajin begini hari ni.

0 comments:
Post a Comment