Sunday, January 29, 2012

cermin diri

mirror lake- fiordland national park- dalam perjalanan ke milford sound, NZ



Azam tahun 2012 dan tahun tahun berikutnya ialah untuk menjadi orang yang lebih baik  dari segi rohani dan jasmani.
Kita lihat pencapaian untuk bulan pertama.
Perlu saya letak pencapaian setiap bulan supaya perbuatan saya ke arah kebaikan tercapai dan tidak lah jadi macam tahi ayam saja.

kerohanian

1: solat subuh berjemaah di masjid   9/31
2: solat zuhur berjemaah di masjid   14/31
3: mengaji sekurang nya sehelai sehari    4/31
4: puasa setiap isnin dan khamis     0/9
5: solat sunat duha         8/31

Pencapaian: GAGAL dan perlu kuat kan semangat terutama bahagian nak bangkit subuh tu.


Jasmani

1. jogging   1/31
2: latihan di gym  0/31
3: sit up dan  push up di rumah  16/31
   mampu hanya 20-30 sit up dan 10 -15 push up untuk satu sesi...dohhh
4: tenis- sekurang kurangnya sekali setiap dua minggu- takde lagi main.
5: berenang- sekurang kurangnya sekali seminggu- belum lah lagi mula

pencapaian: GAGAL
      

pencapaiaan keseluruhan : GAGAL untuk bulan pertama

Wednesday, January 25, 2012

selepas 40

yarra river- view from WTC wharf, victoria












Kata orang, life begin at forty,tapi, pada zaman iphone 4S dan telstra 4G ni blog pun begin at forty...kan pakcik gede(i)k

Bila mencecah 40 an, saya rasa ada kelainannya, saya tak tahu apa orang lain yang mencecah 40 rasa,  tambah tua tu memang lah tapi ada persaan lain yang bermain, tambahan pula fizikal pun rasa berubah.

1- Sakit: Masuk aje 40, saya sakit belakang, tetiba ajer sakit, nak kata kerja saya angkat barang berat, tak jugak, sejak sakit belakang, saya tak boleh duduk bersila lama lama, kalau bersila jugak, kaki saya kebas dan belakang sakit sampaikan bila bangun, saya tak boleh nak luruskan badan seketika.
Jenuh makan ubat tahan sakit, saya tak jumpa Dr sebab saya mengdiagnos sendiri, itu bukan disebabkan slip disk atau akar saraf tunjang tersepit, tapi lebih kepada otot otot belakang yang tegang. Sakitnya sehingga setahun lebih, sampaikan saya bimbang saya tak boleh lagi bersila, apa kata orang kampung bila saya pulang ke kampung...

Ala,,berangannya baru 4 tahun di Australia, dah tak boleh duduk bersila...urgh...

Sakit nya masih ada tapi sudah banyak berkurang, bolehlah bersila lama sedikit.

2- Jeragat:  Makin banyak bintik bintik hitam di muka dan leher, Cuaca Di sini yang sekejap sejuk, sekejap berangin, sekajap panas tidak membantu..muka ku kusam..

3- Rabun: Hampir setiap minggu saya pergi kelas mengaji, saya guna quran terjemahan yang tulisan kecik kecik,,kadang kadang mata satya berpinar dan nampak tulisan tu dua dan kabur..baca pun salah..bila try spek mata kawan yang memang rabun dekat..wahhh sangat terang saya nampak..

Tulisan rumi,okay lagi sebab boleh agak agak. Adakah saya harus memakai cermin mata untuk rabun dekat? Setakat ni saya hanya guna Quran yang bertulisan besar, biar lebih jelas.

4- Pelupa: Saya sering lupa, bukak kunci rumah, esok pagi cari kunci, kunci tertinggal di luar pintu.. saya bawak kereta, tengah jalan pusing balik rumah, ada barang tertinggal, habis rumah kena geledah cari dompet di mana letaknya. Makin teruk ni...kena amal makan almond dan kismis ni.

5- Mati:   Beberapa orang rakan sebaya dapat sakit jantung, ada yang kena kanser  dan sorang dua ada yang dah meninggal dunia. Kalau sebelum 40 dulu,  yang selalu terfikirialah  sempat tak balik ke kampung, takut takut ibu bapa yang pergi dulu, Sekarang ni selalu terfikir, kalau saya mati, macamana lah anak anak nanti. Walaupun selalu terfikir, berubah ke arah lebih baik tu, tak jugak buat buat..setakat fikir ajer..Solat subuh masih lagi tak penuh.

6: Seks:  Spontaneous Morning Stiffness masih ada dan kuat..Ketegangan dan Kekerasan masih bermaharaja lela..alhamdulillah..tapi badan jadi lebih penat..Jadi sebelum bermula, otak banyak berfikir untuk esok hari..apa nak buat untuk esok pagi, kalau dah penat, macamana nak buat kerja...berfikir dan berkira kira..tetiba orang dah kejut suruh solat subuh...Miss lagi, terpaksa tunggu malam jumaat mendatang...


Ada sesiapa yang umur 40 an yang rasa kelainan? Ke saya sorang je yang rasa macam ni











Thursday, January 19, 2012

Monday, January 16, 2012

johnny kena kanser



phillips island, victoria


Ingat tak , saya pernah cerita pasal rakan sekerja saya yang ada penyakit waswas, Obsessive Compulsive Disorder, OCD dia tu ialah sebahagian dari Syndrom Asperger, Johnny ada lah sikit ciri ciri Asperger, tapi anak perempuan dia memang full blown Asperger. Anak lelaki dia pun ada jugak tapi tak teruk. 

Johnny umurnya dah lebih 50 an, tapi tak pernah ada penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung. Kira fit lah jugak, tegap, berbadan sasa, dan berbulu..eh eh...perlu ke saya beritahu pasal bulu si Johnny ni?..tak pe , buat panjang cerita...,selalu bawak anjing nya berjalan jalan di pagi hari sedang saya bersedap sedapan tidur sehingga terlepas waktu subuh...

Ubat yang dia ambik hanyalah ubat penenang penyakit OCD beliau, sebelum saya jadi rakan kerja saya, dia tak ambik pun ubat ubat ni, sabit tu lah tak ada orang nak kerja dengannya, mujur saya berjaya menasihatkannya untuk dapatkan rawatan, tenanglah sikit saya nak kerja dengannya.

Johnny buat rawatan susulan setiap 4-6 minggu sekali,sambil jumpa Dr , Johnny pun buat ujian darah untuk screening macam macam penyakit. pastu Johnny tanya pendapat saya bila paras PSA nya tinggi sedikit sahaja. PSA ialah ujian untuk mengesan barah prostat.

Saya tanya, apa Dr u cakap? sudah tentu dengan accent oz kan? Takut pulak kalau nasihat berlawanan dengan Dr yang merawat.
Selepas diulang ujian, PSA tetap tinggi sedikit saja dari nilai normal, Johnny dinasihatkan untuk buat biopsi prostat, dan hasil biopsi itu menunjukkan Johnny mengidap barah prostat.

Kang dah cari penyakit, tapi memang orang orang di sini suka cari penyakit awal, barah masih di peringkat awal pun diorang dapat kesan, pengesanan awal sangat penting supaya dapat di rawat awal.. bila dapat rawatan awal, insyaAllah peluang untuk sembuh tu tinggi. Sabit tu lah Kylie Minouge, Olivia Newton John masih segar bugar sampai sekarang.
Tak macam kita, orang melayu yang suka tunggu penyakit, bila dah teruk baru lah bimbang pasal penyakit, ada  jugak teruk pun buat tak kisah. Kalau boleh tunggu, tunggulah sampai berulat bernanah.

Bila dah disahkan kanser, Johnny bersetuju untuk menjalani pembedahan yang akan di adakan kira kira dua bulan lagi. Johnny berubah sikap, bukan jadi murung yer, tapi penyakit OCD tu macam terkawal, dia jadi penyabar, tak hentak hentak kaki bila orang tak dengar cakap dia, dengar pendapat orang, ini menjadoikan saya lebih mudah bekerja dengan nya.

Johnny memainkan peranan orang sakit dengan baik, dia juga merancang untuk tidak lagi bekerja selepas pembedahan dan Johnny beritahu saya yang dia jadikan kanser dia tu sebagai alasan untuk tidak lagi  bekerja, nak berenti macam tu saja tanpa alasan tak sedap lah pulak katanya, nanti bini dia bising pulak..dah ada kenser ni, bini pun tambah sayang lah..katanya lagi. Johnny lebih relaks, tak lagi rigid.

Johnny cuti awal, saya tak sempat nak ucap selamat menjalani pembedahan, saya tak ada rakan sekerja lagi, selama beberapa minggu saya kerja seorang, sunyi jugak kerja tanpa Johnny di sisi. Tidak lama kemudian saya ada rakan sekerja yang lain, tetapi rakan sekerja saya tidak tetap.

Pada hari pembedahan Johnny, saya hubungi Johnny tetapi tidak dapat jawapan, saya sms pun tidak ada balasan. Rakan sekerja lain tak tau yang Johnny menjalani pembedahan kanser. Johnny sangat berahsia. Dua tiga hari selepas pembedahan telefon masih tak berjawab, seminggu hingga sebualan, sebulan sampai dua bulan, Johnny tak dapat saya hubungi.

Apa jadi pada Johnny?









Thursday, January 12, 2012

jeluwak

isya: epiglotis belum dpt bfungsi dgn baik. agaknyer bile la epiglotis ni nk bfungsi dgn baik?? sy kesian tgk ank sy. asik muntah sembur je. betul ke DBI.. burping the baby bole avoid muntah susu ni?
15 Nov 11, 01:42
eisya: DBI, bila agaknyer baby baru lahir yg asik muntah2 susu (jeluak) akan berhenti muntah susu? sy ada tbace artikel ttg why baby muntah susu. kalu tak silapla sbb sistem phadaman masih kurang lengkap.

white kanggaro

Tentu puan Eisya bengkek sebab saya tak endahkan pertanyaan beliau, saya dalam keadaan yang bermalas malasan, saya tunggu mood rajin tu datang, mujur ia datang hari ni..

Pertama sekali masalah jeluwak ni tak ada kaitanpun dengan Epiglotis, epiglotis tu nak tutup salur pernafasan semasa menelan, kang masuk pulok nasi dalam trakea.

Masalah jeluwak memang selalu terjadi kepada budak umur setahun ke bawah, selalunya bermula ketika umur bayi seminggu. Hampir 50 peratus bayi yang berumur 2 bulan, akan ada sedikit sebanyak masalah jeluwak.

Ibubapa harus membezakan antara jeluwak dan muntah, keliru jugak untuk membezakannya, jeluwak islah proses pasif, dimana susu terkeluat tetiba, manakala muntah perlukan kontraksi otot di perut.. saya harap ibubapa tau nak bezakannya, sebab macam susah je saya nak cerita di sini.

Masalah ini berlaku di sebabkan ada injap sehala yang belum matang, injap ni berada di pertemuan tenggorok/salur makanan/eosoghagus dan perut. Sebab dia belum matang, penutupan injap tak dapat berlaku sepenuhnya, jadi bila perut penuh susu, sebahagian akan tertolak ke atas sebagai jeluwak. Injap ini biasanya akan matang dan dapat berfungsi sepeluhnya mengikut umur bayi, selalunya kebanyakan bayi tidak lagi jeluwak selepas tiga bulan, tapi ada jugak, kes yang sangat jarang yang jeluwak masih berlaku sehingga 12 bulan, hanya 1% berlaku selepas umur setahun. Insiden jeluwak untuk bayi menyusu susu ibu dan susu botol tidak ada bezanya.

Jeluwak bukan lah menjadi masalah yng besar tapi kira kira 70% ibubapa membawa bayi yang jeluwak mendapatkan rawatan kerana bimbang dan berfikir buruk, manalah tau anak mereka ada penyakit lain kan. Walaupun jeluwak tidak lah mendatang kan masalah yang besar, ada jugak kes yang teruk dan berlarutan sehingga bayi tidak mencapai berat badan yang sepatutnya, jeluwak masuk ke paru paru, bayi menangis kesakitan akibat asid perut naik ke dada.. tapi ini semua jarang lah berlaku dan semestinya perlu mendapat rawatan lanjut.

Kebanyakan jeluwak tidak perlu dirawat, tapi sebagai ibubapa saya akui kita semua tentu merasa bimbang kan, kenapa anak kita selalu jeluwak, anak orang okay aje.

Ada beberapa amalan untuk kurangkan jeluwak, antaranya:

1. mengurangkan jumlah susu yang di berikan, dicadangkan kurangkan 1-2 oz daripda jumlah yang selalu di berikan, kalau bayi tak habis minum, jangan di paksa, tunggu 2-3 jam untuk beri semula.  3 jam ialah tempoh untuk badan kososngkan perut.

2. Sendawakan bayi, burping orang putih cakap, kasi angin keluar dari perut, isteri saya amalkan menepuk belakang bayi selepas menyusu..

3. Kedudukan bayi juga penting untuk kurangkan jeluwak,pangku atau letakan dalam posisi menegak sedikit dengan dada dan kepala sedikit atas dari perut, jangan baringkan terus atau jangan letak bayi dalam posisi duduk..posisis duduk akan sebabkan injap jadi lebih lemah.

4. Jangan pakaikan lampin ketat ketat.


wah ..tak sangka saya rajin begini hari ni.









Monday, January 09, 2012

chalk is kapur


Saya sedar,  Bahasa Inggeris saya sangat lemah, masa kecik kecik lagi pandai kut, kalau tak masakan mendapat A masa penilaian darjah lima kan.. :-0..

Ketika sekolah menengah, lagi cikgu suruh speaking lagi kuat saya katup mulut sambil kelip kelip mata..wat bodo walaupun dok lah bodo mana. sampi cikgu pun naik fed-up..lagi pun cikgu bahasa Inggeris, sekolah main ambik jer, janji lepasan luar negeri, buleh ngajar terus...dok ramai cikgu Inggeris yang nak datang mengajar di Terengganu yang indah dan sepi ketika itu, 

Sebab bahasa Inggeris lemah, temuduga untuk  belajar ke luar negeri, gagal...baru nak menyesal ..betul kata orang, menyesal kemudian memang tak berguna, tapi lebih baik lah daripada menjadi bebal dengan  tak menyesal langsung.

Tiga tahun yang lalu, saya ada kawan yang nak masak kuih lompat tikam, salah satu bahannya ialah air kapur, nak bagi lapisan hijau tu jadi pahit sikit sikit.Bila tanya orang, adalah satu kedai  Indian Grocery di kampung saya ni yang jual kapur, google apa nama kapur in English, tak pulak kami jumpa.

Kami ke kedai itu, melilau mencari, barang tidak di jumpa jugak..macam tak dok, tetiba akak hindi  tu tanya..."can i help you mate?.."

Kami mengelabah..saling memandang..tetiba terkeluor pertanyaan.."have you got white chalk in paste?" tu dia kapur is chalk kan.

what?

"owh..gritty white paste for cooking, indian blaa blaaa,, betel..bla bla..spit..bla bla. you know? Kapur?? ada dok?"

"I think i know what  you want...is it this one?" tanya akak

yeay..kami jawab serentak, suka hati sebab tak der lah kempunan nak makang lompat tikam. Tua tua macam ni baru ku tahu...


limestone paste rupanya....

Selepas tiga tahun di negara orang, ada lah sedikit yakin untuk berbahasa Inggeris walaupun tetap lah lintang pukang gayanya, sehingga menjadi bahan gelak budak budak di rumah.

"Pa...if you want to speak english, just speak..please, pleaseeee dont do it with oz accent...dok jaddi lasung" hahaha haha..trus gelak guling guling budak bertiga tu..