Sunday, March 18, 2012

halal




Ada  2 orang drug reps  dari kompani yang sama datang jumpa tadi.. mereka bukan Saad..:-)

Sorang nak promosi lozenges keluaran terbaru… sorang lagi nak promosi  vitamin..

Lozenges tu okay…tapi bila tengok kandungan, ada alcohol…yang vitamin tu pulak kapsul tu di buat dari gelatin lembu…

Saya tak jadi ambik…

Drug reps tu cakap..alkohol ni tak memabukkan..bukan macam alkohol  dalam arak..

Alkohol ni banyak jenis…macam yang dalam perfume..boleh di bawa untuk solat..begitu juga kandungan alcohol dalam tapai dan makanan yang perlukan proses fermentasi…tapi saya malas nak terang kepada pesakit saya…ada yang tak faham,, terus nanti kata saya kasi ubat yang tak halal.. baik saya hindari  itu dari awal…

Kapsul ni dari gelatin lembu Doc..bukan daripada babi…kata drug rep tu..

Bila saya tanya.. lembu tu sembelih cara islam tak?..ada sijil halal tak?... terus dia diam..pastu jawab takde…

Dalam simpanan saya ada ubat yang berkapsulkan gelatin lembu…Ada gelatin lembu yang halal yer

Yang saya ada tu memang saya tengok sijil halalnya…. lengkap dengan senarai ubatnya sekali..ubat tu di buat di Thailand dan pengesahan halal tu dari Jabatan Islam Thailand. Konfidentlah  nak bagi kat pesakit.Saya tak mahu subahat bagi ubat ubat tak halal ke pada pesakit saya.. dosa jugak jual benda haram kan?

Halal haram saya tak ambik mudah..bukan saya sorang macam ni….ramai yang macam saya…kena pastikan betul betul halal..tambah pulak makanan yang jadi darah daging…lagi lah kena hati hati..kat Malaysia ni ada tanda halal pun belum tentu halal..

Ramai tuan punya kedai makan yang bukan islam, ramai jugak orang islam selamba je pi makan kat situ, walau ada tanda halal..tapi tanda halal pada nama aje, Halal hanya nak tarik pelanggan muslim..asyik nak untung ajer tanpa ada rasa jujur..

Saya tak boleh, mesti saya ingat tuan punya restaurant tu makan babi, pastu masak makanan.. najis babi masih lekat di tangan..tak lalu weh…dah lah berak tak basuh…

Kandungan ramuan kat pembalut pun tak lengkap.. bukan macam pembalut makanan kat luar negeri, tak ada tanda halal tapi ada tanda V atau lambang daun dah kompiden boleh makan.Kompiden sebab kebanyakan orang putih jujur dan tak langgar undang undang. Undang undang yang perlu nyatakan segala ramuan dalam makanan. Kat Malaysia kandungan makanan tak di tulis lengkap pada pembalut…contohnya..emulsifier.. kebanyakan tulis bahan pengemulsi..padahal emulsifier ada macam macam jenis..ada yang halal, ada yang dari binatang dan ada yang kita jadi ragu ragu..

Emulsifier E471 contohnya…kebanyakan datang dari binatang babi atau lembu..tapi ada jugak yang datang dari tumbuhan..begitu juga E472, 476 sehingglah E499. Kalau ada makanan tu ada E471 dan ada logo daun atau V atau halal, saya tak ragu ragu..ada jugak yang terus terang tulis..all emulsifier are vegetable derives….tu kat obersea lah..

Jadi kena lah hati htai bila makan..saya senang aje, kalau rasa ragu, saya tinggalkan..tak payah nak fikir fikir ..islam itu mudah
  


1 comment:

Hidayah Ahmad said...

Emm betul tu, kalau tersilap langkah tk bau syurga dahh..