Thursday, August 09, 2012

lesen




Saya memandu ke opis dalam keadaan mengantuk hari ini. Saya hampir kemalangan, bukan disebabkan saya mengantuk tapi berpunca daripada akak  manis yang tetiba menukar lorong sedang saya ada disebelah.
Akak di lorong kiri, tetiba menukar lorong ke kanan tanpa signal, nasib saya sempat tekan brake. Dii lampu isyarat di hadapan, saya berhenti sebelah kereta akak manis, dan berpaling untuk melihat akak manis ini, benar benar manis atau manis kelat rupanya…

Saya di cerelong akak manis..wah..dia yang buat silap, kita pulak di cerelong, ingin saya menunjuk jari hantu saya, tapi mengenangkan bulan puasa dan akak ni seorang perempuan yang lemah, niat itu kekal tanpa pelaksanaan. Lagi pun saya baik dan berhemah, mana boleh tunjuk jari hantu..ye dok? Jadi saya pun tersenyum sinis.


CERELONG ialah perkataan tganu untuk merenung tajam tanda marah dan untuk menakutkan pihak lawan. Tapi kalau dah perempuan yang cerelong..perlu ke saya takut..

Agak kerap kita tak bagi signal bila menukar lorong, dahlah cermin sisi dan belakang tak tengok, head check pun tak ada nak buat. Saya tau kena buat head check ni pun, masa nak ambik lessen memandu di Australia hari tu.


gigih tak ? percubaan menutup identiti






Yer, saya ada lesen memandu Australia, sebenarnya jika kita ada visa sementara, kita boleh je guna lesen memandu dari Malaysia (dengan English translation). Boleh mintak di Pejabat JPJ untuk English translation ni, bayar RM 10..

Saya dah memandu lebih 20 tahun dan masa ambik lesen Australia tu..saya gagal 3 kali..kali ke empat baru lulus..haram betul VICROAD..silap sikit terus gagal. Kali pertama gagal sebab tak buat head check semasa menukar lorong… When it is safe, change  to the right… Saya bantai kasi signal, tengok cermin belakang dan sisi, terus tukar lorong….FAIL..NO HEAD CHECK…

Head check ni ialah menoleh ke sisi sambil mata mengerling kebelakang sedikit.. kalau nak ke kanan, menoleh kekanan.. ini untuk menghilangkan titik buta yang ada pada cermin sisi.. baru lah tak terjadi macam saya dan akak manis cerelong tu.

Gagal yang kedua sebab saya speeding, bawak 61km dalam zone 60 km/jam, yang ke tiga sebab saya lambat sangat nak bergerak di lampu isyarat.

Sebab saya ada lesen memandu Australia lah jugak saya kena berhemah..walaupun orang Australia sendiri bukanlah berhemah mana ketika memandu..

Agak agak bila lessen dah expired nanti, bolehlah saya memandu macam orang tganu memandu…


4 comments:

aking said...

kalu saya dni lawo mana pong om puang tu, dia cerlong ke saya...mmg saya cerlongggggggggggg lama sapa dia tgk kelain.tp kalu dia bleber dlm kete lg best sbb masa tu boleh gelok*ops* istigarrrrrrrrr

p/s: raya mari lah jalan ke rumoh ambe. paka no australia lagi ke? hehe

Adi Solikin said...

Walau xdiajar kt driving school, tapi saya memang buat headcheck tu. Sebab kalau x mmg xperasan kereta kt blindspot.
Tapi selalu kena kutuk/gelak dgn kawan2 sebab dorang cakap mcm org kampung, bawak kereta tertoleh2 instead guna side mirror. Tapi ada aku kesah? Kalau eksiden bukan dorang tolong bayar pun..

Hidayah Ahmad said...

Cool lah..

DBI said...

lukmang- mung diva chendering bulehlah cerelong..ajok ajok ayang ke sungguh nim? msg no mung tu..

As-lebih baik berhati hati dari bodoh sombong kann?

HA- cool