Hari tu ada seorang kawan kepada kawan saya, menelefon
saya..kawan saya yang bagi nombor saya
kepadanya..saya tak kisah pun nombor saya diberi kepada orang lain tanpa
bertanya kepada saya..tapi alangkah baik dan berhemah jika kita bertanya dahulu
kepada tuan punya diri jika hendak memberi nombor kawan kita kepada orang yang
kawan kita tak kenal..
Tapi mungkin sebab kawan saya tau saya tak kisah..dia pun
tak kisah nak tanya saya dulu..
Kawan kepada kawan saya tu, menefon saya untuk bertanyakan
masalahnya keluarga dan pendapat saya.
Bibik beliau baru baru ni di kesan mengidap batuk kering
atau lebih populat dengan TB, semasa pemeriksaan kesihatan nak dapatkan permit
kerja dengan FOMEMA..semua clear..sihat . Setahun kemudian, bibik beliau batuk
batuk dan selalu demam..bila buat X ray, ada perubahan pada paru paru
menandakan ada jangkitan kuman TB. Kuman TB tak ada dalam kahak yang di
periksa.. bibik tu telah di deportasi pulang ke Indonesia
Kalau ada orang kena TB, orang yang berdekatan dengan
pesakit, kena buat pemeriksaan jugak..contact tracing dalam bahasa perubatannya..
bila di periksa, Dr berpendapat, beliau sekeluarga kena ambik rawatan TB juga..
Beliau dan keluarga pun makan lah ubat sekejap…antara punca
kegagalan rawatan dan gagalnya kerajaan nak basmi penyakit ni ialah..kegagalan
pesakit nak makan ubat ni lama lama..4- 6 bulan tu rawatannya..macam lah kawan
kita ni, lepas makan ubat ni sebualn lebih, diorang berenti ..tak ambik lagi..punca
berhenti ialah takut rosak hati sebab makan ubat TB…dengar kata orang…pastu
selalu lupa nak makan ubat sebab mereka sekeluarga tak sakit, tak ada symptom
atau tanda tanda sakit TB.
Telefon saya tu sebab nak tanya pendapat saya..macamana
sekarang? Perlu ke diorang teruskan ubat, dan kesan sampinag ubat tu macamana?
Jawab saya senang, kena rujuk kepada Dr merawat.. dia yang
lebih tahu daripada saya.. pada pendapat saya, ubat tu kena diteruskan sehingga
tamat rawatan..kalau dah berhenti lama, rawatan kena di mulakan dari awal..
kalau main berhenti sekerat jalan takut kuman TB ni menjadi kebal atau lali
kepada ubat..payah pulak macam tu..dah banyak kuman TB yang jadi kebal sebenarnya.
Setiap ubat memang ada kesan sampingan, dan ubat TB ni
memang ada kesan sampingan kepada hati..tapi kesan itu amat kecil kalau di
bandingkan dengan kesan TB yang tak dirawat. Dahlah akan merbahayakan pesakit,kesan TB bukan kepada pada paru paru sahaja, tapi boleh menjangkiti banyak organ lain seperti otak, kulit, usus, tulang dan juga saraf
risiko jangkitan kepada orang lain pun tinggi..
Dia macam setuju dengan saya, dan akan jumpa Dr pakar yang merawat mereka.
TB ni bukan masalah baru di Malaysia…penyakit TB baru di laporkan
adalah pada kadar 66.9 kes bagi setiap
100,000 penduduk. Kes semakin tinggi dengan kemasukan pendatang asing dari
dunia ke tiga dan juga meningkatnya penyakit HIV.
Kempen dan program berkenaan TB berjalan secara berterusan
oleh kerajaan, 24 Mac setiap tahun adalah Hari TB sedunia…Pada 2010 sempena hari TB sedunia tahun tersebut Kementerian
Kesihatan Malaysia adakan satu kempen tentang TB..saya rasa kempen tu masih
berterusan sampai sekarang
Transformasi pejuangan ke arah eliminasi...agak agak penduduk kampung ni faham tak perkataan transformasi dan eliminasi tu...
kalau ikut Dewan bahasa dan Pustaka, transformasi maknanya.. berubah bentuk, rupa ,sifatdan lain lain....eliminasi pulak tak di gunapakai dalam bahasa malaysia.. perkataan nya ialah penyingkiran atau penghapusan.
kalau saya, say akan gunakan slogan macam ni...Merubah perjuangan untuk hapuskan TB..
tapi tak lah sedap kalau tak ada slogan bunyi masi, nasi si..tak internasional lah... :-)
6 comments:
terjumpa info ni, juga tentang batuk kering… sharing is caring... - Rawatan dan Langkah Pencegahan Batuk Kering (Tibi)
armouris- thanks
salam DBI! lama tak menjenguk blog sensasi ni...ini pun tetiba teringat nak jenguk after reading ur comments in 2006!!!! lama tuuu kita dan kenal kat alam cyber...ehh...lupa plak..kita dah jumpa kat melbourne few years back :). i envy u ler, banyak buat posting kat blog...blog i segan2 nak buat posting, seketul setiap bulan....*now i dah motivated to blog lebih kerap lepas baca ur posting ni..ehhh...comment i tak de kena mengena dgn TB lah pulok... :D
rush..
sensasi lah sgt kannnn..hahaha..motif baca komeng tahn 2006..u rindu kan i ke rush..oppss nnti ada org marah...
skrg ni dah kat malaysia, dalam bilik ni..so ada banyak masa nak berblog..tu yang kerap post sementara masih rajin ni..
u oll jarang update tapi sekali update meletoppp...hehehe
lepas baca baru tahu bahaya jugak penyakit tibi ni. Ingatkan mcm demam campak je.
nazri- dokk..payah kalau kena tb ni
Post a Comment