Saturday, May 19, 2012

kanser pangkal rahim

 REPOST:SEBAB ENTAH MACAM MANA ENTRY TAHUN 2006/2007 NI  JADI DRAF..


Sedih….kecewa…..kesian…..rasa nak marah sikit pun ada….dan juga sakit hati…..

Ehhhh..sakit hati tu pasal lain..off rekod.

Dua tiga hari lepas adalah makcik….umur dalam 40 an datang klinik…. 40 an ..panggil makcik erk???...makcik lah sebab dia nampak lebih tua daripada umurnya-mungkin sebab dia kerja kuat sangat atau mungkin sebab sakit yang buatkannya nampak macam orag tua……

Perasaan berbaur seperti di atas tu timbul bila makcik ni tak nak dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan rawatan penyakitnya itu. Takut kena bedah katanya..dan nak cuba rawatan alternatif dahulu…memanglah pesakit ada hak untuk memilih rawatan yang ada tapi kalau untuk rawatan penyakitnya..langkah terbaik ialah rawatan di hospital….cakap orag tak nak dengar sangat makcik ni….datang klinik sebab nak di check dan ubat sajer….

Makcik ni datang sebab ada perdarahan tak normal dan nanah berbau yang kekadang keluar dari faraj. Dia juga ada sakit di bahagian ari-ari dan juga sakit ketika bersama suami…bukannya duduk dekat laki dah sakit yer..bersama yang itu lah….
Selain tu dia juga ada symptom kanser yang umum seperti tak ada selera makan, turun berat badan, rasa macam nak demam dan juga rasa letih…

Di fikiran DBI masa ni…alamak..makcik ni ada kanser kah????

Makcik ni belum lagi ada symptom yang menunjukan kanser dah merebak ke organ berdekatan macam usus dan pundi kencing atau sudah merebak jauh ke paru paru, hati ataupun tulang….

Setelah puas di pujuk…makcik ni bagi DBI buat pemeriksaan faraj..kalu ikutkan tak mahunya DBI buat tapi kalau tak buat macam mana nak dapatkan diagnosis penyakit….makcik ni pun satu..dah tahu malu..datang lagi jumpa Dr lelaki….DBI ok jer….tak jadi hal….

Setelah di periksa, ada macam ketumbuhan yang mudah berdarah pada pangkal rahim makcik ni…..tapi untuk sahkan apa sebenarnya penyakit ni..perlulah ke hospital untuk biopsi-ambil sedikit tisu dari ketumbuhan itu untuk di kaji…ni pun makcik tak nak pergi….

Tahu ker kat mana pangkal rahim ni atau cervix ni??.. kalau masa melahirkan anak..Dr akan check pangkal rahim nilah samada dah bukak jalan ke belum…jalan 3 cm..jalan belum bukak..atau jalan dah bukak 10 cm..pangkal rahim ni macam pintu yang pisahkan rahim dengan ruang dalam faraj…

Antara yang berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim ialah mereka yang yang ada sejarah keluarga yang ada kanser terutamanya kanser pangkal rahim, orang yang berhubungan sex pada usia yang muda dan dengan pelbagai pasangan, merokok, ada sejarah penyakit kelamin seperti jangkitan HIV, Chlamydia, atau pun Human papilloma virus-HPV dan mereka yang ada sosio ekonomi yang rendah-mungkin berkaiatn dengan hygiene rasanya…

Rawatan untuk kanser pangkal rahim bergantung kepada peringkat kanser tu..untuk peringkat awal biasanya pembedahan boleh dijalankan dikiutai dengan radioterapi dan kemoterapi..kalau peringkat lewat, rawatan bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi yang timbul akibat kanser..

Oleh kerana kanser pangkal rahim ni kira ganas jugak…peluang untuk hidup selepas disahkan tidak tinggi. Tapi secara dasarnya jika peringkat awal dan dapatkan rawatan peluang untuk hidup selama 5 tahun lagi ialah sekitar 80-90 %...peratus menurun dengan setiap kelewatan peringkat kanser, hanya 15% untuk perigkat IV.

MACAMANA NAK CEGAH???

kena berwaspada dengan amalkan cara hidup yang sihat, jauhkan merokok arak atau pun seks bebas

pernah dengar pasal PAP SMEAR???...
ia ialah satu cara untuk screening kanser pangkal rahim. Sedikit cairan yang mengandungi sel diambil dari pangkal rahim dengan spatula kayu dan cairan tersebut di kaji…boleh kesan peringkat awal kanser-precancerous state.. dan rawatan ketika ini boleh cegah dari sel sel menjadi sel kanser.

Bila nak buat PAP SMEAR???...
Kali pertama ialah skurang kurangnya tiga tahun selepas kali pertama berhubungan seks…nak buat awal pun tak salah….selepas tu setahun sekali atau sekali dalam 3- 5 tahun, bergantung kepada keputusan papa smear terdahulu.

Sakit ker buta PAP SMEAR???...
Tak sakit..Cuma kekadang rasa sedikit malu sahaja..tu lah bagusnya gi jumpa Dr perempuan atau Dr yang kita dah kenal lama…

Kat mana nak buat PAP SMEAR???..
Biasanya di semua pusat kesihatan kerajaan ada sediakan perkhidmatan PAP SMEAR…di klinik swasta pun ada….

Jadi tunggu apa lagi????.....pi lah buat PAP SMEAR tu yer…..




Imunisasi/pelalian

99.7% kanser pangkal rahim hadir akibat oncogenik HPV…tapi tak semua pesakit yang dijangkiti HPV akan dapat kanser pangkal rahim..
Ada pelalian untuk mencegah jangkitan HPV…dengan harapan kanser dapat dicegah dengan pencegahan jangkitan HPV ini.. Nama pelalian tu ialah Gardasil dan juga Cervarix, ambil salah satu je…malangnya kerajaan belum mewajibkannya lagi dan belum lagi masuk dalam program pelalian kebangsaan macam rubella, Hepatistis B atau pun polio.

Siapa yang nak dapatkan suntikan ni, sila lah bertanya di klinik atau hospital swasta yang berdekatan.


9 comments:

waiem said...

Salam doc,

Nak tnya sikit. Lepas bersalin anak pertama ingat nak buat pap smear tp disebab kesibukan terlupa nak buat. Ngeri pon ada sbb kena seluk masa anak pertama dulu hehe. Kemdian lekat pulak yg kedua.

So bila masa yg seswai nak buat pap smear lps melahirkan anak kedua? Boleh tak masa bersalin tu buat pap smear sekali gus?

DBI said...

salam,
masa bersalin mana boleh buat pap smear..bercampur ngan darah air mentuban segala..paling cepat 6 weeks selepas bersalin..selepas datang uzur lah..dah bersih ..boleh lah buat..jumpa lah Dr perempuan/nurse.

waiem said...

A'aah kan bercampur darah...lupa hehe. Ok terima kasih dokter di atas info :)

Anonymous said...

tumpang tanya..err..kalo dah selamat ber - hysterectomy, nak kena buat pap smear jugak ke doc?

Anonymous said...

tumpang tanya..err..kalo dah selamat ber - hysterectomy, nak kena buat pap smear jugak ke doc?

DBI said...

akak anon.. secara ringkasnya...kalau buat total hysterectomy, tak perlu sbb pangkal rahim dah di buang, kalau subtotal hysterctomy, kena lah buat jugak pap smear sbb sebahagian pangkal rahim ada lagi..

pangkal rahim= cerviks

Anonymous said...

Mau tnya klu darah yg kuar dr faraj x hnti2 bole x wat pap smear?..atau ada cra len agy?...

DBI said...

kalau darah kluar..tak buat lh pap smear. nnti tercemar dgn darah saje

SALLEHA NORMAN said...

Aku pesakit kanser tahap 4, dah tak tahu apa lagi yang aku boleh buat..Kimo dah habis dan Radioterapi pun dah habis. Setiap senja dan malam aku sakit...tak tertahan rasanya..Morfin dah tak dapat membantu lagi. Suamiku..Nazarudin b, Jalal dah tak tahu kemana, Lelaki ini tak tahan dengan cabaran..yang berat ini..jalan mudah baginya melarikan diri dari aku. Mungkin sebagai pemandu limosin di LCCT dia dah jumpa perempuan lain..aku pernah lihat gambar di dalam HP nya dan aku dah tak kuasa nak bertanya. mujurlah ada mak tempat aku menumpang...

SALEHHA NORMAN