Saya memang minat mazda cx9 …harga di Australia ialah sekitar AUD 45K…saya pun email ejen mazda di Kuala Lumpur..survey harga lah kunun nya…harga on the road mazda cx 9 di Malaysia ialah RM 331K… tu jawab ejen ..siap bagi date untuk test drive lagi….padahal agen tak tahu hati saya luruh mendengar harga itu dan pandangan mazda cx 9 itu semakin pudar di kotak fikiran..keadaan kewangan semasa, klinik yang tak ada orang, hutang sedia ada, keperluan keluarga yang makin besar menjadi kekangan.
Kita semua pun tahu kan kenapa kereta kat Malaysia ni mahal sangat..tak perlu lah nak cakap banyak…kalau dasar automotif malaysia dah macam tu..tapi tetap lah rasa sakit hati..tambah pulak bila kita duduk di negara yang kereta sangat murah.. aud 15K dah macam macam kereta boleh dapat..Honda, Toyota, Mazda, Suzuki, Holden.. kerja kuli pun buleh beli kereta tunai…MERC yang baru tu pun bawah aud100K. Kat Malaysia ni, Perodua pun kena buat hutang 5 -7 tahun ..selepas 20 tahun masih lagi cakap tak patriotik kalau tak beli proton..berdaya saing lah sangat kan?
Kita baca fakta sikit…
By 2003, Thailand overtook Malaysia as the top vehicle producer in the region.
Thailand is one of the six countries in the world to house Toyota’s global R&D operations, and one of eight country hosts to Bridgestone’s Proving Ground for tyre development
By 2008, Indonesia’s vehicle production overtook Malaysia’s.
Indonesia is now the largest overseas market for Daihatsu while Toyota designated Indonesia as its regional manufacturing base
*mode malas nak translate..
Tapi saya sedar diri…saya sekarang tinggal di Malaysia…pendapatan dalam ringgit bukan lagi dolar.
Apa pilihan dengan budget yang ada…
Chery easter,Hyundai imax dan NAZA di tolak tepi sebab saya rasa proton exora lagi bagus..lebih baik saya beli perodua alza daripada beli chery easter..
Toyota Estima, Alphard, Wish, Mitsubishi grandis,Nissan Serena, Honda stream odessey.. ...overbadget…
Perodua Alza- orang cakap tempat duduk belakang sempit…
Yang tinggal ialah Toyota Avanza,Toyota Innova, Nissan grand livina..untuk di uji pandu..
Proton Exora terpaksa saya pertimbangkan sebab isteri saya nak saya beli Exora, tak lah mahal sangat bayar loan..sambil tu dia tanya
“Awak beria ria tak nak pakai proton ni sebab adik beradik awak semuanya pakai kereta import kan..mesti awak malu ni…”
