Wednesday, August 29, 2012

kanser hati



Kira kira 5 tahun yang lalu, pada awal tahun 2007, masa tu saya bersiap siap untuk ke Australia..(tetap nak mention ni)..ada seorang ibu membawa anak beliau berjumpa saya di klinik.. beliau mengadu, anaknya  yang berumur dua tahun macam tidak bermaya dan berperut buncit. Takut ada cacing katanya.

Ya, perut anak akak ni memang buncit, tapi bukan sebab cacing, perut tu besar dan kelihatan buncit sebab hatinya besar dan keras. Saiz hati yang normal tidak dapat kita rasa, tapi kalau dia membesar, kita akan dapat rasa sesuatu yang keras di sebelah bahagian kanan perut, dibawah rusuk terakhir di dada.

Pada pemeriksaan saya,  hati yang besar dan  keras tu berpunca akibat ketumbuhan di hati. Saya rujuk anak akak ni ke hospital berhampiran. Bila saya rujuk kes sebegini ke hospital, saya terigin lah tau apa jadi seterusnya, tapi seperti biasa, menunggu surat maklum balas dari hospital, baik tak yah tunggu, haram nak ada maklumbalas, akak ni pun lepas tu hilang..saya tak tau apa cerita selepas itu…so cerita tentang adik ni menghantui hidup..hahaa over dok?

Selepas lima tahun, saya dah pun balik dari Australia- tetap..akak ni datang klinik saya bawak anak dia yang lain..saya tak ingat akak ni tapi mujur ada kad rawatan klinik , bila terbaca tu baru saya teringat. Semasa saya tiada tu, selalu jugak akak ni datang untuk dapat rawatan anak2 yang lain, tapi anak yang saya rujuk tu tak pernah datang..saya ingat dah arwah.

Akak tu pun cerita…

Lepas saya rujuk anak akak ni kehospital, dia tak terus pergi, tapi pergi mintak pendapat kedua dari bebrapa orang bomoh, ada lah dalam 4 bulan dalam rawatan daripada pelbagai bomoh, Bomoh cakap ada entiti yang menumpang dan sebati dalam tubuh adik ni..tapi selepas rawatan, ketumbuhan macam tu jugak, tak ada perubahan.

Kalau berbincang dengan pesakit pasal bomoh, saya mengiyakan saja, sebab keyakinan dan kepercayaan pesakit terhadap bomoh ni sangat tinggi, malas nak gaduh gaduh…lagi pun pesakit memang ada hak nak dapatkan rawatan macamana dan daripada siapa, kita janya boleh bagi pilihan rawatan yang ada.

Selepas 4 bulan, akak bawak anak kehospital, setelah berbincang dengan saudara yang ada kerja dalam bidang jururawat, terus anak akak ni di rujuk ke Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Anak akak ni, menjalani rawatan kimoterapi untuk kecilkan ketumbuhan tu, selepas tu menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan hati tersebut, semua hati sebelah kanan di buang sebab semua dah ada ketumbuhan.

So sekarang anak akak ni sihat walafiat, cuma perlu ke Kuala Lumpur setahun sekali untuk jumpa Dr.

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih lah, sebab dr susah payah pujuk saya , suruh wat gi hospital..kata akak tu lagi..

Alhamdulilalh saya mendengar..bangga jugak saya, walaupun saya tak buat apa apa.

I love my job..*tetiba.


10 comments:

shafarina said...

alhamdulillah..

sekarang KKM pun ada unit rawatan alternatif, tapi bukan bomoh kan.

sy kurang percayalah.. sy yakin ramai cari makan aje dgn mensyirikkan org ramai.

pena said...

Salam Doc. nak kongsi juga entri ni dan anda kena bangga jadi anak jati ganu! http://alteregoandanonymouspena.blogspot.com/2012/08/perhentian-island-i-will-come-back.html

Anonymous said...

Dr

kalau org suka berbomoh memang apa saja sakit akan dirujuk ke bomoh. Bersyukur tahap kesedaran ramai orang makin bertambah.

rainini

captainlukman said...

Dbi,

saya dok kata ke roag tapi saya sdiri kalau sakit mende dok berahi gi spital or clinic...so mok saya kata saya kerah pedal...so kerah ke pedal saya?*tiber soalan dok related lgsg* heheh

syukur alhamdulillah adik tu sihat

DBI said...

shafarina- yer.begitulah, kat hospital terengganu ni pun dah ada..more mcm mengurut rasanya

pena- thanks

rainini- yer bersyukur..

lukmang- mumng meemy kerah pedal..LOL

Cik Kiah said...

Kenkadang dgn patients ni kita yg apprehensive tak hingat pasal we care and worry kalau lambat rx prognosis may get worse. Tapi yg patient ni rileklah pulak kau nak pi consult tok moh dulu..!

DBI said...

CikKiah- tulah , kita plak yag takut..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tiba2 akak rsa risau pasal ank akak. perut dia pun buncit lain mcm. n bru2 nie dia munth berak 2 wek. kuruskering tp perut maintain buncit.. nie nmpk da sihat tp perut dia buncit..

DBI said...

Baby- jgn biarkan kerisauan menghantui..bawak lah anak jumpa Dr berhampiran untuk di periksa.

farmashealth said...

salam..
kanser masih boleh dicegah & dirawat.
boleh mencuba rawatan alternatif seperti mengamalkan vitamin B17..
Produk seperti Apricon dari sumber 100% biji aprikot boleh membantu.
layari http://www.farmashealth.com.my/ untuk maklumat lanjut..